Teman-teman

Sunday, January 03, 2010

Percutian Ke Langkawi 3

Entah apa yang membuat aku tertarik dengan pokok ini sehinggakan kameraku bertindak segera

27 Disember 2009 - Jam 8.30 pagi kami diberitahu oleh tourist guide yang gedung coklat akan dibuka pada jam 10 pagi. Jadi dia akan membawa kami bersiar - siar di pantai sebelum kesana. Rasa tak sabar nak membeli coklat. Kata mereka yang pernah datang kesini memang bila melihat saja coklat pasti tak senang duduk dibuatnya. Bila berada dipantai dan melihat akan keindahan alam yang dipelihara, hati begitu tenang. Tangan aku tak lepas dari kamera. Snap sana dan sini. Memang dari zaman remaja lagi aku tak boleh lepas dari kamera. Sebab tulah gambar zaman remaja aku banyak didalam album.

Bunga raya juga tidak terlepas dari lensa kamera digitalku

Akhirnya kami bertolak ke Kuah. Tempat yang terkenal dengan coklat. Kami diberitahu bahawa gedung Hj Ismail memang famous disini. Sampainya saja kami disana, apa lagi seorang satu bakul kami memilih coklat. Uih...banyak sungguh coklat. 20 tahun yang lepas semasa aku bersama arwah isteri kesini tidak ada lagi bebas cukai. Kini di Langkawi kalau nak bergerak atau minta pertolongan pasti kena ada wang didalam beg. Kalau tidak sorry la. Tak layan. Terbayang aku akan mereka yang banyak membantuku semasa aku berada didalam kesedihan. Sekurang-kurang ada juga buah tangan yang aku berikan kepada mereka sebagai tanda terima kasihku. Aku dan isteri berlegar-legar sambil berbincang memilih coklat.

Keindahan pantai yang semula jadi membuat pengunjung mengambil gambar

Anakku Hermawan juga begitu cepat memilih. Penuh bakul dengan coklat. Ada kawan yang memesan tapi katanya mereka memesan menggunakan air liur saja. Tertawa aku mendengar rintihan anakku itu. Sebentar dia datang mendapatkan aku. Katanya, " Adik tak mau masuk dah. Ini pun dah belanja RM250 untuk coklat saja ". Terbeliak mataku mendengarnya. Memang la musim cuti ini harga coklat melambung tinggi. Kata pengunjung kalau musim sekolah harga coklat disini rendah. Itulah kesempatan yang diambil mereka tatkala tiba musim cuti sekolah.

Entah apa nama pantai ini. Kata tourist guide pantai ini hanya digunakan oleh Jabatan kerajaan untuk membuat program. Ramai yang tidak tahu. Minuman disini telah dikawal harganya. Harganya sama macam di Penang.

Isteriku juga tidak melepaskan peluang membeli camca yang akan digunakan untuk gerainya. Katanya harga disini amat murah. Penuh juga bakul. Selepas selesai kami membeli belah coklat, tibalah masanya kami kembali ke apartment untuk mengemas pakaian sebab kami akan bertolak pulang ke Penang dan kena berada di terminal ferry jam 2 petang.


Obor-obor yang membuatkan kami terbantut untuk terjun kedalam laut. Kalau kena jenuh juga tergaru-garu

Pening kepala bila melihat begitu banyak beg yang perlu dibawa pulang. Hai masa datang relax saja. Bila pulang penuh dengan barangan yang dibeli. Setelah siap semua jam 1 petang kami meninggalkan aparment menuju ke terminal ferry. Kami menunaikan solat jamak di terminal yang disediakan. Kami memasuki dan melintasi pihak kastam. "Encik ada resit waktu kedatangan ke Langkawi ". Tergaru-garu kepala sebab tidak menjangkakan akan perkara ini. " Maaf encik resit tu dah hilang ".

Shoping centre yang bertentangan dengan Hj Ismail. banyak menjual barangan dapur.

Agak lama juga kami disoal oleh pegawai kastam. Memang banyak juga berangan kami. Seorang pegawai kastam bertanya kepada isteriku berapa keluarga datang sebab melihatkan barangan yang diatas troli memang banyak. Isteriku menjawab 4 keluarga yang datang. Pegawai kastam itu akhirnya menggunakan budi bicaranya melepaskan kami masuk kedalam sebab kami membeli hanya cokelat saja. Tidak ada barangan mahal perkakas dapur.

Shopping centre yang terkenal di Langkawi dengan barangan coklat

Sewaktu kami sampai di terminal memang susah mencari troli. Kelihatan ramai dari persatuan troli sedang menanti. Kata tourist guide harga sewa troli untuk membawa barang untuk dibawa masuk kedalam walaupun dekat ialah RM20. Ia akan melambung semasa musim cuti sekolah. Akhirnya kami mencari troli kecil yang disewa sebanyak RM1. Bayangkan pertolongan yang diberi tak setimpal dengan tempat. Ramai pelancung yang terpinga-pinga bila mengetahui harga sewa troli yang begitu mahal. Itulah Langkawi sekarang. Keindahan yang perlu dibayar.

Tergoda dengan coklat.

Diatas kelewatan ferry kami ke Kuala Kedah, kami bertolak pada jam 4 petang dari Langkawi. Ini bermakna sejam setengah kami terpakas berada didalam ferry. Ia amat menjemukan. Kelihatan dan juga kedengaran teriak tangis anak-anak kecil yang rimas. Sistem air con yang tidak baik dari ferry merimaskan kanak. Sekejap menangis didepan. Sekejap dibelakang. Aku berdoa agar cepat sampai ke Kuala Kedah. Terasa azab aku berada didalam ferry yang begitu lama. Keadaan lututku tidak mengizinkan aku berada lama didalam.


Cokelat Daim memang kesukaanku. Rasanya begitu enak sekali

Akhirnya kami sampai ke Kuala Kedah pada jam 5.45 petang. Syukur kepada Allah. Setelah membayar parkir kereta dari 25 - 27 Disember 2009 sebanyak RM30 kami bertolak ke Pulau Pinang. Badan ku masih terasa keletihan setelah berada agak lama didalam ferry. Aku terus memecut kereta. Sexar-sedar meter menunjukkan 130 km. Uihh laju tu. Aku memperlahan kenderaan. Kelihatan bas express memotong masuk kiri dan kanan dengan rakus. Aku berkata kepada isteri inilah yang menyebabkan banyak berlakunya kemalangan. Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan kemalangan bas 2 tingkat. Bila kena sibuk la pula memantau. Lepas itu sejuk kembali.
Suasana didalam shopping centre milik Hj Ismail

Aku mengekori dibelakang bas express. Kataku kepada isteri yang kami akan buat solat jamak di masjid Seberang Jaya. Bila sampai boleh rehat. Tatkala itu bas express memotong kiri. Tiba-tiba masuk pula teksi menggantikan tempat bas secara emergency. Aku terkejut sebab kalau aku tidak brek maka akan terjadi kemalangan yang mungkin akan meragut nyawa kami sekeluarga. Bayangkan aku membawa 120km. Akhirnya aku terus menekan brek. Terjerit - jerit anak-anak aku didalam kereta. Aku hanya mampu mengucap didalam hati. Fikiranku melayang menanti apa yang akan terjadi.

Suasana di terminal ferry Langkawi. Berpusu-pusu kereta keluar masuk

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Keretaku berhenti tepat dan hampir-hampir aku menghentam teksi didepan. Aku terpaku seketika. Badanku menggigil. Aku terhenti ditengah-tengah manakala kenderaan yang lain bergerak. Isteriku mengurut belakan tengkukku. Akhirnya aku tersedar kembali. Aku terus bawa 80km sahaja. Akhirnya kami solat jamak di Masjid Seberang Jaya dan aku berdoa dan bersyukur kepada Allah kerena dia telah menolong kami dari berlaku kemalangan jalanraya. Akhirnya kami samapi di Penang dengan selamatnya. Langkawi meninggalkan seribu kenangan yang tak dapat dicoretkan disini. Hanya bayangan kenangan berligar-ligar diingatan. Terima kasih kerana sudi membaca

Nampak keletihan sungguh mereka sehinggakan ada yang boleh mengizinkan lalat masuk kedalam

3 comments:

Insan Marhaen said...

Nanti badan bulat dengan coklat...

maiyah said...

byk gak obor2 tu kan..

ARIFF BUDIMAN said...

Insan marhein..Makan-makan juga. Kesihatan perlu juga dijaga

Maiyah... Sepanjang pantai penuh dengan dia. Mungkin musim dia kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...