Teman-teman

Monday, January 11, 2010

Terkenang Semasa Dulu


Inilah sungai yang dinama Sungai Datuk Keramat.

Ahad 10 Januari 2010 - Hari ini mengikut pusingan jadual shifku merupakan hari rehat buat aku. Hari ini juga isteriku tidak berniaga. Gembira sungguh hatinya bila mengetahui aku juga cuti. sudah lama kami tidak dapat bersembang agak lama memandangkan dia berniaga dan bila pulang kerumah aku pula nak kerja. Kadang-kadang berjumpa waktu malam saja. Jadi hari ini aku dah buat plan nak bawa tunjuk 2 tempat yang menjadi nostalgia buat diriku.

Begitu tenang dia mengalir. Airnya jernih

" Nah petang ni abang nak tunjuk tempat nostalgia yang sebelum ini abang berkunjung ". Ternyata dia begitu excited mendengar penjelasanku. Selepas solat Zohor, kami menaiki motosikal. Pertama sekali kami pasti ziarah ibuku dahulu. " Mak Diman nak bawa Rosnah mendaki bukit ". Tersenyum ibuku bila mendengar aku dan isteriku nak mendaki bukit dalam keadaan panas terik. Bukit itu hanya terletak beberapa kilometer dari rumah ibuku. Sampainya kami di atas bukit, aku menceritakan tentang semasa aku dan arwah Siti Aishah yang kerap menjadikan tempat ini untuk mengeluarkan peluh. Sebelum kami kepasar pasti tempat ini akan kami daki dahulu. Peluh membasahi baju. Selesai membeli dipasar, kami akan kewarung Char Koay Teow.

Seronok sungguh isteriku sewaktu sampai disungai. Katanya aman damai. Diatas batu inilah juga Arwah Siti Aishah duduk sambil melihat aku mandi

Ternyata isteriku tidak suka akan tempat ini. Walaupun dari atas bukit dapat melihat pemandangan pekan tempat kami berteduh tetapi keadaan jalan yang kiri kanan dipenuhi dengan rumpat lalang menjadi dia dan aku tak duduk lama. Setelah selesai bergambar diatas bukit aku mengajak dia pergi ketempat kedua nostalgiaku. Aku pasti kali ini dia tentu gembira. Sepanjang perjalanan melalui bukit-bukit yang curam aku menceritakan bahawa sungai inilah tempat aku pada waktu zaman remaja belajar berenang bersama kawan-kawan. Sungai ini jugalah aku membonceng anak saudaraku 2 atau 3 orang diatas motorku membawa mereka untuk mandi sungai. Kini mereka semua telah besar dan berjaya dalam kehidupan. Syukur kepada Allah. Yang pastinya sungai inilah juga menghubungkan kemesraan aku dan Siti Aishah. Aku kerap membawanya kesungai ini. Selesai memasak kami akan membawanya kesini dan menghabiskannya.

Inilah hero Warna Nostalgia seperti seorang pendekar memerhati akan anak buahnya

Ketika sampai dia nampak seronok sekali. Sungai yang suatu ketika menjadikan aku begitu berani sewaktu zaman remajaku. Bila pulang dari sekolah kami akan membawa makanan yang emak kami masak dan menghabiskannnya disungai ini. Disinilah kami belajar menyelam, berenang serta terjun seperti seorang juara. Hasil dari latihan bertubi-tubi disungai inilah aku berjaya membawa jenazah adikku yang tersangkut didalam perigi. Anak-anak saudaraku suatu masa dahulu begitu gembira bila mengetahui yang aku akan membawa mereka mandi sungai. Bearcat, Usus itu panjang dan Semangkuk Bijirin merupakan anak didikku sewaktu mereka masih kecil. Inilah blogger ikan bilis

Isteriku tidak sabar untuk kesungai itu lagi minggu depan. Katanya seronok melihat aku mandi dan terjun. Kami akan memasak nasi dan makan dibawah pokok duku sambil berbual-bual. Untuk mendapat pusingan jadul begini entah la bila pula. Jadi kami akan gunakan kesempatan yang ada ini. Siapa-siapa nak join mai la. Tapi duduk jauh-jauh no....

3 comments:

maiyah said...

suka pegi tmpat camtu.. dulu le

scr said...

fuyoo...lama x p...

ain fathihah said...

ayat last tu memang tak menahan..

'duduk jauh2 noo'

hehe, yelah2. sapa pun tak payah ikit. kasi can kt Blogger Encik Diman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...