Teman-teman

Thursday, January 14, 2010

Hangpa Tak Beranak..Boleh la cakap

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah disurauku, aku melangkah untuk mencari kuih muih bagi mengisi perutku yang berbunyi agak nyaring ini. Kelihatan ramai sedang mengerumuni tempat menjual kuih yang beranika jenis. Aku mencari-cari kuih yang menjadi kesukaanku dari zaman remaja lagi. Ahh..itu dia tepong bungkus. Aku beli 4 agar isteriku juga dapat merasainya.

Terdengar dari jauh bunyi deruman enjin motor. Anak-anak muda sambil menungggang dan kelihatan mulut mereka terbakar akibat penangan rokok dipagi hari. Sambil berbaju sekolah, tidak ada perasaan malu, takut atau segan bila bertembung dengan masyarakat. Mereka jauh lebih berani dari remaja zaman dahulu yang menyorokkan rokok bila selisih dengan orang yang lebih tua. Gelagat mereka diperhati oleh puluhan yang sedang membeli juadah pagi.

" Budak - budak sekarang ini makin berani menunjukkan sikap kurang ajar mereka kepada masyarakat. Tengok la dengan pakaian sekolah. Rokok dimulut ". Rungut seorang pembeli.
" Ala nak hairan apa. Dunia sekarang dah maju. Zaman kita dulu lain. Ini zaman teknologi. Anak aku merokok juga. Aku tak kisah. Janji dia rajin belajar dan dapat kerja baguih sudah ". Sampuk pula rakannya.
" Orang jantan boleh la cakap macam tu. Hangpa tak beranak. Kalau hangpa jadi macam kami baru hangpa tau macam mana perasaan kami mengandung 9 bulan dan akhirnya anak-anak tak mahu mendengar cakap kita ". Marah wanita itu bila mendengar perbualan 2 orang lelaki sekampungnya.

Ternyata pukulan maut wanita itu dipagi hari membuatkan ramai golngan lelaki seperti aku tersedar. Ramai yang membenarkan perkataan wanita itu. Ibu bapa memainkan peranan mereka selepas anak mereka pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak boleh meletakkan 100% ditangan guru agar dapat mendisiplinkan anak-anak. Bila pulang kerumah anak-anak merasakan seperti pulang ketempat neraka bagi mereka. Pada 17 Januari 2010 aku telah dilantik menjadi Pengerusi majlis untuk program bersama Datuk Fadzilah Kamsah. Semoga aku mendapat tips-tips berguna agar dapat aku coretkan diblog ini untuk pembaca semua. Doakanlah..

3 comments:

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman,
program apa bersama dato' tu? dimana? bila?

Maiyah said...

betul kan.. didik bermula dirmh, ada gak remaja rasa malas nk balik sbb rmh x sronok.. kene cari cara gak nk tackle hati anak2

Ariff Budiman said...

MaMa Moden.. Program ini hanya bersama ahli Koperasi Tunas Muda dan anggota keluarga sahaja. Tidak terbuka kepada masyarakat

Maiyah..Kita lihat masa anak2 di tadika, begitu sayangnya ibubapa kepada mereka. Bila mereka meningkat dewasa perasaan itu lama kelamaan berkurangan. Maka anak2 pun mencari alternatif lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...