" Bang macam mana dengan gerai Nah. Nah ingat nak tutup 2 bulan sementara mendapat pekerja baru. Kalau tak dapat terpaksa Nah jual gerai tu ". Sugul ketika dia melafazkan kata-kata. Aku hanya terdiam sebab tidak tahu bagaimana nak membantunya.
" Macam ni lah Nah. Gerai tu jangan di tutup atau di jual. Biar abang saja membantu Nah tebar roti canai ". Tertawa isteriku mendengar aku nak menebar roti canai.
" Abang boleh ka menebar roti canai. Susah juga ". Katanya padaku.
" Insyaallah..perlahan-lahan abang belajar dan lama kelamaan boleh la tu ". Aku berkata dan isteriku terdiam. Mungkin berfikir akan kebenaran kata-kataku. Seumur hidup aku belum pernah aku menebar roti canai. Kini kalau sudah terpaksa siapa lagi yang akan membantu isteriku.
" Senang kita sama-sama senang dan susah kita sama-sama susah ". Aku berkata kepada isteriku.
" Kalau abang tugas petang dan malam insyaallah abang boleh tolong Nah. Kalau tugas pagi tak berupaya abang tak menolong Nah ". Kata-kataku sedikit sebanyak melegakan hatinya yang sedang kusut memikirkan soal gerainya. Kali ini mungkin aku lebih banyak berada di gerai isteriku berbanding sekarang dimana aku hanya singgah sekejap dan kemudian meronda dengan kameraku.
" Kesian dekat abang nanti. Hobby abang tergendala ". Kata isteriku.
" Tak apa abang buat ini pun sebab sayang abang pada Nah. Kalau suami tak menolong siapa lagi ". Tersenyum isteriku bila mendengar kesudianku nak menolongnya. Aku tahu dia lebih suka aku berada di sisinya ketika berada di gerai. Cepat sungguh masa berlalu. Nanti kalau pembaca nak merasa roti canai hasil tebaran aku silakan ke gerai ya....
6 comments:
Untung isteri Ariff. :)
Kakcik...kalau saya tak bantunya siapa lagi ya. Kesian dia
As salam En Arif,
Jgn ditutup kedai tu... Nnt saya nak dtg..hehehe..insya'Allah, mana tahu 1 hari nnt kan ;)
Marya Yusof...Insyaallah tak tutup.
kat mana kedai tu abg ariff.nt saya nk pg rasala kak rosnah punye roti canai.
Mrs. Izi...Sebelah masjid dekat dengan pesta Pulau Pinang
Post a Comment