Teman-teman

Saturday, April 14, 2012

Anak Saya Kena kancer

Jam 7 pagi ketika isteriku keluar ke gerainya, aku pula pulang kerumah pertamaku untuk ziarah anak-anakku. Setelah puas berborak, jam9 pagi aku pulang pula kerumah keduaku. Bila sampai saja aku terlihat seorang wanita sambil mendokong anaknya. Pakaian mereka begitu lusuh. Walaupun muka wanita itu kelihatan lusuh tetapi di sebabkan bertudung maka ciri-cirikemanisan itu ada.
" Assalamualaikum pakcik. Saya mai ni nak jual baju kurung.harganya RM30 saja. Saya tak mau meminta. Duit ini untuk anak kecil saya yang disahkan menghidapi penyakit kanser tulang. Saya kena cari duit untuk buat rawatan ". Sayu wajah wanita tersebut menceritakan kisah diri dan anaknya.
" Adik tinggal dimana ". Aku bertanya.
" Balik Pulau pakcik ". katanya

Aku terus mengeluarkan wang lalu aku hulurkan kepada wanita tersebut. Wanita tersebut memberi baju kurung yang dijual.
" Tak apa dik.Baju tu adik simpan untuk di jual pada orang lain. Ini pakcik beri untuk anak adik ".
" Terima kasih pakcik. Semoga Allah berkati keluarga pakcik ". katanya sambil tersenyum. Aku begitu kgum dengan ibu ini. Dia sanggup lakukan apa saja demi anaknya. Aku tidak mahu menjadi golongan yang hanya tahu mencari salah. Suka mengesyaki perkara-perkara yang dia sendiri tidak pasti. Padaku rezeki yang aku terima setiap bulan, dalamnya ada hak-hak orang lain.

Aku masih ingat akan kata-kata seorang ulama yang datang memberi kuliah di surau kami. katanya kalau inginkan ketenangan hidup perbanyakkanlah sedekah. Aku terasa begitu tenang sekali setelah menghulurkan wang kepada wanita tersebut walaupun sedikit. Inilah rezeki yang aku dapat dipagi hari iaitu peluang untuk bersedekah.

2 comments:

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Setuju! Tak perlulah kite memikir lebih2 kalau nak bersedekah, bagi sahaja krn Allah Maha Mengetahui... :)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...