HIDAYAH CENTRE PULAU PINANG yang berfungsi sebagai pusat sokongan dan bimbingan saudara muslim ( Saudara baru ) telah beroperasi secara aktif dengan mengendalikan pelbagai program dakwah kepada komuniti dan masyarakat di sekitar negeri ini. Pada tahun ini Hidayah Centre akan mengadakan majlis iftar ( Berbuka Puasa ) Perdana Hidayah Centre ( MIPHC ) dengan tujuan untuk menjana dana bagi membiayai operasi dan kelestarian Hidayah Centre supaya usaha memperkasakan dan membimbing saudara baru dapat diteruskan.
Oleh kepada pembaca Warna Nostalgia marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukannya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pendakwah iaitu Bro Kamaruddin sewaktu program kuliah di surau kami
" Kalau tuan2 dan puan2 tak dapat bersama mengikut kami dalam program dakwah, hulurkan sumbangan tuan2 dan puan2 kepada kami. Insyaallah kami mempunya orang yang boleh lakukan. Bantulah dengan membantu agama Allah ".
Ini adalah kata-kata dari Pengarah Hidayah Centre Pulau Pinang Saudara Yusni bin Ghazali.
Assalamu’alaikum wbt,
Tinggal 11 hari lagi untuk diadakan program Majlis Ifthar
Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang… Namun
begitu kutipan termasuk ‘pledge’ yang dicatatkan hanyalah RM 11,870.00 untuk mencapai sasaran RM
80,000.00.
Sebagai pengarah program, saya ingin memaklumkan program ini
terlalu bermakna kepada Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) dan juga Ikram
kerana hampir 90% perbelanjaan adalah daripada program ini.
Jom kita bantu mereka. Jika kita tidak dapat hadir kita masih boleh menyumbang dengan memasukkan wang sumbangan kita kedalam akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA. AKAUN MAYBANK 557157002854
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,
gementar hatinya & apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambah
kuat imannya dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal, iaitu
orang-orang yang melaksanakan solat dan yang menginfaqkan sebahagian
rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang yangg
benar-benar beriman. Mareka akan memperolehi darjat yang tinggi di sisi
Tuhannya serta beroleh keampunan dan nikmat yang mulia"
(Al-Quran, Surah al-Anfal 7: 2-4)
Semenjak dari MIPHC 2011 hinggakan sekarang 6 Julai 2012, Allah
telah menghadiahkan 10 orang bersyahadah dan disantuni oleh HCPP.
Menarik kerana sebahagiannya bukan warga negara Malaysia. Berikut adalah
statistik yang telah bersyahadah melalui HCPP ialah :
i) Myanmar - Lelaki : 1 orang
ii) Indonesia - perempuan - 2 orang
iii) Filipina - Lelaki - 1 orang
iv) Penang - Lelaki Cina - 4 orang
v) Melaka - Lelaki India - 1 orang
vi) Penang - Perempuan - 1 orang
Sokonglah usaha Hidayah Centre Pulau Pinang dengan membantu menjana pendapatan HCPP melalui majlis MIPHC 2012.
Usaha
ini adalah amanah untuk kita semua, marilah sama2 meraikan dan
menyumbang di Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang, untuk
pembangunan Saudara Baru dan menyebarkan risalah Islam.....
Bagi yang ingin menyumbang atau membeli kerusi di Majlis Iftar
Perdana HCPP, boleh la menggunakan borang di bawah,atau hubungi nombor
yang tertera di lampiran brosure ini, selamat beramal =)
No comments:
Post a Comment