Teman-teman

Monday, January 25, 2010

Anakku Kemalangan

24 Januari 2010 - Jam 4 petang. anakku Hermawan mencium tanganku dan emak tirinya untuk pulang ke politeknik Tanjung Malim. Aku berpesan kepadanya agar berhati-hati semasa menunggang dan berhenti untuk menunaikan solat. Walaupun aku tahu itu semua insyaallah dia dapat melakukannya cuma biarlah nasihat ini sentiasa berligar difikirannya. Katanya insyaallah dalam pukul 7 dia akan sampai di Politeknik. Selalunya begitulah. Bila dia menunggang saja motosikal aku sentiasa berdoa agar Allah pelihara akan dirinya.

Jam 5 tatkala aku dalam perjalanan ke surau untuk merakam gambar kuliah wanita aku menerima panggilan talipon dari anakku. Berdebar-debar aku menjawab. Dalam hati sentiasa berfikir apa yang tidak kena. " Assalamualaikum ayah. Adik accident motor ". Aku hanya mampu menyebut perkataan Allah saja. Suaranya perlahan menahan kesakitan. Katanya kemalanagn berlaku di Sungai Perak. Motornya rosak dan dia mengalami luka kecil tapi banyak. Katanya ada seorang pakcik nak tolong bawa ke hospital di Ipoh.

Aku menjadi gelabah. Aku terus menalipon isteriku. Terkejut juga dia dengan berita ini. Aku terus juga ke surau untuk merakam gambar kuliah wanita. Kelihatan ramai juga yang datang mendengar kuliah. Setelah selesai aku merakam gambar, aku duduk dibelakang surau termenung seorang diri memikirkan anakku. Pada siapa aku nak mengadu tentang masalah yang sedang bergelora diadalam hatiku. Terbayang wajah Siti Aishah seperti memerhati akan aku. Hanya airmata saja yang mampu aku keluarkan. Aku hantar sms kepada rakanku. Untung-untung ada yang dapat membantu. Ahh..satu pun tak berjawab. Mungkin mereka sibuk agaknya.

Aku terus menjadi gelabah bila anakku tak dapat dihubungi. Aku hubungi kakaknya di Sungai Petani. Terkejut sikakak dengan berita ini. Aku pulang kerumah. Isteriku menyambutku dihadapan pintu dengan perasaan risau. Katanya berdoalah kepada Allah semoga semuanya selamat. Sekejap anakku talipon mengatakan dia dalam perjalanan ke hospital Ipoh. Aku sempat mengucapkan terima kasih kepada orang yang sudi membantu anakku. Kataku hanya doa agar Allah berikan kesejahteraan kepada dia yang menolong anakku. Katanya sebagai umat islam ini merupakan tanggungjawabnya untuk membantu.

Aku mengambil keputusan untuk terus ke Ipoh mencari anakku. Akhirnya aku mengambil Al - Mathurat yang merupakan himpunan wirid rasulullah. Aku teringat bila berada dalam program kuliah. Ustaz berkata, " Dengan banyak berzikir hati akan menjadi tenang ". Aku terus membaca Al Mathurat. Alhamdulillah aku merasa cukup tenang dan Allah membuka ruang mindaku untuk berfikir. Kalau sebelumnya fikiranku berkecamuk dengan berita ini, kini aku begitu tenang sekali. Terasa damai bila membaca ayat-ayat Allah. Sekejap anakku talipon mengatakan bahawa Dr hanya jahit luka-luka dan dibenarkan pulang. Kata anakku pakcik tolong membeli tiket bas untuk pulang ke Sungai Petani dan menghantar anakku ke perhentian bas Ipoh.

Sungguh mulia hati orang yang membantu anakku. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberkati orang itu. Kini aku hanya berfikir bagaimana nak uruskan motosikal anakku yang tersadai di RNR Sungai Perak. Padaku syukur anakku selamat dan soal motor ialah perkara yang kedua. Semoag Allah permudahkan segala urusanku dan anak-anak. Kini anakku berada dirumah setelah dibawa pulang oleh kakaknya dari Sungai Petani. Syukur Ya Allah.....

2 comments:

hj atan said...

Salam..mudah-mudahan Allah permudahkan segala masalah..cuba-cuba cal sahabat Perak..Karim Manjong 0195068180...Amin Taiping 0195673232

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman,
mujurlah hermawan tak apa2...
tp risau juga yer, petama kali dia bawa motor ke tjg malim ke? bknkah selalunya ayahnya hantar?

lepas cuti sem ni pun anak saya Angah yg di UDM tganu tu nak bawa motor ke sana. dia nak konvoi ngan kawan2 dia...

saya memang ghisaulah juga, dahlah jauh, pertama kali pula dia nak konvoi ngan motor. tapi macam biasa dia kata " Angah ok jer, jgn ghisaulah mama"...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...