Teman-teman

Friday, July 20, 2012

Entah Kenapa......

Malam ini umat islam akan bermula solat tarawih dan esok pula bermulanya berpuasa. Entah kenapa hati aku begitu berdebar-debar menanti kedatangan solat tarawih, bersahur dan berpuasa. Setiap kali menjelmanya Ramadhan aku pasti berdebar- debar. Bukan aku gusar dengan semua ini tetapi memoriku ketika inilah begitu ligat ia memusing lalu menayangkan kembali kehidupan lampauku bersama arwah Siti Aishah. Aku tugas malam dan sudah tentu bila aku akan baring sebentar. Ketika inilah Siti Aishah datang dalam mimpiku. " Bang..Siti ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Maafkan segala perbuatan Siti yang abang tidak senangi ". Sambil mencium tanganku. Menangis kami berdua berpelukan " Abang juga begitu. Maafkan abang andai ada akhlak abang yang tidak elok ".. Aku terjaga dari tidur sambil menyapu air mataku. Itulah yang kami lakukan setiap tahun sewaktu menjelangnya Ramadhan. Kini memori itu datang kembali tanpa dapat aku mengawalnya. Insyaallah selepas solat Jumaat ini pasti aku akan menziarahi kekasih hatiku. Ya Allah semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang labih baik untuk kami sekeluarga dari tahun- tahun yang lepas. Siti Aishah..tidak sesaat pun aku melupakan jasa- jasamu lebih- lebih lagi menjelangnya Ramadhan. Al - fatihah buatmu

8 comments:

Thirah said...

sayuunye rasa...bertuah en ariff.

mek yusz said...

saya mengharapkan sgt 'dia' dtg dlm mimpi saya..tp, ...hampa..tp,sy redha...apa yg penting, 'dia' damai di sana..aminnn....

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Arwah kak Siti Aisyah sgt beruntung punya suami yg sentiasa mengingati & berdoa untuknye... Selamat berpuasa! kami mula berpuasa harini (Jumaat) :)

Ariff Budiman said...

Thirah...Ini antara dua saya. Macam mana yer...

Ariff Budiman said...

mek yusz...Mungkin mimpi saya tu mainan tidur dan perasaan saja

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Saya juga bertuah pernah memilikinya dan kini saya juga bertuah dgn anugerah Allah. Seorang lagi yg baik

Thirah said...

antara dua?
apa-apa pun..en ariff sangat bertuah..tu sahaja ungkapan mampu trah ucapkan...

Ariff Budiman said...

Thirah...Benar. Saya merupakan insan yang bertuah. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...