Teman-teman

Sunday, April 15, 2012

Saintis Temui Pasak Bumi

Allah swt berfirman yang bermaksud, " Dan gunung ganang pula di perkukuhkan letaknya ( di bumi sebagai pancang pasak yang menetapnya ". Surah An Naazi'aat, 79 ayat: 32

Allah swt berfirman yang bermaksud, " Dan gunung ganang sebagai pancang pasaknya ". Surah An Naba, 78 ayat : 7

Dan Allah swt juga berfirman yang bermaksud, " Dan ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu ". Surah An-Nahl , 16 ayat : 15

Dalam setengah tafsir ia di sebut
" Dan dia menancapkan gunung ganang di bumi supaya ia tidak berguncang bersama kamu, ( dan dia menciptakan ) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk ".

Sebagai orang islam kita harus yakini setiap ayat yang di turunkan. Sekarang mari kita melihat gambar ini pula. Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini telah menemui sebuah buah gua yang terletak di Naica Mexico. Gua ini di penuhi dengan batu-batu kristal yang membentuk seperti pasak atau pancang seperti yang biasanya di pasang pada banggunan-banggunan besar dan ada yang sampai sehingga 12 meter panjang. Seperti di katakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah kerana ia dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai.












Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian. Pengarang buku The earth ( Bumi ) yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia iaitu Dr frank Press. Beliau yang pernah menjadi penasihat sains kepada bekas presiden Amerika Jimmy Carter menyatakan bahawa gunung ganang hanyalah sebahagian daripada sebuah binaan yang besar dimana akarnya memanjang jauh kedalam perut bumi. Dr Press menulis lagi bahawa gunung ganang sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang di perkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung ganang sejak 1400 tahun dahulu.

Subhanallah..Benarlah firman Allah....

2 comments:

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Subhanallah, Al-Quran itu lengkap sgl2nya ada disebut, terpulang pd kita shj utk membaca, menghayati serta mengkaji isinya... Makin byk gunung ditarah dan diratakan, sb tulah bumi makin xstabil :(

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Itulah...Kita di suruh mengaji dan mengkaji Al-Quran. Inilah hasilnya yang kita dapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...