Teman-teman

Friday, January 29, 2010

Sabarlah Anakku

Selepas Maghrib aku dan isteri bertolak ke Sungai Perak RNR untuk mengambil motosikal anakku. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Aku terpaksa memperlahankan kenderaanku. Hujan yang lebat boleh berlaku apa-apa saja. Aku mencari stesen radio yang enak didengari. Tiba-tiba stesen berhenti dirancangan yang bercorak puisi dan macam-macam lagi. Aku merasakan rancangan tersebut dikendalikan begitu menarik. Isteriku dapat juga mencatit serba sedikit. " Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyayangimu. Bila dia lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu. Bila dia tidak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun...kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaannya ". Itu saja yang dapat isteriku catit walaupun ada lagi.

Motosikal anakku diangkat kedalam van

Setelah memandu selama sejam setengah, kami sampai di petronas Sungai Perak dimana tempat anakku meletakkan motornya. Kata penjaga stesen minyak kalau disimpan agak lama kemungkinan akan kehilangan peralatan motor kerana mereka melihat beberapa orang sedang memerhati motorsikal anakku. Keadaan motornya agak teruk juga. Kata anakku dia melanggar kon yang diletakkan dijalan dan ia dilindungi oleh bas. Ketika membelok masuk kon sudah berada didepan dan dia tidak dapat mengelak lagi. terus dia langgar kon dan jatuh. Sebuah motor dan kereta mengekori dari belakang menghentamnya. Syukur anakku tidak mengalami kecederaan serius. Hanya beberapa luka yang perlu dijahit.


Waktu pagi dari atas jambatan Pulau Pinang

Keesokkan harinya anakku membawa motornya kekedai. Setelah dilihat ia perlu dibaiki dengan kos sebanyak RM1300. Anakku menalipon aku bertanya bagaimana dengan motor itu. Aku terpaksa mengambil keputusan yang berat dengan menyuruh anakku membawa pulang kembali motornya. Dengan kos sebanyak itu amat membebankan aku yang baru saja selesai membayar roadtax kereta aku dan anakku. Begitu sedih dia membawa pulang motornya. Katanya bagaimana nanti dia nak kekuliah. Aku katakan gunalah bas atau tumpang kawan sementara ekonomiku pulih. Aku berkata padanya kalaulah emaknya ada sudah tentu dia dapat menolong. Dengan pendapatan sebagai tukang jahit, itulah yang dapat membantu kami sekeluarga. Kini aku sendirian untuk menyelesaikan segala masalahku. Hendak aku cerita kepada isteriku kini, aku keberatan sebab kami baru saja berkahwin. Takut pula dia berfikiran lain. Padaku biarlah aku selasaikan masalah ini sendirian dahulu.

Pagi-pagi aku terus menunggang motosikal membelah jambatan. Hatiku terasa tenang melihat pemandangan waktu terbit matahari yang jarang dapat aku temui seperti ini. Mungkin malamnya hujan lebat. Suasana sejuk sepanjang laluan ke tempat kerjaku. Aku mengelamun sendirian memikirkan bagaimana caranya hendak menyelesaikan masalah anakku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar Allah membuka ruang-ruang rezeki kepada kami. besok aku dan isteri akan menghantar anak kami ke Tanjung Malim. Rasa kasihan melepaskan dia pulang menaiki bas dengan keadaan badannya yang masih lagi sakit. Setiap kali memunaikan solat aku berdoa agar Allah meringankan dugaannya kepada kami sekeluarga. Aku juga tahu bahawa setiap ujian itu pasti ada kebaikaannya. Semoga Allah sentiasa bersama hambanya yang tidak pernah melupainya.

Monday, January 25, 2010

Anakku Kemalangan

24 Januari 2010 - Jam 4 petang. anakku Hermawan mencium tanganku dan emak tirinya untuk pulang ke politeknik Tanjung Malim. Aku berpesan kepadanya agar berhati-hati semasa menunggang dan berhenti untuk menunaikan solat. Walaupun aku tahu itu semua insyaallah dia dapat melakukannya cuma biarlah nasihat ini sentiasa berligar difikirannya. Katanya insyaallah dalam pukul 7 dia akan sampai di Politeknik. Selalunya begitulah. Bila dia menunggang saja motosikal aku sentiasa berdoa agar Allah pelihara akan dirinya.

Jam 5 tatkala aku dalam perjalanan ke surau untuk merakam gambar kuliah wanita aku menerima panggilan talipon dari anakku. Berdebar-debar aku menjawab. Dalam hati sentiasa berfikir apa yang tidak kena. " Assalamualaikum ayah. Adik accident motor ". Aku hanya mampu menyebut perkataan Allah saja. Suaranya perlahan menahan kesakitan. Katanya kemalanagn berlaku di Sungai Perak. Motornya rosak dan dia mengalami luka kecil tapi banyak. Katanya ada seorang pakcik nak tolong bawa ke hospital di Ipoh.

Aku menjadi gelabah. Aku terus menalipon isteriku. Terkejut juga dia dengan berita ini. Aku terus juga ke surau untuk merakam gambar kuliah wanita. Kelihatan ramai juga yang datang mendengar kuliah. Setelah selesai aku merakam gambar, aku duduk dibelakang surau termenung seorang diri memikirkan anakku. Pada siapa aku nak mengadu tentang masalah yang sedang bergelora diadalam hatiku. Terbayang wajah Siti Aishah seperti memerhati akan aku. Hanya airmata saja yang mampu aku keluarkan. Aku hantar sms kepada rakanku. Untung-untung ada yang dapat membantu. Ahh..satu pun tak berjawab. Mungkin mereka sibuk agaknya.

Aku terus menjadi gelabah bila anakku tak dapat dihubungi. Aku hubungi kakaknya di Sungai Petani. Terkejut sikakak dengan berita ini. Aku pulang kerumah. Isteriku menyambutku dihadapan pintu dengan perasaan risau. Katanya berdoalah kepada Allah semoga semuanya selamat. Sekejap anakku talipon mengatakan dia dalam perjalanan ke hospital Ipoh. Aku sempat mengucapkan terima kasih kepada orang yang sudi membantu anakku. Kataku hanya doa agar Allah berikan kesejahteraan kepada dia yang menolong anakku. Katanya sebagai umat islam ini merupakan tanggungjawabnya untuk membantu.

Aku mengambil keputusan untuk terus ke Ipoh mencari anakku. Akhirnya aku mengambil Al - Mathurat yang merupakan himpunan wirid rasulullah. Aku teringat bila berada dalam program kuliah. Ustaz berkata, " Dengan banyak berzikir hati akan menjadi tenang ". Aku terus membaca Al Mathurat. Alhamdulillah aku merasa cukup tenang dan Allah membuka ruang mindaku untuk berfikir. Kalau sebelumnya fikiranku berkecamuk dengan berita ini, kini aku begitu tenang sekali. Terasa damai bila membaca ayat-ayat Allah. Sekejap anakku talipon mengatakan bahawa Dr hanya jahit luka-luka dan dibenarkan pulang. Kata anakku pakcik tolong membeli tiket bas untuk pulang ke Sungai Petani dan menghantar anakku ke perhentian bas Ipoh.

Sungguh mulia hati orang yang membantu anakku. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberkati orang itu. Kini aku hanya berfikir bagaimana nak uruskan motosikal anakku yang tersadai di RNR Sungai Perak. Padaku syukur anakku selamat dan soal motor ialah perkara yang kedua. Semoag Allah permudahkan segala urusanku dan anak-anak. Kini anakku berada dirumah setelah dibawa pulang oleh kakaknya dari Sungai Petani. Syukur Ya Allah.....

Wednesday, January 20, 2010

Drink White Water Not White Coffee


Aku pagi-pagi lagi sudah ke bank untuk memasukkan wang untuk kedua-dua anakku yang sedang belajar. Itulah harta sebenar peninggalan arwah Siti Aishah. Biarlah aku bertungkus lumus bekerja agar mereka berjaya. Doaku agar suatu hari kelak mereka akan membuat kami gembira. Bukan kerana wang ringgit yang mereka perlu bayar sesudah bekerja, tetapi cukuplah bagiku mereka berjaya mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Yang pastinya kehidupan mereka mendapat keberkatan dari Allah swt.

Aku terus melangkah masuk kedalam bank. Kelihatan seseorang sedang memerhati aku. Aku berjalan terus tanpa memperdulikan orang lain. Aku cuma nak masukkan wang dan ada kerja lain pula yang perlu aku lakukan. Akhirnya dia menyapa aku. Terkejut rupanya itu adalah kawanku semasa dibangku sekolah menengah. Memang kerap aku berjumpa dia dipasar malam tatkala menolong isteriku. Badannya amat kurus berbanding sebelumnya. Aku melihat kapas berada dilehernya dan aku pasti kawanku ini tentu mengalami masalah sakit buah pinggang.

Tepat sangkaanku. Katanya kakinya membengkak. Disangkanya gout. Tiba-tiba dia jatuh pengsan. Setelah dibawa ke hospital barulah dapat dikesan bahawa kawanku itu mengalami kegagalan buah pinggang. Setelah dibuat dialisis barulah kakinya surut kembali. Dia ke bank untuk mengeluarkan wang bagi perbelanjaan dialisis. Katanya untuk sekali dialisis wang sebanyak RM180 terpaksa di gunakan. Dialisis dilakukan selang satu hari. Aku tak dapat bayangkan bagaimana kehidupan mereka dihari yang mendatang.

Aku masih ingat akan kata-kata doktor, " Ariff please drink a lots of white water not white coffee ". Doktor memberi bandingan bagaimana kita menggunakan penapis untuk menapis segala kekotoran. Begitulah juga dengan minuman, buah pinggang terpaksa berhempas pulas menapis setiap tegukan kita. Air kopi, nescafe, sirap dan bermacam mak nenek minuman. Kata doktor lagi jangan tergoda dengan minuman tongkat Ali, herba dan bermacam-macam jenis power. semua itu membuatkan buah pinggang kita berhempas pulas menapisnya. Ada pula kawanku yang buah pinggangnya kering disebabkan tiada air. Aku begitu takut dan risau bagaimana pula andaikata benda itu terjadi kepadaku. Anak-anaku masih memerlukanku. Aku terus memecut motosikalku. Sampainya dirumah terus aku tuang air kosong dan minum sepuas-puasnya. Bukan aku tak pernah buat tetapi lantaran kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku keatas kawanku menyebabkan aku tenggelam punca. Itulah sifat semulajadiku. Mudah gelabah.

Aku ceritakan kepada isteriku. Dia pula menjadi risau. Selepas itu dia membuat cadangan agar setiap makanan yang dimakan pastinya air masak yang lebih banyak. Bukan lagi air nescafe, kopi dan sirap. Terkebil-kebil biji mata aku mendengar saranannya. Begitu cepat sekali tindakannya. Janji itu merupakan minuman yang terbaik akhirnya aku mengikut saja. Mulai hari ini kami sekeluarga telah perbanyakkan air masak. Ternya ia begitu puas dan menghilangkan dahaga. Selamat menjaga kesihatan kepada semua pembaca WN. Kesihatan adalah anugerah dari Allah. Hargailah ia.

Tuesday, January 19, 2010

Hamba Akan Datang Kembali

Badanku merasa begitu keletihan semalam. Akhirnya aku tertidur selepas selesai solat isyak. Isteriku merasa kasihan untuk mengejutkan aku. Kali ini lelaki berpakaian pendekar menjelma sekali lagi dalam mimpiku. Diberinya salam kepadaku. Aku menjawab salam itu dengan berbagai persoalan bermain dikotak fikiranku. Suaranya bukan melambangkan orang melayu tetapi lebih kepada orang Jawa.Tiba-tiba dia memetik jarinya. Keluar 2 ekor ayam sabung yang begitu garang cara langkahnya. Lelaki itu mengambil sesuatu dari kepak ayam sabungnya. Kelihatan keris kecil sebesar tapak tanganku. Dihulrkan keris itu kepadaku.

" Tuan hamba cabutlah keris itu. Dia adalah pendinding ". Suaranya begitu dalam. Inilah kali pertama aku mendengar suaranya. Selalunya hanyalah hanya orangnya saja dapat dilihat.
" Maaf dan terima kasih sajalah. Saya tak perlu keris ini. Cukuplah Allah sebagai pendinding saya ".
" Tuan hamba cabutlah keris itu ". Dihulurnya juga keris itu padaku. Terketar-ketar aku mencabut keris itu. Aku terasa badanku seolah-olahnya disambar oleh current. Bila sampai setengah aku dapat rasakan kecantikan keris itu. Hulu dan bilahnya bukan diperbuat dari besi. Ia seolah-olah dari tanduk binatang. Aku tidak berani menarik terus lalu aku menolak masuk kembali. Tetapi ia seolah-olah tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Tatkala aku menolaknya masuk terasa seperti kita meletakkan magnet pada pola yang sama.Teringat masa kelas sains sewaktu dibangku sekolah. Guru sains berkata, " North and South attract each other. North and North will repels ".

Itulah yang terjadi. Begitu susah untuk memasukkan kembali keris itu. Badanku bergetar akibat tekanan keris itu sehinggakan isteriku dapat merasainya bila melihat aku seperti kena renjatan voltan. Aku mengumpul segala tenagaku lalu aku tolak masuk keris itu. Lelaki berpakaian pendekar itu senyum melihat aku. Katanya, " Hamba akan datang lagi. Tuan hamba bersedialah menerimanya ". Isteriku bertanya apa yang aku mimpi sehingga badanku seperti kena current. Aku cerita kepadanya. Tertawa dia bila mendengarnya. Padaku apakan mimpi ini mainan tidur atau sebaliknya. Lebih baik aku mengambil kesimpulan sebagai mainan tidur.

Monday, January 18, 2010

Keluarga Cemerlang, Masyarakat Terbilang

Alhamdulillah pada 17 Januari 2010 - Ahad, aku telah diberi tanggungjawab oleh pihak Koperasi Tunas Muda untuk mempengerusikan majlis ceramah motivasi oleh dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang bertajuk Keluarga Cemerlang, Masyarakat Gemilang. Kehadiran melebihi 1000 orang. Aku sempat juga menyalin tips-tips yang telah diberikan. Mungkin tak banyak sebab maklum saja kalau menjadi pengerusi majlis ada yang yang mencari dan meminta agar dibuat pengumuman. Namun sempat juga aku catat apa yang patut

. Tuhan benci akan orang yang tidak bersatu hati
Dalam hadis Rasulullah riwayat At-Tirmizi bermaksud, "Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya dia tidak bersyukur kepada Allah "
. 95% anak remaja bermasaalah datang dari rumah tangga yang kucar kacir.
Dato Fadzilah kamsah menceritakan kisah benar yang berlaku dalam sebuah keluarga. Siayah sewaktu berada dipejabat telah dimarahi oleh bosnya. Pulang kerumah dalam keadaan muka masam. Siisteri menunggu depan pintu rumah dengan muka manis. Melihat akan kemurungan suaminya, maka siisteri pun bertanya apa sebabnya. Melenting suami lalu menengking isterinya akibat perasaan geram pada bosnya. Siisteri merajuk lalu masuk kedapur. Datang sianak sulong. Bila melihat akan siemak yang sedih , sianak sulong pun bertanya kepada emak apa sebabnya. Emak menengking pula sianak sebab masih marah dengan perbuatan suaminya. Sianak sulong pula merajuk lalu masuk kebilik. Datang siadik. Bila melihat abangnya bersedih dia bertanya abangnya kenapa. Abang pula menengking adiknya akibat marah pada perbuatan emak. Siadik terpinga-pinga kenapa semua orang asyiki marah. Dia mencari kepada siapa pula dia nak marah. Akhirnya dia menendang seekor kucing. Malang sungguh nasib kucing yang aklhirnya menjadi mangsa keadaan.

. Berdoa andaikat esok masih lagi bernafas jadikan ia lebih baik dari semalam. Jikalau ditakdirkan mati, maka matilah dalam penyudah yang baik
. Suami jadilah matahari kepada rumahtangga
Suami perlu berlapang dada dengan isteri bila ditegur. Buangkan sikap ego. Kalau nak menegur seseorang ambil contoh seperti doktor yang sebelum mencucuk digosoknya dahulu lengan kita dengan kapas. Begitu juga dengan kita. kalau nak menegur puji dulu kemudian tegurlah secara perlahan.
. mengata orang itu berdosa besar. Sebelum tidur maafkan orang. Mudah-mudahan Allah meransang orang lain memaafkan kita.
. Orang yang hatinya kotor, tidak mungkin menjadi orang yang terbilang.
. Minda kita ibarat search engine. Kita nakkan sihat tapi fokus kepada penyajkit. Nak anak menjadi pandai tapi mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada anak seperti bodoh, bangang sebab cakap ibu bapa itu doa. Berfikir ibu bapa itu doa.

. Anak tidak belajar dari apa yang ibubapa cakap tetapi mereka belajar daripada apa yang ibubapa lakukan.
. Kata ulamak- Jangan risau jika anak tidak mendengar cakap kita. Risaulah yang anak-anak sentiasa melihat akan perbuatan kita

Mengenal Peribadi Anak-anak
. Nama mempengaruhi peribadi
. Nama adalah doa harian
. Nama bertindak sebagai ubat

Perawakan Fizikal Mencerminkan Peribadi
. Muka ikut emak, akan ikut perangai emak
. Muka ikut ayah akan ikut perangai ayah


Kisah Anak Setan
Dato mencerita tentang kauseling yang pernah dibuatnya. Sebuah keluarga datang bertemu dengannya untuk meminta kaunseling. Kata bapa, " Dato tolong bagi nasihat bagaimana nak kaunseling anak setan ni. Anak setan ni sudah berapa kali keluar masuk pusat serenti ". Siemak hanya menangis lalu berkata , " Itu anak saya ". Namun siayah tetap mengatakan anak setan.
Akhirnya Dati Fadzilah bersuara, " Apa yang menyebabkan anak setan masuk pusat serenti ". Sengaja Dato sebut setan. " Sebab jadi mat rempit ". Sambung siayah. " Semenjak anak setan ini masuk dalam, apa yang pakcik buat". Tanya Dato. " Saya bangun malam, solat hajat dan berdoa kepada Allah". Jawab siayah. " Sebenarnya pakcik, disebabkan anak setan inilah maka pakcik boleh bangun malam, solat dan berdoa. Kalaulah semua anak pakcik baik adakah masih pakcik boleh bangun malam. Syukurlah pakcik kerana mempunyai anak setan ini". Jelas Dato. Siayah terdiam tanpa suara manakala siibu menangis.

Moral cerita ini ialah jangan kita sebagai ibubapa suka menghukum anak-anak. Masing-masing ada keistimewaannya. Itu saja yang dapat aku catit. Semoga dapat membantu yang lain. Sebarkan walau satu ayat

Friday, January 15, 2010

Dari Mana Datangnya

Aku bertugas malam. Ketika melalui satu kawasan yang gelap yang dikelilingi hutan aku melihat kain putih melayang lalu terjatuh diatas badanku. Terkejut aku dibuatnya. Walaupun tiada perasaan takut namun terkejut beruk juga aku dibuatnya. Datang sebuah motosikal menghampiriku. " Bang semalam saya kena. Kain putih ni melayang lalu jatuh didepan saya ". Aku mengambil kain putih untuk memastikan yang ini bukan dari kain mayat. Aii...bau cendananya kuat. Kainnya juga kasar seperti kain mayat. Aku meletakkan kembali kain diatas pokok. Aneh juga sebab tiada kelibat benda yang boleh dilihat. Pemuda itu terus menunggang pergi. Aku keseorangan. Akhirnya terjawab segala persoalan. Datang seorang wanita tua yang selalu aku melihat menjaga lembu dan kerbau.

" Makcik cari apa malam-malam ni ". Sengaja aku menegurnya. Berkerut aku melihat dahinya.
" Tadi angin kuat. Kain tudung makcik melayang tinggi. Tak tau jatuh dimana ". Terus aku tunjuk tempat aku meletakkan kainnya.
" Ha.. yang inilah kain makcik ". Terus diambilnya kain dan berlalu pergi. Aku merasa lega sebab apa yang aku fikir sebelum ini rupanya tidak benar. Kalau tidak macam mana agaknya aku harus melalui jalan ini. Kadang - kadang benda datang secara mengejut ni boleh membuat seseorang itu cepat melatah dan silap berfikir. Begitu juga aku apabila kerap didedah dengan benda-benda halus lalu setiap apa yang aku bertemu pasti aku akan kaitkan dengan benda itu. Sekurang-kurangnya ia menjadi iktibar kepada diriku agar tidak cepat melatah... Siapa tidak takut ooooo. Itulah naluri manusia.


Thursday, January 14, 2010

Hangpa Tak Beranak..Boleh la cakap

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah disurauku, aku melangkah untuk mencari kuih muih bagi mengisi perutku yang berbunyi agak nyaring ini. Kelihatan ramai sedang mengerumuni tempat menjual kuih yang beranika jenis. Aku mencari-cari kuih yang menjadi kesukaanku dari zaman remaja lagi. Ahh..itu dia tepong bungkus. Aku beli 4 agar isteriku juga dapat merasainya.

Terdengar dari jauh bunyi deruman enjin motor. Anak-anak muda sambil menungggang dan kelihatan mulut mereka terbakar akibat penangan rokok dipagi hari. Sambil berbaju sekolah, tidak ada perasaan malu, takut atau segan bila bertembung dengan masyarakat. Mereka jauh lebih berani dari remaja zaman dahulu yang menyorokkan rokok bila selisih dengan orang yang lebih tua. Gelagat mereka diperhati oleh puluhan yang sedang membeli juadah pagi.

" Budak - budak sekarang ini makin berani menunjukkan sikap kurang ajar mereka kepada masyarakat. Tengok la dengan pakaian sekolah. Rokok dimulut ". Rungut seorang pembeli.
" Ala nak hairan apa. Dunia sekarang dah maju. Zaman kita dulu lain. Ini zaman teknologi. Anak aku merokok juga. Aku tak kisah. Janji dia rajin belajar dan dapat kerja baguih sudah ". Sampuk pula rakannya.
" Orang jantan boleh la cakap macam tu. Hangpa tak beranak. Kalau hangpa jadi macam kami baru hangpa tau macam mana perasaan kami mengandung 9 bulan dan akhirnya anak-anak tak mahu mendengar cakap kita ". Marah wanita itu bila mendengar perbualan 2 orang lelaki sekampungnya.

Ternyata pukulan maut wanita itu dipagi hari membuatkan ramai golngan lelaki seperti aku tersedar. Ramai yang membenarkan perkataan wanita itu. Ibu bapa memainkan peranan mereka selepas anak mereka pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak boleh meletakkan 100% ditangan guru agar dapat mendisiplinkan anak-anak. Bila pulang kerumah anak-anak merasakan seperti pulang ketempat neraka bagi mereka. Pada 17 Januari 2010 aku telah dilantik menjadi Pengerusi majlis untuk program bersama Datuk Fadzilah Kamsah. Semoga aku mendapat tips-tips berguna agar dapat aku coretkan diblog ini untuk pembaca semua. Doakanlah..

Monday, January 11, 2010

Terkenang Semasa Dulu


Inilah sungai yang dinama Sungai Datuk Keramat.

Ahad 10 Januari 2010 - Hari ini mengikut pusingan jadual shifku merupakan hari rehat buat aku. Hari ini juga isteriku tidak berniaga. Gembira sungguh hatinya bila mengetahui aku juga cuti. sudah lama kami tidak dapat bersembang agak lama memandangkan dia berniaga dan bila pulang kerumah aku pula nak kerja. Kadang-kadang berjumpa waktu malam saja. Jadi hari ini aku dah buat plan nak bawa tunjuk 2 tempat yang menjadi nostalgia buat diriku.

Begitu tenang dia mengalir. Airnya jernih

" Nah petang ni abang nak tunjuk tempat nostalgia yang sebelum ini abang berkunjung ". Ternyata dia begitu excited mendengar penjelasanku. Selepas solat Zohor, kami menaiki motosikal. Pertama sekali kami pasti ziarah ibuku dahulu. " Mak Diman nak bawa Rosnah mendaki bukit ". Tersenyum ibuku bila mendengar aku dan isteriku nak mendaki bukit dalam keadaan panas terik. Bukit itu hanya terletak beberapa kilometer dari rumah ibuku. Sampainya kami di atas bukit, aku menceritakan tentang semasa aku dan arwah Siti Aishah yang kerap menjadikan tempat ini untuk mengeluarkan peluh. Sebelum kami kepasar pasti tempat ini akan kami daki dahulu. Peluh membasahi baju. Selesai membeli dipasar, kami akan kewarung Char Koay Teow.

Seronok sungguh isteriku sewaktu sampai disungai. Katanya aman damai. Diatas batu inilah juga Arwah Siti Aishah duduk sambil melihat aku mandi

Ternyata isteriku tidak suka akan tempat ini. Walaupun dari atas bukit dapat melihat pemandangan pekan tempat kami berteduh tetapi keadaan jalan yang kiri kanan dipenuhi dengan rumpat lalang menjadi dia dan aku tak duduk lama. Setelah selesai bergambar diatas bukit aku mengajak dia pergi ketempat kedua nostalgiaku. Aku pasti kali ini dia tentu gembira. Sepanjang perjalanan melalui bukit-bukit yang curam aku menceritakan bahawa sungai inilah tempat aku pada waktu zaman remaja belajar berenang bersama kawan-kawan. Sungai ini jugalah aku membonceng anak saudaraku 2 atau 3 orang diatas motorku membawa mereka untuk mandi sungai. Kini mereka semua telah besar dan berjaya dalam kehidupan. Syukur kepada Allah. Yang pastinya sungai inilah juga menghubungkan kemesraan aku dan Siti Aishah. Aku kerap membawanya kesungai ini. Selesai memasak kami akan membawanya kesini dan menghabiskannya.

Inilah hero Warna Nostalgia seperti seorang pendekar memerhati akan anak buahnya

Ketika sampai dia nampak seronok sekali. Sungai yang suatu ketika menjadikan aku begitu berani sewaktu zaman remajaku. Bila pulang dari sekolah kami akan membawa makanan yang emak kami masak dan menghabiskannnya disungai ini. Disinilah kami belajar menyelam, berenang serta terjun seperti seorang juara. Hasil dari latihan bertubi-tubi disungai inilah aku berjaya membawa jenazah adikku yang tersangkut didalam perigi. Anak-anak saudaraku suatu masa dahulu begitu gembira bila mengetahui yang aku akan membawa mereka mandi sungai. Bearcat, Usus itu panjang dan Semangkuk Bijirin merupakan anak didikku sewaktu mereka masih kecil. Inilah blogger ikan bilis

Isteriku tidak sabar untuk kesungai itu lagi minggu depan. Katanya seronok melihat aku mandi dan terjun. Kami akan memasak nasi dan makan dibawah pokok duku sambil berbual-bual. Untuk mendapat pusingan jadul begini entah la bila pula. Jadi kami akan gunakan kesempatan yang ada ini. Siapa-siapa nak join mai la. Tapi duduk jauh-jauh no....

Saturday, January 09, 2010

Kurang Ajar Dapat Nombor Ustaz

Aku dan isteri tidak mahu melepaskan peluang waktu rehat dengan mengikuti kelas agama. Kuliah yang berkisarkan Jerebu Nilai yang melanda umat islam kini. Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita enjin pesawat TUDM hilang. Ia telah dijual oleh pihak-pihak tertentu tanpa memperdulikan halal dan haram. Berita ini telah menjadi bahan bualan masyarakat kita. Timbul pula berita tentang penjualan bayi di Lembah Kelang. Berita ini kita dapat hasil dari beberapa tangkapan oleh pihak polis. Ustaz mengatakan inilah merupakan Tsunami sebenar yang melanda umat negara Malaysia tercinta ini.

Aku dan isteri juga tidak terkecuali dari tempias jerubu nilai yang telah hilang oleh segelintir remaja kita. Semalam aku menerima panggilan talipon dari nombor yang aku tidak kenali.
" Hello ini sape yang bercakap ". Suara lemak dari seorang gadis bertelokan orang KL.
" Ya.. nak bercakap dengan siapa ". Aku bertanya kembali sambil isteri mendengar perbualan kami sebab aku menggunakan loudspeaker.
" Tak... ni sape yang bercakap ". Gadis itu terus mendesak agar aku memberitahu namaku.
" Cuba bagi salam dan perkenalkan nama dulu barulah saya perkenalkan nama saya ". Aku bercakap dengan lembut sekali walaupun dalam hati aku cukup pantang kalau orang talipon bertanya siapa ini yang bercakap.

" Awak dah solat ke belum ni ". Aku mematikan terus pertanyaan gadis itu.
" Errr...kenape cakap macam tu tentang solat ". Terkejut gadis itu bila aku bertanya demikian.
" Ya la. Dari kita nak berbual kosong lebih baik kita utamakan yang fardhu dulu ". Aku memulakan perbualan. Tersenyum isteriku.
" Awak ni ustaz ke ". gadis itu terus bertanya
" Ya saya seorang ustaz ". Terdengar saja pengakuan aku, terus dia bertempik kepada rakannya yang juga turut mendengar.
" Kurang ajar hang bagi nombor ustaz dekat aku. kali ni aku kena ". Aku terdengar gadis itu memarahi rakannya. Riuh rendah gelak ketawa mereka. Baru aku tahu rupanya gadis itu orang utara. Loghatnya orang Penang.

" Tak bukan apa, saja nak berbual ke. Nak berkenalan ke ". Berani gadis itu. Kata orang tak give up la. " Lebih baik kita berkenalan dengan Allah, dengan agama islam. Kita kenal siapa dia nabi kita. Bila kita mengenalinya tidaklah kita melakukan perkara-perkara maksiat. Tidaklah kita membuangkan masa kita dengan perbualan kosong. Akhirnya kita menjadi kebanggaan ibu dan ayah kita ". Aku terus berbual dengannya. Kali ini gadis itu terdiam. Hairan aku terputus ka talian dan aku bercakap sorang-sorang.

" Tak pa ustaz kami semua dah insaf. Terima kasih ustaz ". Terus dia mematikan handsetnya.
Tersenyum lagi isteriku sambil menggelengkan kepanya perihal anak gadis zaman sekarang yang begitu berani. Kalau dulu lelaki yang mula dulu. Kata miss call la dan akhirnya nak berkenalan. Kini gadis sekarang sudah jauh lebih berani. Aku hanya asyik memikirkan bagaimana mereka mendapatkan nombor aku.

Aku terus kebilik air sambil mengambil losyen lalu aku lumurkan didaguku. Ya aku nak bercukur. Tapi aku tersilap. Aku mengambil berus gigi lalu aku mencukur janggutku. Terkejut aku dan tertawa sendirian didalam bilik air. Isteriku kehairanan kenapa aku tertawa sendirian. Aku menceritakan apa yang terjadi didalam bilik air. Tertawa dia bila mendengar sambil berkata ayat power kepadaku.
" Hai bang. Terkejut ka atau dah tergoda ". Aku tahu dia bergurau saja. Tapi ayat itu lain maksudnya. Idghamnya membuat aku tersentot dari bicara. Itulah lembutnya suara isteri tetapi mesejnya kuat lo. Betul ke pembaca semua....

Thursday, January 07, 2010

Kalau Boleh Di Undur Kembali Masa

Sewaktu aku melintasi balai polis yang baru dibina. Aku teringat kembali zaman remajaku tatkala kawasan ini masih lagi belukar. Ia menjadi sarang penagih dadah dan penggemar daun terup. Mereka akan berkumpul pada waktu malam. Aku juga terdengar kadang kala mereka diganggu pocong dan langsuir. Mengilai nyaring suara langsuir melihat bagaimana mereka semua cabut lari. Dalam semua rakan sebayaku, ada seorang rakanku yang badannya agak steady. Kami gelar dia Kob gangster sebab ramai orang gentar dengan dia. Suatu hari aku merapati dia. Aku melihat bagaimana dia menyucuk jarum ke lengannya. Matanya dipejamkan akibat terlalu sedap dengan benda haram tu.
" Kob..hang semua dah cuba. Cuma satu saja yang belum. jumpa pocong. Kalau yang ni hang berjaya kira kami semua salute habis ". Saja aku usik rakanku ini. Mesti la dia tak mahu. Tiba-tiba dia bersuara, " Diman..ni Kob la. bagitau pukul berapa nak jumpa ".
Terdiam kami semua. Betul ka dia nak pergi ini.
" Ok pukul 9 kita jumpa ditempat ini ". Aku terus meletakkan masa sedangkan aku sendiri pun takut nak berbuat demikian. Akhirnya dapat la 8 orang yang akan join gang main terup menanti benda yang belum pasti.

Kami memilih pondok berasingan sebab tidak mahu bersama dengan gang bermain terup. Kalau polis buat serbuan sekurang-kurangnya kami tak pegang daun terup. Kata salah seorang dari mereka kalau terbau wangi atau mendengar seperti benda jatuh jangan ditegur. Kami mengiakan saja. Rakanku si Kob memang tak boleh tinggal dengan jarumnya. Kelihatan dia sedang melilit lengannya dengan kain. Diikat kain dan akhirnya jarum ditusuknya kelengan. Terkebil-kebil matanya menahan stim yang amat sangat.

Tiba - tiba terdengar seperti benda jatuh dibelakang pondok kami. Gang pakau begitu tekun dengan program mereka. Kami terdiam seketika. Masing-masing memasang telinga. Rakanku terkeluar cakap, " Hangpa dengar dak bunyi jatuh tadi ". Si Kob telah berada dialam lain. Khusyuk dia tidur akibat mencapai nikmat gian dadah. Kami terkejut dengan benda berbalut kain terlompat didepan kami. Akibat terkejut tidak ada siapa yang berani cabut lari. Inilah kali pertama aku melihat sendiri bagaimana keadaan rupa pocong. Didepan mukanya terbuka. Kelihatan kapas berada didalam mulut dan hidung. Matanya bergerak tanpa berkedip memerhati kami.

Apalagi bila salah seorang rakanku melompat turun, kami semua turut berbuat demikian termasuk gang daun terup lari lintang pukang. Tinggallah si Kob seorang diri tertidur didalam pondok Keesokkan harinya si Kob datang mencari aku. Marah dia bukan main sebab tak kejutkan dia. Cerita dia, ketika dia sedar dari tidur matanya masih kabur-kabur melihat lembaga putih berada didepannya. Sangkanya kami bergurau lalu ditolaknya lembaga itu. Lembaga itu melompat kearahnya sambil matanya terus memerhati rakanku. Apabila tersedar yang ini bukan kami apalagi dia terus cabut. Aku berkata, kami kejutkan dia tetapi dia dah terlalu stim kami terus berlari.

Akhirnya si Kob berkata yang dia bertaubat tidak mahu menggunakan benda haram itu lagi. Dalam masa sebulan lebih rakanku Si Kob telah kembali kerahmatullah akibat kesan dadah yang diambilnya. Perginya rakanku itu telah menginsafkan kami semua. Ramai yang baru terjaga dan sedar betapa umur yang muda pun tidak terlepas dari Allah. Pertanyaan dari Allah ialah diusia muda bagaimana dihabiskan. Bermula saat itulah aku mula berjinak dengan agama yang sebelum ini aku anggap seperti sampingan takut dimarahi ayah dan emak kalau tak ke masjid. Kalai ini aku berjanji kepada diriku sendiri, " Mak, Ayah Diman nak berubah. Diman nak tinggalkan dari buat perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah ". Alhamdulillah Allah makbulkan doaku itu. Kalau tidak entah apa yang terjadi kepadaku sekarang ini.

Wednesday, January 06, 2010

Jemputlah datang ke Gerai

Alhamdulilah. Agak lama gerai isteriku tidak berbanner. Bila ditanya ia sudah melebihi 6 tahun. Jadi aku pun ambil inisiatif sendiri. Dalam diam aku ke kedai banner lalu aku minta tauke kedai tolong lakarkan banner gerai isteriku. Kemudian aku tunjuk padanya kertas yang sudah di print. Tersenyum dia akhirnya kedainya akan ada banner. Petang semalam siap lalu aku lekatkan digerai isteriku.

Keesokan harinya ramai yang menegur cantik dan colouring. Ada yang mengambil gambar termasuk aku la. Jadi kepada pembaca yang tinggal di Penang tu sudi-sudilah datang ke Medan Suri Sungai Nibung bersebelahan tapak pesta. Sajian seperti diatas. Pernah aku katakan pada isteriku, " Nanti bila pencen kita beli van sebiji kita meniaga sambil bergerak. Bila tiba time solat kita berhentilah dimasjid yang berhampiran ".
" Bagus juga idea abang no. Ok setuju ".

Sunday, January 03, 2010

Percutian Ke Langkawi 3

Entah apa yang membuat aku tertarik dengan pokok ini sehinggakan kameraku bertindak segera

27 Disember 2009 - Jam 8.30 pagi kami diberitahu oleh tourist guide yang gedung coklat akan dibuka pada jam 10 pagi. Jadi dia akan membawa kami bersiar - siar di pantai sebelum kesana. Rasa tak sabar nak membeli coklat. Kata mereka yang pernah datang kesini memang bila melihat saja coklat pasti tak senang duduk dibuatnya. Bila berada dipantai dan melihat akan keindahan alam yang dipelihara, hati begitu tenang. Tangan aku tak lepas dari kamera. Snap sana dan sini. Memang dari zaman remaja lagi aku tak boleh lepas dari kamera. Sebab tulah gambar zaman remaja aku banyak didalam album.

Bunga raya juga tidak terlepas dari lensa kamera digitalku

Akhirnya kami bertolak ke Kuah. Tempat yang terkenal dengan coklat. Kami diberitahu bahawa gedung Hj Ismail memang famous disini. Sampainya saja kami disana, apa lagi seorang satu bakul kami memilih coklat. Uih...banyak sungguh coklat. 20 tahun yang lepas semasa aku bersama arwah isteri kesini tidak ada lagi bebas cukai. Kini di Langkawi kalau nak bergerak atau minta pertolongan pasti kena ada wang didalam beg. Kalau tidak sorry la. Tak layan. Terbayang aku akan mereka yang banyak membantuku semasa aku berada didalam kesedihan. Sekurang-kurang ada juga buah tangan yang aku berikan kepada mereka sebagai tanda terima kasihku. Aku dan isteri berlegar-legar sambil berbincang memilih coklat.

Keindahan pantai yang semula jadi membuat pengunjung mengambil gambar

Anakku Hermawan juga begitu cepat memilih. Penuh bakul dengan coklat. Ada kawan yang memesan tapi katanya mereka memesan menggunakan air liur saja. Tertawa aku mendengar rintihan anakku itu. Sebentar dia datang mendapatkan aku. Katanya, " Adik tak mau masuk dah. Ini pun dah belanja RM250 untuk coklat saja ". Terbeliak mataku mendengarnya. Memang la musim cuti ini harga coklat melambung tinggi. Kata pengunjung kalau musim sekolah harga coklat disini rendah. Itulah kesempatan yang diambil mereka tatkala tiba musim cuti sekolah.

Entah apa nama pantai ini. Kata tourist guide pantai ini hanya digunakan oleh Jabatan kerajaan untuk membuat program. Ramai yang tidak tahu. Minuman disini telah dikawal harganya. Harganya sama macam di Penang.

Isteriku juga tidak melepaskan peluang membeli camca yang akan digunakan untuk gerainya. Katanya harga disini amat murah. Penuh juga bakul. Selepas selesai kami membeli belah coklat, tibalah masanya kami kembali ke apartment untuk mengemas pakaian sebab kami akan bertolak pulang ke Penang dan kena berada di terminal ferry jam 2 petang.


Obor-obor yang membuatkan kami terbantut untuk terjun kedalam laut. Kalau kena jenuh juga tergaru-garu

Pening kepala bila melihat begitu banyak beg yang perlu dibawa pulang. Hai masa datang relax saja. Bila pulang penuh dengan barangan yang dibeli. Setelah siap semua jam 1 petang kami meninggalkan aparment menuju ke terminal ferry. Kami menunaikan solat jamak di terminal yang disediakan. Kami memasuki dan melintasi pihak kastam. "Encik ada resit waktu kedatangan ke Langkawi ". Tergaru-garu kepala sebab tidak menjangkakan akan perkara ini. " Maaf encik resit tu dah hilang ".

Shoping centre yang bertentangan dengan Hj Ismail. banyak menjual barangan dapur.

Agak lama juga kami disoal oleh pegawai kastam. Memang banyak juga berangan kami. Seorang pegawai kastam bertanya kepada isteriku berapa keluarga datang sebab melihatkan barangan yang diatas troli memang banyak. Isteriku menjawab 4 keluarga yang datang. Pegawai kastam itu akhirnya menggunakan budi bicaranya melepaskan kami masuk kedalam sebab kami membeli hanya cokelat saja. Tidak ada barangan mahal perkakas dapur.

Shopping centre yang terkenal di Langkawi dengan barangan coklat

Sewaktu kami sampai di terminal memang susah mencari troli. Kelihatan ramai dari persatuan troli sedang menanti. Kata tourist guide harga sewa troli untuk membawa barang untuk dibawa masuk kedalam walaupun dekat ialah RM20. Ia akan melambung semasa musim cuti sekolah. Akhirnya kami mencari troli kecil yang disewa sebanyak RM1. Bayangkan pertolongan yang diberi tak setimpal dengan tempat. Ramai pelancung yang terpinga-pinga bila mengetahui harga sewa troli yang begitu mahal. Itulah Langkawi sekarang. Keindahan yang perlu dibayar.

Tergoda dengan coklat.

Diatas kelewatan ferry kami ke Kuala Kedah, kami bertolak pada jam 4 petang dari Langkawi. Ini bermakna sejam setengah kami terpakas berada didalam ferry. Ia amat menjemukan. Kelihatan dan juga kedengaran teriak tangis anak-anak kecil yang rimas. Sistem air con yang tidak baik dari ferry merimaskan kanak. Sekejap menangis didepan. Sekejap dibelakang. Aku berdoa agar cepat sampai ke Kuala Kedah. Terasa azab aku berada didalam ferry yang begitu lama. Keadaan lututku tidak mengizinkan aku berada lama didalam.


Cokelat Daim memang kesukaanku. Rasanya begitu enak sekali

Akhirnya kami sampai ke Kuala Kedah pada jam 5.45 petang. Syukur kepada Allah. Setelah membayar parkir kereta dari 25 - 27 Disember 2009 sebanyak RM30 kami bertolak ke Pulau Pinang. Badan ku masih terasa keletihan setelah berada agak lama didalam ferry. Aku terus memecut kereta. Sexar-sedar meter menunjukkan 130 km. Uihh laju tu. Aku memperlahan kenderaan. Kelihatan bas express memotong masuk kiri dan kanan dengan rakus. Aku berkata kepada isteri inilah yang menyebabkan banyak berlakunya kemalangan. Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan kemalangan bas 2 tingkat. Bila kena sibuk la pula memantau. Lepas itu sejuk kembali.
Suasana didalam shopping centre milik Hj Ismail

Aku mengekori dibelakang bas express. Kataku kepada isteri yang kami akan buat solat jamak di masjid Seberang Jaya. Bila sampai boleh rehat. Tatkala itu bas express memotong kiri. Tiba-tiba masuk pula teksi menggantikan tempat bas secara emergency. Aku terkejut sebab kalau aku tidak brek maka akan terjadi kemalangan yang mungkin akan meragut nyawa kami sekeluarga. Bayangkan aku membawa 120km. Akhirnya aku terus menekan brek. Terjerit - jerit anak-anak aku didalam kereta. Aku hanya mampu mengucap didalam hati. Fikiranku melayang menanti apa yang akan terjadi.

Suasana di terminal ferry Langkawi. Berpusu-pusu kereta keluar masuk

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Keretaku berhenti tepat dan hampir-hampir aku menghentam teksi didepan. Aku terpaku seketika. Badanku menggigil. Aku terhenti ditengah-tengah manakala kenderaan yang lain bergerak. Isteriku mengurut belakan tengkukku. Akhirnya aku tersedar kembali. Aku terus bawa 80km sahaja. Akhirnya kami solat jamak di Masjid Seberang Jaya dan aku berdoa dan bersyukur kepada Allah kerena dia telah menolong kami dari berlaku kemalangan jalanraya. Akhirnya kami samapi di Penang dengan selamatnya. Langkawi meninggalkan seribu kenangan yang tak dapat dicoretkan disini. Hanya bayangan kenangan berligar-ligar diingatan. Terima kasih kerana sudi membaca

Nampak keletihan sungguh mereka sehinggakan ada yang boleh mengizinkan lalat masuk kedalam

Saturday, January 02, 2010

Percutian Ke Langkawi 2

Suasana menjamu selera tengahari diatas pelantar

26 Disember 2009 - Pagi-pagi lagi kami bertolak ke Tanjung Rhu untuk menaiki bot yang akan membawa kami menyaksi keindahan hutan bakau. Kelihatan ramai juga pengunjung lain yang sedang menanti bot. Setelah bot datang kami di beri life jacket. Ini merupakan undang - undang yang perlu dipatuhi oleh tuan punya bot seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Marin. Bagus juga. Sekurang - kurang keselamatan pengguna dijaga.

Menanti dengan sabar makanan dihidangkan dengan aktiviti masing - masing

Kami diberitahu akan ke gua buaya, gua kelawar, menyaksi burung helang makan, memberi makan ikan dan akhir sekali menjamu selera diatas pelantar. Dengar saja aktiviti hari itu hati kami dah excited. Maklumlah tak pernah lagi merasainya. Sepanjang perjalanan kesana, kami melalui hutan paya bakau. Memang cantik pemandangannya. Hati terasa tenang. aku terlupa seketika masalah yang selama ini membelenggu aku.

Bergambar di pintu masuk Gua Kelawar

Hari itu kami bernasib baik kata tourist guide sebab air surut. Jadi kami dapat memasuki terus dengan bot kedalam gua buaya. Amat gelap didalam. Kami terus menuju ketempat burung helang makan. Ada juga beberapa buah bot sedang berlegar-legar melihat burung helang terbang rendah sambil mencari makan. Kami terus menuju ke gua kelawar. Sampainya kami di Jetty kelihatan bot sudah penuh. Agak ramai juga pengunjung maka bersesak-sesak lah jetty. Tangga itu itulah merupakan jalan naik dan turun. Disitulah juga untuk menunggu. Suasana menjadi riuh dengan manusia. kami tidak dibenarkan menangkap gambar sebab flash akan memnggangu eko sistem kelawar yang sedang tidur. Dengan hanya menggunakan torchlight kamera dapat juga melihat kelawar. Bayangkan kalau dia terkejut dan terbang memang susah jug kami dibuatnya.

Ketika sampai di Jetty Gua Kelawar. Kelihatan begitu banyak pengunjung

Selesai kami berada di gua kelawar, kami menuju ke pelantar menternak ikan. Ada beberapa pengunjung dari negara lain berada disana. Kata tourist guide tak banyak orang Malaysia yang datang kesitu. Kami sendiri dapat menyaksikan bagaimana mereka memberi makan ikan pari dan kami dibenarkan memegang ikan pari. Aku tak sempat sebab asyik dengan merakam gambar. Wartawan macam tu la. Akhirnya kami dijemput untuk menikmati jamuan tengahari disitu. Memang cukup mendamaikan makan diiringi dengan hembusan air laut. Tomyam, ikan bakar dan beranika jenis makanan disajikan sehingga perut menjadi terlalu sendat.

Memasuki pintu Gua Buaya

Kami pulang ke apartment dengan perasaan yang puas. Badan pun dah terasa letih. Kelebihan yang Allah berikan kepada mereka yang bermusafir bukan atas dasar perkara maksiat maka dibolehkan melakukan solat jamak qasar. Selepas jam 10 malam kami semua terlelap dan esok sebelum berangkat pulang ke Pulau Pinang kami akan ke Kuah memborong coklat.

Menaiki bot. Kiri kanan dipenuhi dengan hutan bakau


Anak saudara blogger Semangkuk Bijirin begitu khusyuk berdoa agar kami semua selamat

Bersama abang menaiki bot. Sempat juga dia berpesan jangan lupa tengok Halaqah di TV3 pada Jumaat 1 Januari 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...