Teman-teman

Monday, December 27, 2010

Cita Rasa Tak Sama

Aku dalam fasa terakhir sebelum berpindah. Dijangkakan pada Ahad 2 jan 2011 kami akan berpindah kerumah baru. Sebelum itu kami sudah mula mengecat. " Abang nak cat warna apa di ruang tamu " Tanya isteriku. " Biru muda ". Jawab aku spontan. " Abang ni asyik dengan warna biru saja. Rumah abang yang lagi satu pun warna biru ". Kata isteriku. Aku hanya tersenyum. Akhirnya mengalah juga dia dengan citarasa aku. Seronok tak terkira bila warna kesukaan aku tidak dibantah. " Ruang atas Nah nak cat warna pink ". Tersenyum dia bila melihat aku pula tergaru-garu kepala. Memang isteriku peminat warna pink. Akhirnya rumah kami mempunyai dua warna hasil dari dua orang yang mempunyai citarasa yang berbeza.



Tersenyum puas hati isteriku bila ruang atas semuanya dicat dengan warna pink termasuk dengan tikar getah. Tak apalah akhirnya aku mengalah juga bila dapur pun dia nak warna pink. Aku dapat warna biru hanya di ruang tamu dan bilik tidur. Kakak ipar tertawa bila mendengar cerita kami. " Hang pa dua orang ni memang pelik. Tak pa janji hangpa bahagia sudah la ".

5 comments:

keluarga-amri said...
This comment has been removed by the author.
Insan Marhaen said...

jarang yang IM dengar suami isteri punya kegemaran yang sama. Tak caya tanya JH..

hrusli61 said...

Hai siapa itu seru JH ! Tapi memang benar JH dah berkali-kali bertengkar pasal warna dengan Kak Ida. Dia suka warna yang lembut JH pula warna yang garang.

Jika dua-dua tak mau beralah JH pilih warna putih sahaja. Padan muka.

Ariff Budiman said...

Insan marhein..Itulah yang dikatakan rambut sama hitam. Citarasa lain-lain.

Ariff Budiman said...

hrusli61..Dasyat cikgu nak yang garang saja. Memann wanita suka yang lembut kut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...