Teman-teman

Saturday, January 02, 2010

Percutian Ke Langkawi 2

Suasana menjamu selera tengahari diatas pelantar

26 Disember 2009 - Pagi-pagi lagi kami bertolak ke Tanjung Rhu untuk menaiki bot yang akan membawa kami menyaksi keindahan hutan bakau. Kelihatan ramai juga pengunjung lain yang sedang menanti bot. Setelah bot datang kami di beri life jacket. Ini merupakan undang - undang yang perlu dipatuhi oleh tuan punya bot seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Marin. Bagus juga. Sekurang - kurang keselamatan pengguna dijaga.

Menanti dengan sabar makanan dihidangkan dengan aktiviti masing - masing

Kami diberitahu akan ke gua buaya, gua kelawar, menyaksi burung helang makan, memberi makan ikan dan akhir sekali menjamu selera diatas pelantar. Dengar saja aktiviti hari itu hati kami dah excited. Maklumlah tak pernah lagi merasainya. Sepanjang perjalanan kesana, kami melalui hutan paya bakau. Memang cantik pemandangannya. Hati terasa tenang. aku terlupa seketika masalah yang selama ini membelenggu aku.

Bergambar di pintu masuk Gua Kelawar

Hari itu kami bernasib baik kata tourist guide sebab air surut. Jadi kami dapat memasuki terus dengan bot kedalam gua buaya. Amat gelap didalam. Kami terus menuju ketempat burung helang makan. Ada juga beberapa buah bot sedang berlegar-legar melihat burung helang terbang rendah sambil mencari makan. Kami terus menuju ke gua kelawar. Sampainya kami di Jetty kelihatan bot sudah penuh. Agak ramai juga pengunjung maka bersesak-sesak lah jetty. Tangga itu itulah merupakan jalan naik dan turun. Disitulah juga untuk menunggu. Suasana menjadi riuh dengan manusia. kami tidak dibenarkan menangkap gambar sebab flash akan memnggangu eko sistem kelawar yang sedang tidur. Dengan hanya menggunakan torchlight kamera dapat juga melihat kelawar. Bayangkan kalau dia terkejut dan terbang memang susah jug kami dibuatnya.

Ketika sampai di Jetty Gua Kelawar. Kelihatan begitu banyak pengunjung

Selesai kami berada di gua kelawar, kami menuju ke pelantar menternak ikan. Ada beberapa pengunjung dari negara lain berada disana. Kata tourist guide tak banyak orang Malaysia yang datang kesitu. Kami sendiri dapat menyaksikan bagaimana mereka memberi makan ikan pari dan kami dibenarkan memegang ikan pari. Aku tak sempat sebab asyik dengan merakam gambar. Wartawan macam tu la. Akhirnya kami dijemput untuk menikmati jamuan tengahari disitu. Memang cukup mendamaikan makan diiringi dengan hembusan air laut. Tomyam, ikan bakar dan beranika jenis makanan disajikan sehingga perut menjadi terlalu sendat.

Memasuki pintu Gua Buaya

Kami pulang ke apartment dengan perasaan yang puas. Badan pun dah terasa letih. Kelebihan yang Allah berikan kepada mereka yang bermusafir bukan atas dasar perkara maksiat maka dibolehkan melakukan solat jamak qasar. Selepas jam 10 malam kami semua terlelap dan esok sebelum berangkat pulang ke Pulau Pinang kami akan ke Kuah memborong coklat.

Menaiki bot. Kiri kanan dipenuhi dengan hutan bakau


Anak saudara blogger Semangkuk Bijirin begitu khusyuk berdoa agar kami semua selamat

Bersama abang menaiki bot. Sempat juga dia berpesan jangan lupa tengok Halaqah di TV3 pada Jumaat 1 Januari 2010

3 comments:

Guru said...

assalammualaikum

tak pernah sampai ke gua buaya ni
nampak cantik scenery kat situ

Maiyah said...

wah.. cntik le tmpat tu

scr said...

hahaha..pakngah mcm pelancong korea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...