Teman-teman

Sunday, April 29, 2012

Family Gathering

Alhamdulillah semalam aku bersama family telah mengadakan gathering di sebuah tempat yang bernama Puncak Mutiara Cafe di Kg Pelet. Penanti. Begitu ramai customer yang datang. Maklumlah sudah dapat gaji. Nasib baik kami dah booking tempat. Seramai 33 anak cucu yang hadir. Kawasan terletak di dalam perkampungan. Di situ juga tempai dia membela bermacam-macam jenis binatang. Ada boleh layari disini


Jam 9 malam kami sudah berada disini. Kawasan sudah di penihi dengan lautan manusia. Bau rusa panggang begitu wangi sekali. Inilah pertama kalinya aku dan isteri hadir di sini. Memang happening sungguh majlis kami. Siap buat sambutan hari jadi lagi.


Bila duduk saja sudah sampai burung puyuh masak kunyi dan di cicah dengan sos cili. Perut dah lapar. Maka burung puyuh menjadi mangsa pertama kami.


Kemudian barulah datang ikan siakap, nasi putih, tomyam dan kailan ikan masin. Setelah kami membaca doa selamat maka riuhlah gelak ketawa sambil menjamu selera. Angin malam yang begitu menyegarkan sehingga masa berlalu begitu cepat sekali.

  Ini merupakan salah satu banner yang di pamerkan. Nak saja boleh order tapi kalau macam semalam tu kalau order memang lewat sampai. Manusia terlalu ramai sekali.


Inilah rusa panggang yang begitu wangi sekali. Kalau tak silap akau sepinggang daging rusak ialah RM22. Memang fresh bakarnya. Kambing panggang pun ada. Burung unta pun ada tapi harganya agak mahal sedikit.

Inilah family aku yang sempat bergambar sebelum pulang ke destinasi. Memang happening sungguh. Insyaallah lain kali boleh pakat-pakat menabung dan datang sekali lagi.

Friday, April 27, 2012

Kesempatan Yang Di Ambil

Isteriku mula membuka gerainya pada hari Isnin akan datang. Kesempatan ini digunakannya untuk memasak untukku walaupun selama ini aku tidak kisah dan sudah lali dengan corak baru kehidupanku. Berkali-kali dia bertanya apa yang aku nak makan.
" Bang hari in kita makan gulai jantung pisang nak tak ". Tiba-tiba isteriku bersuara. Apalagi mendengar saja gulai jantung pisang hatiku sudah girang. Aku masih ingat ketika pertama kalinya aku perkenalkan gulai jantung pisang hasil masakan ibu mertuaku, hatinya sudah terpaut. Inilah gulai kesukaanku semasa bersama arwah Siti Aishah. Pagi-pagi kami berdua kerumah ibu mertuaku untuk mencari jantung pisang. Alhamdulillah dapat juga sebanyak 5 biji jantung pisang. Terus kami ke pasar untuk mencari daging pula.

Gulai jantung pisang

Kami singgah untuk menikmati mee kari. Famous juga isteriku bila ramai yang menegurnya.
" Kak..bila nak buka gerai ". Tersenyum isteriku
" Isnin ni kak buka dah ". Ramai juga customer isteriku yang menegur. Ada yang pergi kemudian datang kembali bertanya di mana mereka pernah berjumpa. Apa pun selepas ini sudah pasti aku lebih banyak di gerai isteriku memandangkan anaknya sudah bergelar isteri. Isteriku paling gembira bila aku berjanji akan menolongnya.
" Pasai apa Nah suka sangat ni ". Aku bertanya isteriku.
" Sebab abang ada di gerai ". Fahamlah aku akan maksudnya. Dia suka aku berada di sisinya....

Koay teow goreng

Thursday, April 26, 2012

Gambar Awan

Gambar ketika pulang dari bertugas pada jam 4 petang

Dalam perjalanan ke tempat kerja. Jam 7.30 pagi

Warna Warni Walimatul Urus

 Aku nikahkan dikau....

 Sah sebagai suami isteri

 La sempat juga jadi DJ. Muka legend tapi hati cute

 Dewan perkahwinan

 Menanti kedatangan tetamu

 Bersama anak gadisku

 Pengantin baru sampai

 Suapan time

 Tumpang sekaki

 Pengantin tiba di rumah lelaki

 Sila oo sila

 Kenapa ni. Pak mertua dok buat maharaja lawak

Berseri - seri

Wednesday, April 25, 2012

Fasa Pertama sudah Selesai

Dewan yang digunakan

 Setelah selesai majlis ijab kabul, aku berbual dengan tok kadhi
" Anak ustaz ke yang berkahwin ni ". Tanya tok kadhi yang memanggil aku ustaz. He he.
" Tak ini anak tiri saya ustaz ". kataku tersenyum
" Masyaallah. Ustaz telah melakukan satu kebaikan. Betapa besar pahalanya yang ustaz perolehi dengan menyempurnakan majlis ini ". Kata tok kadhi sambil menepuk bahuku.
" Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya ustaz ". Terangguk-angguk kepala tok kadhi membenarkan kata-kataku. Setelah selesai majlis akad nikah, aku dan isteri bergegas pula ke dewan untuk melihat apa yang perlu. Majlis akad nikah begitu pantas sekali sebab hanya satu pasangan saja yang di ijab kabul. Majlis bermula pada jam 12 tengahari. Kelihatan seorang demi seorang datang. Tidak banyak jemputan yang aku buat. Kaum keluarga yang berada diluar Pulau Pinag tidak aku jemput sebab ia lebih banyak melibatkan kaum keluarga isteriku. Jadi biarlah aku memberinya keutamaan dahulu. Yang bakinya barulah aku jemput kaum keluarga yang terdekat. Insyaallah kalau ia melibatkan anak-anak aku sudah pasti keluarga dari Kula Lumpur dan Singapura tidak aku lupakan.Isteriku mencadangkan tema baju kenduri ialah warna hijau manakala untuk kerumah pengantin lelaki pula warna oren. Aku mengikut saja kemahuannya. Janji dia seronok aku juga seronok.

Memotong kek. Apa sebab mereka tertawa. Buat Maharaja lawaklah

 Semakin lama semakin ramai yang hadir. Jenuh juga aku bersalaman. Inilah kali pertama aku melalui saat-saat ini. Ramai yang mengucapkan tahniah padaku sebab sudah bergelar bapa mertua. Tersenyum isteriku.. Selain dari nasi, kakak iparku telah menyumbang bubur kacang dan rojak buah. Isteriku pula membuat bihun sup. Jadi tetamu mempunyai banyak pilihan. Sengaja aku dan isteri masak berlebihan sebab takut dimana pernah berlaku sewaktu aku dan isteriku berkahwin.  Ramai yang tidak dapat makan sebab kehabisan.
" Nah takut nanti ramai yang tak dapat makan. Jadi Nah nak masak tambahan sikit. Kalau berlebihan kita boleh agihkan kepada tetamu yang hadir ". Aku terus menyokong cadangannya. Kaum keluarga sebelah arwah isteriku datang. Ibu mertuaku mengalir airmata bila melihat aku.Aku memeluk ibu mertuaku.
"Mak..tolong doakan Budiman dan keluarga ". Ibu mertuaku hanya mengangguk kepala saja. Sempat juga aku mengesat air mataku. Saat beginilah aku begitu merindui arwah Siti Aishah. Sudah pasti dia kehulu kehilir bila ada majlis perkahwinan seperti ini. Ahh...itu semua sudah menjadi kenangan manis buatku.

Sesi bergambar dengan geng Sekolah

 Datang pula kaum keluargaku. Aku terus bersalaman dan memeluk ibuku
" Mak tolong doakan semoga Allah berkati majlis kami ". Mengalir sekali lagi airmataku.
" Insyaallah Budiman. Mak sentiasa berdoa ". Sejuk hatiku bila mendengar perkataan ibuku. Aku kembali ceria. Kedua anak-anakku turut sama sibuk melayan tetamu. Syukur kepada Allah. Jam 3 petang datang sorang demi seorang rakan sekolahku yang turut di jemput. Mereka merupakan rakan sekolah semenjak kami sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Begitu akrabnya kami umpama adik beradik. Aku begitu gembira dengan kehadiran mereka. Sekejap-sekejap jika ada waktu luang aku ke meja mereka. Begitu riuhnya mereka. Sempat aku bergambar dengan mereka. Kata anak gadisku
" Ayah ni glamour mengalahkan pengantin ". Aku tertawa. Apa tidaknya sewaktu sesi bergambar semua anak mata hadirin tertumpu kearah kami sebab riuh dan ini membuatkan majlis perkahwinan anak kami menjadi happening. Terlalu gembiranya aku dengan kehadiran rakan-rakan sekolahku. Alhamdulillah majlis selesai pada jam 5 petang.

Rumah pengantin lelaki. Masam saja muka aku. Kenapa...

 Keesokkan harinya pula di adakan kenduri di pihak lelaki. Kami menukar baju oren pula. Selepas solat zohor rombongan pengantin tiba di lokasi. kami di jemput terus kemeja makan.
" Jemputlah makan. Janganlah malu-malu. Hari ini kami pula melayan tetamu ". Kata besanku. Aku mengambil nasi lalu aku suapkan di mulut isteriku. Malunya isteriku sebab ramai yang menyaksikan kami.
" Abang ni merapulah. Kita bukan pengantin tapi anak kita ". Aku tertawa mendengar kata-kata isteriku.
" Apa salahnya. Bukannya salah ". Aku berkata pada isteriku.
" Pakcik Budiman ni romantik la ". Kata anak saudara isteriku. Kakak-kakak isteriku turut tersenyum melihat gelagat kami. Mereka juga turut lali dengan perangai aku yang suka bergurau dengan isteriku. Aku masih ingat ketika selesai aku dan isteriku di ijabkabulkan. Aku di hampiri abang iparku.
" Terima kasih Budiman kerana memilih Rosnah. Terlalu banyak fitnah yang Rosnah hadapi. Dia hanya mampu bersabar saja. Jagalah dia baik-baik ".
" Insyaallah abang ". Ringkas saja jawapanku. Kami tidaklah berada lama di rumah pihak lelaki. Setelah selesai majlis bergambar kami pulang. Baru terasa begitu letih sehinggakan aku tertidur dengan pakaian orenku. Nasib baik aku tak bermimpi kahwin dengan memakai baju oren maklumlah aku kan raja segala mimpi. Terima kasih kepada mereka yang hadir. Terima kasih tak terhingga kepada wanita surau tempatku yang turun membantu mengupas buah. Kepada kakak iaparku, kaum keluargaku yang banyak membantu terima kasih aku ucapkan. Hanya Allah saja yang mampu membalas segala kebaikan kalian. Kepada kaum keluargaku yang berjauhan, janganlah terasa hati kerana tidak di jemput. Insyallah lain kali kita berjumpa...

Mai la abang tolong suapkan

Terima kasih daun keladi. Kalau sudi bacalah lagi. Moga ia menjadi iktibar untuk diri. Betapa perlu kita menjauhi perasaan hasad dengki.

Tuesday, April 24, 2012

Good Presentation

" Team anda akan membuat presentation pada 24 April 2012 pada jam 11 pagi ". Itulah sms yang aku terima dari pejabat seminggu sebelum tarikh persembahan. Ini bermakna kami kena buat preparation. Tapi aku pula ketika itu begitu sibuk menguruskan perkahwinan anak tiriku. Setelah  urusanku selesai dan pada hari presentation aku menalipon rakanku. Dia sudah berada dewan. Jam sudah pukul 10 pagi. Masih sempat lagi untuk aku mengkaji slide.Bergegas aku memacu motosikal membelah Jambatan Pulau Pinang. Aku tiba di dewan pada jam 10.30 pagi. Aku meneliti slide yang akan aku persembahkan.
" Ok...Aku rasa ok ". Kataku kepada rakanku.


" Seterusnya di persilakan kumpulan SSO 1 untuk membuat persembahan ". Kata pengerusi majlis. Jantung aku mengepam begitu laju sekali. Pengurus negeri dan para juri memerhati kami. Aku terus membaca, "  Rabbish Rahli Sadri..Wayassirli amri. Wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli ". Aku hembus perlahan-lahan di dadaku. Alhamdulillah terasa lapang dan tenang saja. Aku terus membuat presentation dengan begitu lancar sekali. Akhirnya tiba ke slide yang terakhir.
" Sekian persembahan dari kumpulan kami ". Tepukan gemuruh dari rakan-rakan kepada kami.


Boss terus mengambil microphone.
" Well done. Good presentation dari team kamu. Kalau kamu masuk ke fasa seterusnya tolong buat sedikit pembetulan ". Kata boss kepada team kami. Terasa begitu lega sekali setelah selesai membuat presentation. Ketika duduk melihat rakan-rakan yang lain membuat presentatsion, aku di hampiri seorang jurutera.
" Presentation dari team kamu amat baik. Saya akan buat recomendation agar team kamu dapat membuat persembahan lanjutan di KL. Kalau kamu berjaya meyakinkan boss, kamu bakal memasuki audotorium Abu Zarim di Uniten ". Teruja aku bila mendengar kata-kata dari jurutera. Presentation yang bakal di saksikan oleh ribuan pekerja.


Aku berdoa kepada Allah agar kumpulan kami dapat menyakin boss di KL nanti. Terlalu teringin menaiki audotorium yang begitu besar. Kalau dulu aku hanya urusetia saja yang menguruskan kerusi untuk para peserta. kali ini aku berharap aku merupakan salah seorang dari peserta yang akan menaiki audotorium. Ya Allah perkenankanlah hajatku ini...

Wednesday, April 18, 2012

Shoping Di Pasar

Pagi-pagi lagi aku ke pasar. Maklumlah sudah mula cuti. Berlegar mencari ikan yang aku minat. At last terjumpa ikan Semilang. Apalagi aku beli 4 ekor untuk di buat kari tapi aku tahu isteriku tak berminat dengan ikan semilang. Tak apa aku akan mencari yang lain untuknya.

Terjumpa pula sotong. yang ini isteriku amat suka. Katanya esok pagi nak buat nasilemak dengan sambaltumis sotong. Best..best aku juga suka

Aku beli udang besar. Hari ini teringin benor nak makan udang masak kunyit campur ubi kentang. Memang happening la hari ini. terbaik....

Tuesday, April 17, 2012

Menghitung Hariku

Tinggal 4 hari lagi aku bakal menerima seorang yang bergelar menantu. Isteriku merupakan orang yang paling gembira sekali dan padaku memang patut dia merasa begitu. Sudah lama juga isteriku diuji. Membesarkan anak-anak ketika mereka masih kecil manakala suami sudah menyahut seruan ilahi. Pernah aku melihat isteriku mengheret bag menuju ke gerainya demi menyara hidup anak-anaknya. Ketika itu aku hanya mampu bersimpati sahaja kerana aku sudah pun beristeri bersama arwah Siti Aishah. Pulang ke rumah aku cerita kepada arwah isteriku apa yang aku lihat.
" Kesian kak Rosnah ya Bang. Muda lagi sudah di uji ". Aku hanya diam membisu takut terlebih simpati pula nanti susah.

Kini siapa sangka dengan perancangan Allah. Rupanya kami berdua telah di pertemukan dan kini aku pula sedang menguruskan perkahwinan anak tiriku. Ramai yang berperasaan kenduri ini tidaklah mustahak sangat sebab ia tidak melibatkan anak-anakku. Kalau melibatkan anak-anak aku barulah happening. Aku seperti keseorangan menguruskan hal-hal berkaitan perkahwinan anak tiriku. Masih terngiang-ngiang di telinga
" Ooooo ini anak tiri. Bukan anak Budiman no. Tak apa nanti kalau anak Budiman kahwin kami pulang ". Sayu aku menerima perbandingan ini. Apakah salah anak-anak tiriku. Apakah salah isteriku. Namun aku buat tak kisah saja. Janji aku sudah membuat jemputan.

Sudah banyak mesej yang aku hantar kepada rakan-rakan. Kebanyakkannya menyepi tanpa berita. Mulalah hati ini tertanya-tanya. Betul ke nombor mereka. Sampai kah kepada mereka atau mungkin aku sudah lama menyepi dari jamaah selepas kematian isteriku membuatkan mereka sudah tidak berminat dengan perkembanganku. Persoalan ini yang kerapa bermain di mindaku. Aku beritahu juga pada isteriku Rosnah
" Tak apalah bang. Janji abang sudah membuat jemputan. Terpulanglah kepada mereka bang. Kita berserah kepada Allah ". Pujuk isteriku.

Akhirnya aku membuat keputusan yang mana rakan-rakan tidak menjawab mesej aku, aku terus mencari dan menghulurkan kad.
" Hari tu Budiman dah hantar mesej. Saya terima. Insyaallah saya akan hadir ". Aku hanya diam seribu bahasa. Susah sangat kah nak menaip K sekalipun menandakan mesej yang di hantar telah di terima. Aku kerumah rakan yang seorang lagi lalu aku hulurkan kad.
" Dah dapat mesej Budiman hari tu. Maaflah tak sempat nak jawab. Sibuk sangat ". Aku dan isteri hanya mampu berpura-pura senyum.

Terlalu letih badanku. Alhamdulillah isteriku amat pandai mencari ruang kesibukannya. Kalau aku sibuk dengan tugasku, maka dia akn keluar mencari barang seorang diri. Aku turut bersyukur kepada Allah, emak angkatku dan Jawatankuasa surau wanita di tempat telah sudi untuk membantuku.
" Budiman bawa barang-barang ke surau. Insyaallah kami akan bantu ". Pertolongan mereka amat aku hargai. Walaupun ini merupakan kenduri anak tiriku sahaja tetapi insyaallah akan aku lakukan kewajipan sebagai seorang ayah walaupun aku hanyalah ayah tiri.........Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Di saat begini aku begitu merindui arwah Siti Aishah. Beliau begitu tangkas membuat kerja-kerja di rumah kenduri. Tapi kalaulah dia ada sudah tentu perkara ini semua tidak berlaku. Astaghfirullah Hal Azim. Cepat - cepat aku tersedar dari lamunanku. Aku kini hidup bersama Rosnah. Bantulah aku Ya Allah....Permudah..permudahkan

Monday, April 16, 2012

Nasi Goreng Terbaik

Aku tugas malam. Entah kenapa amat susah pula aku hendak melelapkan mata. Akhirnya aku ke dapur lalu memasak nasi. Bukannya susah. Cukup sukatan ON saja suis. Niat di hati nak buat nasi goreng dan aku tahu bila isteriku pulang saja dari gerai tentu dia kelaparan. Terus aku menalipon isteri dan beritahu agar jangan di beli lauk sebab aku hendak buat nasi goreng special.
" Abang tidur la. nanti Nah beli nasi ". Namun aku katakan yang nasi sudah di masak dan aklhirnya isteriku mengalah.
" Tak sabar Nah nak rasa nasi special abang ". katanya sambil tertawa kecil.

Aku terus panaskan kuali dengan minyak. Aku tumis sedikit cili bo. Setelah berminyak aku masukkan kicap pekat dan sos tiram. Bila sudah sebati aku masukkan pula sambal belacan dan aku masukkan sedikit daun kari untuk membuatkan nasi goreng berbau wangi. Bila semua sudah sebati barulah aku masukkan nasi putih dan mula menggoreng. Ketika hampir selesai terdengar bunyi kereta isteriku baru pulang dari gerai. Tepat jangkaanku.

Terus aku hidang di atas meja. Setelah selesai mengangkat barang memang confirm isteriku tidak sabar dengan nasi goreng yang berbau wangi.
" Masyaallah bang. Sedapnya nasi goreng abang. Terbaik. Mana abang belajar ". Kata isteriku. Aku hanya tersenyum menerima pujian isteriku. Inilah hasil yang aku dapat dari arwah isteriku Siti Aishah. Perginya meninggalkan kenangan yang tidak akan luput dari ingatanku.

Biar Abang Bantu

Tinggal beberapa hari lagi aku bakal menerima menantu. Padaku biasa saja. Ada atau tidak, aku tidak hiraukan sangat. Sudah adat kehidupan begitu. Yang merisaukan aku ialah kesugulan isteriku bila dia bakal kehilangan pekerjanya yang banyak membantunya. Tak lain dan tak bukan anak gadisnya sendiri yang bakal menjadi isteri orang. Anak gadisnya terpaksa melupakan soal pekerjaan selepas tamat alam persekolahan demi membantu ibunya. Kini isteriku terkial-kial mencari pekerja baru.
" Bang macam mana dengan gerai Nah. Nah ingat nak tutup 2 bulan sementara mendapat pekerja baru. Kalau tak dapat terpaksa Nah jual gerai tu ". Sugul ketika dia melafazkan kata-kata. Aku hanya terdiam sebab tidak tahu bagaimana nak membantunya.

" Macam ni lah Nah. Gerai tu jangan di tutup atau di jual. Biar abang saja membantu Nah tebar roti canai ". Tertawa isteriku mendengar aku nak menebar roti canai.
" Abang boleh ka menebar roti canai. Susah juga ". Katanya padaku.
" Insyaallah..perlahan-lahan abang belajar dan lama kelamaan boleh la tu ". Aku berkata dan isteriku terdiam. Mungkin berfikir akan kebenaran kata-kataku. Seumur hidup aku belum pernah aku menebar roti canai. Kini kalau sudah terpaksa siapa lagi yang akan membantu isteriku.
" Senang kita sama-sama senang dan susah kita sama-sama susah ". Aku berkata kepada isteriku.

" Kalau abang tugas petang dan malam insyaallah abang boleh tolong Nah. Kalau tugas pagi tak berupaya abang tak menolong Nah ". Kata-kataku sedikit sebanyak melegakan hatinya yang sedang kusut memikirkan soal gerainya. Kali ini mungkin aku lebih banyak berada di gerai isteriku berbanding sekarang dimana aku hanya singgah sekejap dan kemudian meronda dengan kameraku.
" Kesian dekat abang nanti. Hobby abang tergendala ". Kata isteriku.
" Tak apa abang buat ini pun sebab sayang abang pada Nah. Kalau suami tak menolong siapa lagi ". Tersenyum isteriku bila mendengar kesudianku nak menolongnya. Aku tahu dia lebih suka aku berada di sisinya ketika berada di gerai. Cepat sungguh masa berlalu. Nanti kalau pembaca nak merasa roti canai hasil tebaran aku silakan ke gerai ya....

Sunday, April 15, 2012

Saintis Temui Pasak Bumi

Allah swt berfirman yang bermaksud, " Dan gunung ganang pula di perkukuhkan letaknya ( di bumi sebagai pancang pasak yang menetapnya ". Surah An Naazi'aat, 79 ayat: 32

Allah swt berfirman yang bermaksud, " Dan gunung ganang sebagai pancang pasaknya ". Surah An Naba, 78 ayat : 7

Dan Allah swt juga berfirman yang bermaksud, " Dan ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu ". Surah An-Nahl , 16 ayat : 15

Dalam setengah tafsir ia di sebut
" Dan dia menancapkan gunung ganang di bumi supaya ia tidak berguncang bersama kamu, ( dan dia menciptakan ) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk ".

Sebagai orang islam kita harus yakini setiap ayat yang di turunkan. Sekarang mari kita melihat gambar ini pula. Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini telah menemui sebuah buah gua yang terletak di Naica Mexico. Gua ini di penuhi dengan batu-batu kristal yang membentuk seperti pasak atau pancang seperti yang biasanya di pasang pada banggunan-banggunan besar dan ada yang sampai sehingga 12 meter panjang. Seperti di katakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah kerana ia dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai.












Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian. Pengarang buku The earth ( Bumi ) yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia iaitu Dr frank Press. Beliau yang pernah menjadi penasihat sains kepada bekas presiden Amerika Jimmy Carter menyatakan bahawa gunung ganang hanyalah sebahagian daripada sebuah binaan yang besar dimana akarnya memanjang jauh kedalam perut bumi. Dr Press menulis lagi bahawa gunung ganang sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang di perkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung ganang sejak 1400 tahun dahulu.

Subhanallah..Benarlah firman Allah....

Saturday, April 14, 2012

Anak Saya Kena kancer

Jam 7 pagi ketika isteriku keluar ke gerainya, aku pula pulang kerumah pertamaku untuk ziarah anak-anakku. Setelah puas berborak, jam9 pagi aku pulang pula kerumah keduaku. Bila sampai saja aku terlihat seorang wanita sambil mendokong anaknya. Pakaian mereka begitu lusuh. Walaupun muka wanita itu kelihatan lusuh tetapi di sebabkan bertudung maka ciri-cirikemanisan itu ada.
" Assalamualaikum pakcik. Saya mai ni nak jual baju kurung.harganya RM30 saja. Saya tak mau meminta. Duit ini untuk anak kecil saya yang disahkan menghidapi penyakit kanser tulang. Saya kena cari duit untuk buat rawatan ". Sayu wajah wanita tersebut menceritakan kisah diri dan anaknya.
" Adik tinggal dimana ". Aku bertanya.
" Balik Pulau pakcik ". katanya

Aku terus mengeluarkan wang lalu aku hulurkan kepada wanita tersebut. Wanita tersebut memberi baju kurung yang dijual.
" Tak apa dik.Baju tu adik simpan untuk di jual pada orang lain. Ini pakcik beri untuk anak adik ".
" Terima kasih pakcik. Semoga Allah berkati keluarga pakcik ". katanya sambil tersenyum. Aku begitu kgum dengan ibu ini. Dia sanggup lakukan apa saja demi anaknya. Aku tidak mahu menjadi golongan yang hanya tahu mencari salah. Suka mengesyaki perkara-perkara yang dia sendiri tidak pasti. Padaku rezeki yang aku terima setiap bulan, dalamnya ada hak-hak orang lain.

Aku masih ingat akan kata-kata seorang ulama yang datang memberi kuliah di surau kami. katanya kalau inginkan ketenangan hidup perbanyakkanlah sedekah. Aku terasa begitu tenang sekali setelah menghulurkan wang kepada wanita tersebut walaupun sedikit. Inilah rezeki yang aku dapat dipagi hari iaitu peluang untuk bersedekah.

Tsunami Angin Di Florida

Salam semua. Sengaja aku nak kongsi kepada pembaca semua tentang Tsunami angin yang terjadi di Florida. Itulah tanda-tanda kekuasaan Allah. Apabila dia berkata jadilah...maka jadilah. Sebagai hamba Allah, semua kejadian ini haruslah di ambil iktibar. Siapalah kita yang mengaku hebat....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...