Teman-teman

Tuesday, July 08, 2014

Bila Ia Datang Lagi

Sebelum menjelang puasa rumah ibu mertuaku di penuhi dengan buah bacang. Banyak juga dapat di agihkan kepada orang kampung. Kini dalam bulan Ramadhan datang pula buah sentul. Aku ambil beberapa biji sahaja untuk aku buat jeruk, Bulan puasa bukannya hendak makan banyak sangat
Aku buang kulitnya lalu aku rendam kedalam air garam untuk menghilang rasa masamnya. Setelah direndam selama 24 jam barulah aku rendam kedalam air gula pula untuk menambahkan rasa manis. Alhamdulillah rasanya cukup sedap



Saturday, July 05, 2014

Kisah daun Kari

Semenjak aku bertugas di kawasan yang baru, aku sering menanti andaikata cina yang menanam pokok daun kari datang untuk melihat pokok-pokok yang ditanam. " Ala abang Arifff. Ambil saja la daun kari tu. Bukannya banyak. Cina tu tak kata apa lagi pun depa pun dok ambil harta benda orang lain jugak ". Kata pengawal keselamatan. " Tak boleh. Itu bukan hak kita. Walaupun dia cina kita sebagai orang islam tetap kena minta keizinan dulu. Barulah orang bukan islam akan menghurmati islam ". Aku melihat lelaki cina datang lalu aku meminta sedikit daun kari darinya " Dasyat la abang Ariff sanggup tunggu lama untuk nak dapatkan daun sebanyak tu. Kalau saya dah lama saya cantas. Dengan depa kita bukan boleh buat baik sangat. Depa nanti pijak kepala kita ".Kata pengawal keselamatan " Islam melarang umatnya mengambil yang bukan haknya walaupun dia bukan islam.Kita tak boleh bercakap macam tu sedangkan kita sendiri tak pernah menerangkan islam kepada mereka. Yang kita tahu hanya membangkitkan isu perkauman ". Aku berkata kepada pengawal keselamatan, Satu yang harus kita ingat ialah jika mereka menerima hidayah Allah dan berpegang dengan bersungguh-sungguh maka islam mereka lebih baik dari kita yang hanya islam warisan. Tepuk dada tanyalah iman kita adakah kita telah menerangkan islam kepada mereka yang belum islam.

Keesokkan harinya sekali lagi aku bertugas di tempat yang sama. Datang pengawal keselamatan lalu berkata, " Abang Ariff. Kelmari petang cina yang tanam pokok daun kari dan pokok pisang tu tanya saya pasai apa abang Ariff tunggu dia lama untuk daun kari yang sedikit tu. Saya cakap itu abang TNB talak angkat kalau bukan dia punya sebab itu islam cakap tak boleh angkat orang punya. Kalau mau kena minta izin dulu dari tuannya. Cina tu kata kalau islam macam tu memang bagus ". Aku tersenyum mendengar cerita pengawal keselamatan. " Haaa....kan Zahari dah menerangkan islam kepada cina. Kalau kita ada peluang terangkanlah islam kepada mereka. Jangan kita diam sahaja. Kita sampaikan walau satu ayat kata Rasulullah saw ".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...