Teman-teman

Monday, September 29, 2008

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA PADA 27 SEPTEMBER 2008

Tanggal 27 Setember 2008 bersamaan 27 Ramadhan 1429 merupakan agenda berbuka keluarga kami. Walaupun ketiadaan ayah, kami masih meneruskan program ini bersama ibu. Nasi Tomato merupakan menu yang tak pernah dilupakan setiap tahun kami berbuka.



Gulai ayam masak merah. Memang berebut nak bawa balik. Sup ayam, Laksa Penang memang sempoi.

Ramuan untuk Laksa Penang. Tak teringin ka.

Fullamak air bandung Jawa. Resipi tak bolih bagitaulah. Nak meniaga. memang kau.. punya. Dah habis pakat bawa balik isi dalam botol.

Gambar ni tengah dok sibuk nak berbuka puasa. Kena beratur untuk mendapat makanan. Islam dah ajar umatnya supaya berakhlak. Baru tak kela kabut. Ada setengahnya baru dok fikir-fikir apa nak makan sebab juadah macam-macam ada.

Ini memang kes naya. Kesian dekat depa. Tempat tak cukup terpaksa buka dibelakang rumah. Tapi tengok ceria lagi tu. Syukurlah depa tak kutuk penganjur.

Masyaallah sempat lagi depa bergambar. Bukan apa perut dah kenyang. Masa lapar nak bergurau pun susah.



Anak saudara dari Kelantan pun balik nak rasa berbuka puasa bersama dengan Tok. Ni cucu kami. Mata memang sepet. Jawa sungguh.




Adegan last ni. Balance bolih bawa balik untuk sahur pula. Ni siapa pula yang bawa balik. Sempat juga camera man tangkap gambar. Jadi bahan bukti pada tanggal 27 September 2008 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1429











video

1 comment:

bearcat said...

tak patut, tak patut...ramai-ramai angkut bungkus besar bawak balik; yang bawak bungkus kecik juga "kena tangkap"...hehehe.

ni kes terpengaruh dgn suasana politik di Malaysia lah ni :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...