Teman-teman

Tuesday, July 17, 2012

Bila Isteri Tidak Berniaga


Telor masin
 Isteriku telah beritahu kepadaku yang dia akan menutup gerai seminggu awal sebelum puasa. Akulah insan yang paling gembira sekali. Hari ini isteriku mengajak aku ke pasar. Katanya nak membeli barang keperluan untuk perniagaan di pasar malam. Aku mengikut saja. Setibanya di pasar aku melihat begitu ramai yang mula membeli untuk menghadapi bulan puasa. Yang paling laku sekali ialah telur masin. Ianya di jual antara 70 - 80 sen sebiji. Aku masih ingat waktu berbuka bersama keluargaku, emak akan selalu menyediakan telur masin waktu bersahur. Sehingga hari ini aku amat menggemari telur masin. Tak payah tunggu puasa baru nak membelinya. Di pasar hari-hari ada di juar telor masin.

Kari ayam tua
Aku terus memasuki kawasan menjual ayam serta daging. Tiba-tiba aku menjadi minat bila penjual membuat offer ayam tua di jual dengan harga RM3 seekor. Apalagi aku beli 2 ekor. Sebab aku suka beli ayam tua ialah rasanya semacam ayam kampung. Liat. Aku suruh isteriku buat kari ayam. Memang sedap sebab aku layur dulu ayamnya. Barulah terasa wangi. Untuk resepi kari ayam aku rasa tak payah beri sebab rata-rata semua orang pandai buat cuma aku sorang tak pandai. Sebab tu tak ada resepinya.Tapi pembaca tau la kan kalau dah nama ayam tua memang lama la nak memasak. Ini aku gunakan teknik kukus, panggang, grill   kukus, panggang grill dan dengan sudu yang sedarhana maka ayam pun masak..Macam mana karinya. Ok tak..Wife ler yang masak. Bukan aku..

Sambal tumis ketam
Aku dan isteri tawaf pula tempat ikan. Harga ketam hijau turun sebab kami pergi pukul 10 pagi. Aku beli 6 ekor ketam yang kecil tapi isinya banyak. Ini untuk aku membawa bekal ketempat kerja. Aku kerja petang pula tu. Memang aku suka sangat ketam masak cili. Arwah aku kalau ketam dimasaknya begini. Sehinggakan ibu mertuaku sehingga sekarang kalau aku hulurkan ketam untuknya, dia akan masak ketam bercili dan berikannya semula padaku. Alhamdulillah isteriku Rosnah boleh dikatakan chef la. Pandai dia masak seperti arwah isteriku.

Tempe masakan Medan
Yang ini paling special dan aku bagi percuma resepi kepada pembaca yang dok menunggu resepi setiap kali aku hantar gambar makanan. Kesian ya...Ini ialah tempe di goreng bersama ikan bilis. Ketika aku bersama keluarga ke Medan Indonesia dan sewaktu kami nak ke Lake Toba kami singgah di restoran burung puyuh. Diantara menu yang dihidang ialah ini. Aku dan isteri sambil makan sambil meneliti apa ramuan herba organik didalamnya. Ini dia bahan dan cara2nya...

Bahan2
  • Ikan bilis
  • Udang kepal atau udang siring
  • Tempe
  • Cili kering di potong halus-halus
Cara2nya
  • Panaskan minyak sehingga panas
  • Goreng tempe dahulu. Lepas tu hiris ikut keperluan
  • Masukkan bawang merah yang di hiris, dan sedikit daun kari
  • Masukkan sedikit cili yang di blender ( Kalau cili bo tak best )
  • Bila semua sudah sebati masukkan ikan bilis, udang kepal, daun kari serta cili kering. Lepas tu masukkan serbuk perasa dan rasa sendiri ya. Itu saja. Selamat mencuba dan selamat makan. Kalau tak sedap bukan salah aku. Itu sendiri bikin no...

10 comments:

Anonymous said...

Tengkiu pak budi. Suka hati kita sb ada resipi. Boleh buat menu buka puasa. Tengkiu to isteri pak budi juga.

Ariff Budiman said...

Anonymous...Sukanya pak budi ada orang menghargai resepi ni. Lain kali hantar lagi. T kasih

pB said...

pB kalau baca blog A.B jadi sedih..

sedih sebab pB tak pandai memasak macam isteri A.B



hu hu hu

Ariff Budiman said...

pB...jgn bersedih. Bersyukurlah dgn apa yg Allah anugerah kepada kita. Mungkin pB ada kelebihan lain yang tidak ada pada orang lain.

Nadine Zuharra said...

Salam sdr Ariff Budiman.. masih ingatkah lagi saya..? hari ini sambung menulis lagi..rindu pula dengan dunia blog.. : )
mm, juadah yang cantik.. saya paling suka ketam masak lemak tp nnti ingin cuba juga ketam goreng bercili seperti dlm gambar tu.. : )

Salam Ramadhan buat sdr sekeluarga..

Bearcat said...

Kukus gril panggang...dengan suhu sederhana bukannya dengan sudu sederhana kekeke.

Anonymous said...

hahaaa. ayat pun dh mcm rancangan master chef. ptg nanti nk cari bahan utk buat sambal jawa tu..terlioq pulak- Aazmida

Ariff Budiman said...

Nadine Zuhara..Waalaikumussalam. Lama tak dengar berita.Salam Ramadhan juga dari saya

Ariff Budiman said...

Bearcat...He he tangan laju sangat

Ariff Budiman said...

Aazmida....Elok lah tu. Sambal tumis terbaik. Salam Ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...