Teman-teman

Sunday, July 29, 2012

Bulan Ramadhan..Teringat Pada Si Dia

Hari ini umat islam memasuki hari ke kesembilan menyambut bulan ramadhan. Surau dan masjid di penuhi dengan jemaah. Alhamdulillah terutama sekali dari kalangan anak-anak muda. Kanak-kanak sudah kedengaran rengetan kepada ayah untuk membelikan bunga api dan mercun. Di pasar-pasar malam penjual cd sudah memainkan lagu-lagu raya. Semua ini mengingatkan aku pada Siti Aishah. Mendengar saja lagu raya isteriku mula tension. Sebabnya terlalu banyak baju yang perlu disiapkan. Ramai yang menghantar baju untuk digunakan pada hari raya. Ada yang merayu agar isteriku mengambil tempahan mereka. Tak sampai hati pula dia menolak. Selepas solat subuh dia sudah mula menjahit. Kesian pula aku melihat dia bertungkus lumus membantu ekonomiku. Kedua-dua anakku masih belajar. Anak gadisku ketika itu berada di kolej untuk program Diploma. Dia tidak mendapat pembiayaan dari mana-mana agensi walaupun kami menalipon dan dikatakan bahawa anak gadisku memang layak mendapat pinjaman. Tapi bila terima surat di katakan gagal. Kami terpaksa membayar kos setiap bulan sebab anak gadisku belajar di kolej swasta.

Alhamdulillah berkat pertolongan isteriku, dapatlah kami menabung untuk masa depan keluarga. Aku tidak sampai hati melihat dia sibuk didapur untuk juadah kami dan sekali gus sibuk dengan menjahit.
" Macam ni Siti. Abang fikir Siti tak perlulah masak. Kalau berbuka biarlah abang beli di bazar ramadhan. Waktu sahur biarlah abang yang buat kalau tak bertugas malam. Siti tumpulah pada baju pelanggan ". Kataku pada isteri. Tersenyum isteriku mendengar kata-kataku.
" Terima kasih abang. Siti sayang abang ". Puji isteriku membuatkan hidung aku kembang kempis. Aku belikannya sepeket kopi radix. Suka sangat isteriku dengan kopi ini. Katanya dia tak terasa keletihan. Bila aku tidak bekerja pagi aku akan menemaninya menjahit dengan bermain komputer bersebelahan dengan mesin jahit sambil kadang-kadang kami bersembang dan bergurau. Bila waktu sahur aku yang kedapur. Kadang-kadang aku buat nasi goreng. Kadang-kadang atas permintaannya aku buat maggi special.

" Abang pandai buat maggi kuah. Sedap. Boleh tak abang buat untuk Siti sahur ni ". Kata isteriku. Bila waktu sahur aku pun mulalah kedapur manakala isteriku sibuk dengan menjahit. Aku tumis dulu bawang merah dan masukkan cili. Kemudian aku masukkan air sehingga mendidih dan masukkan maggi. Bila maggi sudah sebati aku masukkan telor sebiji.
" Masyaallah bang..Sedapnya maggi yang abang buat. Terima kasih bang ". Tersenyum pula aku mendapat pujian isteriku. Itulah rutin harianku jikalau tidak bertugas pagi. Habis kopi radix aku beli yang lain sehinggalah di penghujung usianya dia tidak begitu menggemari kopi radix. Kopi yang aku beli tidak disentuhnya dan akhirnya bulan December 2008 dia pergi meninggalkan kami semua. Kini kopi radix kesukaannya suatu ketika dahulu masih lagi tergantung di dinding sebelah mesin jahitnya sehingga kini. Bila aku pulang kerumahku aku pasti merenung kopi ini sambil mengingati saat manis kami. Kini tiada lagi bunyi mesin jahit. Tidak lagi kedengaran bunyi radio yang aku belikan khas untuknya semasa menjahit.

Paling aku tersentuh bila mendengar lagu Sudirman dari Jauh Ku Pohon Maaf. Aku pasti mengalir airmata bila mendengar lagu ini. Lagi 10 hari menjelang Aidil Fitri, radio telah mula memasang lagu raya. Isteriku yang akan menjerit..
" Bang nak raya dah. Baju tak habis lagi Siti jahit ". Tertawa aku mendengar tensionnya isteriku. Alhamdulillah sebelum raya semua baju dapat disiapkan. Tersenyum isteriku menunjukkan wang hasil kerja kerasnya. Dia mengajak aku ke shoping complex. Katanya nak belikan aku baju raya sebagai ucapan terima kasih membantunya dalam bulan ramadhan. Kini baju itu masih tersangkut kemas di dalam almari baju. Sekali sekala aku pulang kerumahku almari akan kubuka dan aku tatap sepuas-puasnya pakaian kami. Tudung terakhirnya semasa berada di hospital masih lagi berada di dalam almari. Rumahku umpama harta karun kami kerana dia banyak menyimpan memori indah antara aku dan dia....

8 comments:

kakcik said...

Siti pandai menjahit, Ros pandai berniaga.

Untung Ariff.

:)

Ariff Budiman said...

kakcik...Alhamdulillah. Dua2 ada keistimewaannya kan

Thirah said...

Alhamdulillah...beruntung dah bertuah en ariff...isteri skg yang trah bertemu pun terlalu cantik n baik ..kalu arwah trah tak leh nak bayangkan macam mana...hanya tulisan ini membuat trah mengenali arwah..

Ariff Budiman said...

Thirah...Sebenarnya arwah tidaklah secantik isteri sekarang tapi bila hati sudah jatuh cinta semuanya memang cantik. Kadang2 isteri cantik tapi hati tak berkenan tentu dia mencari alasan lain. Arwah Siti Aishah dan Rosnah memang banyak kebaikannya. Dua2 ada keistimewaannya

insan marhaen said...

Masa lalu dan masa hadapan adalah di luar ketentuan kita.

isteri yang cantik di dalam adalah wangian hidup suami yang beriman!

Bearcat said...

Bagi diri ini arwah maknjang Aisyah sangat cantik....cantik luaran dan cantik dalaman; tiada tandingannya.

Ariff Budiman said...

insan marhein...Memang betul sekali

Ariff Budiman said...

Bearcat...Betul. Makjang begitu manis sekali ketika senyum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...