Teman-teman

Monday, December 29, 2008

Allah Selamatkan Palestin

Hari ini seluruh umat islam menyambut tahun baru islam. Banyak sms yang aku terima mengajak aku agar berhijrah dan memulakan kehidupan baru. Ya.. aku pun merasai begitu. Aku perlu lakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan bersama 2 orang anakku. Hati aku masih lagi sayu memikirkan pemergian isteriku tapi hati ini bertambah sayu bila membaca berita beratus - ratus kematian dan kecederaan yang berlaku di Gaza akibat serangan dari regim laknat israel. Aku melupai sebentar kesedihan aku. Aku bayangkan betapa deritanya rakyat Palestin yang diuji dengan bermacam-macam dugaan. Mereka semua alhamdulillah dapat meneruskan kehidupan normal mereka.

Aku mengimbas kembali program aku dan isteri terlibat didalam ceramah Palestin anjuran surau kami. Slaid demi slaid dipaparkan agar masyarakat ditempat aku sedar akan perkembangan Palestin terkini. Ceramah diakhiri dengan mengutip tabung kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Ramai juga yang menderma alhamdulillah. Aku dan isteri amat terkesan dengan seorang ibu tua. Selesai ceramah dan mengemaskan surau, kami berdua pulang lalu dihampiri oleh seorang makcik. Katanya dia tak ada wang untuk diberikan kepada tabung Palestin. Beliau menghulurkan seutas rantai katanya rantai itu kepunyaan anaknya. Kataku tidakkah anaknya akan menangis bila menyedari rantainya tiada. Kata makcik itu pula dia yang akan menangis bila melihat dan mendengar akan penderitaan umat islam Palestin tetapi tidak melakukan sesuatu. Kata makcik itu lagi Allah akan berikannya rezeki lain kali.

Keesokkan hari pula sewaktu kami berdua hendak kepasar, seorang ibu muda mendapatkan kami dalam keadaan sebak. Katanya jika suaminya mengizinkan dia untuk berjihad di Palestin beliau akan berangkat segera kesana. Tergamam kami berpandangan sesama sendiri. Subhanallah engkau telah mentarbiah aku dengan semangat seorang wanita sedangkan dihati aku tidak terdetik untuk kesana membantu Palestin. Aku begitu kagum dengan semangat wanita ini. Pakaiannya sederhana sahaja walaupun menutup aurat tapi jiwanya mengalahkan lelaki.

Seminggu kemudian seorang kawan memberitahu aku mengenai seorang kontraktor sewaktu mendengar ceramah Palestin, sebagai pengerusi majlis aku merayu agar mereka yang allah berikan rezeki lebih sedikit bantulah umat islam. Kata kontraktor itu, arab sama arab pun tak bersatu buat apa kita rakyat Malaysia nak tolong. Inilah sebahagian budaya rakyat Malaysia yang terlalu cintakan dunia.

Sebagai umat islam marilah kita titipkan doa kepada Allah agar umat islam diseluruh dunia yang ditindas , Allah berikan kemenangan. Aku doakan semoga roh isteriku aman disana dan Allah berikan kemenangan kepada umat islam dan allah hancurkan kufur. Amin ya rabbal a lamin.

Saturday, December 27, 2008

Seminggu sudah berlalu

Pejam celik pejam celik seminggu telah berlalu isteri tercinta telah meninggalkan kami semua. Dalam kerinduan aku bermunajat kepada Allah agar dipertemukan aku dengan isteri didalam mimpi. Namun sehingga kini setelah seminggu, Allah tidak mengizinkan aku bermimpikan arwah. Begitu jiga dengan kedua-dua anakku. Bila aku bertanya pernahkah mereka mimpikan emak. Jawapan mereka seperti aku juga.

Memang hidup tanpa isteri begitu menyiksakan. Setiap aktiviti yang dilalui bersama bukan senang untuk dipadamkan. Kadang-kadang bila pulang kerumah masih terasa isteri sedang memasak. Bila memetik komputer terasa isteri berada disebelah sambil menjahit baju. Aklhirnya aku sendiri yang akan keluar dari rumah. Ramai yang menasihat agar aku melupakan peristiwa lama dan membina hidup baru. Aku hanya mendiamkan diri.

Aku bukanlah jenis kaki yang suka merayau tak tentu hala. Jika tiada program aku selalu berada dirumah bersama isteri. Kini kemana lagi harus aku tuju kalau tidak dirumahku sendiri. Blog inilah tempat aku meluahkan segala isi hati.Kadang-kadang aku merasakan betapa indahnya andaikata peristiwa yang berlaku ini hanya sebuah mimpi. Namun aku perlu sedar yang aku berpijak dibumi yang nyata. Cuma aku tidak berani berhadapan dengan orang yang ingin tahu sebab musabab kematian isteriku. Sedikit demi sedikit kami membiasakan diri. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami semua insyallah.

Tuesday, December 23, 2008

Aktivitiku bermula

Hari ini aku telah memulakan tugas harianku. Bangun dari tidur dok fikir apa nak buat hari ini. Ahh kini aku tiada lagi pembantu peribadiku. Sunyi sepi dapur tidak berbunyi. Periuk belanga yang isteriku basuh sebelum sakit masih lagi disitu. Nak masak apa hari ini untuk aku membawa bekalan ketempat kerja petang ini. Teringat pesanan mak angkat kami kalau ada apa-apa masalah talipon. Aku pun angkat gagang talipon dan terus dial nombor mak angkat. Aku terus bertanya bagaimana nak buat kari ikan. Apalagi meraung mak angkat mendengar aku nak masak kari. Sebak juga aku tapi aku kawal perasaanku. Kata mak angkat tak payah masak la. Kalau nak makan datanglah kerumah. Akhir sekali aku ambil keputusan tak makan apa tengahari. Biskut kering masih banyak lagi.

Dalam hati berkata petang ini nak buat nasi goreng. Seperti biasa aku tidur dulu. Bila bangun terus kedapur nak buat nasi goreng. Ya Allah aku tak letak nasi. Aku terus mandi dan pakai uniform terus turun kebawah. Apabila nak bertolak aku selalu automatik akan mendongak keatas sebab selalunya isteriku akan melambai tangan. Katanya abang kerja jauh, Siti berdoa moga abang dilindungi Allah. Sejuk aku ketempat kerja.

Kini tiada lagi lambaian dari seorang isteri. Aku lesu ketempat kerja dalam kelaparan. Aku singgah membeli goreng pisang untuk aku makan semasa diatas motor. Sebak juga hati. Nak buat macam mana. Aku kena belajar dari A hingga ke Z. Baju tak usah kata. Anak perempuan berada di Sungai Petani. Kalau dia tahu keadaan aku tentu dia risau. Apa tidaknya uniform sudah 3 hari tidak bertukar sebab aku tidak pandai gosok sendiri. Sewaktu isteriku bergurau dengan anak-anak dia berkata. " Ayah first class dalam basuh baju kemudian kutip baju dan akhirnya letak diatas katil". Kata isteriku lagi. " Abang kena belajar serika baju, kalau Siti mati sapa nak buat semua ini". Aku hanya tersenyum depan anak-anak yang ketawa berdekah-dekah bila emak mereka perli aku. Ya Allah bahagianya aku waktu itu.

Kini anak-anak sudah besar-besar. Masing-masing membawa diri. Aku yang keseorangan dirumah. Aku bila kepekan berjumpa saja orang mereka akan menahan aku dan bertanya isteri sakit apa sehingga meninggal. Ni yang aku malas nak layan. Ia akan membuat hati aku bertambah hiba. Sambil mengucap terima kasih aku berkata dah janji Allah. Satu lagi yang memeningkan kepala aku ialah tahlil. Bila nak buat tahlil aku pasti kena ada sehinggakan kadang-kadang tiap-tiap hari ada saja tahlil untuk arwah. Aku amat letih sekali tetapi demi menjaga hati orang yang menyayangi isteriku ku langkahi juga.

Kepada adikku Masteja dan suaminya Zaabar. Abang ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjaga Kak Aishah semasa di Kelantan. Sesungguhnya memori Kelantan tidak dapat abang lupakan. Itulah saat genting Kak Aishah bertarung dengan kesakitan siang dan malam. Semoga Allah memberikan kebahgiaan rumah tangga dan kesihatan yang baik kepada Mas sekeluarga.

Saturday, December 20, 2008

Berakhirnya sebuah kehidupan

16 Disember 2008 - 1200 malam. Isteriku masih lagi kesakitan. Hanya terdengar luahan " Ya Allah bang sakitnya. Tolong baca dan hembuskan dibadan Siti". Aku terus membaca ayat-ayat suci Al Quran dan kuhembuskan kebadannya. Ada ketenangan dapat yang dirasai oleh isteriku. Kadang-kadang terdengar suara perlahan, " Ya Allah aku redho dengan ujian ini". Aku hanya mampu menangis memeluknya. Tidak sanggup aku melihat isteri kesayanganku sakit. Aku berkata," Siti hari ini kita akan balik ke Penang. Kita akan berubat". Dia hanya mengangukkan kepala tanpa bersuara.

Jam 5 pagi kami bangun untuk pulang ke Penang. Aku melihat perubahan pada isteriku. Dia amat keletihan dan kadang-kadang hilang ingatan. Aku memapahnya masuk kedalam tandas. Sementara menunggu isteriku, aku berkemas apa yang perlu. Hatiku terasa kenapa isteriku belum keluar dari tandas lagi. Aku terus kesana. Aku mendengar isteriku menangis sambil memanggil namaku. Apalagi panik aku. Ya Allah pintu terkunci. Aku menyuruh dia membuka pintu tapi katanya dia tak boleh bangun. Nasib baik adik ipar ada kunci pendua. Aku meluru masuk kedalam. Hati aku begitu sayu melihat keadaannya yang tidak bermaya. Aku menangis semahunya. Aku terus memapahnya keluar.

8.30 pagi - Firefly meluncur laju meninggalkan bumi Kelantan. Isteriku sepanjang perjalanan hanya mampu tidur sahaja. Sekali-sekali aku menjeling kearahnya. Sayu hati melihat orang yang aku sayangi berkeadaan begini. Orang inilah ketika aku sakit dia menjaga aku dengan penuh ikhlas. Jam 9.30 pagi kelihatan bumi Pulau Pinang. Aku mengejutkan isteriku. Dia terjaga tanpa berkata apa-apa. Setelah semua penumpang turun barulah kami berdua dizinkan turun. Kaki isteriku terketar-ketar untuk menuruni anak tangga kapal terbang. Ini menyebabkan kru MAS kelam kabut membantu. Seorang pemuda meminta izin aku untuk mencempung isteriku. Aku mengizinkannya dan terus dicempungnya dan diletakkan didalam van dan dibawa ketempat balai ketibaan.

Sampainya kami dirumah apalagi keluarga isteriku meraung melihat perubahan dirinya. Apa tidaknya semasa pergi isteriku tersenyum dan bila pulang sudah tidak mengenali sesiapa lagi. Aku hanya mampu mengalir air mata. Sudah puas aku bermain air mata. Setelah meletakkan barang-barang, aku terus membawa isteriku untuk berubat. Kata tok bomoh yang merawat isteriku masih terdapat kesan-kesan isteriku di serang dengan bertubi-tubi. Katanya dia sudah membuangnya. Aku membawa pulang isteriku kembali. Sampainya dirumah isteriku sudah mula meracau dan kadang-kadang tangisan sakit. risau dan sedih melihat keadaan isteriku yang bertambah parah. Aku membawa kembali isteriku kesana. Kata tok bomoh apa yang Allah berikan kepadanya telah pun dia gunakan. Badan isteriku sudah clear dari santau dan gangguan lain. Katanya mungkin kesan dari apa yang terjadi menyebabkan kecederaan dalaman dan menyuruh aku membawanya ke hospital.

Aku bergegas membawa isteriku ke hospital Pantai Mutiara. Kedengaran azan Maghrib berkumandang. Selesai aku mengerjakan solat maghrib, nurse telah menolak isteriku masuk kedalam ICU. Setelah segala kelengkapan dipasang aku dibenarkan masuk. Menangis aku terisak-isak melihat orang yang selama ini menjaga ketika aku sakit berkeadaan begini. Badannya dipenuhi dengan wayar. Dia nampaknya penat. Sempat juga dia mencium tanganku sambil menunjuk isyarat agar aku berdoa. Tak terkata apa-apa. Aku hanya mampu mengangguk dan aku terus memeluknya sambil menangis. Aku amat merinduinya. " Kenapa orang sanggup buat begini kepada kita Siti ". Sambil memeluk aku meratapi namun isteriku tetap mengusap kepalaku tandanya suruh bersabar diatas ketentuan Allah. Aku melihat airmata mengalir dipipinya.

Aku menyuruh anak lelakiku masuk. Sebentar kemudian dia keluar sambil menangis. Katanya emak suruh berdoa. Bagaimana aku harus memberitahu anak gadisku yang sedang mengambil peperiksaan semnya. Bingung memikirkannya. Berita isteriku sakit telah tersebar luas. Kelihatan ramai orang datang untuk menziarahinya. Doktor memarahi nurse dan mengarahkan agar tidak membenarkan sesiapa melawat. Takut jangkitan kuman kata doktor.

17 December 2008 - Aku mendapat berita dari Doktor mengatakan bahawa buah pinggang isteriku rosak. Hati rosak. Limpa rosak. Sebelah paru-paru tidak berfungsi. Ya Allah mengapa manusia sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk hidup amat tipis. Bermulalah episod isteriku tidak lagi sedarkan diri. Dia berada didalam keadaan koma. Mendengar perkataan doktor membuatkan aku hampir terjatuh sebab aku tahu bahawa bila-bila masa saja isteriku akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku takut menghadapi saat itu. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahhim. Kau berikanlah ruang sedikit masa lagi untuk aku bersama isteri tercinta. Aku begitu merinduinya. Sudah lama aku tidak melihat akan senyuman isteriku.

18 December 2008 - 5.50 pagi. Aku menerima panggilan dari hospital mengatakan bahawa isteriku amat tenat. Apalagi bergegas aku memandu kereta bersama anak lelakiku. Sambil menangis aku berdoa kepada Allah agar Allah ringankan beban keatas isteriku. Aku meminta abangku menalipon anak gadisku. Aku sendiri tidak sanggup memberitahunya. Doktor memberitahu keadaan isteriku amat kritikal. Ya Allah aku tak sanggup berpisah dengannya. Anakku sampai setelah selesai peperiksaan. Menangis ia sebab terlalu sayangkan ibunya. Namun ibunya sudah tidak mampu lagi bersuara atau membuka mata. Dirangkul ibunya.
" Emak kakak minta maaf dekat mak. Kakak lewat sampai. Ayah...siapa yang buat emak sampai macam ni. Mak tak pernah bergaduh pun ". Aku hanya mampu menangis ketika itu. " Sudahlah kakak. Inilah masanya kita sedekahkan ayat suci al-quran pada emak. Ini yang emak perlukan dari kita ". Aku menenangkan anak gadisku padahal aku amat tersiksa sekali ketika itu.

6.00 petang - Kami dibenarkan untuk membaca yasin di depannya. Aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan kalimah syahadah. Kaum keluarga dibenarkan untuk bersama. Didepannya aku berdoa, " Berat hati abang untuk berpisah dengan Siti. Kalau itu merupakan ketentuan Allah untuk kita Siti, pergilah dengan tenang. Jangan risau tempat Siti adalah di syurga. Abang redho dan abang ampunkan segala dosa Siti. Terima kasih kerana menjaga abang dan anak-anak. Kita akan bertemu di akhirat kelak. Kita akan menuntut keadilan di sana ". Aku tidak dapat lagi mengawal perasaan yang selama ini aku pendam sehingga ditenteramkan oleh kaum keluarga.

7.20 petang - Aku melihat tekanan pernafasan digital yang di pakai isteriku semakin menurun. 20,19,18.......4,3,2,1........Tatkala azan maghrib berkumandang isteriku telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. " Inna lillahi wainna ilai hirojiun ". Walaupun aku sudah bersedia menghadapinya namun aku tidak dapat menerima kenyataan yang isteriku telah pergi meninggalkan kami semua. Masih terngiang-ngiang janjiku padanya " Siti kita akan pergi umrah dan haji bersama ". Esak tangis dari kaum keluarga tidak dapat dihalang lagi. Mayat dibawa pulang ketempat kami. Setelah dilakukan pembersihan mayat isteriku kelihatan tersenyum dan itulah senyuman yang aku rindukan.Manis sungguh senyumannya. Masyaallah air mataku berlinangan. Dalam hati aku berkata, " Siti bahagialah hidupmu. Engkaulah telah mendapat Bihusnil Khatimah seperti yang di idamkan oleh semua orang". Berita kematian membuatkan begitu ramai sekali yang melawat.

19 December 2008 - Mayat isteriku telah dikapankan. Sebelum dibawa ke masjid kaum keluarga di izinkan mengucup untuk kali yang terakhir. Seorang demi seorang datang mengucup. Akhirnya tiba giliran aku sebelum jenazah isteriku di tutup kembali. Aku mengambil peluang ini untuk menatap wajahnya yang terakhir. Aku memeluk isteriku berulang-ulang kali. Begitu juga aku mengucupnya berulang kali. Kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai terdengar esak tangis mereka. Selepas solat jumaat dan jenazah isteriku dibawa ke perkuburan sambil dilindungi oleh awan. Ramai yang menyedarinya. Ada yang berkata tentu mayat ini seorang yang baik sehingga awan melindunginya. Selesai upacara pengkebumian semua orang pulang. Ramai yang datang untuk menenangkan aku supaya bersabar. Terimalah dugaan ini dengan tenang. Tapi Siti abang amat rindu padamu. Macam mana abang nak melalui hidup ini tanpa siti. Kemana saja abang pergi wajah siti mesti dapat dilihat. Walaupun aku nampak tenang namun didalam hati Allah saja yang tahu betapa sunyinya hidup ini tanpa isteri tersayang. Kau dapat bertemu dengan anak yang kau rindukan selama ini.

Ya Allah kau berikanlah aku dan anak-anak kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Terpaksa aku mempelajari kehidupan baru ini setelah selama ini engkaulah yang membuat segalanya. Abang benar-benar merinduimu Siti Aishah. Siti Aishah. Namamu seindah akhlakmu. Aku kelihatan tenang namun di dalam hatiku siapa yang tahu, " Siti jangan tinggalkan abang Siti. Abang amat rindu padamu ". Ya Allah....Aku pulangkan Siti Aishah kepadaMU. Terima kasih kerana dia dapat bersama dengan aku walaupun hanya seketika cuma.

sekian ariman

Video yang di upload ini pembaca dapat melihat renungan terakhir isteriku sewaktu membawanya berubat di Kelantan. Aku merindui renungan ini. Renungan yang seolah-olah enggan berpisah denganku. Di gambar terakhir ialah ketika rakaman dibuat di atas kapal terbang Firefly sewaktu pergi ke Kelantan. Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada semua dimana janganlah kita berdendam dan akhirnya bersekongkol dengan syaitan untuk menjahanamkan kehidupan orang lain. Padahnya akan di terima di akhirat kelak sebab kami sekeluarga tidak mudah mengampunkan kesalahan mereka. Biarlah orang berkata yang aku ini berhati keras kerana tidak mengampunkan dosa orang sedangkan Rasulullah sendiri telah mengampun dosa umatnya.Tetapi kenapa mereka memisahkan kebahgiaan keluarga kami. Itu saja





Gambar terakhir semasa menyambut hari ibu. Selang beberapa bulan begitu cepat isteriku telah berubah.

Monday, December 15, 2008

Balik ke Penang

Esok tanggal 16 Dec 2008, kami akan berangkat pulang ke Penang setelah menghabiskan waktu makan angjn sambil berubat. Setelah berada di Kelantan isteriku hanya terperap didalam bilik kerana badan begitu letih akibat kehilangan berat badan yang mendadak. Di Kelantan memang ramai bomoh hanya rezeki kita yang akan dapat yang betul-betul berkesan.

Setelah aku sampai di Kelantan terus tidak buang masa ketempat bomoh. Aku tak berapa berkenan sebab tok bomoh tu mulut celupar sedikit walaupun agak ramai yang datang untuk berubat. Aku diperkenalkan pula dengan seorang tua. Cara dia berubat agak tele dengan tok bomoh yang mengatakan bahawa isteriku telah disantau varu setakat dada. Beliau terus memberi minum air jampi. Katanya ini hanya keracunan makanan.

Malamnya pabila masuk saja waktu Maghrib isteriku mulalah mengalami sakit dada, perut dan kepala. Semalaman kami tidak tidur. Aku menyuruh anakkku buat sembahyang hajat untuk ibunya. Itulah saja senjata orang mukmin iaitu doa. Aku mengambil kesempatan pada waktu yang hening memohon doa kepada Allah agar diringankan sedikit bebanan dugaan terhadap isteriku. Alhamdulillah selesai saja memberi salam isteriku telah nyenyak tidur.

15 December 2008 kami baru pulang dari berubat. Kata tok bomoh isteri disantau dari kaedah siam. Beliau terus menjampi agar benda itu pulang kembali ketempat asalnya. Setelah kami sampai dirumah isteriku hanya diam tidak bersuara. Hanya matanya liar memerhatikan sekeliling. Aku dapat merasai bahawa ia sedang bertembung debgab barang yang berada didalam badan. Kata tok bomoh orang buat kerja ini nak supaya isteriku hilang akal. Patutlah kadang-kadang dia bertanya kami berada dimana. Ya Allah lindungilah kami dari gangguan iblis dan syaitan serta hasad dengki manusia

Sekian ariman

Wednesday, December 10, 2008

INDAHNYA CIPTAAN TUHAN


Alhamdulillah aku berkesempatan untuk merehatkan minda setelah sekian lama memikirkan perkara yang menimpa kami sekeluarga. Sehingga ke hari ini masih lagi kami dengan masalah kami. Aku tidak mahu terlalu memikirkannya. Aku telah mengambil keputusan untuk ke Kelantan. Rupanya isteriku telah disantau. Bila aku tanya tok bomoh kenapa ada yang mengatakan ia bukan santau sebab dikuku tidak nampak warna biru. Kata tok bomoh tahap itu dah merbahaya. Kini walaupun ia belum pulih sepenuhnya aku bersyukur isteriku tidak lagi meratap sakit dada.


Semasa berada diatas awangan terasa begitu kerdilnya aku disisi tuhan. Bumi Allah terbentang luas.

Ya Allah engkau menjadikan bumi ini begitu indah sekali. Aku dapat merasainya ketika berada diatas dan melihat awan dibawah.




video

Monday, December 01, 2008

Dia masuk kembali - 2

30 November 2008. Pagi itu isteriku merasakan kakinya amat lenguh. Firasat aku mengatakan bahawa makhluk itu telah masuk kembali ke dalam badan isteriku sebab lubang sudah terbuka. Aku dan isteri hanya mampu membaca al mathurat. Alhamdulillah tiada petanda yang isteriku mengantuk atau kepalanya terhoyong hayang tatkala membaca al quran. Selalunya baru baca suku saja dah jatuh kelantai. Kali ini alhamdulillah al mathurat dapat dihabiskan. Cuma masalah batuk masih lagi menguasai isteriku.

Talipon berdering. Anak saudara kepada isteriku meminta izin kepada aku untuk membawa uztaznya untuk melihat samada masih ada lagi atau tidak makhluk ini. Aku mengizinkan asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Gurunya merupakan seorang tarekat Shazaliah kalau tidak silap aku. Selepas asar mereka sampai. Aku melihat perubahan pada muka isteriku. Jantungnya berdebar dengan kencang sehinggakan anak gadisku berkata," Ayah, awat jantung mak bergerak kencang". Kataku itu petanda makhluk itu ada lagi dalam badan.

Uztaz itu memulakan membaca ayat quran. Mukanya hanya tersenyum saja sambil memandang isteriku. Tiba-tiba isteriku jatuh pengsan. Sah memang betul tekaanku. Ustaz kata biarkan dia tidur sambil terus membaca sesuatu menunjukkan tangannya kearah isteriku. Tiba-tiba isteriku bangun kembali dan terbatuk dengan teruk sekali. Akhirnya terkeluar muntah yang selama ini membelenggu isteriku. Banyak sungguh. Ia seakan ketul-ketul daging yang hancur. Ustaz berkata," tudia dasyat sungguh depa hantar yangn kuat".

Sambil membaca dia berkata tak apa kita hantar balik kepada tuannya. Kata anak saudara isteri bagaimana kalau depa hantar balik. Kata ustaz yang ni kita kena bagi buah keras. Sambil membuat air panawar isteriku terus minum airnya. Nampak alhamdulillah sebab selama ini hanya batuk kuat saja dan kini muntah telah dikeluarkan. Ustaz bertanya aku jawatan apa yang kami pegang. Aku menjawab aku adalah setiausaha surau dan isteriku hanya ajk surau.

Sambil menggelengkan kepalanya ia berkata tak pa insyaallah dan dia buat air penawar untuk dibuat mandian. Malam itu langsung tidak kedengaran gangguan. Namun semalam kami dapat mendengar benda berjalan diatas bumbung sambil kedengaran anjing menyalak mendayu-dayu didepan rumah. Aku tidak henti-henti memainkan cd bacaan ayat-ayat suci al quran. Suatu perkara yang aku amat bersyukur kepada Allah ialah tatkala isteriku ditimpa musibah, Allah pula menganugerahkan kepadaku kesihatan yang baik. Kalau tidak selalunya akulah yang kerap sakit kaki dan isteriku akan memasak air panas untuk aku rendamkan kakiku kedalamnya. Itulah rutinnya.

Aku pasti semua yang berlaku keatas kami bukan sia-sia. Sebenarnya setiap apa yang Allah bagi akan ada kebaikannya kelak. Kebaikan yang aku dapati ialah ukhwah persahabatan dalam jemaah amat kuat. Dapat satu sms saja ramai yang datang untuk membantu kami. Sebenarnya inilah yang menguatkan semangat kami. Yang tak dapat datang akan menalipon memberi nasihat. Syukur kepada Allah. Pengajaran yang aku dapat ketika bersama dengan masyarakat ialah, jaga lidah, jaga perbuatan dan hurmatilah mereka walaupun mereka tidak sama kefahaman seperti kita.

Kini masyarakat masih lagi mencari aku. kata mereka, " Budiman, dulu surau buat pertandingan nasyid. kini depa nak buat pertandingan menari pula ". Memang betul bila aku pulang kerumah ramai juga yang datang mengadu akan hal ini. Kata mereka budak-budak nasyid banyak yang masuk sehingga terpaksa membuka tudung untuk menunjukkan sanggul. Gembira sungguh ibubapa mereka melihat anak menari diatas pentas. Yang paling aku sedih ialah mereka menjadikan surau lama untuk latihan menari. Surau yang sebelum ini dipenuhi dengan majlis ilmu agama.

Aku hanya dapat mengeluh didalam hati sahaja. Ya Allah kau berikanlah hidayah kepada mereka agar mereka ketahui perkara yang baik. Kau permudahkan kami ajk surau untuk terus memainkan peranan terhadap masyarakat. Kau kuatkan iman kami ketika ramai yang menyuruh kami meninggal surau. Aku cuma nak meminta pandangan dari mereka yang membaca cerita ini perlukah kami melepaskan jawatan kami dalam surau padahal kami sendiri tak boleh meninggalkan surau. Ikutkan hati ini, kami akan terus memikul tanggungjawab disurau walaupun diuji.

Ada yang berkata kepadaku," Budiman hangpa dapat apa bila pegang jawatan di surau. Hang tengok sendiri apa yang jadi dekat isteri hang". Aku berkata, " sebenarnya kami pagang jawatan ini sebab itu adalah amanah dari Allah dan sekurang-kurang bila berada didepan Allah kami boleh menjawab". Dalam hati aku berdoa kepada Allah dan aku amat yakini bahawa Allah tidak sekali akan membiarkan orang yang membesarkan agamanya dianiayai. Apa yang Allah berikan ini ada penawarnya kelak insyaallah.

Sekian ariman

Saturday, November 29, 2008

Dia masuk kembali

Pagi itu nampak isteriku ceria. Boleh berjalan dan bergurau. Bila hampir waktu zohor dia dah mula rasa sesuatu. Katanya kepala dan tengkoknya amat berat. Aku dapat merasakan bahawa benda itu telah kembali masuk kedalam tubuhnya. Aku membaca ayat 9 dari surah yasin lalu kuhembus ketengkoknya. Jatuh terkulai isteriku tidak bermaya. Sah makhluk itu telah kembali masuk kedalam badan. Sewaktu solat zohor aku menyuruh anak perempuanku get ready sebab selesai saja salam terakhir dia akan jatuh terkulai.

Memang benar habis saja memberi salam terakhir terus dia jatuh tidak sedarkan diri. Aku buntu memikirkan semua ini. Memang aku tahu ini semua ijian dari Allah tetapi sebagai manusia yang lemah aku amat tertekan. Aku menalipon abnagku. Katanya teruskan pasang cd. Bila pasang saja cd dia jatuh. Aku talipon seorang ustaz yang memang pakar bab jin. Katanya bawa isteri pada hari Ahad. Aku kecewa sebab hari ini baru Jumaat. Aku tak sanggup melihat keadaan isteriku. Aku menalipon seorang rakanku Ust Romzi. Ketika aku sedang bercakap isteriku batuk dengan teruk sekali semacam nak tercabut nyawa.

Mendengar esakan tangis dari isteriku kawanku terus berhenti mengajar Al Quran dan terus pergi mencari kawannya yang boleh berubat. Kawanku talipon mengatakan mereka akan datang jam 9.30 malam. Syukur aku kepada Allah ada juga yang sudi datang. Dr Danial talipon mengatakan dia juga nak datang.

Jam 9 malam. Jantung isteriku bergerak kencang. Katanya gorenglah pisang sikit untuk yang datang malam ini. Terdengar kereta Dr Danial dah sampai. Masuk saja dia isteriku tak boleh dah pandang wajah Dr Danial. Terus dia jatuh terkulai. Kemudian datang kawanku bersama rakannya. Dia memulakan pengubatan. Tatkala membacakan sesuatu isteriku membuka mata dan memerhati kami seorang demi seorang dan terus memfokus kepada oarang yang sedang membacakan ayat-ayat Al Quran.

Isteriku terus membeliakkan mata memandang orang itu. Kini mata mereka saling bertentangan. Tiba-tiba Orang itu terus berkata, "keluar". Terdengar berdentum diatas bumbung yang membuatkan ayam-ayam bertempiaran lari. Isteriku sedar kembali. Semua yang hadir dapat mendengarnya.Kami diberi garam untuk memagar rumah. Malam itu isteriku tidur dengan nyenyak sekali tapi yang menjaganya dapat mendengar benda berjalan diatas bumbung rumah kemudian anjing menyalak mendayu-dayu didepan pintu. Aku terus memasang cd Al Quran. Subuh dapat dilaksanakan dengan tenang.

Pagi ini dia merasa kakinya lenguh. Dalam hati aku terdetik apakah petanda makhluk itu masuk kembali. Waktu sembahyang yang akan menentukannya. Anak saudaraku di Kelantan tak senang. Dia akan cari Ust disana dan kalau tiada perubahan untuk isteriku akan ku bawa ke kelantan insyaallah untuk berubat dan kami boleh aktif kembali di surau. Terima kasih yang sudi membaca dan memberi komen. Aku tulis hanya untuk meredakan stress aku dan bukan untuk mencari populariti. Mungkin orang lain yang membaca mendapat iktibar dari peristiwa ini.

sekian ariman

Friday, November 28, 2008

Terima kasih sahabat semua


Aku dan keluarga merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat JIM yang memenuhi ruang tamu untuk menunaikan solat hajat dan membaca surah yasin. Aku sendiri tidak menyangka kedatangan yang begitu ramai. Terasa kemanisan hidup berjemaah. Kepada JIM Timur Laut terima kasih kerana sudi datang dan bawa juadah makanan sekali. JIM Seberang Perai Tengah Cikgu Rusli, Hj Atan dan isteri masing yang sudi datang walaupun jalan dan jambatan jamn. Tetapi disebabkan ingin membantu sahabat yang ditimpa musibah mereka sanggup datang. JIM Barat Daya aku amat berterima kasih terutama kepada YDP Mohd Tuah dan juga Bakhtiar yang mengesyurkan agar majlis ini diadakan.

YDP JIM Barat Daya Mohd Tuah dan YDP JIM Seberang Perai Tengah Cikgu Rusli Hashim

HJ Mohd Rashid Hasnon dari JKP pusat turut hadir untuk membantu
Isteriku dalam keadaan longlai dibantu anakku Siti Zinnirah. Dia dapat merasakan kehadiran kawan-kawanku yang akan datang untuk solat hajat dan membaca surah yasin. Matanya dah mengantuk sehingga tidak dapat dibuka mata. Selalu beginilah keadaannya bila nak baca surah yasin. Bila baca saja terus tidur. Kata Ust man memang dia tak mau dengar sebab dia dah terbakar akibat dipanah petir. Bayangannya masuk kebadan isteriku yang lemah ketika itu. Kata Ust Man kalau dia dengar bacaan yasin akan terus terbakar. Sebab itu dia tidur. Selesai saja majlis malam itu dia menjadi cergas kembali. Ramai yang hairan. Boleh bergurau dan berjalan. Selalunya bila selesai baca yasin akan terasalah sakit badan, paha dan lutut.

Ketika kami nak tidur isteriku sedang menunaikan solat isyak. Aku pasang CD ayat-ayat quran yang kursus untuk menghalau jin yang telah dipinjamkan oleh Dr Abd Halim. Selesai saja salam yang terakhir terus dia jatuh terkulai tak bermaya. Katanya mengantuk tak tahan. Biasalah kalau dengar ayat al quran beginilah keadaannya. Aku ulang dan ulang kembali bacaan yang dah selesai. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Telah 5 kali aku ulang CD bacaan ayat suci. Kali ini aku melihat tindak balasnya. Dia nampak gelisah. Pusing kiri tidak kena dan pusing kanan pun tidak kena. Aku menyuruh anak lelakiku Hermawan membaca ayat ke-9 dari surah yasin dan dihembus ketelinga kanan.

Apalagi apabila terkena saja hembusan dia menjadi agresif dan melawan. Anakku hembus lagi ayat itu. Dia menutup lubang telinga kanannya tidak membenarkan hembusan dibuat. Dia menendang kami. Bila sampai saja kepada ayat 3 Qul dia menjadi tidak tentu arah. Meracau. Aku dan anak apalagi kami bertempik, " keluar kalau tidak mahu sakit". Isteriku menangis mendayu minta jangan dihembus kuat-kuat katanya sakit sampai kedalam. Tangisannya membuat aku lembut seketika dan memohon maaf kalau ada kekasaran. Anak perempuan aku bertanya itu mak atau makhlus halus. Aku kata kedua-duanya sekali. Isteriku sedar tentang apa yang berlaku tetapi badannya seolah-olah telah dikawal.

Aku menyuruh anakku menghembus perlahan-lahan sehinggakan terbatuk-batuk sambil menangis hiba. Aku kata kepada anak-anakku dia minta simpati. Anakku tak kasi can dia terus membaca ayat itu dan dihembusnya perlahan-lahan. Isteriku terus bangun. Katanya dia tidak mengantuk dan sakit paha dan badan. Ternyata makhluk itu telah keluar dari badan isteriku akibat tidak tahan. Pagi tadi isteriku menceritakan bahawa dia marah ketika itu bila sedar saja dari tidur terdengar ayat 3 Qul dan itulah yang membuatkan dia meronta. Kini katanya badannya tidak sakit-sakit lagi.

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memberi bantuan yang amat aku harapkan melalui kedatangan yang begitu ramai dari sahabat-sahabat. Insyaallah kalau dengan izinnya doa salah seorang daripada kami akan Allah makbulkan. Aku mengharapkan isteriku akan pulih sepenuhnya. Apa pun terpaksa tunggu petang ini baru tahu akan hasil yang telah dilakukan. semoga Allah membantu. Aku terkesan semasa sesi tazkirah selepas solat hajat dari YDP JIM SPT. Katanya musibah ini menjadi pengajaran kepada kita. Selama ini kita lalai dengan tanggungjawab kita terhadap Allah. Kita tidak dekatkan diri kita dengan si pencipta. Kita sibuk dengan urusan duniawi sehinggakan kita lupa dengan tugas kita sebagai hambanya.

Terima kasih sekali aku ucapkan kepada sahabat dengan bantuan dan doa dari kalian semua amat kami menghargainya.

Sekian ariman

Thursday, November 27, 2008

DJ....Yang Buntu

Aku telah menerima dan berjanji untuk menjadi DJ di rumah kenduri. Itu merupakan kerja sambilanku. Janji yang aku buat sebelum isteriku menerima dugaan Allah. Berat rasaya hati untuk membiarkan dirinya yang mengharapkan aku berada disampingnya. Program bermula jam 11 pagi hingga 5 petang. Kata isteriku pergilah kalau kita dah berjanji tak baik memungkirinya. Katanya dirinya jangan dirisaukan sangat sebab Allah ada bersama.

Aku melangkah longsai dan tidak ceria memikirkan keadaan isteri. Aku tidak banyak bercakap sewaktu dirumah kenduri. Dengan hanya memasang lagu-lagu nasyid aku terus buntu mencari idea. Sekejap anakku menghantar sms mengatakan emak muntah darah. Ya Allah kau percepatkanlah masa sampai jam 5 petang. Aku terpaksa talipon bertanyakan khabar, tapi kata isteriku tak apa boleh bertahan lagi.

Alhamdulillah jam dah pukul 5 selepas aku bereskan kerjaku, aku bergegas pulang. Kulihat isteriku sedang menangis menahan kesakitan. Kakinya terasa lemah dan tidak bermaya. Aku mengajaknya keluar untuk mengambil angin. Aku hanya mengambil jalan-jalan yang mudah seperti jalan menuju pulang kerumahku. Aku tidak berani membawanya kepantai. Kami melalui masjid. Terdengar bacaan ayat suci Al Quran surah Yasin yang menandakan ada kematian. Apalagi isteriku menangis bila mendengarnya. Katanya mungkin suatu hari bacaan Al Quran ini adalah untuk dirinya.

Air mata tidak mampu ku bendung lagi. Sambil memandu air mata berlinangan mengenangkan percakapan isteriku tempuh hari. Katanya, " Kalau Siti pergi abang redholah pemergian ini. Sedekahlah ayat-ayat Al Quran untuk Siti ". Apalagi aku menangis semahunya dalam kereta. Aku berhenti di depan masjid dan terus berkata kepada isteri. " Kita jangan mudah putus asa. Rasulullah telah diuji dengan lebih dasyat lagi. Mungkin mereka yang melakukan ini mahukan kita berputus asa".

Keesokkan harinya jiranku telah membawa seorang pengamal perubatan untuk membantu. Aku terima saja demi isteriku asalkan ianya tidak menyeleweng. Aku tidak mahu ia berkecil hati. Kata tok bomoh dia hanya mampu menghalau keluar saja, tapi kalau datang balik ia tak dapat buat apa-apa ibarat menghalau anak ayam dari memakan makanan. Katanya tok bomoh benda yang berada didalm badan isteriku amat kuat dan pandai. Bila dibacanya ayat ia akan pura-pura tidur. Begitu juga kalau kami sekeluarga berhimpun untuk membaca Yasin, bila sebuat saja ayat Yasin.... dia terus tertidur. Selesai membaca dia akan bangun semula. Kata tok bomoh kalau nak pendinding dia ada tapi ini kena bayar sedikit iaitu sebanyak RM 140. Ia berbentuk tangkai yang perlu dibuat rantai dan digantung dileher. Aku menolaknya secara baik. Aku tidak mahu bergantung harap kepada azimat tangkai. Itu dah syirik

Sambil tersenyum tok bomoh berkata ini semua sebab terlampau aktiflah. Ada yang cemburu dan hasad. Aku tahu kalau disurau kalau ada apa-apa pergi tanya Budiman & Aishah. Orang yang hantar benda itu keisteriku marah sebab ia kata Aishah suka menonjolkan diri. Subhanallah, yang aku tahu isteriku bukanlah jenis yang suka menunjuk-nunjuk. Tidak pernah is bermusuh dengan sesiapa. Cuma makcik-makcik memang mengharapkan setiap program Aishah mesti ada sebab dia yang paling muda. Kalau tak ada Aishah kata mereka, mereka tidak boleh bekerja.

Seorang kenalan aku yang juga seorang ustaz mengatakan isteriku jadi begini sebab terlalu baik. Insyaallah dia akan cuba mengumpulkan beberapa orang ustaz untuk membantu kami. Pagi ini aku akan membawa isteri ke USM untuk berjumpa dengan ust Abd rahman. semalaman isteriku tak dapat tidur manakala aku terlalu keletihan tidak sedar diri. Sedar-sedar dah subuh. Kulihat isteri sedang menangis akibat tidak dapat tidur. Katanya semalam ia mendengar orang mengetuk pintu dan berlari diatas anak tangga.

Insyaallah malam ini beberapa orang sahabat dari JIM Bara Daya akan melakukan solat hajat dan membaca yasin dirumah mertuaku yang selama ini aku duduk semenjak isteri keluar dari hospital. Katanya ia takut untuk pulang kerumah walaupun merinduinya dan aku sendiri tidak akan membiarkan isteriku keseorangan dirumah. Inilah ujian yang perlu kepada orang yang mengaku beriman kapeda Allah. Kata Allah, kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji. Inilah ujiannya. ketakutan

Semoga dalam kesedihan ada kegembiraannya. Anakku dah mula berontak. Mereka menaliponku minta tolong ustaz beritahu yang melakukan pekerjaan terkutuk ini. Mereka perlu diajar. Mereka tidak sanggup melihat emak mereka dilakukan seperti ini. Kata mereka adakah ini hasilnya setelah bekorban untuk masyarakat. Aku hanya mampu berdoa agar Allah menenangkan perasaan anak-anaku. Kami terkejut bila ketika melihat program di TV9 keluar iklan halaqah. Gambar Dr Danial ditunjukkan. Keluar ayat dari isteriku," Orang tua ni lah yang buat aku malam tu".Bersahaja saja tapi orang lain yang terdiam. Ya Allah semoga ujian terhadap isteriku tidak berpanjangan.

Tuesday, November 25, 2008

AKHIRNYA.... TERBONGKAR JUA

Pertama sekali aku mohon maaf andaikata cerita yang akan ku paparkan akan membuatkan kalian semua merasa tidak senang. Bukan niatku untuk mengaibkan atau membanggakan sesiapa. Ini semua mungkin secara kebetulan atau kebenaran. Kalian saja yang dapat mentafsirnya. Aku cuma mahu agar kalian semua mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Setelah berada dihospital selama 9 hari, pada tanggal 11 November 2008 akhirnya isteriku dibenarkan pulang. Namun demam panas masih lagi menguasai badan. Panadol, ubat hospita dan klinik ternyata tidak memberi kesan. Hari - hari pasti demam panas. Aku pening memikirkan perkara ini sehinggakan aku terlupa dengan tugas seharianku. Surau ramai jemaah yang bertanya kemana menghilangnya Budiman. Kenduri dijemput aku juga lupa hadir. Sedar-sedar kenduri dah selesai. Terpaksa berjumpa tuan rumah memohon maaf.

Yang menghairankan aku apabila menjelang Maghrib isteriku mula merasa menggigil kesejukan dan diikuti dengan badan yang panas. Apabila waktu nak mengambil air sembahyang mulalah batuk menyerang tidak henti - henti. Ini membuatkan badan bertambah sakit dan demam panas. Aku mula terasa kepelikan dan mula tersedar kemungkinan ada benda lain yang mengganggu didalam tubuh isteriku. Aku membaca Al Mathurat didepan isteriku. Tiba-tiba ayatnya hilang didepan mata. Setelah beristighfar beberapa kali barulah penglihatan kembali pulih. Aku menyuruh anakku membaca surah Yasin. Tiba-tiba dibalingnya kelambu membuatkan wajah anakku pucat. Isteriku hanya tersenyum melihatnya. Aku dah syak.

Aku ajak isteriku turun kebawah. Sambil bergurau kepada ipar dan anak saudara, aku berkata, " Kawan Pakcik kata pakcik ni boleh berubat tapi tak yakin. Sekarang mari kita berkumpul sambil lutut bertemu lutut dan Pak Cik akan ubati Makcik". isteri menjeling tajam kearahku. Aku tahu yang ia dah mula merasainya. Aku meminta anak saudara membacakan ayat Al Quran didepan isteriku dan aku nak lihat reaksinya. Ternyata tindak balas berkesan. Ku lihat isteriku menggenggam tangan menahan sesuatu. Aku mendekati isteriku dalam keadaan bergurau namun didalam hati, aku membaca surah yang aku telah bacakan didepan isteriku sewaktu aku sendiri tidak sedar ketika mengikut kelibat seorang pendekar sedang menggerakkan tari silatnya.

Bila sampai saja aku didepan isteri, aku terus meletakkan telapak tangan didahi isteriku. Apa lagi menjerit, tertawa dan mengilai. Apa lagi terkejut dengan peristiwa ini ipar dan anak saudara melarikan diri. Tinggal aku dan anakku. Aku beritahu kepada anakku jangan takut dan tolong bantu ayah memulihkan kembali emak. Aku menyuruh dia mengikuti bacaan ayat kursi. Dia membaca amat pelahan, tapi bila disuruh baca dengan kuat suaranya bertukar garau. Aku membaca ayat-ayat suci Al Quran sehinggakan membuatkan isteriku longlai tak bermaya. Aku sendiri pun tak tahu bagaimana aku lakukan semua ini. Aku hanya ingat aku pegang ditempat tertentu sambal membaca ayat Quran. Aku menyuruh anakku menalipon abangku dan beritahu keadaan mak dan katakan ayah tak mampu nak buat seorang diri.

Isteriku ternyata letih dan tidak bermaya. Beliau berkata nak tidur. Aku tahu bukan dia yang nak tidur tapi benda yang berada didalam badannya. Tiba-tiba taliponku berbunyi, anakku memberi tahu Pak Ngah talipon dan sedang menuju kerumah kami. Bila terdengar suara abangku dari dalam talipon matanya mula tidak tentu arah. Apabila terdengar saja salam dari abangku tiba-tiba dia terus bingkas bangun sambil ketawa geram. Apa lagi abangku tak bagi chance langsung terus dimintanya air lalu membacakan sesuatu di tepuk ke kepala isteriku sebanyak 3 kali. Terus longlai dan akhirnya ia keluar dari badan isteriku.

Aku dapat merasai yang benda itu hanya keluar seketika sahaja. Sebelum ini bila aku suruh isteriku senyum sebab aku nak test ternyata senyuman memang meremangkan bulu roma. Tetapi setelah kena tepuk dari abangku dia tidak berani senyum. Setelah keadaan tenang abangku pun pulang kerumah. Aku sengaja test kembali senyuman isteriku. Apalagi senyumannya kembali menakutkan dengan ketawa sinis.

Semalam seorang bomoh tradisional datang untuk merawat isteriku dan ternyata memang ada benda didalam tubuh isteriku. Bila aku pulang dari tempat kerja jam 12 malam sebelum aku masuk kedalam aku membaca ayat kursi dan dapat merasai bahawa benda itu masih lagi berlegar didalam rumah. Sewaktu kami tidur terdengar orang berjalan. Seluruh isi rumah semalam tidak dapat tidur sebab diganggu. Aku mebuat solat hajat memohon kepada Allah semoga kami semua dipelihara dari gangguan iblis dan syaitan terutama sekali isteriku. Alhamdulillahisteriku dapat tidur dengan tenang walaupun aku sendiri tidak dapat tidur sebab diganggu oleh makhluk halus yang ingin masuk kembali kedalam badan isteriku

Aku dapat merasai ia mencuit belakangku, ia mengetuk dan menolak pintu. Ada seketika ia berlari diatas bumbung. Aku hanya berzikir dan membaca Al Mathurat. Hanya kepada Allah lah kita semua meminta disamping berikhtiar. Tujuan aku menulis untuk kalian semua ialah janganlah kita memandang ringan tentang perkara ini. Sekali kita terlalai padah yang menanti. Kalau kalian pulang dari rumah lewat malam, sebelum masuk kedalam bacalag dulu ayatul kursi. Tak salah dan susahkan. Mohonlah kepada Allah semoga keluarga terselamat dari gangguan iblis yang direjam. Kini isteriku masih belum pulih sepenuhnya. Ya Allah kau bantulah kami. Biarlah orang dengki dan khianat namun kami tidak akan membalasnya kembali. semoga mereka yang membuat perkara ini Allah berikan hidayah dan keinsafan. Akhir sekali kepada kalian berhati-hatilah. Kadang-kadang kita buat benda kebaikan pun orang tidak suka. Semoga mendapat iktibar insyaallah.

Terima kasihku tak terhingga kepada abangku, anak saudara, sahabat handai dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kami dan membantu mencari air penawar. Semua ini tidak dapat kami balas dengan wang ringgit. Hanya doa yang kami pohon semoga Allah berikan keberkatan kepada keluarga kalian semua. Amin...

Sekian ariman

Tuesday, November 18, 2008

REMAJA YANG AKTIF

Aku masa zaman remaja amatlah aktif. Segenap pelusuk kampung , pekan, bukit telah aku jelajahi. Pendek kata cuti saja sekolah inilah kerja aku. Setelah tamat sekolah dan seperti yang diimpi-impikan aku dan rakan-rakan berpesta sakan. Nak raikan tamatnya alam persekolahan. Ayah dan Mak tak risau sangat dengan aku sebab kawan-kawanku bukanlah dari kalangan mereka yang sesat. Suatu petang aku berkata kepada rakan-rakanku. " Esok pagi kita joging mau ka". " Bolih juga tapi hang kena mai kejut kami bangun tidor la ". Balas kawanku. Memang diantara kami semua, aku digelar ustaz rock sebab dunia boleh akhirat pun boleh. Kadang nak kejutkan rakanku yang bangun lewat senang saja. Aku ke telinganya lalu aku bacakan surah Yasin. Apa lagi meloncat sakan. " Macam ni malam ni kita pergi pesta dulu. Kita jalan kaki saja sebab dekat dengan rumah ". Cadangan yang baik dari salah seorang rakan.

Malam itu selepas Isyak kami berjalan kaki ke Pesta Pulau Pinang. Seronok sakan kami malam tu. Sedar-sedar pesta dah nak tamat. Kami berjalan kaki pulang sambil berbincang tentang joging esok pagi. Sah nama aku juga kekal sebagai orang yang pertama kena kejut seorang demi seorang. Sampai dirumah jam dam 1 pagi. Aku terus tidur. Pagi perlu bangun awal. Terkejut beruk bila lihat didinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku terus ketandas mengambil air sembahyang dan terus sembahyang subuh. Selesai saja solat aku terus keluar rumah siap dengan kasut jogging. Semangat betul. Aku melintasi pokok ciku yang rendang. Tiba-tiba pokok digoyang dengan kuat sekali. Terkejut juga aku. Aku tertawa sambil berkat," Oii lekaslah pukul berapa nak joging".

Diam seketika. Tiba-tiba pokok digoyang dengan lebih kuat. Aku melihat diatas untuk mencari kalau ada siapa-siapa yang nak mainkan aku. Gelap tak nampak. Aku berkata. " Patutlah hangpa pilih aku, rupanya hangpa nak gempar. Ni sorrylah silap orang". Hai diam juga. Tiba-tiba aku melihat pelita menyala di tandas luar rumah kawanku. Aku terus kesana. Oh Pak Yusuf ka. Terkejut pak cik Yusuf. " Ha Jiman hang buat apa pagi-pagi ni ". " Nak pi jogging Pak Yusuf". Kataku. " Awat awai sangat". " La ni pukul berapa Pak Yusuf ". " 3.30 pagi". Balas Pak Yusuf. Ha terkejut aku. " Tadi masa saya lalu bawah pokok ciku sapa yang goncang pokok Pak Yusuf". " Hmm sapa lagi benda yang suka jelir lidah la ".

Apalagi seram aku dibuatnya. Aku terus pecut pulang kerumah dan sambung kembali tidor. Bangun dari tidur jam 8 pagi. Mak tanya sembahyang subuh ke belum. Aku jawab belum sebab 3.30 pagi dah sembahyang. Apalagi berleterlah si mak ini suruh aku sembahyang sekarang. Katanya sembahyang tidak boleh dibuat main. Jam 9 pagi kawan-kawanku datang kerumah bertanya kenapa aku tidak mengejutkan mereka tadi. Kataku sekarang lebih baik kita mandi di sungai Tok Keramat lagi best. Semua setuju. Aku pulang dan tanya mak masak apa pagi ini. Wow nasi goreng. Aku keluar ambil daun pisang dan layur diatas api lalu kubungkus nasi goreng. Adoh wanginya bau nasi sambil makan didalam air.

sekian ariman

Friday, November 14, 2008

DI BALING BATU DARI POKOK

Inilah pokok yang telah aku katakan dulu. Aku tidak bermaksud pokok ini semua hantu suka tapi ditempat aku bertugas, pokok inilah yang ramai orang melihat ia tergantung lalu menghilangkan diri. Pernah pak guard bagitau dekat aku bahawa mereka dibaling dengan ketul batu. Nasib baik batu tu kecil saja. Aku pun pernah beberapa kali dibaling batu kecil. Hari tulah aku dibaling dengan batu sebesar penumbuk. Kebas leher-leher. Terus aku sms dekat bos mengatakan bahawa aku telah dibaling dengan batu. Atas nasihat bos dia suruh aku pulang kerumah dan jangan ambil risiko seorang diri.


Inilah ketul batu yang menghinggap leherku. Sengaja aku letakkan diatas pokok. Hairan sampai kehari ini siapa pun tak berani ubah. Silap hari bulan kalau kena tempat sensitif mungkin tinggal lagi 2 Jumaat saja aku. Sekarang ni kalau ada yang nak pergi mereka akan datang berdua.

Inilah lorong tempat aku melihat kelibat seorang pendekar sedang bersilat pada jam 8 malam ketika aku memberi anjing makan. Kalau waktu malam memang nampak suram yang hanya diterangi dengan lampu kawasan.

Inilah tempat aku melihat seorang yang gayanya ala pendekar sedang memperlihatkan bunga silatnya sehingga memukau aku untuk mengikut gerak tarinya dan kemudian terus aku tidak sedarkan diri ketika pulang kerumah. Dikawasan inilah setiap malam anjing akan menyalak panjang. Salak apa aku pun tak tau. La tak percaya lagi. Hangpa punya pasai. Aku cuma cerita apa yang aku lalui.

Sekian ariman

Tuesday, November 11, 2008

Isteriku telah pulih

Alhamdulillah pada tanggal 11 November 2008 isteriku telah dibenarkan pulang ke rumah. Gembira tak terkira hatinya setelah berada didalam wad selama 8 hari tidak bolih bangun akibat keletihan. Aku pun turut rasa bersyukur kepada Allah kerana selama 8 hari itulah tidurku di hospital. Makanku ikut minat sebab badan keletihan. kesian juga dekat isteri duduk sorang-sorang dalam wad. Akulah peneman setianya didalam wad.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isteriku. Yang datang melawat tak kira jemu, yang menalipon, yang hantar sms dan prihatin membawa segala jenis ubatan agar demam isteriku pulih. Semua ini kami tidak dapat membayarnya dengan wang ringgit. Kami mohon kepada Allah semoga mereka yang prihatin ini Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kepada klinik syifa ( panel klinik ) kerana memberi surat rujukan. Insyaallah hari Rabu tugas tape Islam Moden Dr Danial berjalan seperti biasa. Amin.....

sekian ariman

Monday, November 10, 2008

TERPERANGKAP DIDALAM LIF

Hari ini tanggal 10 November 2008, aku telah ditugaskan untuk menjaga kontrak di tempat kerjaku yang asal yang dikatakan berhantu. Jam 9 aku bersama seorang kontraktor memasuki lif. Terus aku tekan tingkat 2. Lif pun berjalan menunjukkan angka 1 dan seterusnya 2. Tiba-tiba angka terpadam dan aku menjangkakan akan berlaku sesuatu perkara. Terasa lif memecut turun dengan laju sehinggakan bila menghampiri tingkat G secara automatik lif melekat sehingga membuat kami terhoyong hayang. Apalagi si kontraktor ni menjerit sakan dalam bahasa Terengganu. jeritannya membuat aku gelabah seketika. Akhirnya aku menyuruh dia diam seketika dan biar aku saja yang fikir. Ah handphone pula tak ada liputan didalam lif. Berpeluh aku dalam lif. Telah hampir sejam kami terperangkap. Sesak juga nafas. Aku berdoa semoga Allah memberi sedilit ruang untuk aku meminta pertolongan. Aku try sms dan akhirnya alhamdulillah terlepas keluar 3 mesej. Kemudian aku terima sms dari ketua yang mengatakan on the way kesana. Sementara menunggu bantuan aku mengelamun sejenak iaitu pada tanggal 9 november 2008 seorang rakan karibku yang berbangsa India telah meninggal didalam tempat kerja seorang diri akibat serangan jantung. Aku sempat sms kepada ketua kalau lewat sikit mungkin hari ini akan seorang lagi pekerja akan hilang.

Ya Allah anakku akan menduduki peperiksaan. Isteriku masih lagi di hospital. Lamunanku terhenti apabila terdengar ketukan dari luar yang datang membantu. Syukur akhirnya kami terperangkap dalam lif selama satu jam 15 minit. Keluar saja aku dari lif terus aku berkata aku taubat dah tak naik lif ni. Rakan yang lain tertawa sambil berkata," Tu la hang tinggal tempat ni tak bagi tau dekat depa, depa marah la". Depa tu siapa dia. hanya aku dan orang yang tahu saja mengerti perkataan ini.

sekian ariman

Wednesday, November 05, 2008

ROOM 350

Telah seminggu isteriku demam. Berapa biji panadol telah ditelan. Hilang peluh, panas timbul kembali. Aku tidak sampai hati membiarkan insan yang menjagaku ketika aku pernah terlantar di hospital. Insan inilah yang berjalan kaki dari rumah ke hospital. Sampai saja di hospital baju dah berpeluh. Pernah seketika ia terlelap akibat keletihan. Insan ini juga yang menyambutku ketika aku pulang dari tempat kerja dalam keadaan pelik. Insan inilah juga yang memasak makanan untukku dan anak-anak. Insan inilah juga yang menenangkan aku tatkala dalam keadaan marah. Insan inilah juga yang sauna aku bila aku keletihan selepas pulang dari tempat kerja.Itulah dia yang bergelar seorang isteri.

Aku tidak sampai hati melihat badannya yang begitu panas sehinggakan bila duduk berhampiran pun terasa bahangnya. Pada tanggal 3 Nov 2008 aku terus ke klinik panel untuk mendapatkan surat rujukan yang akan aku gunakan semasa pendaftaran di hospital. Sampai saja disana isteriku terus dibawa ke bilik ER. Aku diberitahu olih Dr bahawa demam isteriku terlalu panas. Semasa menanti isteri, aku mengelamun aktiviti kami yang lalu. Insan inilah yang bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk hari keluarga walaupun telah dinasihat. Atas dasar amanah yang diterima dia berkata" Hari ini kita tolong orang, suatu hari nanti Allah akan tolong kita ". Dalam orang lain menolak tugasan ini beliau bersama ibunya membalut ketupat, membuat serondeng, nasi himpit dan kuah kacang.

Keesokan harinya kami terus hantar ketempat hari keluarga yang telah diadakan. isteriku tidak menjamah makanan langsung sebab tidak lalu. Selesai hari keluarga dia terus mengajak aku pulang sebab terlalu letih. Badannya terlalu panas. Lamunanku terhenti bila namaku dipanggil untuk membawa isteriku masuk kedalam wad. Beliau, Dr suspek bermacam-macam jenis penyakit yang membuatkan dirinya tidak dapat mengawal perasaan. Aku terpaksa menenangkan perasaannya walaupun aku sendiri tahu memang ketika ini memang berat untuk sesiapa yang mengalaminya. Lama kelamaan berita yang kami terima sedikit sebanyak melegakan hati kami. Namun panasnya masih belum hilang.

Tanggal 5 Nov 2008 Dr mengesahkan bahawa isteriku negatif dari penyakit TB. Esok darahnya akan diuji mengapa ia kerap demam dan penantian masih lagi berterusan. Anak-anakku terpaksa ku tahan dari pulang kerumah sebab mereka sibuk dengan peperiksaan mereka. Mungkin ini semua ujian dari Allah dan aku berdoa moga Allah memberi kegembiraan untuk kami terus berbakti kepada yang esa sedaya yang kami mampu.

Sekian ariman

Saturday, October 25, 2008

AKU KENA SAUNA

Ketika pulang dari kerja hujan turun dengan lebatnya. Aku terus meredah jambatan dengan doa agar aku selamat sampai kerumah. Badan terasa sakit. Ni tentu demam kena hujan. Demi menyara keluarga aku sanggup meredah apa saja. Sebagai seorang suami aku perlu menjaga isteriku. Sebagai seorang ayah, aku perlu mendidik anak-anakku. Tapi andaikata aku sakit siapa yang akan menjagaku. Ahh tak perlu risau bisik hati kecilku. Aku tahu dirumah isteriku sedang menanti sambil berdoa kepada Allah agar suaminya pulang dengan selamat. Sampainya aku dirumah, badan terasa panas walaupun hujan masih lagi lebat. Seperti selalu isteriku akan melakukan sauna kepadaku. Ni dia belajar dari emak saudaranya. Dimasaknya air sehingga mendidih lalu diletakkan dibawah kerusi dan aku akan duduk seperti didalam gambar ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah demamku hilang. Aku kembali bertenaga. Esok aku akan meredah kembali jambatan untuk menjalankan tugasku seperti sediakala. Terima kasih isteri dan anak-anak kerana bersusah payah melakukan sauna. Aku menghargai pengorbanan kalian semua. Kepada isteriku engkau merupakan penghuni syurga. Itu doaku kepada Allah terhadapmu. Kadang-kadang kau sendiri sakit namun masih terus menjagaku sedangkan bila kau sakit susah juga aku nak menjagamu. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan isteri yang baik.

Sekian ariman

Saturday, October 18, 2008

KENANGAN SUNGAI TOK KERAMAT

Gambar ni masa aku remaja diambil sekitar tahun 80an. Ini satu-satunya sungai yang aku dan rakan-rakan menghabiskan waktu musim cuti sekolah. Kami panggil Air biru Sungai Tok Keramat. Kalian semua cuba fikir kami boleh berendam start pukul 9 pagi dan pulang jam 2 petang. Disitulah kami belajar selam, berenang dan game. Dalamnya lebih kurang 13 kaki. Selalunya kami akan main game, akan kami lontar benda berat yang boleh tenggelam kedasar kemudian kami akan naik diatas batu dan terjun kebawah mencari barang yang dilontar. Siapa cepat dapat dia menang. Yang kalah kena beli roti canai dan makan di air terjun. Kalau hujan lebat lagi seronok. Air akan naik hingga kebatu dan kami akan biarkan diri dibawah arus deras. Mungkin timbul nun jauh didepan. Kalau hari ini tentu aku tidak mengizinkan anakku berbuat begini. Sebabnya entah

Hasil dari mandian Sungai Tok Keramatlah aku menjadi berani menyelam dalam perigi ketika arwah adik jatuh. Kerap juga aku membawa anak sedara datang kesini. Masa itu mereka masih kecil lagi. Niat dihati akan kubiarkan mereka didalam air. Bila terkena air mereka akan hilang perasaan gemuruh. Ini gambar aku. Ia diambil selepas sebulan adik pergi menemui ilahi setelah jatuh dalam perigi. Rakan-rakan ajak aku untuk menghilangkan tension. Ni ilmu terapung. Inilah sungai yang terdalam yang menjadi tempat ramai remaja berkumpul menghabiskan masa. Siapa sampai awal mereka akan jadi ketua. Makna orang lain kena tunggu sehingga orang tu selesai. Sebab itu kadang-kadang pukul 8 pagi kami dan kesana. Untuk kesana kena melalui bukit dan kebun-kebun buah. Tapi kira baguih juga kami sebab musim buah durian atau buah duku tak pernah pun kami sentuh buah orang. Kadang-kadang apek kata kalau nak makan ambillah. Atas batu inilah kami akan berdiri. Ada yang terjun kepala dulu. Ada kaki dulu dan ada yang macam terjun dari kapal terbang. Itu kena ikut tahap terror masing-masing. Kalau terjun guna kepala dulu memang power terror sebab silap haribulan leher boleh terseliuh dibuatnya.

Sekian ariman

Wednesday, October 15, 2008

AKU TUGAS DAN DUGAAN

Tentu kalian hairan kenapa gambar ini aku paparkan. Inilah gambar tempat aku bertugas. Tempat ini mempunyai nostalgianya tersendiri. Kalian lihat pokok sebelah gate. Pokok ini selalunya boleh didapati diatas kubur. Pernah suatu hari bosku membawa kontraktor untuk menanam pokok ini. Aku bangkang keras sebab pokok ini amat sesuai ditanam diatas kubur. Kataku akan timbul masalah nanti, cuma aku tak cakap direct dengan bos.

Kata bos itu semua tahyul belaka. Mereka tanam juga. Lama kelamaan pokok itu membesar dan rendang. Aku tidak sedap hati sebab hari-hari aku terpaksa melalui jalan ini untuk keluar masuk. Suatu malam dalam lingkungan jam 2 pagi sewaktu aku habis tugas, aku melalui jalan ini sebab gate ini perlu aku kunci. Sampai saja didepan pokok tiba-tiba sebiji batu kecil hinggap diatas kepalaku. Dalam hati aku berkata " Dia buat dah". Aku pun start motor. Terasa pelik motor ku ini. Ah biarkan saja bisik hati kecilku. Selesai membayar tol jambatan aku terasa kenapa berat sangat motor ini tak seperti selalu. Aku syak ini mesti benda ni bertenggek diatas motor. Aku memberhentikan motor lalu membaca ayat Qursi dan terus berkata," pi balik tempat hang, jangan dok ikut aku".

Terus saja motor aku meluncur dengan lajunya. Kalian tentu hairan kenapa aku boleh syak. Ceritanya begini dalam tahun 1994 aku telah ditugaskan ditempat ini. Beberapa ekor anak anjing liar aku memberi ia makan sehinggalah mereka besar dan mengenaliku. Suatu malam selepas solat Maghrib aku terdengar salakan anjing yang mendayu-dayu. Seram juga aku dibuatnya. Aku memberanikan diri ini turun untuk memberi lebihan sisa makananku. Tiba-tiba aku terpandang sesusuk tubuh berpakaian lengkap seperti hulubalang sedang menunjukkan gerak tari silatnya. Aku hanya memerhati sambail badanku mengikut gerak tarinya. Bunganya amat cantik. Lembut tapi ada kekerasannya. Kena pula orang yang menunjukkan tarinya persis pendekar.

Entah macam mana aku merapatinya dan ia terus berlari lalu merempuhku. Selepas itu aku tak sedar lagi. Yang aku sedar bila aku berada diatas katil dirumahku. Aku bertanya isteriku bagaimana aku boleh berada diatas katil. Isteriku menceritakan bahawa semalam aku balik dalam keadaan pelik. Mata merah dan menyuruh isteriku membaca sebanyak 3 kali. Akhirnya aku sendiri yang membaca sepotong ayat quran. isteriku terus menalipon abangku dan menceritakan segala-galanya. Kata abangku kalau ayat quran yang dibaca itu tidak apa. Sampai hari ini aku sendiri tidak mengerti mengapa ini terjadi kepadaku. Yang aku ingat dengan jelas ialah gerak tarinya yang seketika membuatkan aku akan hilang konsentrasi. Aku tidak berani mengikut gaya tarinya walaupun aku mampu mengingati dengan jelas. Takut ajaran terpesong dan aku yang terpaksa menanggungnya.

Lain kali aku akan cerita lagi banyak peristiwa yang berlaku tentang pokok ini. Bagaimana batu sebesar penumbuk hinggap dileherku yang sakit dan akhirnya sembuh. Kalau ada masa aku akan tunjukkan batu itu disini. Mungkin ada setengahnya yang tak percaya. Terpulanglah sebab aku sendiri yang merasainya.

Sekian ariman




Sunday, October 12, 2008

AKTIVITIKU YANG PADAT

Anak gadisku bertanya, " Ayah bila boleh kita pergi makan - makan". Aku lantas jawab, " Hari Sabtu ayah ada mesyuarat JIM Negeri, Ahad ayah ada jamuan hari raya dengan dengan YB di balai raya". Terdiam anak terus tanpa soalan. Sedang aku sibuk dengan program anakku seorang lagi menalipon bertanyakan bila boleh ke sekolahnya sebab mereka dah kena kuarantin sebab akan menduduki peperiksaan SPM. Aku berkata insyaallah minggu depan. Terdiam juga anakku seorang lagi. Pernah satu ketika aku berkata kepada mereka yang aku juga dimiliki oleh masyarakat. Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk terus beramal tanpa aku melalaikan tanggung jawabku kepada Allah dan keluarga.

Banner Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 12 Oktober 2008

Sempat juga aku bergambar di belakang Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Lim Guan Eng. Sewaktu KM diperkenalkan tahfiz dari anak yatim, beliau bertanya apa dia maksud tahfiz. lalu beliau di beri penerangan iaitu mereka yang menghafal Al-Quran. Terangguk-angguk dia bila anak-anak yatim mencium tangannya.


Antara menu - menu yang sempat aku rangkap semasa jamuan Hari Raya bersama YB Abd Malik Kassim Adun Batu Maung. Yang paling laku sekali ialah satay. Ada yang boleh angkut sampai 20 cucuk seorang tanpa memikirkan orang lain. Adat la katakan. Manusia akan lupa diri bila melihat makanan yang banyak

Aku bersama penulis blog Jendela Hati Cikgu Rusli Hashim semasa mesyuarat Perwakilan JIM Negeri Pulau Pinang pada 11 Oktober 2008. Kalian boleh baca di blog Jendela Hati yang telah aku letakkan disebelah kanan. Nak tau tentang cerita Tok Biah. Baca. Beliau juga merupakan sparing partnerku dalam silat Pusaka Gayung. Kini beliau lebih jauh kehadapan. Aku tetap macam aku. Alangkah baiknya kalau dapat bergambar juga dengan penulis blog Insan Marhein iaitu Sdr Abu hanifah. Merekalah yang banyak memberi nasihat jikalau aku terpesong seketika.
video

Monday, October 06, 2008

RAMADHAN BERLALU SYAWAL MENGHITUNG HARI

Ramadhan telah meninggalkan kita semua. Kini telah 6 hari kita menyambut Syawal. Ramadhan telah meninggalkan seribu kenangan, kesabaran untuk kita terus menempuh ujian. kerinduan Ramadhan amat dirasai. Kelibat manusia memenuhi masjid dan surau masih terbayang. Kini di surau ku hanya tinggal satu saf saja. Wanita semasa Ramadhan penuh saf. Kini hanya tinggal seorang dua yang masih setia menanti. Itulah adat kita. Ada yang beranggapan ibadah hanya dimusim Ramadhan sahaja. Dimusim Ramadhan kita bertadarus. Lepas Ramadhan kita tak baca terus. Itulah ungkapan dari seorang Khatib sewaktu menyampaikan khutbah Aidil Fitri.
Anak muda masih terus leka dengan dunia mereka. Adakah mereka perlu dipersalahkan. Apakah program yang telah kita lakukan untuk mereka.

Kini Syawal menghitung hari. Baru-baru ini aku terkejut dengan pemergian emak dan anak saudara kawanku Yusuf Ismail. Kami pernah bertukar pendapat tentang silat. Dia dari silat Gayung Harimau. Pernah kami menunjuk teknik buah silat masing-masing diperkarangan rumahku semasa dikampong. Kini emaknya dah meninggal akibat kemalangan jalanraya di Sungai Petani. Berita dapat dibaca di akhbar Metro 6 Oktober 2008. Kami pernah terserempak di pasar ketika sibuk membeli untuk persiapan hari raya.

Entah macam mana selepas pulang dari menziarahi mayat, aku terkeluar kalam kepada isteri bertanyakan bila kita nak ke Mekah menunaikan haji. Hari ini aku ke Tabung Haji untuk mendaftar diri dan isteri. Alhamdulillah selesai. Kami telah didaftarkan ke sana pada tahun 2021. Ini bermakna umurku pada waktu itu ialah 62 tahun. Sempatkan aku ke Mekah. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Manusia hanya tahu merancang.

Friday, October 03, 2008

AKTIVITI MENJALA KEMBALI


Tanggal 3 Oktober Pantai seagate berhampiran Pulau Jerjak telah mengamit kami kembali untuk neneruskan aktiviti menjala. Siapa lagi aku dan anak la.


Subhanallah memang cantik, tenang dan damai merasai bayu laut. Sewaktu aku dan anakku sampai di Pantai Seagate. Tempat yang paling kami sekeluarga suka menjala udang. Inilah tempat yang memberi kami rezeki kalau nak makan mee atau cucur udang


Tu dia nampak macam terror la aku menjala. Hai minat katakan. Raya ketiga pun kami bedal juga. Teringin nak makan cucur udang. Beli tak sedap. Aku bagi tau dekat isteri ready dekat rumah, aku nak bawa balik udang. Sambil menjala air liur meleleh dah. Dok terbayang udang.


Anakku Hermawan juga tidak ketinggalan menjala. Katanya boring sebelum balik ke asrama.


Akhirnya alhamdulillah kami berjaya juga mendapat seekor udang besar. Setelah mendapat kata sepakat udang terpaksa dilepaskan kembali sebab takut berebut. Selalunya rezeki kira ok juga la. Kalau teringin nak makan cucur udang terus ambil jala dan menjala. Sekali jala dapatlah 15 ekor. Inilah yang dikatakan rezeki dari Allah. Rupanya kami silap sebab udang masih berhari raya laa.

Tuesday, September 30, 2008

AKTIVITI SURAU SEPANJANG RAMADHAN

Tanggal 8 September 2008, YB Abdul Malek Adun Batu Maung meluangkan masa berbuka puasa di surau.



Majlis berbuka puasa bersama TKM negeri Pulau Pinang di Surau pada 17 September 2008

Persiapan berbuka puasa oleh Jawatankuasa surau


Wanita turut serta turun padang menyediakan juadah untuk berbuka

Jemaah surau bersama-sama dengan TKM berbuka puasa


TKM Muhammad Fairuz sedang memberi tazkirah selepas solat Maghrib

Monday, September 29, 2008

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA PADA 27 SEPTEMBER 2008

Tanggal 27 Setember 2008 bersamaan 27 Ramadhan 1429 merupakan agenda berbuka keluarga kami. Walaupun ketiadaan ayah, kami masih meneruskan program ini bersama ibu. Nasi Tomato merupakan menu yang tak pernah dilupakan setiap tahun kami berbuka.



Gulai ayam masak merah. Memang berebut nak bawa balik. Sup ayam, Laksa Penang memang sempoi.

Ramuan untuk Laksa Penang. Tak teringin ka.

Fullamak air bandung Jawa. Resipi tak bolih bagitaulah. Nak meniaga. memang kau.. punya. Dah habis pakat bawa balik isi dalam botol.

Gambar ni tengah dok sibuk nak berbuka puasa. Kena beratur untuk mendapat makanan. Islam dah ajar umatnya supaya berakhlak. Baru tak kela kabut. Ada setengahnya baru dok fikir-fikir apa nak makan sebab juadah macam-macam ada.

Ini memang kes naya. Kesian dekat depa. Tempat tak cukup terpaksa buka dibelakang rumah. Tapi tengok ceria lagi tu. Syukurlah depa tak kutuk penganjur.

Masyaallah sempat lagi depa bergambar. Bukan apa perut dah kenyang. Masa lapar nak bergurau pun susah.



Anak saudara dari Kelantan pun balik nak rasa berbuka puasa bersama dengan Tok. Ni cucu kami. Mata memang sepet. Jawa sungguh.




Adegan last ni. Balance bolih bawa balik untuk sahur pula. Ni siapa pula yang bawa balik. Sempat juga camera man tangkap gambar. Jadi bahan bukti pada tanggal 27 September 2008 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1429











video

Thursday, September 18, 2008

WANITA MEMANG KUAT DAN TABAH

Bulan Ramadhan ni terasa tangan begitu payah untuk mengetuk. Bukan letih tetapi atas tuntutan tanggungjawab terhadap surau dan tugasku sendiri membuatkan aku begitu suram untuk menulis. Tapi hati ini sungguh terkesan dengan pandangan yang secara spontan didepan lampu isyarat. Sewaktu dalam perjalanan untuk ke pasar ramadhan aku berhenti di depan lampu isyarat. Lintas sebuah kereta yang ternyata rakan sejawatku seorang wanita yang baru selesai tugasnya.

Dengan baju yang masih beruniform memandu kereta sambil menjaga anak kecil disebelahnya. Mungkin baru ambil dari tempat asuhan. Yang menarik keinsafanku ialah aku sudah boleh bernafas lega mencari juadah untuk berbuka manakala rakanku seorang wanita masih lagi diatas jalanraya. Ternyata bila sampai ia dirumah terus tidak ada rehat baginya. Pastinya anak yang perlu dilihat dan kemudian akan terus memasak untuk berbuka puasa bersama suami. Waktu aku pulang dari kerja aku dapat membayang selepas solat asar aku akan baring sebentar.

Aku kagum dengan wanita ini. Ia memberi satu pentarbiahan kepadaku. Pernah satu ketika aku kasihan terhadap isteri yang tidak mempunyai rehat secukupnya. Aku cadangkan kepadanya agar ia tak perlu bangun sahur. Biar aku yang bangun sebab kebetulan hari itu aku cuti. Dengan senyum isteriku mengiakannya. Anak-anak berkata ayah boleh ka bangun. Aku berkata insyaallah itu hanyalah perkara kecil saja. Aku meminta isteriku mengunci jam gerak agar senang aku jaga.

Aku terkejut bunyi jam. Dalam hati berkata," Ah baru saja tidur dah bunyi jam". Aku sempat mengerja solat tahajjud. Selesai saja solat aku terus kedapur. Sambil mendengar lagu nasyid aku terus memasak apa yang patut. Selesai saja aku memasak aku terus hidang diatas meja seperti yang selalu isteriku lakukan. Aku terus memerhati jam didinding. Subhanallah dah 5.30 pagi. Aku terus mengejutkan isteri dan anak-anak.

Mendengar aku berkata dah 5.30 pagi, apalagi kesemua terus bangun untuk bersahur. Isteriku berjalan sambil memicit kepala. Pening katanya sebab terkejut. Kami makan sambil aku berbangga kerana dapat bangun. Tiba-tiba isteriku menjerit," Bang baru pukul 4.30 pagi ". Apalagi ketawa sakan anak-anaku. Patutlah senyap sunyi sekeliling rumah. Hari tu kami sahur awal. Isteriku berkata bukan senang nak jadi seorang isteri. Aku hanya mengiakan saja sebab aku baru nak mula dah riuh satu rumah.

Bagiku memang wanita Allah jadikan mereka sifat sabar, kuat tabah menghadapi dugaan. Memang lelaki tidak dapat menandingi sifat-sifat ini.

Sekian ariman

Sunday, August 17, 2008

DI KEJAR BABI HUTAN

Untuk ke tempat kerjaku perlulah melalui jalan belukar kiri dan kanan. Ia di penuhi dengan pokok rimbunan. Di hujungnya merupakan kuala tempat pendaratan nelayan yang pulang dari menangkap ikan. Sewaktu aku ditukarkan ke tempat kerja baru ada juga kawan-kawanku mengatakan tempat tu berhantu sebab perlu melalui hutan rimba. Pernah mereka terjerembab dengan hantu sewaktu ada kerosakan tenaga elektrik

Bagiku perkara itu tidak menjadi hal. Selama hampir 8 bulan aku melalui jalan itu alhamdulillah tidak pernah berlaku perkara yang mereka katakan. Hantu dimana-mana pun ada. Ia juga makhluk Allah yang perlu taat kepada Allah. Pernah satu ketika aku dibaling batu sebesar penumbuk singgah dileher sewaktu pulang dari kerja.

Berbalik tempat kerjaku yang baru ini. Baru-bari ni dalam pukul 1100 malam aku pulang dari bertugas. Sewaktu sampai disimpang aku ditahan oleh seorang pemuda. Hairan juga jam begini masih ada orang lagi. Selalunya lengang saja. Maklumlah kuala. Dia berkata," Bang didepan ada babi huta besar bang". Aii heran juga selama 8 bulan tak pernah bertembung dengan apa-apa pun, tiba-tiba ada babi huta. Dalam hati aku mengesyaki ni mesti nak rompak aku ni. Aku bersedia sebarang kemungkinan akan berlaku.

Aku mengajaknya dia ikut belakangku dengan motor. Aku menjangkakan bahawa didepan pasti ada orang yang akan menahanku. Aku menggunakan lampu high beam. Ternampak sesuatu sedang bergerak. Bila dekat mak datuk besarnya babi hutan macam anak lembu. Taringnya panjang. Aku stop motor. Dalam hati dok fikir nak jalan terus atau lari belakang cari jalan alternatif. Dalam hati berkata tak boleh jadi ni. Aku kena jalan juga. Pemuda itu hanya mengikut di belakang.

Aku guna gear satu. Berdesup motor meluncur. Tiba-tiba tanganku tersilap menekan hon. Apalagi terkejut si babi tu terus ia mengejar aku. Menjerit aku mendengar dengusan babi tu. Tapi motor 125 katakan. Aku selamat. Aku pandang belakang lihat pemuda tu cabut lari kebelakang. Mesti dia terkejut melihat aku di kejar babi hutan. Aku menceritakan perkara ini kepada orang kampung. Mereka pun terkejut sebab tak pernah jumpa babi hutan. Aku terfikir babi hutan ka apa dia. Perkara ini bermain dikotak fikiranku. Nak menyara keluarga aku sanggup menempuh apa saja.

Sekian
ariman

Wednesday, August 13, 2008

RAMADHAN MENJELMA LAGI

Tidak lama lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. Kanak-kanaklah yang begitu gembira sekali sebab ini menandakan hari raya akan tiba. Timbullah tauke-tauke mercun yang berkata mencari rezeki halal dengan menjual mercun. Berdentum sana berdentum sini. Terkenang aku semasa berada dikampong. Selepas selesai berbuka puasa maka kami akan berkumpul. Time tu aku dalam darjah 6. Bermain permainan rescue atau orang Penang kata cilut eskiu. Maknanya siapa yang kena tangkap akan diletakkan dalam bulatan menanti pasukannya datang untuk menyelamat. Aku dan rakan time tu bukannya nak main sangat.

Tujuan kami malam tu ialah nak kebas buat jambu botol. Nak dapat bukannya senang. Tuan rumah punyala kedekut. Buah yang jatuh pun dia tak bagi ambil. Malam tu giliran kami berlari. Aku dan rakanku si Dali dah berpakat malam ni kami akan ambil buah. Aku panjat pokok manakala rakanku berada dibawah mengutip buah. Sambil kutip buah aku makan. Buahnya punyala manis.

Tiba-tiba kami terkejut sebab tuan rumah membuka pintu. Dia menuju kearah pokok. Apalagi rakanku cabut lari. Tinggal aku sendirian diatas pokok. Merungut dia sebab katanya kelawar memakan buah begitu banyak. Sambil mengutip tuan rumah tak habis dengan sumpah seranah pada kelawar. Aku diam tak bergerak diatas pokok. Tuan rumah menyalakan lampu suluhnya. Habis aku, bisik dalam hati. Beliau menyuluh diatas pokok. Tiba-tiba tuan rumah menjerit bila cahaya lampu suluh terkena badan aku. Apalagi dia menjerit, " Putih ada hantu atas pokok jambu". Aku pula malam tu pakai baju teluk belanga putih. Memang kena sangat.

Aku tenggelam punca bila mendengar jeritan tuan rumah. Berdebuk aku terjun dari pokok. Tuan rumah jatuh terduduk menyangkakan yang hantu terjun kearahnya. Tolong !!! dia menjerit. Apalagi anak-anak dia terus menyerbu kearah bapa mereka. Aku masa tu dah 100 m pecut. Esok anak tuan rumah datang beritahu yang malam tu bukan hantu tapi orang curi buah jambu. Katanya kalau dapat orang tu aku akan cincang. Aku dan rakanku hanya diam saja. Masing-masing menjeling. Lepas dia pergi kami pakat lagi. Lepas ni projek buah limau isi merah.

Sekian
ariman

Wednesday, July 30, 2008

KALAULAH MANUSIA MENGETAHUINYA

Seorang anak kecil berlari pulang dari sekolah lalu mendapatkan ibunya, " Ibu... tadi ustaz beri Mad duit. Kata ustaz ini ganjaran yang di beri hasil dari Mad tolong ustaz tempuh hari. Kata ustaz ini hanya ganjaran di dunia saja, kalau di akhirat lagi banyak, betul ka mak".

Kata si ibu, " Betul Mad, kalau kita buat apa saja kebaikan nescaya Allah akan memberi pahala. Tetapi kita tidak nampak. Macam Mad tolong ustaz tempuh hari, itu merupakan pahala di dunia yang kita nampak". Terpinga-pinga si anak kecil tak faham akan kata-kata ibu. Yang dia bersemangat ialah kata-kata ibu tadi mengatakan setiap pekerjaan yang baik akan Allah beri ganjarannya samada di dunia atau akhirat cuma manusia saja yang tidak mahu mengambil peluang keemasan ini. Marilah kita perbanyakkan amal yamg soleh.

Sekian
ariman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...