Teman-teman

Monday, July 30, 2012

Menjadi Duta

Aku telah menerima email dari seorang kawan.Katanya ketika dia berjalan di Seremban dia ternampak gambar aku dan isteri di butik ini. Terus dia ambil gambar dan hantar kepadaku. Aku terkejut dan nak tertawa pun ada juga bila gambar kami dijadikan sebagai model. Kalau mengikut akhlak islam tuan punya butik ini tidak berakhlak sebab meletakkan gambar kami tanpa meminta izin.


Bila aku fikirkan kembali yang gambar ini tidaklah menjadi fitnah kepada kami, maka sebab itu aku diamkan diri. Isteriku tertawa bil aku tunjukkan gambar ni. Mungkin tuan punya butik ini mengambil gambar kami di dalam blogku. Apa pendapat pembaca sekelian....

Sunday, July 29, 2012

Bulan Ramadhan..Teringat Pada Si Dia

Hari ini umat islam memasuki hari ke kesembilan menyambut bulan ramadhan. Surau dan masjid di penuhi dengan jemaah. Alhamdulillah terutama sekali dari kalangan anak-anak muda. Kanak-kanak sudah kedengaran rengetan kepada ayah untuk membelikan bunga api dan mercun. Di pasar-pasar malam penjual cd sudah memainkan lagu-lagu raya. Semua ini mengingatkan aku pada Siti Aishah. Mendengar saja lagu raya isteriku mula tension. Sebabnya terlalu banyak baju yang perlu disiapkan. Ramai yang menghantar baju untuk digunakan pada hari raya. Ada yang merayu agar isteriku mengambil tempahan mereka. Tak sampai hati pula dia menolak. Selepas solat subuh dia sudah mula menjahit. Kesian pula aku melihat dia bertungkus lumus membantu ekonomiku. Kedua-dua anakku masih belajar. Anak gadisku ketika itu berada di kolej untuk program Diploma. Dia tidak mendapat pembiayaan dari mana-mana agensi walaupun kami menalipon dan dikatakan bahawa anak gadisku memang layak mendapat pinjaman. Tapi bila terima surat di katakan gagal. Kami terpaksa membayar kos setiap bulan sebab anak gadisku belajar di kolej swasta.

Alhamdulillah berkat pertolongan isteriku, dapatlah kami menabung untuk masa depan keluarga. Aku tidak sampai hati melihat dia sibuk didapur untuk juadah kami dan sekali gus sibuk dengan menjahit.
" Macam ni Siti. Abang fikir Siti tak perlulah masak. Kalau berbuka biarlah abang beli di bazar ramadhan. Waktu sahur biarlah abang yang buat kalau tak bertugas malam. Siti tumpulah pada baju pelanggan ". Kataku pada isteri. Tersenyum isteriku mendengar kata-kataku.
" Terima kasih abang. Siti sayang abang ". Puji isteriku membuatkan hidung aku kembang kempis. Aku belikannya sepeket kopi radix. Suka sangat isteriku dengan kopi ini. Katanya dia tak terasa keletihan. Bila aku tidak bekerja pagi aku akan menemaninya menjahit dengan bermain komputer bersebelahan dengan mesin jahit sambil kadang-kadang kami bersembang dan bergurau. Bila waktu sahur aku yang kedapur. Kadang-kadang aku buat nasi goreng. Kadang-kadang atas permintaannya aku buat maggi special.

" Abang pandai buat maggi kuah. Sedap. Boleh tak abang buat untuk Siti sahur ni ". Kata isteriku. Bila waktu sahur aku pun mulalah kedapur manakala isteriku sibuk dengan menjahit. Aku tumis dulu bawang merah dan masukkan cili. Kemudian aku masukkan air sehingga mendidih dan masukkan maggi. Bila maggi sudah sebati aku masukkan telor sebiji.
" Masyaallah bang..Sedapnya maggi yang abang buat. Terima kasih bang ". Tersenyum pula aku mendapat pujian isteriku. Itulah rutin harianku jikalau tidak bertugas pagi. Habis kopi radix aku beli yang lain sehinggalah di penghujung usianya dia tidak begitu menggemari kopi radix. Kopi yang aku beli tidak disentuhnya dan akhirnya bulan December 2008 dia pergi meninggalkan kami semua. Kini kopi radix kesukaannya suatu ketika dahulu masih lagi tergantung di dinding sebelah mesin jahitnya sehingga kini. Bila aku pulang kerumahku aku pasti merenung kopi ini sambil mengingati saat manis kami. Kini tiada lagi bunyi mesin jahit. Tidak lagi kedengaran bunyi radio yang aku belikan khas untuknya semasa menjahit.

Paling aku tersentuh bila mendengar lagu Sudirman dari Jauh Ku Pohon Maaf. Aku pasti mengalir airmata bila mendengar lagu ini. Lagi 10 hari menjelang Aidil Fitri, radio telah mula memasang lagu raya. Isteriku yang akan menjerit..
" Bang nak raya dah. Baju tak habis lagi Siti jahit ". Tertawa aku mendengar tensionnya isteriku. Alhamdulillah sebelum raya semua baju dapat disiapkan. Tersenyum isteriku menunjukkan wang hasil kerja kerasnya. Dia mengajak aku ke shoping complex. Katanya nak belikan aku baju raya sebagai ucapan terima kasih membantunya dalam bulan ramadhan. Kini baju itu masih tersangkut kemas di dalam almari baju. Sekali sekala aku pulang kerumahku almari akan kubuka dan aku tatap sepuas-puasnya pakaian kami. Tudung terakhirnya semasa berada di hospital masih lagi berada di dalam almari. Rumahku umpama harta karun kami kerana dia banyak menyimpan memori indah antara aku dan dia....

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 7 - Ayam Percik Kelantan


Ayam di dalam oven


Aku dan isteri berada di ruang tamu menonton tv. Isteriku membuka buku resepi yang setahun sekali di bukanya. Tiba-tiba dia bersuara...
" Bang...hari ni kita buat rendang pucuk paku. Nah teringin la. Jom kita ke pasar ". Kata isteriku.
Aku lihat jam didinding sudah pukul 10.30 pagi. Aku menurut saja kemahuannya. Setelah bersiap kami terus kepasar. Kami tawaf merata tempat namun tiada kelibat pucuk. Yang kelihatan cuma paku saja. Apa tidaknya kalau jam 11 pagi sudah tentu dibeli orang. Akhirnya aku berkata pada isteriku agar juadah berbuka akan dibeli di bazaar ramadhan. Itu yang terbaik.

Ayam percik Kelantan
Kami pulang tanpa membeli apa-apa barangan. Jam sudah pukul 12 tengahari. Aku membuka ipad dan melihat apa yang patut.
" Bang..kita buat ayam percik Kelantan yang abang kata best tu ". Tiba-tiba dia bersuara. Terkejut aku
" Mana nak dapat resipinya ". Tanya aku pula
" Kan maklumat di hujung jari. Abang cari la dalam internet ". Ya tak ya juga kata isteriku. Aku pun search di internet dan akhirnya aku dapat link ini. Isteriku meminta aku mencatit cara-cara memasak. Aku akur saja.



Lai Ci Kang
Selepas solat Jumaat aku dan isteri ke Giant mencari ayam dan bahan-bahan lain. Bila dah sampai dirumah maka buku resipi yang aku catit dibuka. Terdengar dari arah dapur macam-macam di blend. Jam 6.30 kesemua ayam dimasukkan kedalam oven. Sekejap saja sudah masak. Bila azan berkumandang kami merasa dan masyaallah memang enak sekali. Tersenyum puas isteriku sebab pertama kalinya dia berjaya membuat ayam percik ala Kelantan dengan hanya berpandukan resepi internet




Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 6 - Juadah

Asam pedas utara
Sebelum tidur isteriku sudah bertanya waktu sahur apa yang hendak aku makan. Aku bertanya apa yang ada. Katanya asam pedas dan baki ikan bakar. Kataku cukup dengan asam pedas saja. Aku cukup gemar dengan asam pedas. Aku makan begitu saja tanpa nasi. Ini ialah asam pedas utara. Memang pedas sebab isteriku masukkan lebih cili padi. Tak apa la aku beri juga resepi Asam Pedas Utara sebab ada yang bertanya aku dalam FB bagaimana nak buat. Isteri duduk sebelah aku taip saja.

  1. Mula blend bawang, cili merah dan cili padi
  2. Serai di ketuk dan bunga kantan di belah 4
  3. Sedikit daun cenohom ( ni bahasa org Penang. Daun yg digunakan membuat laksa )
  4. Rebus kesemuanya dan masukkan kunyit serta asam keping
  5. Bila mendidih barulah masukkan ikan ( suka hatilah nak masuk ikan apa. Aku suka ikan pari )
  6. Kalau nak pedas masukkan lebih sedikit cili padi
  7. Very easy kan.

Nasi lemak
Pagi ini kami tidak ke pasar sebab sudah membelinya semalam. Isteriku bercadang nak masak nasi lemak untuk juadah berbuka. Wow..best juga. Boleh aku bawa ketempat bekerja. Walaupun berbuka keseorangan nikmat berbuka tetap ada.Bilik kami bersebelahan dengan dapur. Memang wangi sungguh bau nasi lemak. Resepi tak payah ler. Pembaca pun terror buat nasi lemak.
 
Sambal tumis sotong dan jamggut sotong
Isteriku juga membeli sotong rendam dengan janggut sekali di Tesco semalam. Memang murah sotong di sini. Isteriku beli sebanyak 3 ekor. Katanya untuk sahur sekali. Kan mudah tak payah nak fikir waktu sahur makanan apa pula hendak dimasak. Esok sahur panaskan saja. Lagi pun mata masih mengantuk. Mana ler sempat nak layan makan. Masa aku remaja waktu sahur pun aku bedal. Bertambah makan. Ibuku yang paling seronok melihat aku tiada kerenah tentang masakannya. Sambal tumis pun aku rasa tak payah ler nak bagi resepi. Senang saja buat.

Rambutan gading
Masa on the way ketempat kerja ada penjual menjual buah rambutan. Aku beli rambutan gading. Sekiloa hanya RM3. Memang best isinya. Fuh...tak kenyang saja aku..Selamat berbuka semua ya...Tarawih jangan lupa. Rugi kalau ditinggalkan. Bukan senang kita nak dapat..

Wednesday, July 25, 2012

MAJLIS IFTAR PERDANA - Hidayah Centre Pulau Pinang

HIDAYAH CENTRE PULAU PINANG yang berfungsi sebagai pusat sokongan dan bimbingan saudara muslim ( Saudara baru ) telah beroperasi secara aktif dengan mengendalikan pelbagai program dakwah kepada komuniti dan masyarakat di sekitar negeri ini. Pada tahun ini Hidayah Centre akan mengadakan majlis iftar ( Berbuka Puasa ) Perdana Hidayah Centre ( MIPHC ) dengan tujuan untuk menjana dana bagi membiayai operasi dan kelestarian Hidayah Centre supaya usaha memperkasakan dan membimbing saudara baru dapat diteruskan.


Oleh kepada pembaca Warna Nostalgia marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukannya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pendakwah iaitu Bro Kamaruddin sewaktu program kuliah di surau kami
" Kalau tuan2 dan puan2 tak dapat bersama mengikut kami dalam program dakwah, hulurkan sumbangan tuan2 dan puan2 kepada kami. Insyaallah kami mempunya orang yang boleh lakukan. Bantulah dengan membantu agama Allah ". 

Ini adalah kata-kata dari Pengarah Hidayah Centre Pulau Pinang Saudara Yusni bin Ghazali.
Assalamu’alaikum wbt,

Tinggal 11 hari lagi untuk diadakan program Majlis Ifthar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang…  Namun begitu kutipan termasuk ‘pledge’ yang dicatatkan hanyalah  RM 11,870.00 untuk mencapai sasaran RM 80,000.00.
Sebagai pengarah program, saya ingin memaklumkan program ini terlalu bermakna kepada Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) dan juga Ikram kerana hampir 90% perbelanjaan adalah daripada program ini.

Jom kita bantu mereka. Jika kita tidak dapat hadir kita masih boleh menyumbang dengan memasukkan wang sumbangan kita kedalam akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA. AKAUN MAYBANK 557157002854 


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya & apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal, iaitu orang-orang yang melaksanakan solat dan yang menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang yangg benar-benar beriman. Mareka akan memperolehi darjat yang tinggi di sisi Tuhannya serta beroleh keampunan dan nikmat yang mulia"
(Al-Quran, Surah al-Anfal 7: 2-4)
 Semenjak dari MIPHC 2011 hinggakan sekarang 6 Julai 2012, Allah telah menghadiahkan 10 orang bersyahadah dan disantuni oleh HCPP. Menarik kerana sebahagiannya bukan warga negara Malaysia. Berikut adalah statistik yang telah bersyahadah melalui HCPP ialah :

i) Myanmar - Lelaki : 1 orang
ii) Indonesia - perempuan - 2 orang
iii) Filipina - Lelaki - 1 orang
iv) Penang - Lelaki Cina - 4 orang
v) Melaka - Lelaki India - 1 orang
vi) Penang - Perempuan - 1 orang

Sokonglah usaha Hidayah Centre Pulau Pinang dengan membantu menjana pendapatan HCPP melalui majlis MIPHC 2012.

Usaha ini adalah amanah untuk kita semua, marilah sama2 meraikan dan menyumbang di Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang, untuk pembangunan Saudara Baru dan menyebarkan risalah Islam.....

Bagi yang ingin menyumbang atau membeli kerusi di Majlis Iftar Perdana HCPP, boleh la menggunakan borang di bawah,atau hubungi nombor yang tertera di lampiran brosure ini, selamat beramal =)

Ramadhan 5 - Habis Di Curinya

Jam 9 pagi aku dan isteri kepasar. Kata isteriku dia hendak buat Yong Tau Foo untuk juadah berbuka jadi dia nak ke pasar mencari kangkung dan barangan lain. Kami terus kesana dengan motosikal. Tidak banyak barangan yang dihajati berada di pasar. Dia mengajak aku ke tesco. Aku mengikut saja. Sempat juga aku membeli koay teow untuk juadah berbuka di tempat kerja. Selesai di pasar kami terus ke tesco. Akhirnya barangan yang dicari terdapat di tesco. banyak juga barangan yang di beli. Isteriku mula membuat panning bagaimana nak letak barang memandang barangan yang dibeli dari pasar berada di dalam raga motor.
' Insyaallah Allah permudahkan kita nanti ". Kataku kepada isteri.

Sayuran yang di beli lain
Kami keluar dari tesco. Kelihatan seorang lelaki berdiri menanti orang ramai memberi sumbangan. Aku mengeluarkan wang dari lalu menuju ke arah lelaki tersebut. Aku memberinya wang. Tersenyum lelaki tersebut.
" Semoga Allah memberi kekuatan kepada abang dalam bulan ramadhan ini. Semoga Allah tambahkanrezeki kepada abang sekeluarga ". Doa lelaki tersebut. Aku mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana mendoakan kami.

Jualan wakaf

Kami terus kearah motosikal. Isteriku terkejut melihat barangan yang didalam motosikal telah tiada. Kami saling berpandangan. Aku tidak dapat bersuara ketika itu. Habis semua barangan yang bernila RM20 telah lesap. Nasib baik kami menyimpan helmet didalam dan bersangka baik bahawa barangan sayur tidak akan hilang. Tapi itulah perancangan Allah. Tiba-tiba isteriku tertawa
" Abang ingat dak kata-kata abang tadi masa dalam tesco. semoga Allah permudahkan. Jadi sekarang Allah telah permudahkan kita bang. Barangan yang kita beli boleh dimasukkan kedalam raga motosikal ". Aku juga tertawa bila mengenangkan kembali kata-kataku. Akhirnya kami terpaksa kembali ke pasar membeli kembali barangan yang telah hilang. Semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang mengambil barangan kami. sepanjang perjalanan kami berdua hanya mampu tertawa saja...Subhanallah memang Ramadhan ini merupakan bulan yang di penuhi dengan tarbiah.

Ramadhan 4 - Angin Kencang

Selepas solat subuh aku dan isteri tidak menyambung tidur sebab kami bercadang nak ke pasar. Aku membuka ipad sambil melayari internet membaca Al-Quran secara online. Isteriku berada di tepi sambil perlahan-lahan mengikut qari membaca dari surah Al-Baqarah. Jam sudah 7 pagi. Kedengaran seperti di luar hujan turun dengan lebatnya di ikuti oleh angin kencang. Agak lama juga hujan turun. Jam 8 lebih barulah reda. Aku terus mengajak isteri ke pasar. Takut hujan turun lagi.

Bumbung jiran tercabut. Yang masih kekal ialah rumahku
Aku membuka pintu dan terkejut bila melihat tin berada dihalaman rumah jiranku. Seorang anak jiran keluar untuk bekerja. Katanya tadi angin kuat lalu menerbangkan bumbung parkir kereta ayahnya. Dia juga menunjuk bumbung yang berkembar dengan rumahku. Tercabut bumbung itu dan berada di sebelah rumahku. Aku dan isteri begitu terkejut. Penduduk flat bersebelahan rumah kami meninjau-ninjau melihat kejadian tadi. Aku dan isteri saja tidak perasan apa berlaku di luar.

Bumbung yang telah di terbangkan oleh angin
Syukur kepada Allah rumah kami terselamat dari bencana angin kencang. Semenjak kami berpindah kesini inilah kejadian pertama angin kencang sehingga menerbangkan bumbung. Tuan punya kereta datang sambil mengurut dadanya. Bumbung yang melayang jatuh bersebelah keretanya.

Bumbung parkir kereta yang di terbangkan angin
Keluar pula jiran sebelah rumahku melihat parkir keretanya. Tergeleng-geleng kepalanya melihat bumbung kereta yang dibuat dari besi dan di pateri dengan kuat boleh tercabut dengan begitu mudah sekali. Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menahannya. Mungkin ini merupakan tempias cuaca buruk yang berlaku di negara jiran. Ini baru tempias saja....Syukur kepada Allah....

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan 3 - Nampak Benor Nipunyer

Selepas solat asar aku rehat-rehat sambil membuka laptop. Tiba-tiba talipon bimbitku berbunyi. Tertera nombor rumah ibu mertua. Sah memang ibu mertuaku menyuruh datang kerumahnya. Mungkin ada sesuatu yang hendak diberikan padaku untuk juadah berbuka fikirku. Bila aku menjawab rupanya adik iparku. Katanya ibu mertuaku telah di tipu sebanyak RM400. Seorang lelaki datang kerumah untuk membasmi anai-anai. Ketika menaiki rumah ibu mertuaku dia turun kebawah. Katanya ketika berada di atas dia terasa begitu seram. katanya ada benda di atas. Kemudian naik kembali keatas dan turun menunjukkan isyarat seram.

Belakang rumah ibu mertuaku sebelah takungan air

Terus dia berjumpa ibu mertuaku. Dia berkata dia boleh tolong buat untuk menghalau benda tersebut. Diminta air dan mangkuk. Dibacanya selawat dan Al-Fatihah. Dia pergi kearah gambar di atas lalu dituangnya air. Akhirnya dia berkata disitulah tempat benda tersebut bertapak. Dia kemudian pergi kesebelah rumah iaitu rumah abang iparku. Abang ipar ketika itu sedang baring. Di tariknya tangan abang ipar keluar ketempat yang dikatakan ada benda. Diterangkan kepada abang ipar yang dia boleh detect saja tapi tak boleh membuangnya.

Kalau nak buang dia kena minta anak murid Ustaz Ghazali dari TV3. Yuran dikenakan sebanyak RM400. Dia pergi kembali ketempat tersebut lalu mengorek. kemudian dia datang kembali membawa sebungkus plastik. katanya didalam bungkusan itu terdapat paku, batu, timah dan tanah kubur. Katanya ada orang menanam benda tersebut. Ibu mertuaku terus mengambil RM200 lalu dihulurkan kepada lelaki tersebut. Abang ipar pula memberi RM200 kepada lelaki tersebut. Terus abang ipar meminta kurang. Kata lelaki tersebut dia sudah kurangkan. Sepatutnya RM500.

Tempat yang dikorek. Dikatakan terdapat paku, batu, timah dan tanah kubur


Kata lelaki tersebut dia hanya ikhlas membantu. Duit sebanyak RM400 akan diberikan kepada anak murid ust tersebut seramai 5 orang. Mereka akan berzikir di pantai bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi berturut-turut selama 3 hari. Katanya dia akan datang kembali pada hari Jumaat. Selepas solat maghrib aku dan isteriku kerumah ibu mertuaku. Ibu mertuaku hanya diam tanpa bersuara. Mungkin bersedih dengan kejadian tersebut. Panjang lebar mereka bercerita. Kata abang iparku kalau nak membuang benda tersebut harus kena ada jarum emas dan mungkin tambahan duit lagi. Aku yang mendengar pun terasa sakit hati dengan orang melayu seperti ini.


3 hari sebelum kejadian ini seorang kawan abang iparku mendakwa yang dia telah di tipu oleh seorang lelaki melayu. Isterinya sakit dan kata lelaki tersebut isterinya telah dibuat orang. Untuk memulihkan keadaan dia perlu membayar sebanyak RM1000 untuk di berikan kepada seorang ustaz. Setelah mendapat duit lelaki tersebut terus lesap. Inilah sikap sesetengah orang melayu yang hanya tahu menipu untuk meraih keuntungan segera. Sebab itu orang bukan islam memandang serong dengan islam. Bagi mereka melayu itu islam dan islam itu melayu.


Aku sudah memesan kepada abang ipar andaikata lelaki itu datang kembali segera menalipon aku. Aku akan bersemuka dengan lelaki tersebut. Aku hendak bertanyanya di mana benda itu berada. Sebelum inipun aku kerap kebelakang namun tidak nampak benda tersebut yang dikatakan berada di situ. Nampak Benor Nipunyer...

Monday, July 23, 2012

Ramadhan 2 - Bersama keluarga Arwah

Aku pulang dari bertugas pagi. Badan sudah pasti keletihan dek panas mentari. Bila tiba di rumah aku terus kedapur mendapatkan isteriku.
" Nah masak apa hari ini ". Kataku pada isteri
" Hari ni Nah buat sup ayam. Untuk abang Nah buat pedas sedikit ". Tergoda aku mendengar sup ayam. Tahu kenapa. Sebabnya masakan sup isteriku Rosnah dan Siti Aishah adalah sama. Memang terbaik sup mereka berdua. Selepas solat asar aku melelapkan mataku sebentar. Pukul 6.30 petang aku bangun. Terbau begitu wangi sup dari arah dapur. Aku kedapur mendapatkan isteriku. Aku beritahu aku nak kerumah ibu mertuaku sebentar. Mungkin kedua2 anakku berada disana maklumlah hari minggu dan sudah pasti mereka berbuka disana.


Sekejap saja aku sudah sampai sebab jarak antara rumahku dengan ibu mertua begitu hampir. Bila tiba kelihatan kereta sudah memenuhi perkarangan rumah ibu mertuaku. Begitu sibuk mereka menyediakan juadah berbuka.
" Pakcik buka puasa di sini la ". kata anak saudaraku. Aku hanya diam mendengar. Datang pula kakak ipar.
" Ala Budiman talipon Rosnah kata nak berbuka disini. Kami masak semuanya kesukaan Budiman. Cucur udang, roti jala, ayam kampong ". Dengar saja juadah aku sudah terbeliak biji mata ".Datang pula ibu mertua.
" Buka di sini la hari ini ". Aku gelisah bila memikirkan isteriku telah membuat sup untukku. Tak sampai hati pula aku berbuka puasa di rumah ibu mertuaku. Bila aku melihat kedua2 anakku terus aku menalipon isteriku. Alhamdulillah dia membenarkan aku berbuka bersama keluarga Siti Aishah. Padaku inilah impianku berbuka beramai-ramai seperti selalu kami lakukan setiap kali hari minggu. Sudah lama aku tidak merasai nikmat ini. Aku begitu seronok sekali.


Bila azan berkumandang aku begitu nikmat sekali mengambil cucur udang. Sudah berapa kali aku menambah. Aku ambil pula roti jala yang di cicah bersama kuah durian. Ibu mertuaku gembira melihat aku begitu banyak menambah. Sekejap di suruhnya aku tambah lagi. Anak cucu mula ler menyakat aku
" Tok punya tanya, Tak panggil ka Pakcik Budiman. Punya sayang dekat menantu ". Aku tertawa gelihati mendengar gurauan itu. Terasa begitu indah sekali berbuka bersama keluarga Siti Aishah. Aku merasa cukup puas tapi dalam waktu masa yang sama aku teringat pada isteriku yang berbuka keseorangan. Selepas solat maghrib aku menyambung kembali makan cucur udang. Berkali-kali ibu mertuaku menyuruh aku membungkus makanan untuk di bawa pulang


Selepas solat tarawih aku pulang ke rumahku. Isteriku membuka pintu dengan senyuman
" Abang dah solat ke. Nah dok tunggu abang ". Katanya padaku. Kesian pula aku mendengarnya
" Nah..sup ayam ada ka. Abang nak makan ". Kataku pada isteri padahal perut aku sudah kekenyangan tapi aku tak sampai hati tidak menjamah masakan isteriku.
" Nanti Nah panaskan sup special abang ". Katanya padaku. Sekejap saja di bawanya sup. Berasap sup. Aku menjamah sup special yang di buat.
" Masyaallah Nah. Memang sedap sup ni ". Pujiku. Isteriku tersenyum.
" Yang ini Nah masukkan limau sedikit seperti sup yang abang suka beli ". Aku merasa sup dan memang terasa seperti sup ekor yang aku suka beli. Alhamdulillah perut terasa begitu tegang sekali. Isteriku tertawa bila aku tunjukkan perutku. Belum pernah terjadi begini.
" Terima kasih Nah sebab buat sup untuk abang dan sup ni memang sedap ". Pujiku
" Sama-sama ". Kata isteriku dengan senyuman

Sunday, July 22, 2012

Tunjukkanlah Akhlak Kita

Membahayakan diri
Hari ini aku bertugas pagi. Jam 7 pagi aku keluar dari rumah menuju ke tempat aku bertugas di sebelah Seberang Prai. Aku masuk kawasan stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak. Aku sempat membelek akhbar Metro. Tidak ada berita yang menarik langsung. Terus aku pacu motosikal dan bergerak. Di hadapanku sebuah motosikal honda di bawa perlahan. Lelaki tersebut asyik meludah saja kebawah. Ini yang merisaukan aku. Aku takut insiden yang lepas berulang kembali. Asyik-asyik aku saja yang kena. Apa kena ler dengan lelaki sorang ni. Kejap ludah. Akhirnya apa yang aku risau benar-benar terjadi. Setompok air ludah melayang kebelakang. Aku dapat mengelak tapi serpihannya terkena pada cermin muka helmetku. Menyirap sungguh darah aku waktu itu. Aku mengejar motosikal tersebut yang begitu tenang membawa tanpa ada perasaan bersalah. Rupanya dia seorang lelaki melayu.
" Assalamualaikum bang ". Aku memberi salam
" Waalakumussalam Warahmatullah Hiwabarakatuh ". Lengkap jawapan salamnya. Janggut di pipinya kelihatan begitu kemas di jaga.
" Bang ni saya nak bagitau satu perkara dekat abang. Abang jangan marah ". Tercengang lelaki tersebut menanti apa perkara yang hendak aku kata.
" Bang lain kali kalau abang nak ludah, abang berhenti dulu motosikal. Tadi air ludah abang melayang dan terkena topi saya. Kalau kena badan saya sudah tentu saya kena mandi hadas besar ni ". Kataku dengan nada baik macam bergurau. Tersengih lelaki itu.
" Allahu Akbar...Minta maaf banyak-banyak ". Kata lelaki tersebut. Aku turut tersenyum bila dia meminta maaf.
" Bukan apa bang. Kalau kena pada yang bukan islam tentu depa kata islam tu pengotor ". Angguk kepala lelaki tersebut. Sebelum pergi aku meminta maaf padanya.
" Terima kasih terima kasih ". Kata lelaki tersebut. Lega hatiku sebab aku berjaya mengawal perasaan marahku.

Tiba di satu traffic light. Kelihatan angka yang dipaparkan di papan digital traffic light sebanyak 100. Lama juga la aku kena tunggu. Seorang lelaki cina menegur seorang gadis melayu yang bertudung. Lelaki tersebut berada di sebelahku.
"Adik...Jangan gantung beg di belakang. Banyak senang orang tarik. You gantung di depan ". Kata lelaki cina yang sekali sekala memandang kearah aku. Betul juga kata lelaki cina. Bahaya kalau di rentap beg. Kemungkinan gadis tersebut akan mengalami kemalangan. Namun aku melihat gadis tersebut hanya diam tanpa berbuat sesuatu. Tiada ucapan terima kasih. Tiada tindakan segera. Akhirnya traffic light bertukar hijau dan gadis melayu tadi terus memecut motosikal egonya. Geleng kepala lelaki cina. Mungkin dalam hatinya berkata, Inikah akhlak orang islam. Aku sempat mengejar gadis melayu dan snap gambarnya. Memang bahaya kalau begnya di rentap.

Jam 7.30 pagi di atas Jambatan Pulau Pinang

Aku memasuki jambatan Pulau Pinang. Kelihatan matahari sedang terbit. Aku berhenti seketika untuk merakamkan gambar ini. Hilang seketika 2 insiden yang berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Moga-moga kita sebagai orang islam menjadi contoh untuk menarik minat mereka yang bukan islam bahawa islam itu indah dari semua sudut.

Saturday, July 21, 2012

Selesai Ramadhan Pertama

Aku begitu mengantuk bila pulang dari kerja setelah selesai menghabiskan tugas malamku. Sebelum aku lelapkan mata aku mengambil ipad dan melihat jikalau ada perkembangan terkini dalam fb atau email aku. Apa yg aku lihat hanyalah LIKE pada status yang aku hantar. Aku tutup ipad lalu aku terus lena. Ketika lena aku terdengar bunyi komen- komen yang masuk dalam fb aku. Aku bangun dan betul seorang kawan telah menghantar rayuan untuk menolong membungkus makanan yang akan diagihkan kepada orang ramai. Agak lama aku tak involve program seperti ini semenjak pemergian Siti Aishah. Bukan aku marah atau merajuk tapi entah kenapa aku begitu hanya tuhan saja yang tahu. Aku terus menghantar sms kepada anak lelakiku mengajaknya untuk bersama terlibat dalam program amal namun dia mempunyai aktiviti lain.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi sendirian selepas solat asar. Selapas zohor isteriku bertanya pukul berapa nak keluar. Hairan juga aku kemana dia nak pergi.
 " Kita nak pergi mana Nah ". Aku bertanya dan noampak isteriku kehairanan.
 " Laa...abang tak tau ka. Kan hari ini pasar malam ". Ya Allah macam mana aku boleh yang hari ialah hari Sabtu.
" Allah Nah...abang ada program amal hari ini ". Nampak sedih isteriku sebab memang aku tahu yang dia mengharapkan agar aku dapat menolongnya.
" Tak apalah bang. Kalau abang ada program Nah buat pelan- pelan la ". Katanya sayu.
" Tak apalah Nah..abang cancel program abang dan abang tolong Nah ". Barulah terpancar wajahnya yang berseri. Ramadhan yang pertama dan ada pula pasar malam sudah tentu ramai yang akan datang membeli juadah berbuka. Selepas solat asar terus kami keluar. Orang masih kelihatan belum ramai. Aku siap membawa kamera. Aku nak snap gambar lauk pauk sempena jualan Ramadhan. Bila lauk sudah berada di atas meja seorang demi seorang datang. Aku di tugaskan meletakkan plastik di atas pinggan makan supaya senang isteriku mengambil dan terus mencedok nasi. Begitu ramai mengelilingi gerai isteriku. Peluh sudah membasahi dahiku.

Kata seorang customer dia suka beli nasi isteriku sebab rasanya enak dan ayamnya besar. Isteriku pula tidak suka menetak ayam terlalu kecil. Katanya tak sampai hati nak beri orang makan. Alahamdulillah jam 7 petang semua lauk pauk sudah kehabisan. Aku mengambil segala perkakas lalu aku basuh. Senyum isteriku melihat aku menolongnya. Datang isteriku merungut bahawa minggu depan dia nak meminta penjual daging agar memotong besar sedikit. Tak sampai hati katanya daging hari ini amat kecil padahal aku melihat dagingnya sudah cukup sempurna. Tapi itulah isteriku. Sebelum pulang aku membeli koay teow Singapore dan air asam boi. Bila sampai di rumah azan berkumandang. Masyaallah terasa begitu nikmat berbuka ketika ini. Inilah anugerah Allah kepada mereka yang berbuka iaitu nikmat berbuka.
" Nah abang tak larat nak ke masjid. Malam ni kita tarawih berjemaah di rumah ". Kataku kepada isteri yang hanya mampu tersenyum melihat aku keletihan membantunya berniaga. Esok aku bertugas pagi dan tidak tahu apa aktiviti aku lagi...

Sahur Pertama

Sahur pertamaku ialah di tempat kerja. Selesai solat tarawih aku dan isteri terus pulang sebab aku bertugas malam. Isteri bercadang nak buat nasi goreng untukku tapi aku menolak sebab sudah jemu dengan nasi.
" Macam ni. Apa kata Nah buat maggi goreng untuk abang ". Kataku dengan penuh semangat.
" Jangan la bang. Nanti abang sakit kaki ". Kata isteriku dengan penuh perasaan. Aku hanya terdiam.
" Boleh la. Bukan selalu ". Merayu pula aku namun hampa sebab isteriku tidak mengizinkan.
" Abang ni kerap sangat makan maggi ". Katanya macam doktor. Aku terus bersiap.
" Abang nak makan apa sahur nanti ". Tanya pula dia.
" Tak apala. Abang beli hotdog ". Tersenyum isteriku bila mendengar aku hendak beli hotdog. Dia bagaikan jururawatku yang mengawal pemakananku

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku tidak melihat orang menjual hotdog. Mungkin mereka menunaikan solat tarawih. Akhirnya aku tiba di tempat kerja tanpa membeli apa-apa. Terus aku sms isteriku beritahu. Sekejap saja dia menalipon aku kembali. Suaranya sebak.
" Nah rasa menyesal pula tak buat maggi untuk abang ". Terdiam aku bila mendengar isteriku sebak padahal aku tidaklah terasa sangat kalau dia tak izinkan aku makan maggi. Aku sendiri menyedari andaikata kerap sangat aku makan maggi maka kakiku akan terencat la menahan kesakitan.
" Tak apalah Nah. Abang bukannya marah pada Nah. Sahur ni abang makan buah naga yang masih abang simpan dalam peti sejuk ". Kataku memujuk isteriku. Lagi sebak dia bila mendengar aku makan buah naga pada sahur yang pertama.
" Insyaallah abang makan buah naga dan kurma ada keberkatannya. Kesihatan abang akan baik. Boleh buat ibadat dengan sempurna ". Aku terus memujuk isteriku agar tidak terasa terlalu bersalah. Siapa lagi yang nak menolong membantuku mengawal pemakananku melainkan dia. Akhirnya barulah terasa lega dia bila aku membuat pengakuan begitu.
" Selamat menyambut Ramadhan bang ". Katanya membuatkan aku terdiam dan sebak.
" Selamat menyambut Ramadhan Nah ". Kataku mengakhiri perbualan kami....

Ketika aku sampai di depan pintu rumahku, isteriku membuka pintu lalu mengambil begku dengan senyuman. " Macam mana bang sahur. Terasa kenyang ke ". Tanya isteriku " Alhamdulillah. Sedap dan mengenyangkan ". Tersenyum isteriku. " Tadi waktu sahur di rumah tiba- tiba bergelap. Abang tutp api ni ". Gurau isteriku. Aku turut tertawa setelah diberitahu. " Jangan bermain perasaan dengan orang TNB. Akibatnya bergelaplah rumah ". Isteriku tertawa gelihati. Manis tawanya. " Tak apalah petang ni Nah masak yang sedap buat abang ". Kata isteriku " Petang ni abang dan kawan- kawan nak menghulurkan nasi percuma sebagai amal kebajikan kepada orang ramai. Esok la no ". Kataku pada isteri.

Friday, July 20, 2012

Entah Kenapa......

Malam ini umat islam akan bermula solat tarawih dan esok pula bermulanya berpuasa. Entah kenapa hati aku begitu berdebar-debar menanti kedatangan solat tarawih, bersahur dan berpuasa. Setiap kali menjelmanya Ramadhan aku pasti berdebar- debar. Bukan aku gusar dengan semua ini tetapi memoriku ketika inilah begitu ligat ia memusing lalu menayangkan kembali kehidupan lampauku bersama arwah Siti Aishah. Aku tugas malam dan sudah tentu bila aku akan baring sebentar. Ketika inilah Siti Aishah datang dalam mimpiku. " Bang..Siti ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Maafkan segala perbuatan Siti yang abang tidak senangi ". Sambil mencium tanganku. Menangis kami berdua berpelukan " Abang juga begitu. Maafkan abang andai ada akhlak abang yang tidak elok ".. Aku terjaga dari tidur sambil menyapu air mataku. Itulah yang kami lakukan setiap tahun sewaktu menjelangnya Ramadhan. Kini memori itu datang kembali tanpa dapat aku mengawalnya. Insyaallah selepas solat Jumaat ini pasti aku akan menziarahi kekasih hatiku. Ya Allah semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang labih baik untuk kami sekeluarga dari tahun- tahun yang lepas. Siti Aishah..tidak sesaat pun aku melupakan jasa- jasamu lebih- lebih lagi menjelangnya Ramadhan. Al - fatihah buatmu

Semoga Dia Berjaya

Dia merupakan pembaca blog Warna Nostalgia. Dia juga kerap komen setiap kali aku mencoretkan sesuatu. Akhirnya aku add dirinya sebagai friend di FB aku. Dia juga merupakan seorang blogger yang aktif menulis dan blognya bernama Corat Carik Kehidupan. Dari apa yang aku tahu dia merupakan seorang pemegang ijazah. Entah kenapa aku bertanya padanya tidakkah dia mahu bertugas di Pulau Pinang. Katanya kalau ada rezeki insyaallah. Aku terus menghubungi sahabatku yang bertugas di kilang Renesas dan beliau merupakan blogger Jendela Hatiku. Sahabatku memberi tahu agar blogger CCK yang membahasa dirinya Thirah agar menghantar Resume. Alhamdulillah akhirnya dia telah dipanggil temuduga oleh kilang Renesas



Jam 4 pagi aku dan isteri terus ke terminal bas di Sungai Nibong untuk mengambil Thirah lalu terus membawanya ke hotel agar dia dapat berehat. Pukul 2 petang kami membawanya ke kilang untuk sesi temuduga. Lamanya juga perjalanan temuduga tu. Selama sejam masa berlalu. Mengikut kata Thirah banyak soalan yang ditanya mereka. Sementara menunggu jam 5.30 petang Thirah pulang ke KL, aku membawanya kerumahku. Hanya air ais dan karipap saya yang dapat kami jamu. Pertemuan ini memang tidak dijangka. Aku merasa amat bersyukur sebab dapat menolong seorang pembaca blogku. Aku terkenang kembali ketika anak lelakiku mendapat kemalangan sewaktu pulang ke Politeknik di Tanjung Malim.

Tiba-tiba aku mendapat panggilan talipon dari anakku mengatakan yang dia kemalangan dan motornya rosak teruk. Bayangkan ketika itu aku baru kehilangan isteriku, kini anakku pula kemalangan. Namun Allah itu maha penyayang. Dihantarnya suami isteri yang melalui jalan yang sama lalu mereka membawa anakku ke hospital sehingga selesai semuanya. Aku hanya mampu menangis dan ditenangkan isteriku Rosnah. Malam itu juga kami ke Kuala Kangsar. Alhamdulillah anakku hanya mendapat luka kecil sahaja. Tidak putus-putus aku berdoa kepada Allah agarAllah membalas segala jasa baik suami isteri yang membantu anakku.

Kini biarlah aku membantu mereka yang betul-betul memerlukannya. Mungkin suatu hari nanti anak-anakku memerlukan bantuan sebegini. Kepada pembaca yang baik hati ketika berdoa untuk keluarga janganlah lupa untuk titipkan doa untuk Thirah agar dia berjaya dalam temuduga ini. Dia merupakan seorang anak yang baik. Semoga dia berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada pembaca semua...

Tuesday, July 17, 2012

Bila Isteri Tidak Berniaga


Telor masin
 Isteriku telah beritahu kepadaku yang dia akan menutup gerai seminggu awal sebelum puasa. Akulah insan yang paling gembira sekali. Hari ini isteriku mengajak aku ke pasar. Katanya nak membeli barang keperluan untuk perniagaan di pasar malam. Aku mengikut saja. Setibanya di pasar aku melihat begitu ramai yang mula membeli untuk menghadapi bulan puasa. Yang paling laku sekali ialah telur masin. Ianya di jual antara 70 - 80 sen sebiji. Aku masih ingat waktu berbuka bersama keluargaku, emak akan selalu menyediakan telur masin waktu bersahur. Sehingga hari ini aku amat menggemari telur masin. Tak payah tunggu puasa baru nak membelinya. Di pasar hari-hari ada di juar telor masin.

Kari ayam tua
Aku terus memasuki kawasan menjual ayam serta daging. Tiba-tiba aku menjadi minat bila penjual membuat offer ayam tua di jual dengan harga RM3 seekor. Apalagi aku beli 2 ekor. Sebab aku suka beli ayam tua ialah rasanya semacam ayam kampung. Liat. Aku suruh isteriku buat kari ayam. Memang sedap sebab aku layur dulu ayamnya. Barulah terasa wangi. Untuk resepi kari ayam aku rasa tak payah beri sebab rata-rata semua orang pandai buat cuma aku sorang tak pandai. Sebab tu tak ada resepinya.Tapi pembaca tau la kan kalau dah nama ayam tua memang lama la nak memasak. Ini aku gunakan teknik kukus, panggang, grill   kukus, panggang grill dan dengan sudu yang sedarhana maka ayam pun masak..Macam mana karinya. Ok tak..Wife ler yang masak. Bukan aku..

Sambal tumis ketam
Aku dan isteri tawaf pula tempat ikan. Harga ketam hijau turun sebab kami pergi pukul 10 pagi. Aku beli 6 ekor ketam yang kecil tapi isinya banyak. Ini untuk aku membawa bekal ketempat kerja. Aku kerja petang pula tu. Memang aku suka sangat ketam masak cili. Arwah aku kalau ketam dimasaknya begini. Sehinggakan ibu mertuaku sehingga sekarang kalau aku hulurkan ketam untuknya, dia akan masak ketam bercili dan berikannya semula padaku. Alhamdulillah isteriku Rosnah boleh dikatakan chef la. Pandai dia masak seperti arwah isteriku.

Tempe masakan Medan
Yang ini paling special dan aku bagi percuma resepi kepada pembaca yang dok menunggu resepi setiap kali aku hantar gambar makanan. Kesian ya...Ini ialah tempe di goreng bersama ikan bilis. Ketika aku bersama keluarga ke Medan Indonesia dan sewaktu kami nak ke Lake Toba kami singgah di restoran burung puyuh. Diantara menu yang dihidang ialah ini. Aku dan isteri sambil makan sambil meneliti apa ramuan herba organik didalamnya. Ini dia bahan dan cara2nya...

Bahan2
  • Ikan bilis
  • Udang kepal atau udang siring
  • Tempe
  • Cili kering di potong halus-halus
Cara2nya
  • Panaskan minyak sehingga panas
  • Goreng tempe dahulu. Lepas tu hiris ikut keperluan
  • Masukkan bawang merah yang di hiris, dan sedikit daun kari
  • Masukkan sedikit cili yang di blender ( Kalau cili bo tak best )
  • Bila semua sudah sebati masukkan ikan bilis, udang kepal, daun kari serta cili kering. Lepas tu masukkan serbuk perasa dan rasa sendiri ya. Itu saja. Selamat mencuba dan selamat makan. Kalau tak sedap bukan salah aku. Itu sendiri bikin no...

Monday, July 16, 2012

Siapa Yang Tak Mahu

'.

 Isteriku menalipon bertanya adakah aku nak makan pasembur. Mendengar perkataan pasembur saja aku sudah menelan air liur. Siapa yang tak nak. Sudah lama aku tak merasanya
" Balik kerja nanti abang tolong beli timun dan sengkuang ". Pesan isteriku. Selesai tugas aku singgah di kedai membeli bahan yang di pesan.Akuserahkan pada isteriku.


Jam 6 petang isteri beritahu yang pasembur sudah siap. Apalagi dengan lafaz bismillah aku terus makan makanan kesukaanku. Tersenyum isteriku melihat aku makan pasembur. Memang terasa begitu nikmat sekali
" Terima kasih Nah sebab buat pasembur untuk abang ". Kataku pada isteri yang hanya tersenyum menerima ucapan dariku.
" Nanti bulan puasa buat lagi ". Pasembur dalam pinggan pun belum habis aku sudah membuat permintaan lain. Sebabnya memang terbaiklah......Aku layan sampai habis..

Sunday, July 15, 2012

Pagi-Pagi Sudah Di Uji

Gambar hiasan saja
Hari ini aku bertugas pagi. Seperti biasa aku akan keluar mencari juadah makanan untuk aku bawa ke tempat kerja. Aku tahu kalau hari minggu di kawasan tempat kerjaku banyak kedai yang tutup. Pagi ini aku beli mee goreng. Fuhh nampak sedap sewaktu mamak menggoreng mee. Setelah siap terus aku pecut motosikal menuju tempat kerjaku. Bila hari minggu kereta pun tidak banyak jadi tenang saja aku menyusuri jalan raya. Ketika dalam perjalanan di depanku ada sebiji motosikal yang di pandu oleh seorang lelaki india. Dengan selamba saja dia mendongak keatas lalu meludah. Sudah tentu air ludah jatuh dibelakang dan aku dapat melihat air ludah betul berhadapan dengan aku. Cepat-cepat aku mengelak sambil membunyikan hon motosikal. Aku melihat di cermin motosikal yang di pandu oleh lelaki india itu memerhati aku. Terus dia meludah lagi sebelah kiri dan kali ini air ludah itu terkena aku. Aku terus hilang sabar dan memecut mendapatkan lelaki india tersebut. Aku memarahinya sebab sikapnya yang pengotor. Aku katakan kepadanya kalau nak meludah berhentilah motosikal itu dahulu. Bila aku kata begini lelaki tersebut pula yang marah
" Apa yang you tak puas hati ". Tanya lelaki tersebut padaku.
" Lain kali kalau nak ludah you berhenti dulu. Tengok air ludah sudah kena saya punya baju ". Sambil menunjuk baju uniform aku yang terkena air ludahnya
" &*(#>>(O ". Marah dia terus memaki hamun dan menyebut nama mak dan ayah aku.

Apalagi aku bengang lalu aku hayun karate cop di tempat yang aku pasti sasaran baik. Aku karate terus ke mukanya. Apalagi sudah pasti bila terkena karate tersebut mata akan berpinau akhirnya lelaki tersebut bersama motosikalnya menggelungsur di atas jalan. Kena pula masa tu tidak ada penunggang lain. Hanya aku dan dia saja. Aku terus pergi dan hanya menoleh ke belakang lelaki tersebut terguling sebelah longkang. Aku biarkan saja lau pergi. Aku singgah di gerai makan untuk membasuh bajuku yang terkena air ludah pemuda tersebut. Bila aku tiba di traffic light aku terdengar perbualan dari motosikal sebelah yang mengatakan lelaki tersebut mengamuk mencari siapa yang memukulnya. Kalau aku masih berada di sana sudah tentu akan panjang cerita. Lagi pun aku dengan berpakaian uniform. Padaku biarlah ia menjadi pengajaran buat lelaki tersebut. Jangan suka-suka ludah tak tentu arah. Bila tiba di tempat kerja aku beli sebungkus Breeze yang berharga RM1 dan aku basuh bajuku di tempat kerja. Barulah terasa confident untuk menggunakannya ketika solat nanti.

Saturday, July 14, 2012

4 Ramadhan Kita Tidak Bersama

Pusara arwah Siti Aishah Zakaria
Selesai solat jumaat dan di ikuti olih solat jenazah aku terus ke pusara isteriku seperti lazimnya. Suatu hari nanti aku juga pasti akan di semadikan di sini. Terasa tenang bila memasuki kawasan perkuburan. Aku mengikuti dari belakang jenazah dari anak kariah yang hendak dikebumikan. Sempat aku sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Jenazah terus di bawa ke hadapan manakala aku terus melencung ke pusara isteriku. Aku memberi salam kepada isteriku. Moga dia mendengar dan menjawab salamku ini. Kelihatan tanah di pusara isteriku basah disirami air. Mungkin anakku telah mendahului aku. Aku duduk sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran lalu kuhadiahkan kepada isteriku. Aku terus terdiam dan mengelamun seorang diri dihadapan pusaranya. Aku tidak menghiraukan panas yang membakar tubuhku. Asalkan aku dapat berasamanya sebentar cuma itu sudah cukup memadai buatku. Ramadhan kini hampir tiba. Ini bermakna telah 4 Ramadhan kami tidak bersama. Selalunya kalau waktu-waktu begini isteriku begitu sibuk mengatur rancangan bersama jemaah yang kami join. Majlis iftar bersama masjid, Majlis sumbangan untuk fakir miskin dan banyak lagi. Bagi anak-anak pula Ramadhan amat bermakna buat mereka. Kadang-kadang ibu mereka masak yang special untuk keluarga. Kami akan duduk berkumpul sambil menanti waktu berbuka. Ia di penuhi dengan gelak ketawa. Bila azan berkumandang senyap sunyi jadinya sebab masing-masing menumpu perhatian terhadap hidangan.

Kini kami membawa diri masing-masing. Tiada lagi hidangan istimewa. Kalau isteriku Rosnah masak yang special sedikit aku menjamah hanya sedikit sambil memikirkan apa yang anak-anak makan ketika berbuka. Hati kembali tenang bila isteriku menyuruh aku menghantar makanan kepada anak-anakku.Terlalu rindu untuk makan bersama dengan anak-anakku. Bagiku Ramdhan yang akan datang tetap sama seperti Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Aku cuma mengharapkan agar Ramadhan tahun merupakan Ramadhan yang di penuhi dengan kenangan indah. Aku dan isteriku Rosnah seperti biasa akan melalui Ramadhan ini dengan hati yang tabah. Moga Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terindah buat kami sekeluarga....

Friday, July 13, 2012

Berkatilah Ibuku

Seperti biasa andaikata aku mempunyai ruang sudah pasti aku akan menziarahi ibuku. Semakin uzur ibuku dia. Kini ibuku telah mencecah 86 tahun. Setiap malam pasti kakak aku akan memberi oksigen selama 2 jam bagi melancarkan pernafasannya. Alhamdulillah abangku telah menyewa tabung oksigen incase kalau berlaku kecemasan. Hari ini sekali lagi aku kerumah ibuku. Alhamdulillah nampak cergas. Anakku turut berada di sana. Melihat saja anakku, terus aku meminta agar dia memicit badan dan bahu aku yang terasa amat bisa sekali. Melihat dan mendengar aku berkata lenguh ibukupun bersuara.
" Awat Budiman..sakit badan ka ". Kata ibuku.
" Biasala mak ". Jawabku ringkas
" Mai mak nak picit ". Terus dia berjalan kearahku

Walaupun tidak kuat namun tangannya bila menyentuh terasa segar
"Tak apa la mak. Bukannya sakit sangat ". Cepat-cepat aku bersuara. Namun ibuku terus kearahku lalu terus memicit belakangku. Subhanallah bila tangannya menyentuh tubuhku, aku merasa amat segar dan hampir terlelap
" Mak tolong picit tengkok sikit ". Manja pula aku. Ibuku terus memicit tengkok dan memang terasa begitu lega sekali. Kakakku bergurau yang malam ini dia kena bekalkan oksigen kepada emak kami sebab terlebih tenaga setelah mengurut aku. Masuk waktu zohor ibuku bersiap-siap untuk solat zohor. Aku memerhati ibuku bersolat sambil duduk diatas katil. Alhamdulillah. Walaupun Allah telah menarik sedikit sebanyak ingatannya namun Allah memelihara ingatannya tentang solat. Ibuklu tidak pernah lupa atau lewat mengerjakan solat.

Dari kami semenjak kecil lagi tidak pernah ibuku lewat dalam mengerjakan solat. Kadang-kadang kami di marahinya kalau terlalu asyik dengan TV.
" Sembahyang dulu. Jangan lalai. Masuk waktu sembahyang ". Itulah kata-kata ibuku yang masih aku ingat. Memang kalau orang yang suka menjaga solatnya Allah akan terus memeberi kekuatan untuk dia melakukan solat dengan sempurna. Kami sebagai anak-anak sentiasa berdoa agar Allah memberi kesihatan yang baik pada ibu kami agar dapat melakukan solat dengan sempurna.
" Esok mai lagi no tengok mak ". Itulah kata-kata ibuku ketika aku bersalam untuk pulang kerumah. Aku juga berharap agar anak-anakku tidak juga melupakan aku setelah mereka berumah tangga.

Aku bersyukur sebab aku menetap berhampirian dengan rumah ibuku. Jadi cepatlah aku kesana andaikata berlaku kecemasan. Kepada pembaca yang tinggal berjauhan dengan ibu rajin-rajinlah talipon bertanya kabar. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu kita sebab kita juga suatu masa nanti akan meminta doa dari anak-anak kita. Kata orang ibu hanya seorang saja. Tiada ibu maka tiadalah penggantinya walaupun emak tiri. Ibu dan ayah kita merupakan insan yang terbaik bagi kita. Tanpa pengorbanan mereka siapalah kita di sisi Allah dan masyarakat

Wednesday, July 11, 2012

Semoga Mereka Gembira

Aku ke gerai isteriku. Hari ini pelanggan agak ramai. Itulah yang dikatakan berniaga. Rezeki tak menentu. Kadang-kadang roti canai sebelum jam 9 pagi dah habis dan kadang-kadang sehingga jam 11 pagi pun masih ada lagi. Alhamdulillah isteriku sudah lama lali dengan rezeki yang tidak menentu. Tibanya aku di gerai terus aku buka cerita yang hari ini aku akan makan pulut durian di rumah emakku. Aku dan kakak kongsi membeli durian untuk makan adik beradik yang akan datang setiap hari rabu. Aku melihat pekerja isteriku hanya diam mendengar ceritaku. " Sudah lama kami tak makan pulut durian. Anak- anak sering bertanya bila mama nak buat pulut. Tapi kalau buat pulut tentu kena ada duriannya. Anak pun ramai. Saya kata pada anak- anak nantilah mama buat ". Sayu aku melihat riak mukanya. Isteriku pula sudah merah matanya. Lembut sungguh jiwanya. Aku meminta izin isteriku untuk mengambil durian yang di pesan. Tatkala aku hendak menaiki motosikal datang isteriku sambil menyapu airmatanya " Bang..boleh tak beli 1 atau 2 biji buah durian. Nah nak beri pada pekerja Nah. Kesian Nah dengar ". Aku mengerti akan maksudnya. Aku hanya mengiakan saja. Terus aku berjumpa rakanku. Alhamdulillah baru sampai dia dari bukit. Kelihatan buahnya baru dan cantik. Dia memberi buah sebanyak 9 biji dengan harga RM20. Alhamdulillah isinya memang cantik.

Aku terus memintanya bungkus untuk RM 10 untuk aku berikan kepada pekerja isteriku. Aku terus menghantar buah kepada isteriku. Isteriku pula terus menghulurkan kesemua buah itu kepada pekerjanya. Mengalir airmata pekerjanya menerima buah dari isteriku. " Terima kasih abang. Terima kasih kakak ". Katanya kepada kami. Terus dia mengambil talipon lalu menalipon anaknya. Rupanya dia menyuruh anaknya membeli pulut dan santan untuk makan tengahari. " Kak..anak- anak saya cukup seronok bila depa tau hari ni nak makan pulut durian ". Aku begitu sebak mendengarnya. Sekurang- kurangnya aku tidak lali dengan rezeki yang aku perolehi dari Allah. Aku pernah dengar dalam kuliah maghrib " Ingatlah...dalam rezeki yang kita perolehi kesemuanya bukan hak milik kita. Apa yang kita dapat ada hak- haknya. Jadi bahagikan hak- hak itu " . Itu yang aku dapat. Jadi kalau aku mendengar tapi kalau aku tak ikut buat apa aku ke kuliah. Semoga Aku dan keluargaku tidak leka dan lalai dengan rezeki yang tidak seberapa. Semua itu datang dari Allah....

Sunday, July 08, 2012

DJ Yang Bernasib Malang

Telah hampir 3 tahun aku melupakan buat sementara tugas sampinganku kalau ianya di perlukan. Kali terakhir aku menjadi DJ ialah pada tahun 2008. Ketika aku bertugas sudah berapa kali aku menerima panggilan dan sms dari anakku mengatakan isteriku batuk keluar darah dengan banyaknya. Siapa yang boleh tahan mendengar berita tersebut. Aku hanya memutar lagu sahaja tanpa banyak bercakap. Sudah hilang mood aku untuk terus berkomunikasi. Selesai majlis aku bergegas pulang. Isteriku menangis teresak-esak bila melihat aku. Ketika itu aku sendiri pun tidak tahan melihat penderitaan isteriku. Hanya linangan airmata yang mampu aku lakukan.

Sedang mencari lagu untuk pengantin
Kini semua itu sudah berlalu. Aku telah di hubungi dan di minta untuk menjadi DJ di rumah kenduri. Aku terima tanpa berfikir panjang. Aku terus menelefon PA System untuk menempah peralatan PA. Masa terus berlalu dan 2 hari sebelum majlis aku menelifon sekali lagi PA system untuk sekadar peringatan. Beliau ingat akan tarikh tersebut. Aku pula mula mencari lagu yang di minta oleh tuan rumah. Dia nakkan lagu-lagu nasyid dan ini tidak ada masalah buatku sebab lagu nasyid memang banyak aku simpan cuma kenalah juga cari lagu-lagu yang terkini.

Hari yang di janjikan telah tiba. Isteriku hanya tersenyum melihat suaminya merupakan seorang DJ. Katanya dia tak dapat bayang macam mana aku mengendalikan majlis itu. Kataku nanti dia akan menyaksi dan mendengar suaraku memandangkan dia juga di jemput. Jam 11 pagi aku menerima panggilan dari tuan rumah mengatakan jam berapa PA system akan datang. Aku menenangkannya dan berkata mungkin dalam 1115 atau 1130 pagi sebab selalunya begitulah. Jam 1130 pagi aku menelfon anakku memandangkan dia sudah berada disana. Kata anakku PA system masih tidak kelihatan. Dah gelabah aku dibuatnya.

1140 pagi aku menelifon tuan punya PA bertanya bila peralatan akan sampai. Terkejut aku dengan jawapannya yang mengatakan dia lupa majlisku.
" Minta maaf Budiman. Saya terlupa. Saya pasang di tapak pesta. Ada event besar ". Aku sudah mula hilang sabar dengan kenyataannya.
" Hai..pasai ni event kecil R...boleh lupa. R...telah menganiaya saya ". Aku berkata padanya.
" Saya minta maaf banyak-banyak pada Budiman. Saya tak boleh buat apa-apa lagi ". Aku bertambah bengang dengan jawapan yang tiada daya untuk terus menebus kesilapannya.
" Saya tak akan maafkan R... R sendiri sudah menerima booking dari saya dan 2 hari sebelum majlis ini saya sendiri talipon pada R...dan R...pun mengaku. R...tak catit dalam buka ka. Takkan hanya majlis besar yang R...ingat. R...kena buat sesuatu untuk menebus kesalahan R... ". Aku terus mendesak tuan punya PA.

Aku terus hampa dengan jawapan yang diberikan. Hanya dia tahu maaf maaf dan maaf.
" Memang R...seorang yang tidak bertanggung jawab. R...telah merosakkan majlis orang. Saya tak akan maafkan R.... ". Terus aku matikan talipon. Memang time itu aku begitu bengang sekali. Aki talipon isteriku. Terkejut isteriku mendengan ceritaku. Aku berhenti motosikal lalu beristighfar...
" Ya Allah permudahkan aku dan jangan persulitkan ". Aku terus menyebut beberapa kali. Akhirnya terlintas di fikiranku rakan blogger aku yang mempunyai PA system. Akhirnya aku terus menalipon sahabatku dari blog Jendela Hatiku. Alhamdulillah sahabatku berjanji akan menolong dan dia akan sampai lagi setengah jam memandangkan dia tinggal di seberang.

Aku beritahu tuan rumah atas perkara yang terjadi. Tenang mereka menerima berita ini. Jam 1230 petang sahabatku datang dan kami memasang bersama. Akhirnya majlis dapat berjalan lancar seperti kehendah tuan rumah. Ada beberapa orang yang datang berjumpa aku mengucapkan tahniah sebab sudah lama tidak mendengar celoteh aku di rumah perkahwinan. Yang seronok bila seorang pakcik dan isterinya datang.
" Kami buka internet dan kami nampak muka Budiman dan isteri di dalam kapalterbang ". Aku tertawa dengan cerita mereka. Tetapi mungkin juga gambar aku dan arwah isteriku Siti Aishah di dalam kapal terbang Firefly sewaktu berubat di Kelantan. Mungkin gambar itu yang mereka maksudkan. Walaupun ia merupakan permulaan yang hambar buatku namun aku masih bersyukur Allah masih sayang padaku dengan menghantar bantuan kepadaku. Kalau tidak aku sendiri tidak tahu bagaimana perasaan tuan rumah yang sudah prepare majlis mereka. Syukur Ya Allah....

Friday, July 06, 2012

Nasib Ler Dapat Artis

Aku tugas malam. Hari ini aku pulang agak lewat sedikit sebab banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Jam 11 pagi aku sampai di rumahku. Kalau badan sudah letih tentu begitu senang aku tidur. Ketika nyenyak tidur aku terdengar pintu bilik di buka. Isteriku telah pulang dari gerainya. Terus dia tidur sambil memegang mulutnya " Sakitnya gigi bang. Baru ni palam pun masih terasa sakit ". Kata isteriku. " Nak cabut ka gigi tu ". Aku bertanya isteriku " Insyaallah masih boleh bertahan. Abang tidurlah dulu. Abang pun nampak letih ". Kata isteriku dan apalagi aku pun terus menyambung kembali tidurku.

Aku terjaga dan berada di atas pentas. Di hadapanku penuh dengan penonton. " Tuan2 dan puan2. Inilah finalis yang pertama. Kali ini kita  minta En. Ariff Budiman  menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa tamil ". Tepukan gemuruh dari penonton. Macam dalam aksi super spontan pula. Aku terus memegang mic dan terus mengalunkan lagu tamil. Isteriku yang tidur bersebelahan mendengar aku begitu bersemangat menyanyi. Geram juga hatinya bila melihat aku begitu seronok menyanyi sedangkan dia tak dapat tidur akibat menanggung kesakitan. Aku dengan begitu semangat terus melayan peminat.

Tiba-tiba datang pengerusi majlis memegang bahuku " Bang...bang...sudah ler...". Aku hairan kenapa dia menyuruh aku berhenti. Ahh...aku tak peduli. Aku terus mengalun lagu tamil..la la la Akhirnya hinggap juga penampar sulong. Aku terjaga rupanya isteriku berada di sebelah dan bukannya di atas pentas. " Apa ni abang..boleh menyanyi lagi. Nah dok sakit gigi..dok dengar abang menyanyi ". Aku tertawa gelihati mendengar cerita isteriku. Akhirnya aku cerita apa yang aku mimpi. Isteriku tertawa mendengar ceritaku
" Abang ni merapu betul. Boleh mimpi menyanyi lagu tamil pula ". Aku turut tertawa pada diriku sendiri.
" Hai...untungnya Nah dapat suami seorang artis ". Kata isteriku yang membuatkan aku tertawa begitu kuat sekali.
" Jom siap..kita cabut gigi ". Aku mengajak isteriku.
" Abang nak ke klinik mana ". Tanya isteriku
" Kita ke Bhar Dental ". Ringkas saja kataku
" Ha...tak mau la. Hari tu cabut doktor kasar. Abang tak nampak kesan lebam hitam di pipi Nah sampai ada yang tegur kata abang dera ". Betul juga kata isteriku.
" Ok kita klinik Marina yang palam baru-baru ni ". Kataku lagi
" Tak mau la juga. Doktor tu muda sangat. Baru ni dia terkejut bila tengok gigi Nah berlubang ". Bertambah pening lagi aku.
 " Macam ni lah. Kita ke klinik pakar.

Akhirnya setelah membuat temujanji dengan doktor pakar, jam 8 malam kami terus kesana. Sekejap saja isteriku di panggil nusre. Aku terus leka menaip dengan ipad yang ku bawa. Keluar isteriku.
" Bang doktor suruh bincang dengan abang tentang treatment ". Kata isteriku. Aku terus ke kauter pertanyaan.
" Begini encik. Untuk mencabut gigi charge di kenakan sebanyak RM500. Tapi kita boleh selamatkan gigi ini dengan membuat treament. First kita akan cabut gigi bersebelahan.Second kita drill gigi yang rosak dan letakkan screw. Harga screw ialah sebanyak RM600. Ia untuk menguatkan gigi. Kemudian kita akan gunakan crown untuk membalut gigi yang rosak. Harga untuk crown ialah dari RM200 - RM2000. Kita kena buat x ray sebanyak 3 kali dan sekali x ray kosnya ialah RM20 ". Aku dan isteri terdiam mendengar penerangan dari meja kaunter.

Inilah pertama kali dalam sejarah hidup, aku mendapat maklumat begini.
" Tak apa encik discuss dulu dengan wife dan kalau jadi encik perlu bayar deposit sebanyak RM250 ". Kata nurse
" Tak apa. Saya ambil ubat dulu. Berapa harganya ". Aku bertanya
" Kejap..ok untuk mengenal pasti gigi mana yang sakit dan dengan charge ubat harganya ialah RM15 ". Aku terus membayar wang.
" Macam mana Nah. Nak buat tak ". Aku bertanya isteriku. Tak sampai hati aku nak berkata tak mau buat.
" Mahal la bang. Kita cabut sudah. Tapi gigi Nah akan kelihatan kosong ". Sedih juga aku dengar. Terus aku tunjuk gigi aku yang telah di cabut. Sama dengan tempat gigi isteriku yang sakit. Tertawa isteriku.
" Macam nilah kita cabut gigi ni. Kita sehati sejiwa. Gigi abang kosong di situ dan gigi Nah pun kosong ". Sepanjang perjalanan kami asyik tertawa kisah gigi. Hari ini isteriku bakal kehilangan gigi susunya dan kami merupakan pasangan sehati dan sejiwa....

Wednesday, July 04, 2012

Bila Isteri Bersuara

Taman Negara Pulau Pinang



 Aku begitu asyik sekali surfing internet dengan ipad yang telah menggantikan laptopku. Begitu senang sekali. ON wifi dan automatik ia akan connect. Aku terus leka di buai kesenangan teknologi terkini. Isteriku mendekatiku sambil memerhati akan aku.
" Abang ni asyik sungguh dengan internet. Nah dapat bersama abang sikit saja ". Katanya sambil tersenyum. Terdiam aku seketika. Cepat-cepat aku menutup ipad. Lebih baik aku mengambil serius akan kata-kataku walaupun dia tersenyum.
" Abang minta maaf kalau itu yang Nah sangkakan ". Betul juga kata-kata isteriku. Isteriku terus melihat jadual tugasku.


" Bang 2 dan 3 Julai abang OFF. Nah ingat nak tutup gerai pada 3 Julai. Customer tak ramai hari Selasa ". Kata isteriku. Terdiam juga aku dengan kata-katanya.
" Bagus juga idea ni. Kalau Nah tutup gerai boleh la kita jalan-jalan. Lama kita tak berjalan berdua ". Tersenyum isteriku bila aku mengajaknya berjalan.
" Kita nak kemana bang ". Tanya isteriku. Aku terus memikir di mana tempat yang best dalam Penang ni.
" Ok Nah. Kita pergi ke Bukit Bendera, Taman negara dan taman rama-rama. Itupun kalau Nah nak ler ". Senyum melerek isteriku mendengar cadangan aku.


Jam 10 pagi kami menaiki kereta isteriku memandangkan keretaku patah cermin sisi. Entah siapa yang hentam. Aku terus memandu menuju ke arah Bukit Bendera. Akhirnya bila kami sampai keadaan lengang saja. Nasib tidak menyebelahi kami. Keretapi menuju ke atas bukit dalam servis pada 2 dan 3 Julai. Frust juga sebab lama tidak menaiki Bukit Bendera. Akhirnya kami terus menuju ke Taman Rama-Rama. Hujan mulai turun tetapi tidaklah begitu lebat. Kelihatan begitu ramai pelancong dari negara arab datang. Berpurdah lagi


Walaupun sudah wujud taman ini, inilah pertama kalinya aku masuk kedalam. Ok juga. Banyak betul rama-rama. Mereka terbang lalu hinggap di atas kepala isteri dan anak lelakiku. Aku menanti andaikata ada seekor yang datang menghinggap namun tiada. Isteriku begitu gembira bermain dengan rama-rama. Aku dan anak lelakiku pula begitu semangat dengan gambar. Masing-masing dengan cara yang tersendiri.

Taman Rama-Rama
 Aku dan isteri masih terasa yang kami bagaikan berada di Langkawi. Berbagai jenis rama-rama dan spesis yang lain dapat di lihat. Akhirnya setelah berada lama dengan bayaran sebanyak RM18 kami keluar untuk destinasi seterusnya iaitu Taman Negara. Taman yang baru saja terjadi trajedi seorang anak muda yang sedang mengikuti aktiviti remaja lemas setelah di pukul ombak. Semoga Allah tempatkan ruhnya bersama para solihin.
Cuaca begitu panas sekali. Amat susah bagiku yang mempunyai mata yang sepet dapat membuka mataku sepenuhnya. Aku dan isteri hanya mampu mengambil gambar memandangkan jam sudah masuk waktu zohor. Untuk menyewa bot dan menyaksikan keindahan taman tidak mengizinkan. Kami hanya berjalan menuju ke pantai dan mengambil keputusan untuk beredar.


Terasa juga keletihan dan kelaparan. Kami menruskan perjalanan pulang dan mencari restoran nasi kandar. Isteriku merupakan seorang yang begitu suka dengan nasi kandar. Kami singgah di restoran Subaidah. Wow telur sotong memang best sekali. Aku mengambil kari ikan keli, telur sotong dan kacang bendi. Harganya RM8. Boleh tahan juga dengan harganya. Isteriku memuji karinya begitu sedap. Aku biasa saja. Pasti tidak habis menjamah.


Alhamdulillah kami pulang dengan hati yang tenang sekali. Hari ini kami berdua dapat meluangkan masa bersama setelah masing-masing sibuk dengan urusan masing. Malamnya pula kami berdua keluar untuk makan malam ke Kapitan. Tandoori memang menu utama kami. Seperti biasa aku juga tak lupa membawa ipad kerana di Kapitan terdapat wifi. Sambil menanti makanan siap aku melayari dan upload gambar yang aku ambil sewaktu jalan-jalan bersama isteriku. Sebelum aku ketempat kerja, isteriku berkata
" Bang terima kasih kerana luangkan masa untuk Nah ". Kata-kata isteriku begitu menyenangkan. Cukuplah dengan terima kasih.
" Terima kasih juga pada Nah kerana menegur abang ". Kataku yang membuatkan isteriku tersenyum. Siapalah aku yang tidak boleh di tegur isteri....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...