Teman-teman

Wednesday, June 30, 2010

Gambar Yang Menceritakan Segalanya

Gambar ini aku dapat dari seorang kawan. Saja nak kembangkan lagi bagi menunjukkan bahawa gambar menceritakan segalanya. Yang pastinya kena ada kamera la. tak kira murah ke mahal. Enjoy









Tuesday, June 29, 2010

Inilah Bijih Besi

Aku masih ingat ketika membawa arwah isteriku berubat diserata tempat. Ada yang minta bijh besi atau tahi besi. Lantas aku teringat akan bersebelahan tempat kerjaku ada kilang besi. Pernah aku melihat lori membawa keluar bijih besi untuk dibawa entah kemana. besi yang masih lagi kemerahan dituang jentolak keatas lori. Bila time nak guna kilang itu ditutup sementara waktu untuk renovation. Hasrat untuk mendapat bijih besi terpadam begitu saja. Dikatakan bahawa bijih besi dapat memasung iblis agar tidak terus mendiami dalam tubuh manusia. Aku diminta mencarinya sebab ruang dalam badan isteriku telah terbuka luas dan menyebabkan makhluk halus keluar masuk macam highway. Selain ayat suci Al-Quran, bijih besi juga dapat melemah mereka. Setelah kematian isteriku, seorang rakanku membawa aku serta anak-anak ke Parit Buntar untuk melihat samada aku dan anak-anak telah disantau. Alhamdulillah setelah dilihat tapak tangan kami, kami bebas dari santau. Kemudian tok bomoh bertanya samada aku pernah melihat bijih besi. Dia amat memerlukannya untuk tujuan pengubatan. Ketika aku kekilang itu lagi sudah tidak kelihatan bijih besi lagi.


Bijh besi macam ketul batu tetapi ringan. Juga dikenali sebagai tahi besi

Pagi entah aku bertugas semula ditempat lama. ketika dalam perjalanan aku terlihat begitu banyak ketulan bijih besi jatuh diatas jalan berdekatan dengan kilang besi. Aku terus mengambilnya lalu aku masukkan kedalam beg plastik. Tujuanku adalah untuk membantu jikalau ada sesiapa yang mencari bijih besi untuk tujuan perubatan. Ia bewarna hitam semacam ketul batu tetapi ia ringan. orang tua dulu ketika membuat senjata ada dimasukkan juga bijih besi dengan tujuan untuk melemahkan mereka yang mempunyai kekebalan. itu dari cerita orang dahulu kala yang diceritakan sampai kepada aku. Betul atau tidak hanya Allah saja yang berkuasa mengetahuinya. jadi pembaca sekelian kalau ada yang memerlukannya bagi tahulah. insyaallah sebab aku bukan along tetapi aku nak Tolong.

Monday, June 28, 2010

Akhirnya Ini yang Berkenan

Aku masih lagi dalam mood cerita tentang minat aku tapi dalam pelbagai cerita. Seperti biasa aku pulang dari kerja pasti aku akan singgah digerai tempat isteri aku meniaga roti canai. kelihatan beberapa rakan sekerja sedang menikmati sarapan pagi. Setelah bersalaman dengan mereka ada yang kehairanan mengapa aku berada di situ sedangkan rumahku di tempat lain. Akhirnya aku beritahu mereka yang aku telah berkahwin dan lalu aku tunjukkan isteriku kepada mereka. Tercengang mereka bila aku beritahu begitu. Selama ini mereka tidak tahu aku telah berkahwin selama setahun dengan Rosnah. Akhirnya seorang rakanku berkata yang aku bertuah dapat berkahwin dengannya.
Aku hanya tersenyum mendengar mereka memuji isteriku. Padaku memang aku bertuah sekali. Setelah selesai perniagaannya aku pulang kerumah. " Abang nak ronda-ronda ". Aku berkata kepada isteriku. " Abang jangan beli dah buah durian. Ada banyak lagi dalam peti ais ". Memang boleh dikatakan setiap hari aku membeli buah durian. Apa tidaknya bila aku sampai saja, dia akan memanggil aku. Buahnya memang elok sebab itu aku suka sangat beli dekat dia. Pagi ini aku sekali lagi kepadanya. Ditunjuknya buah kepadaku. Aku terus minta 2 biji. Nak bawa balik isteri dah tak bagi jadi aku sedekah kepada abang aku saja.

Nikon D3000 telah menawan hatiku

Aku terus pula ke Kompleks Bukit jambul untuk survey kamera. Aku bertanya Nikon D40. Kata penjual kamera tu dah lama. Dia tak jual. Aku terus kekedai lagi satu. Bila aku sebut Nikon D40 penjual itu tersenyum. katanya kamera D40 dan D60 dah lama. Yang paling bawah dan baru ialah D3000. Bila dibawa keluar dan minta aku cuba, apalagi gambarnya begitu tajam. Bila ditanya harga, penjual mengatakan yang harganya ialah RM1680. Eksesori tambahan sebanyak RM900. Aku begitu tergoda dengan D3000. Aku pulang kerumah isteri bertanya bila nak ke Komplehs Bukit Jambul nak survey kamera. Aku kata aku baru balik saja dari sana. " La abang ni tak sabar sungguh la ". Tersenyum aku mendengar kemarahannya. Bulan ini aku dah mula masuk RM200 kedalam tabung. Kata isteriku, " Nah ada juga masuk wang dalam tu tapi tak boleh bagitau ". La dia buat suspen pula dekat aku. " Nah abang rasa bulan depan nak ambil la kamera tu ". Geleng kepala dia melihat perangai aku yang tak sabar tu. Aku dah kemaruk sekarang.........


Sunday, June 27, 2010

Begitu Asyik Dengan Kamera

Ketika aku pulang dari kerja malam tibia-tiba mesej berbunyi. Aku menatap mesej yang berbunyi, " Salam bang. Bila pulang kerja cuba tengok atas almari. Ada sesuatu ". Berdebar-debar aku diatas motor memikirkan apa yang diletaknya diatas almari. Sampainya saja aku dirumah terus aku meluru masuk kedalam bilik. Kelihatan sebuah tabung berbentuk tong gas diletakkan diatas almari. Tertawa aku bila membaca tulisan dikertas bertajuk Tabung Digital kamera. Aku terus menalipon isteriku mengucapkan terima kasih. Tak sangka pula aku dia begitu bersungguh-sungguh memberi semangat kepadaku. Katanya dia beli di Pasaraya Tesco. Tak elok nampak tabung tin. Bertambah semangat lagi aku untuk mengumpul wang nak membeli tabung. Biar lambat asalkan berbaloi. Walaupun aku boleh membeli terus tanpa mengumpul tapi bila mengumpul boleh beli yang lain sama.


Nikon D4o dalam harga RM1750

Hari ini walaupun aku keletihan setelah pulang dari kerja aku masih sempat mengajak isteriku ke Kompleks Bukit Jambul. Saja aku nak survey kamera. " Abang ni dah asyik dengan kamera pula dah ". Teguran isteriku membuat aku tersenyum padanya. " Tak pa jangan abang asyik yang lain sudah no ". Aku pula jawab. " Yang itu please no jangan dok buat main ". Walaupun katanya dalam senyum tapi idghamnya lain macam. " Ala abang tak cari lain dah. Buat apa la abang kahwin dengan Nah kalau niat nak cari lain ". Senyum dia bila aku bergurau begitu. Padaku cukup la Rosnah sebagai pengganti Aishah. Dia amat baik. Tak sanggup aku melukakan hati dan perasaan orang baik terhadap aku dan anak-anak.

Ok kita berbalik kepada kamera. Ramai yang kata dekat aku supaya pakai D40 pun dah ok. Entah aku pun tak pandai bab kamera ni. Yang aku tahu ialah kamera yang auto fokus. Jadi ini merupakan benda baru kepadaku walaupun aku melanggan majalah kamera. Memang teruja melihat foto-foto yang di snap. Boleh buat air terjun seperti buih-buih. Itu yang buat aku nak pakai sangat kamera jenis ni. Kira nak upgrade la. Mudah-mudahan tercapai hasrat aku...

Friday, June 25, 2010

Pulut Durian ka..Atau Kari Ikan

Pulau Pinang kini dibanjiri musim buah durian. Telah banyak kelihatan di pasar malam dan di tepi-tepi jalan. Membeli buah durian ni kalau tidak pandai pilih pasti kadang kala mendapat isi yang keras. Ada setengah penjual begitu pandai mencari isi yang lembut. Bila ditebuk isi akan didapati elok. Bila pula dibuka pangsa lain ada yang keras. Itu kira nasib la. Ini diberitahu sendiri oleh rakanku yang menjual buah durian. katanya banyak penjual yang menipu. Sebab itu aku tidak mahu membeli ditempat lain. Aku akan mencari rakanku walaupun buahnya mahal sedikit tapi isinya berbaloi. Ini ibarat seperti kita membeli kereta. kalau nak yang elok sikit terpaksa la bayar mahal. Pagi tadi aku ke gerai isteriku. Aku berkata kepadanya yang aku nak beli durian untuk dimakan bersama pulut dan santan. Aku punya favourite ni. Isteriku tersenyum saja.

Durian ni bijinya kecil tapi isinya masyaallah padat la

Bila dia pulang dari gerai perlahan-lahan dia bercakap dengan aku, " Bang hari ini abang jangan makan pulut la. Dua hari lepas abang dah makan. Nah takut abang sakit lutut pula ". Dia atur ayat begitu cantik dan lembut. Takut aku merajuk la tu tak bagi makan pulut durian. Aku pula kalau dah sedap kira nak up selalu macam kata orang tua-tua la dah boleh makan tak sedar diri. Terdiam aku sambil berfikir yang betul juga kata isteriku. Kalau sakit aku juga yang kena tanggung. Melihat aku diam dia dah gelabah. " Abang marah ka Nah tak bagi makan ". Cepat-cepat aku potong dan berkata yang aku tak marah aihhhh.

Kari ikan bawal

" Macam ni bang. Nah dah beli ikan bawal di pasar tadi. Ingat nak buat gulai ikan dan cincaluk ". Dengar saja cincaluk aku dah ternganga. Pembaca semua tahu tak cincaluk. Kalau pergi ke melaka pasti banyak dijual. Kini cincaluk dah ada di merata tempat. Aku dari remaja sampai la dah kahwin amat suka dengan cincaluk. Alhamdulillah kedua-dua isteri aku boleh buat ramuan cincaluk memang melegakan aku. Kalau pembaca yang baru melawat WN jangan ingat aku ada 2 orang isteri. Isteri pertama meninggal dan ini yang isteri yang baru. Tulis biar teghang.

Cincaluk. Kalau tak suka makan memang rugi la

Ramuan cincaluk yang selalu aku dok makan ialah cincaluk, cili padi, bawang merah dan perahan buah limau. Itu saja. Makan dengan nasi saja pun bertambah. Hari ini pula aku makan time hujan tengah lebat diluar jadi bertambah la selera aku. Senyum isteri aku melihat aku menambah nasi sebab selalunya aku makan hanya sepnggan saja. Kata isteriku, " Selalu abang makan sepinggan saja. Dah tentu Nah masak tak sedap. Nah tak pandai Macam Aishah ". Aiseyman dia dah feeling pula. Cepat - cepat pula aku pujuk, " Bukan tak sedap tapi perut ini pun tengah lapar sebab pagi tadi abang makan roti bakar saja ". Nampak dia rasa lega sebab memang tadi pagi aku makan roti bakar digerai. Tapi time cari buah durian aku kena mee kari. Hee he pembaca jangan repot dekat isteri aku nooo. Siapa tak sayang bini oiiii....

Thursday, June 24, 2010

Hobi Ku Berubah

Pada zaman remaja sehinggalah perkahwinanku dengan arwah Siti Aishah, jala dan pancing tidak dapat aku pisahkan. Kalau cuti saja aku pasti akan mengajak arwah isteri menemaniku. Aku tidak suka pergi bersendirian. Kadang-kadang kami akan membawa bekal dan menghabiskan masa ditepi pantai jikalau tiada program lain. Kini sudah melebihi setahun Siti Aishah pergi. Perginya dia dengan membawa sekali hobi lampauku. Aku cuba mencari ruang kembali untuk menghidupkan kembali aktiviti lampau. Namun hatiku tidak seceria dulu. Kini jala dan pancing aku simpan saja. Tunggulah mungkin satu hari nanti hatiku tergerak kembali dengan hobi lampauku. Kini muncul pula hobi baruku iaitu suka mengambil gambar. Pertama kali aku membeli kamera digital ialah jenama canon. Entah kenapa kamera itu rosak. Aku membeli kamera digital yang baru pula jenama Olympus. Baru-baru ini rosak lagi. Aku kekedai untuk dibaik pulih. Setelah dihantar ketempat servis aku menerima panggilan talipon dari pusat servis mengatakan yang kamera aku perlu dibaiki dan kosnya sebanyak RM220.

Jala dan rod pancing yang dilupai.

Aku melupakan saja hasrat untuk membaikinya sebab kamera baru pun berharg RM500 lebih dengan megapixelnya yang lebih tinggi. Baru-baru aku dan isteri sengaja berjalan-jalan sambil melihat kamera. Akhirnya aku terpikat dengan kamera SLR yang menggunakan lensa tambahan. Bila dilihat harganya melehi RM1500. Aku berkata kepada isteri yang satu hari aku pasti akan mendapatnya. Isteriku mencadangkan agar aku mengumpul wang bulanan. Akhirnya aku mendapat idea bernas. Aku membuat tabung sendiri dengan menulis Tabung Digital kamera lalu aku letakkan diatas almari mekap. Tujuan aku berbuat demikian hanya untuk bergurau dengan isteriku. Padaku kalau tidak ada gurauan suami isteri macam mana rumahtangga akan bahagia.

Nikon D5000 Digital SLR

Tertawa isteriku bila melihat tin biskut yang aku buat. Akhirnya aku tak sangka juga. Dimasukkan wang sebanyak RM100 sebagai permulaan. Dengan niat permulaan sebagai gurauan kini menjadi target aku sebelum bulan Disember aku akan mendapat kamera ini. Sudah tentu akan ada hari offer untuk kamera. Biarlah kali ini berbaloi aku membeli kamera dan aku harapkan tidak lagi mengalami kerosakan. Aku berjanji pada diri sendiri yang setiap bulan akan aku masukkan sebanyak RM200 dalam tabung itu. Buat masa sekarang aku hanya menggunakan kamera handphone saja. Aku begitu terhibur bila dapat mengambil gambar. Semasa berada di Kellie Castle aku begitu teruja bila melihat setiap orang yang mengambil gambar menggunakan kamera dengan lensa tambahan.

Kamera Olympus yang rosak

Kepada pembaca yang mempunyai kepakaran dalam ilmu digital kamera boleh la kongsi pengalaman jenis-jenis kamera yang baik. Aku tidak pandai dalam bab ini. Bila melihat saja di kedai terus terpikat tanpa mengetahui keistimewaannya. Padaku gambar menceritakan segalanya. Walaupun pada orang lain gambar yang ditangkap tidak ada maknanya. Tapi pada mereka yang mengambil sendiri gambar itu pasti tidak dapat melupakan kenangan berharga. Itulah aku

Tuesday, June 22, 2010

Abang Nak Scan Ke.....

Sabtu 19 Jun 2010. Aku menerima undangan kenduri kakak kepada isteriku di Batu gajah. jam 8 pagi kami sudah bertolak. Dalam perjalanan bermacam-macam benda yang aku fikirkan. Ditulah berhimpunnya kaum keluarga. Aku perlu pandai menyesuaikan diriku dengan keluarga baruku. Walaupun sudah setahun lebih aku hidup bersama isteriku Rosnah namun ada yang masih belum melihat aku lagi. dari berita yang aku dengar dari isteriku ramai yang sedang menanti kehadiran kami. Jantungku bertambah bertambah kencang bila menghampiri rumah kenduri. Datang juga fikiran negatif dari aku. dapatkah aku menyesuaikan diriku. Bagaimana dengan penerimaan mereka semua. Bila kami sampai saja maka datanglah tuan rumah menyambut kami. Sekurang-kurangnya aku merasa senang dengan sambutan yang diberikan. aku diperkenalkan dengan kaum keluarga mereka. Isteriku tersenyum melihat aku masih malu-malu lagi. Sekejap dia akan mencari aku. Katanya takut aku boring. Memang boring juga kalau tidak melakukan sesuatu.Hanya duduk saja

Rumah kenduri bersebelahan bukit dan paya

Dalam aku termenung sambil terhibur dengan gelagat DJ yang berloghat Perak menghiburkan tetamu, aku terlihat sarang burung tempua yang tergantung di genap tempat dipokok-pokok. Aku begitu kagum melihatnya. Di Penang amat susah untuk melihat sarang burung ini.Aku mengambil keputusan merakam gambar sarang tersebut. Melihat aku merakan gambar membuatkan ada beberpa tetamu lain turut sama merakam gambar. Aku mengambil 3 sarang untuk dibawa pulang. Aku terbantut mengambilnya bila mataku melihat didalam paya sesuatu sedang memerhati akan gelagat mereka yang menarik sarang burung. Aku letak kembali sarang disebelah pokok. Aku tidak mahu mengambil risiko membawanya pulang. Mungkin benda itu tidak mengizinkannya. Aku cerita kepada isteriku. " Abang nak bawa balik ka sarang tu. Kalau dia ikut macam mana ". Akhirnya aku mententeramkannya dengan mengatakan aku tak bawa balik sarang itu.

Sarang burung Tempua

Setelah selesai kenduri, kami berangkat pulang. Aku mengambiljalan menuju tol Simpang Pulai sebab ada sesuatu yang hendak aku tuju. Aku beritahu isteri yang aku akan membawanya melihat Kellie castles. Tempat peninggalanvilla untuk isteri tercinta. Kalai terakhir aku kesana ialah pada tahun 80an. Jadi tak sabar rasa pula nak ziarah. Tiba-tiba terkeluar ayat dari mulut isteriku, " Abang nak scan ka tempat tu ". hairan juga aku macam dia tahu saja apa yang tersirat dihatiku. Akhirnya aku mengiakan saja. Dari jauh sudah nampak tersergam indah kellie Castle. Aku terus turun dari kereta dan meluru menaiki jambatan yang merentangi sungai. " Encik kena beli tiket dulu di kaunter ". Allah malunya aku ketika itu. Punya la tak sabar. Isteriku hanay tersenyum melihat aku tertawa sendirian. Bila selesai membeli tiket aku isteri serta anak-anak terus ke jambatan. " Encik...nampak tak pokok yang tidak berdaun tu ". Aku hanya anggukkan saja kepalaku.

Sarang burung tempua yang aku letak kembali setelah melihat makhluk memerhati akan gelagat kami

Pengawal itu terus bersuara, " Dibawah pokok encik boleh melihat seakan-akan seekor berung sedang memeluk pokok. Itulah yang misteri. Selamat melihat encik ". Aku berkata kepada isteriku bukan pokok saja yang misteri tetapi seluruh kawasan itu misteri sebab dipenuhi dengan berbagai jenis makhluk. Kami terus kepokok dan ternyata betul perkataan pengawal tersebut. Aku terus mengambil gambar. Aku melihat pula diatas lalu aku kata kepada isteriku' " Ditingkat atas ada seorang perempuan rambutnya panjang sedang memerhati pelawat yang berada disebelahnya. Dia tak ganggu ". Setelah selsai mengambil gambar pokok, kami memasuki dalam kawasan istana pula.

Seekor beruang sedang memeluk pokok

Aku tidak mengizinkan isteri dan anak-anakku masuk kedalam tempat sembahyang. Ada benda yang mengawalnya. Diletakkan peralatan lama disitu berbentuk barangan sembahyang. Disuatu lorong tertulis agar berhati-hati sebab kadang-kadang akan melihat ruh William Smith iaitu tuan punya castle. Aku memberitahu isteriku bahawa dihujung sana keliahatan seorang bermisai berbangsa inggeris sedang mencekak pinggangnya memerhati kami. " Yang tu William Smith ka abang ". Aku hanyaberkata tidak tahu saja. Dibawah ada lorong menuju kebawah tanah. Sebab itu ada torowong udara diluar untuk memudahkan pengaliran udara dibawah terowong. Aku mengajak isteriku turun tetapi dia tidak berani dan dia pula tidak mengizinkan aku kebawah. takut pula kalau terjadi sesuatu. Aku akur permintaannya.

Ditingkat atas kelihatan seorang wanita berambut panjang sedang memerhati pelawat

Setelah selesai melawat persekitaran Kellie castles kami mengambil keputusan untuk pulang saja. Terasa puas dihati sebab hajat aku tercapai walaupun terlalu sukar untuk aku mencoretkan apa yang aku lihat. Cuma sesekali aku melihat posteri diletakkan dinding-dinding mengatakan jangan melakukan perbuatan maksiat. Ada benarnya tulisan itu sebab bukan yang menghuninya bermacam-macam dan wataknya. Sambilberjalan keluar sekali sekala aku menoleh keatas bumbung melihat 3 orang remaja sedang bergambar tanpa mereka menyedari disebelah mereka ada yang menumpang bergambar. kalau ada rezeki entah-entah bila dicuci akan kelihatanlah benda itu.

KELLIES CASTLE

Friday, June 18, 2010

Catatan Umrah - Episod Akhir

Ini merupakan catatan terakhirku tentang perjalanan umrah. kami diberi dua hari waktu untuk melakukan aktiviti sendiri. Aku dan isteriku seperti biasa kami banyak melakukan tawaf sunat manakala ada sesetengah jemaah melakukan umrah sendiri. Semuanya dah tahu akan caranya. Ada yang dah botak kepalanya selepas bercukur. Aku ada niat nak botakkan kepala tapi isteriku berkata, " Ala tak elok la abang botak kepala. Tapi terpulang dekat abang ". Akhirnya aku ambil keputusan untuk tidak botakkan kepala. cukuplah syarat sebanyak 3 helai rambut dipotong selesai mengerjakan saie. Kami masih sempat lagi shoping setelah selesai melakukan tawaf sunat. Marah tok arab bila isteri aku tawar menawar. Walaupun dapat murah dia berkata dekat, " Haji punya isteri kedekut. Orang Malaysia kedekut ". Aku pula berkata, " Ala benda ini murah saja kenalah tawar ".

Gambar setelah selesai melakukan tawaf Wida sebelum pulang ke tanah air

Marah juga dia bila aku berkata demikian. " Haji banyak gumuk. Isteri kurus ". Sambil menunjuk isyarat kurus kepada isteriku. Akhirnya aku keluar terus dari kedai sambil menarik tangan isteriku. Bukan marah sebab dia kata aku gemuk tapi sengaja aku nak bergurau. Terkejut tok arab tu bila aku berbuat demikian. " Haji..haji ada lagi murah-murah ". Cepat-cepat dia mempelawa aku. " Awak kata saya gemuk. Sebab tu saya tak mahu beli kedai awak. Banyak kedai ada lagi ". Sengaja aku berkata demikian. " Tak-tak haji walau gumuk tapi banyak handsome ". Tertawa gelihati isteriku bila dia berkata demikian. Akhirnya sengaja aku beli beg dikedai depannya. Melopong tok arab tu. " Abang boleh buat macam tu dekat tok arab. Kesian dekat dia ".


Memperolehi air zam-zam sebanyak 10 liter seorang

Setelah dua hari kami tawaf dan shoping akhirnya sudah cukup untuk dibawa pulang. Entah kenapa aku terpandang talipon bimbit Nokia E66 yang mempunyai 2 simcard buatan China. Sebiji macam original. Setelah membuat tawar menawar akhirnya aku dapat dengan harga sebayak 220 riyal. Di Malaysia harganya dalam RM1000. Aku hadiah kepada isteriku sempena hari jadinya pada 20 Jun. Tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepadaku sebab menghadiahkan talipon kepadanya. Katanya talipon ini akan diguna dan jikalau rosak akan disimpan sebagai kenangan beli di Mekah.


Shoping lagi. Macam-macam dibeli untuk dibawa pulang

Hari berikutnya merupakan program ziarah terakhir dan melakukan umrah ketiga dan akan bermiqat dimasjid Hudaibiah. Sebelum ke masjid kami ke jabal Rahmah iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah beratus tahun terpisah dari syurga dan diturun ke bumi. Sampainya kami disana kelihatan unta-unta dihias dengan begitu cantik sekali. Bila kami turun saja dari bas maka diserbunya offer untuk menaiki unta. Rimas rasanya bila diserbu begitu. Aku dan isteri hanya berjalan-jalan melihat dan membeli jualan ditepi jalan. Memang murah sangat. Diatas bukit begitu ramai orang. Bukit itu dikatakan tempat berdoa untuk mencari jodoh. Pernah terjadi seorang suami berdoa sementara isterinya mengaminkan doa tersebut. Sisuami berdoa agar dapat berkahwin seorang lagi. Bila suaminya berkahwin dua maka marah siisteri tidak setuju. Sisuami mengingatkan kembali akan doa yang diaminkan oleh isterinya semasa di Jabal Rahmah. Sisuami berdoa agar dapat berkahwin seorang lagi. Jadi kaum wanita berhati-hatilah ketika mengaminkan doa suami. Suruh suami baca doa kuat-kuat.

Teh Arab yang dipesan oleh makcik-makcik

Selesai ziarah kami bertolak ke masjid Hudaibiah untuk bermiqat umrah. Aku tertarik dengan runtuhan tapak asal masjid Hudaibiah. Dinilah Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat untuk melaksanakan perjanjian Hudaibiah. Perjanjian selama sepuluh tahun yang memboleh rasulullah dan para sahabat memasuki Masjidil haram tanpa sekatan. Perjanjian yang berbunyi,
“ Dengan nama-Mu, Ya Allah. Ini adalah perjanjian antara Muhammad bin Abdullah dengan Suhail bin Amr. Keduanya sepakat mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Semua orang boleh merasakan keamanan dan tidak boleh saling menyerang. Barangsiapa yang datang dari Quraisy kepada Muhammad tanpa seizin walinya, ia harus dikembalikan. Barangsiapa datang dari Muhammad kepada Quraisy, maka ia tidak harus dikembalikan. Mereka tidak saling menawan. Barangsiapa menghendaki turut bersekutu dengan Muhammad, maka diperbolehkan. Barangsiapa menghendaki turut bersekutu dengan Quraisy, maka diperbolehkan.”


Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah dikeluarkan dari syurga

Setelah selesai kami terus pulang untuk melakukan umrah. Aku dan isteri mengambil keputusan untuk melakukan tawaf sahaja memandang aku belum sihat sepenuhnya. Jalan masih terhincut-hincut. Selesai melakukan tawaf aku tercari-cari tempat aku meletakkan kasut. Macam mana boleh lupa. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dengan berkaki ayam saja. ketika aku melangkah keluar masjidil haram dengan cuaca mencecah 49 degree celcius yang tertera di digital cuaca diluar masjidil haram. Begitu panas sekali tiles. Aku terhincut-hincut kepanasan tak tentu arah akibat tidak tahan dengan kepanasan tiles. Akhirnya aku terpandang tempat luggage untuk simpan barang-barang terus aku menuju kedalam. Barulah terasa sejuk tapak kaki sebab ada air cond. Setelah yakin tempat yang dituju dekat aku melangkah keluar. " Ya Allah... " Aku terjerit-jerit dalam hati. Rupanya tiles ini lagi panas. Aku seperti cacing kepanasan. Isteriku panik juga melihat keadaan aku. Tok arab dari jauh hanya mampu berkata, " Allah..Allah haji " sambil melambai aku kesana. Akhirnya aku melompat terus diatas tembok akibat tidak tahan dengan panas. Aku berkata kepada isteri. Bergenang airmataku bila menceritakan keadaan.
" Macam mana abang boleh tahan dengan api neraka kalau kepanasan yang ini baru 49 darjah manakala dineraka berapa kali ganda ".

Tapak masjid Hudaibiah. Disinilah berlakunya Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat untuk membuat perjanjian Hudaibiah

Diluar wanita arab sedang melambai menunjukkan kasut selipar. Akhirnya terpaksa juga aku membeli dengan harga 5 riyal sedangkan pada waktu subuh hanya 2 riyal saja. Setelah 10 hari berada di Madinah dan Mekah maka tibalah masanya kami untuk pulang ke tanah air. Setelah menurunkan beg pakaian dan lain-lain lagi, kami bergerak ke Masjidil haram untuk melakukan tawaf wida atau selamat tinggal. Aku begitu sayu bila berdoa delakang maqam Ibrahim. Terlalu sedih untuk meninggalkan bumi Mekah. Aku berdoa agar Allah menjemput kembali kami kesini untuk menunaikan ibadah haji pula.

Rakanku Zabri dan Rizal bergambar setelah selesai tawaf Wida

Setelah semua berada didalam bas kami menuju ke lapangan terbang Jeddah. Airmataku mengalir sayu meninggalkan tanah haram. Didalam bas fikiran masih melayang teringat akan pengalaman semasa di Madinah dan Mekah. Akhirnya kami tiba di Jeddah dan kelihatan juga begitu ramai umat islam dari Patani dan Indonesia sedang beratur untuk pulang ketanah air masing-masing. Akhirnya kapal terbang MAS meluncur laju meninggalkan bumi Jeddah dan selama 8 jam pula kami berada didalam pesawat menuju KLIA. Sudah 11 hari kami meninggalkan bumi Malaysia. Akhirnya kami tiba di KLIA dan menukar kapal terbang menuju ke Lapangan terbang Bayan Lepas. Tiba di Bayan Lepas kelihatan keluarga masing-masing sudah menunggu. Setelah menunggu barang yang diletakkan dalam kargo, akhirnya aku dapati sebuah beg aku hilang.

Unta berhias. Offer naik unta sebanyak 10 riyal

Aku terus membuat repot di pejabat MAS. Keesokkan harinya aku menerima panggilan talipon dari pihak MAS mengatakan beg aku telah sampai di Penang setelah tercicir di Jeddah. Setelah diperiksa dalam beg tersebut didapati ada kehilangan beg yang isteriku beli sebanyak 20 riyal. Aku pun dapat bayang akan beg yang cantik itu. Mungkin telah dicuri sebab beg itu dizip dengan baik. Akhirnya pihak TH Travel bertanya samada aku hendak membuat repot atau tidak tentang kehilangan beg tersebut. Aku dan isteri bersepakat yang kami halalkan saja kalau diambil orang. Bukan rezeki isteriku rupanya. Seminggu aku tidur bermimpikan Madinah dan Mekah. Terasa begitu syahdu bila melihat kembali gambar-gambar yang ditangkap. Tadi sebelum Jumaat aku cerita kepada isteri yang semalam aku bermimpi kami berdua sedang melakukan tawaf tanpa ada sesiapa disana. Terasa begitu senang tawaf. Tertawa isteriku bila aku cerita begitu. Katanya itu tanda Allah hendak jemput pula tu. Insyaallah ada rezeki kami datang kembali. Kepada pembaca semua kalau ada rezeki pergilah ke Madinah dan Mekah dahulu. Tidak rugi.........

Tuesday, June 15, 2010

Selamat Ulangtahun Sayang.......

Aku masih lagi berhutang cerita tentang umrah. Insyaallah akan aku menyusul bahagian akhir kisah umrahku. Aku masih ingat pada tanggal 20 Mei 2010 aku dan isteri berada didalam pesawat MAS menuju ke Jeddah untuk mengerjakan umrah. Dari jauh kelihatan pramugari sedang melayan penumpang. Bila tiba dekat aku pramugari berkata, " Encik nak apa. Kami ada nasi lauk ayam, lauk daging dan ikan ". Aku akhirnya meminta lauk ayam untuk aku dan isteriku. Aku mengambil nasi dari tangan pramugari lalu aku hulurkan kepada isteriku. " Selamat hari jadi Nah. Semoga Allah limpahkan umur yang panjang dipenuhi dengan menunaikan kewajipan kepada Allah. Maaf abang tak ada hadiah istimewa buat Rosnah ". Tersenyum dia mengambil nasi dari tanganku. " Abang kata tak ada hadiah istimewa ?. Ini yang abang bawa Nah untuk mengerjakan umrah merupakan hadiah yang paling istimewa buat Nah ". Aku pula tersenyum menerima ucapan terima kasih darinya.

Kini kami sudah kembali ke tanah air. Pada tanggal 13 Jun 2010 cukuplah setahun aku hidup bersama isteriku Rosnah. Aku kekedai mencari sejambak bunga. Akhirnya aku dapat bunga yang tidaklah secantik mana tetapi cukuplah untuk berikan kepada isteriku. 13 Jun 2010 jatuh pada hari Ahad dan ia merupakan hari isteriku tidak berniaga. Aku keluar dari kereta dan memanggilnya. Bila dia datang menghampiriku dengan perasaan yang kehairanan lantas aku pun menghulurkan sejambak bunga yang aku beli buatnya. " Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang setahun. Abang doakan agar kita akan tetap bersama dan Allah limpahkan kasihsayang kepada kita ".

Dia pula mengajak aku masuk kedalam rumah lalu menghadiahkan pula aku bunga. Walaupun bunga itu tidaklah semahal mana tapi nilai sentimentalnya membuatkan aku bersyukur. " Nah juga ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kita. Nah masih ingat didepan kaabah, Nah berdoa agar Allah memberikan kita limpahan rahmat dan kasih sayang kepada kita ". Aku menerima bunga yang cukup cantik. Maklumlah kaum wanita ini bab bunga memang pandai. Aku hanya beli yang entah warna pun tak ceria. Aku juga masih ingat semasa berada didepan kaabah aku berdoa agar Allah berikan kami kasih sayang yang tak pernah padam seperti mana aku begitu mencintai arwah Siti Aishah begitu juga aku berdoa agar aku dan Rosnah dikurniakan kebahgiaan yang berpanjangan hinggalah ke penghujung nyawa. Moga usia yang dianugerahkan kepada kami digunakan sebaik mungkin.......

Malam itu selepas solat maghrib aku mengajaknya untuk makan malam bersama. Aku memilih tempat di Ahh Basri ialitu tempat rakanku menjual satay yang dinyah toksik. Pastinya kalau aku datang bermacam-macam jenis makanan yang diminta aku merasanya tanpa bayaran. Katanya ini keluaran baru. Maka kenyanglah kami dengan makanan percubaan sebelum dijual.

Monday, June 14, 2010

Tak Baik Begini


Semalam isteriku menunjuk sekeping wang tunai RM1 kepadaku. Dia meminta agar aku tidak melakukan sesuatu kepada orang yang menipunya. Pagi semalam seorang lelaki berpakaian kemas dalam keadaan kelam kabut memberi wang yang bergulung selesai makan roti canai. ketika itu memang ramai pelanggan jadi tak sempat nak buka wang kertas itu. Bila selesai semua dan wang dikira maka terkejut isteriku bila melihat kesanggupan mereka menipu demi untuk makan percuma. Nilai RM1 memang tidak sebanyak mana tetapi sikap orang melayu islam yang dikatakan mempunyai akal boleh melakukan perbuatan tersebut. Mereka kenal akan orang itu. Kata isteriku, " Tak apa la bang Nah halalkan. Mungkin dia terdesak. Abang jangan dok p marah dekat dia esok ".

Pagi tadi aku kegerai sebelum melakukan aktiviti lain. kelihatan pemuda itu datang lagi membeli roti canai. Isteriku mengerling kepadaku. Aku tahu itu tanda isyarat kepadaku agar tidak melakukan sesuatu kepadanya. Kalau dulu aku tak tahu apa akan terjadi kepada lelaki itu. Aku mengambil duit yang dibayar. Duit yang diberi walaupun masih boleh digunakan tetapi dalam keadaan koyak. Aku agak pemuda ini memang begini perbuatannya. Memandangkan isteriku dah berpesan maka aku diamkan saja.

Sudah beberpa kali isteriku ditipu. Aku sering mengingatkan isteriku mungkin ini semua peringatan buat kami. Mungkin zakat, sedekah jariah dan infak untuk program dakwah diambil mudah walaupun setiap bulan dimasukkan wang kedalam tabung masjid, program dakwah duit dikeluarkan. Tetapi itu tidak cukup. Allah telah memberi peringatan kecil baru. Semoga ia menjadi pengajaran kepada sesiapa saja.

Wednesday, June 09, 2010

Catatan Umrah - 06 - Umrah buat Siti Aishah

Azan subuh sudah kedengaran. aku terkejut dari tidur. Rakanku berdua sudah pergi ke masjid. Badanku pula tersa begitu sakit dan letih. Aku gagahi juga untuk ke masjid. Aku berjalan perlahan-lahan akibat demam. Hari ini aku akan melaksanakan umrah untuk arwah Siti Aishah. Tiba didepan Masjidil Maram kelihatan begitu ramai orang berpusu-pusu memasuki masjid. Aku mengambil keputusan untuk menaiki escalator menuju ketingkat atas. Alhamdulillah jemaah tidak ramai diatas. Aku sempat melihat kebawah. Begitu ramai orang didataran kaabah. Selesai solat subuh aku bangun lalu kedepan sambil berdoa didepan kaabah kepada Allah. Dengan airmata berlinangan tanpa mengira orang dikiri kananku, aku berdoa agar Allah kuatkan semangatku dan yang paling aku hajati ialah keinginanku untuk melihat Siti Aishah. Aku meratap hiba sehingga aku tidak menyedari tok arab sebelahku mengurut belakangku sambil mengaminkan doaku. Entah kenapa ya dia bertindak demikian. Selesai berdoa aku melihat dia terus berlalu tanpa berkata apa-apa.



Manuskrip salinan Al - Quran tulisan tangan

Setelah mengambil sarapan pagi, kami bersiap dengan pakaian ihram. Kami akan ke muzium haramain dahulu. Muzium yang menyimpan barangan lama kaabah yang dibina pada tahun 65 H. Banyak yang diletakkan didalam cermin. Setelah diberi penerangan kami terpaksa keluar sebab ada group lain pula menanti. Pihak muzium tidak memberi kebenaran semuanya masuk sekali. Setiap group diberi masa tertentu berada didalam muzium. Aku hanya melihat-lihat saja. Tidak ada mood nak merayau dtempat lain. Badan amat sakit sekali.


Susu unta dimasukkan kedalam botol dan dijual sebanyak 5 riyal

Seterusnya kami menuju keladang unta. Semasa dalam bas untaz berkata yang unta ini amat sensitif. Jadi jangan dimaki atau herdik unta. Pernah terjadi semasa musim haji seorang jemaah mengherdik unta dengan berkata unta itu hodoh dan busuk. Akhirnya unta itu menggigit leher jemaah haji itu. Entahlah aku sendiri pun tak pasti. Dah dengar jadi buat baik sudah la. Kami sampai diladang unta. Unta tu ada la dalam 10 ekor. Sempat membeli susu unta yang dijual sebanyak 5 riyal. Kata ustaz susu unta panas. Bila aku minum badan bertambah panas lagi. Setelah bergambar aku ajak isteri masuk kedalam bas. Rasa letih yang amat sangat.


Unta kata selamat datang haji dan hajjah semua

Kami bertolak untuk ke masjid Jaranah. Disitu kami akan miqat sekali lagi dan bertolak ke Mekah. Setelah solat 2 rakaat kami berangkat ke Mekah. Ketika memasuki Masjidil Haram aku dapat merasakan yang badan aku macam tak mampu nak melangkah lagi. Terlalu letih. Isteriku memimpinku. Kami berjalan perlahan-lahan. Dia nampak risau akan keadaanku. Semasa tawaf kami mengambil jalan jauh. Takut untuk bersesak-sesak dengan keadaan badanku yang demam. Alhamdulillah kami dapat melaksanakan tawaf 7 pusingan. Kami terus kebelakang maqam ibrahim untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai solat aku terus berdoa. Disinilah terjadi suatu perkara yang menakutkan aku. ketika aku berdoa, " Ya Allah ampunkanlah dosaku. Aku datang kepada dengan niat yang tidak baik. Niatku hanya untuk bertemu Siti Aishah tetapi sepatutnya aku datang untuk beribadah kepadaMU. Ampunkan dosaku Ya Allah. Ya Allah andaikata tiba ajalku, matikanlah aku dalam islam ".


Demam pun sempat lagi posing dekat unta

Ketika itulah aku dapat merasa jantungku bergerak kencang dan tiba-tiba terhenti. Aku terasa lembik dan sempat paling kebelakang. Aku melihat isteriku begitu khusyuk berdoa. Badanku semakin lemah. Aku melayang-layang dan dapat melihat jemaah yang sedang melakukan tawaf dan berdoa. Suara mereka semakin jauh.Tiba-tiba aku terbayang wajah kedua-dua anakku lalu aku berdoa agar Allah panjang umurku untuk membesarkan mereka. Disitulah juga aku merayu buat kali yang terakhir dan aku tidak akan meminta lagi kepada Allah. Aku minta agar dapat berjumpa dengan Siti Aishah. Alhamdulillah aku stabil kembali dan terus mendapatkan isteriku. Terkejut isteriku melihat perubahanku. Aku berjalan begitu lemah sekali. Akhirnya dia menyarankan agar aku menaiki kerusi roda semasa saie. Aku terima pendapatnya. Setelah membayar sebanyak 50 riyal pak arab menolak aku dengan laju sekali. Ketika menaiki Marwah tok arab dah tak kuat lagi sebab ke bukit marwah ia menaik.


Selesai buat umrah untuk arwah pasangan masing-masing

Aku kasihan dengan tok arab lalu aku tarik tebing tembok dengan tanganku. Marah tok arab sebab itu kerjanya. Bila selesai 7 pusingan aku memotong rambut dan meminta dia menolak aku ke tong sampah. Tapi dia suruh aku bangun sendiri. Bila aku dah selesai buang rambut dalam tong sampah dan bila aku pandang belakang tok arab dah hilang. Terpaksa tunggu isteriku selesai baru kami pulang bersama. Badanku tak dapat nak bertahan lagi. Akhirnya aku terpaksa sembahyang didalam hotel dan tak dapat berjemaah di masjid. Akibat keletihan aku tertidur. Dalam tidur itulah aku bermimpi akan Siti Aishah. Sungguh cantik dan bercahaya dia dengan pakaian ihram. Aku menangis ingin memeluknya. Dia jauh dari aku. Aku dapat mendengar suaranya, " Abang jagalah kesihatan ".

Aku terjaga dari tidur. Jam hampir masuk waktu subuh. Setelah bersihkan diri aku terus ke masjid. Aku berdoa dan bersyukur kepada Allah sekurang-kurangnya Allah mendengar permintaan aku. Walaupun ia mainan tidur tapi sudah cukup bagiku sebab sudah lama aku tidak bermimpi akan Siti Aishah. Aku merasa puas dapat menatap wajah yang setahun lebih meninggalkan aku dan anak-anak. Hari itu badanku terasa kurang sedikit dan aku nampak ceria sekali. Petang itu aku habiskan masa lagi dengan isteri shoping dan makan aiskrim arab. Isteriku pun nampak gembira melihat keadaan aku. Katanya dia takut bila melihat keadaanku semasa didataran kaabah. Aku ceritakan kepadanya apa yang berlaku. Terdiam dia sebab aku katakan kalau tidak dia akan pulang ke Malysia seorang diri. Dia tidak berkata apa. Hanya nampak kesedihan yang amat sangat bila aku ucapkan demikian. Syukur Ya Allah walau hanya seketika saja dan aku berjanji tidak akan berdoa begitu lagi. Aku kini dimiliki orang lain. Semoga Allah terima umrahku untuk Siti Aishah. Amin......

Tuesday, June 08, 2010

Catatan Umrah - 05


Kelihatan tersergam indah Masjidil Haram

Hari ini merupakan aturcara bebas. Tidak ada program ziarah. Aku dan isteri sudah berpakat yang sebelah paginya selepas solat subuh kami berdua akan shopping. Selepas mengambil sarapan pagi kami berdua mulalah tawaf ke kedai. Dari satu kedai ke kedai yang lain kami masuk. Kebanyakkannya pekerja merupakan warga Bangladesh. Mereka pernah bekerja di Malaysia. Mereka amat kenal dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Begitu banyak jubah yang dijual. Bermacam - macam jenis. Akhirnya isteriku membeli sehelai jubah. katanya nak guna semasa pulang ke Malaysia.

Depan pintu masuk Masjidil Haram

Ketika dalam perjalanan pulang ke hotel kami diulurkan bungkusan gandum dari seoran wanita arab. " Hajjah 2 riyal. Kasi makan burung ". Kata wanita arab tersebut. Namun kami tidak membelinya sebab makanan sudah banyak diatas jalanraya manakala burung merpati pun begitu asyik mematuk tanpa menghiraukan mereka yang lalu lalang. Aku berkata pada isteriku yang kalau aku membawa jala sudah tentu banyak burung boleh diperolehi. Tertawa isteriku bila aku menyebut jala. Katanya dah sampai Mekah dok ingat jala lagi. Hee he aku turut sama tersenyum.

Memberi makan burung merpati

Kami bergegas pulang sebab hampir masuk waktu zohor. Selepas solat zohor kami bercadang akan melakukan tawaf sunat. Walaupun panas terik terik, tidak terasa ketika tawaf. Kalau dah pakai reben nak rasa macam mana. Satu perkara yang aku dapat rasa ialah nikmat kemesraan antara aku dan isteriku yang Allah anugerah kepada kami. Betapa seronoknya dapat bersama-sama pergi kemasjid, membeli belah dan ziarah. Yang paling aku tidak boleh lupa ialah kami makan ais krim arab sambil berjalan-jalan dan berbual-bual.

Begitu sibuk isteriku memilih jubah. Katanya semuanya cantik-cantik

Aku semakin mengalah dengan doaku. Aku tahu mungkin Allah tidak izinkan aku berdoa demikian. Mungkin aku tersalah tafsir dalam melakukan ibadah. Aku lebih pentingkan keinginanku dari ibadah. Aku lebih utamakan perasaanku dari ibadah. Aku sudah tidak berdoa untuk melihat arwah Siti Aishah. Esok aku akan melakukan umrah untuk iti Aishah jadi aku terpaksa relax dan tenangkan hati. Badanku kini terasa panas dan keletihan. Isteriku menyarankan agar aku banyak berehat memandangkan esok kami akan melakukan umrah untuk arwah pasangan masing-masing. Dalam hati aku bertekad esok merupakan doa aku yang terakhir untuk melihat Siti ishah selepas solat dibelakang maqam ibrahim.

Aku berjalan pulang dengan melangkah perlahan akibat demam dan batuk yang melanda aku. Isteriku Rosnah pula kehilangan suaranya akibat batuk. kadang-kadang aku bergurau dengannya bercakap bisu. Katanya bergurau nanti di Mekah apa yang kita tiru akan dapat balik. Terus aku minta maaf cepat-cepat. Takut juga tak ada suara. Esok sebelum kami miqat di masjid Jaranah, kami akan melawat muzium dan ladang unta. Teringin nak minum susu unta......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...