Teman-teman

Monday, June 14, 2010

Tak Baik Begini


Semalam isteriku menunjuk sekeping wang tunai RM1 kepadaku. Dia meminta agar aku tidak melakukan sesuatu kepada orang yang menipunya. Pagi semalam seorang lelaki berpakaian kemas dalam keadaan kelam kabut memberi wang yang bergulung selesai makan roti canai. ketika itu memang ramai pelanggan jadi tak sempat nak buka wang kertas itu. Bila selesai semua dan wang dikira maka terkejut isteriku bila melihat kesanggupan mereka menipu demi untuk makan percuma. Nilai RM1 memang tidak sebanyak mana tetapi sikap orang melayu islam yang dikatakan mempunyai akal boleh melakukan perbuatan tersebut. Mereka kenal akan orang itu. Kata isteriku, " Tak apa la bang Nah halalkan. Mungkin dia terdesak. Abang jangan dok p marah dekat dia esok ".

Pagi tadi aku kegerai sebelum melakukan aktiviti lain. kelihatan pemuda itu datang lagi membeli roti canai. Isteriku mengerling kepadaku. Aku tahu itu tanda isyarat kepadaku agar tidak melakukan sesuatu kepadanya. Kalau dulu aku tak tahu apa akan terjadi kepada lelaki itu. Aku mengambil duit yang dibayar. Duit yang diberi walaupun masih boleh digunakan tetapi dalam keadaan koyak. Aku agak pemuda ini memang begini perbuatannya. Memandangkan isteriku dah berpesan maka aku diamkan saja.

Sudah beberpa kali isteriku ditipu. Aku sering mengingatkan isteriku mungkin ini semua peringatan buat kami. Mungkin zakat, sedekah jariah dan infak untuk program dakwah diambil mudah walaupun setiap bulan dimasukkan wang kedalam tabung masjid, program dakwah duit dikeluarkan. Tetapi itu tidak cukup. Allah telah memberi peringatan kecil baru. Semoga ia menjadi pengajaran kepada sesiapa saja.

7 comments:

almuna said...

Subhanallah...walau pun diuji Allah begini En budiman dan isteri sangat positif dan redha. Semoga Allah memberi rezeki yang lebih berkat.
Jazakallah atas perkongsian pengalaman umrah yang menarik dan bermakna bagi saya yang membaca. Doakan saya dan suami dapat ke sana juga dalam masa yang terdekat insyaallah...

Ariff Budiman said...

Terima kasih cikgu. Insyaallah suatu hari nanti cikgu sekeluarga akan dijemput Allah. berdoalah. rezeki datang tanpa diduga. ia datang dari pintu2 yang tidak disedari

hrusli61 said...

Sekali sekala
Dua kali dua kala
Redha saja la

Ariff Budiman said...

Terima kasih cikgu Rusli. benar redha saja la. Itu yang terbaik

Insan Marhaen said...

nilai seringgit itu di dunia cuma. nilai 'halal' itu limpahannya hingga ke akhirat.

Ariff Budiman said...

Benar Abu. Walaupun 20 sen nilai halalnya hingga ke akhirat. Terima kasih

Anonymous said...

wang kertas senghaja di-koyakkan atau tidak dari segi undang2 negara, ini sudah di kira vandalism

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...