Teman-teman

Saturday, June 05, 2010

Catatan Umrah - 03

kami bergegas ke masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Terasa sungguh gembira bila nak ke masjid Nabawi sebab pahala yang menanti. Setelah selesai solat kami bersiap untuk program lawatan. Difahamkan kami akan menaiki bas express. Rakanku yang kurang upaya mula merasa gusar bagaimana dia akan menaiki bas tersebut. Kami menenangkannya dengan memberi semangat insyaallah semuanya akan beres. Ketika menunggu bas maka datanglah bas express. Melihat saja bas tersebut terus rakanku mengatakan yang dia susah untuk menaikinya. Setelah aku dan rakanku Zabri mengambil kata sepakat maka kami bersetuju untuk mengangkat rakan kami ke atas bas. Rakanku memegang kedua-dua lengan manakala aku pula mengangkat kaki rakanku. Dari satu anak tangga hingga seterusnya dan akhirnya kami dapat mengangkat rakan kami keatas bas. Syukur kepada Allah. Akhirnya bas pun bertolak menuju ke destinasi pertama iaitu masjid Quba. Semasa dalam perjalanan, ustaz dari TH Travel memberi tazkirah mengenai masjid Quba.

Masjid Quba dari luar

Kata Ustaz TH Travel tentang hadis Rasulullah yang bermaksud, " Sesiapa yang mengambil wuduk dirumahnya kemudian pergi ke masjid Quba lalu mendirikan sembahyang didalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat umrah ". Betapa bersyukurnya kami berkesempatan mengerjakan solat sunat di masjid Quba. Begitu ramai jemaah dari pelbagai negara turut berada disini. Aku menolak terus rakanku masuk kedalam masjid dengan kerusi roda. Ramai juga yang berkerusi roda berada didalam. Allah tidak mengira status seseorang untuk memberi pahala. Janji niatnya ikhlas ketika beribadah.Diluar masjid banyak juga gerai menjual buah kurma dan macam-macam lagi tetapi agak mahal. kami disarankan tidak membelinya sebab di pasar kurma lebih murah lagi.

Rakanku Zabri begitu khusyuk berdoa didalam masjid Quba, Semoga Allah makbulkan doanya

Setelah selesai menunaikan solat di masjid Quba kami bergerak pula untuk ke Jabal Uhud. Rutin kami berdua ialah mengangkat rakan kami kedalam bas setiap kali hendak kemana. Syukur kepada Allah kerana tidak terlintas langsung perasaan kami merasa susah dengan kehadiran rakan kami yang kurang upaya malah kami menumpang keistimewaan yang Allah berikan kepadanya. Peristiwa begitu mudah mendapat laluan ketika memasuki raudah menjadi kenangan kepada kami. Janganlah kita merasa berat hati membawa orang yang kurang upaya bersama. Ada keistimewaan yang Allah berikan kepadanya. kalau tidak mengapa Allah menjemput mereka kesana. Tentu ada keistimewaannya. kami sudah merasinya. Mengalir airmataku tatkala menolak rakanku begitu mudah memasuki raudah. Begitu senang kami diberi tempat untuk bersolat di raudah.

Bukit pemanah bersebelah bukit Uhud

Ketika dalam perjalanan ke Bukit Uhud ustaz menceritakan tentang peperangan uhud diantara tentera islam dan kafir quraish. Didalam peperangan ini rasulullah telah meletakkan seramai 50 orang pemanah diatas bukit pemanah. Rasulullah melarang mereka meninggalkan bukit itu samada menang atau kalah. Dalam peperangan tersebut tentera kafir mula goyah. Akhirnya tentera yang berada diatas bukit turun untuk memungut harta. Bila Khalid Ibnu walid yang ketika itu belum islam melihat terus menyerang dan menyebabkan ramai tentera islam terkorban. Seramai 70 tentera islam terkorban termasuk panglima perang iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib. Dadanya dibelah dan hatinya dikunyah oleh Hindon tetapi tidak dapat menelannya. Keadaan panas di bukit uhud menyebabkan kami tidak lama di sana. Destinasi kami seterusnya ialah Masjid Qiblatain atau 2 kiblat. Dalam hadis lain juga dikatakan barangsiapa yang solat jenazah akan diberi pahala sebesar bukit uhud. Bermula dari itulah kami tidak pernah miss solat jenazah yang ada setiap waktu di Masjid nabawi.

Di belakang kami ialah Bukit uhud. Sungguh besar sekali

Masjid Qiblatain ada sejarahnya. Ketika dalam perjalanan ustaz menceritakan tentang Rasulullah memohon kepada Allah agar solat dihadapkan pada yang sama seperti Nabi Adam As dan Nabi Ibrahim AS. Rasulullah sering menadah tangan kelangit menanti wahyu diturunkan. Ketika mengimami solat Zohor maka turunlah ayat dari surah Al baqarah yang bermaksud, " Sungguh kami sering melihat mukamu menadah kelangit, maka sungguh kami akan memalingkan kamu kekiblat yang kamu sukai. palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram, dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu kearahnya ". Setelah melawat persekitaran masjid Qiblatain kami beredar untuk keladang kurma.

Masjid Qiblatain atau 2 kiblat yang begitu bersejarah

Kami melaui ladang kurma dan melihat akan kehijauan buah kurma. Sampainya kami disana kelihatan bas sudah memenuhi kawasan ladang kurma. Setelah turun dan masuk kedalam tergamam melihat begitu banyak kurma yang masih lagi fresh. Apalagi makanlah jawabnya. Begitu enak memakan buah yang segar. Ramai pekerjanya dari Bangladesh. Yang paling terkenal disitu ialah kurma atau kurma nabi. Ustaz menceritakan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud, " barangsiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma ajwa, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir di hari itu ".


Kurma Ajwa yang berwarna hitam

Akhirnya aku membeli kurma ajwa yang dijual sekilo sebanyak 80 riyal. Memang mahal kurma ni. Begitu ramai yang membeli kurma sehinggakan terpaksa dimasukkan kedalam kotak dan diikat. Diluar kedai diletakkan teh arab yang dicampur dengan daun pudina diberi minum percuma kepada pengunjung. Wangi baunya. Tamat sudah program ziarah kami. Esok kami akan meninggalkan bumi Madinah dan akan ke makkah menunaikan umrah. Aku kerap berdoa kepada Allah agar menerima kami dirumahnya. Banyak yang aku dengar ada sesetengahnya Allah hilangkan pandangan kaabah dari penglihatan. Gerun juga aku mendengarnya. Tidak sabar aku melihat kaabah dan berdoa agar Allah memperlihat wajah Siti Aishah disana. Dapatkah aku melihatnya. Tunggu episod seterusnya. Suspen sikit

Kurma fresh. tak jemu memakannya sehingga kenyang.

6 comments:

hentian said...

teringin nak makan kurma fresh...

Ariff Budiman said...

Insyaallah IM. Ada rezeki kome sampailah ye insyaallah

BLOGGERS JIM PENANG said...

muga umrahmu di terima Allah n kembali dengan semangat yang lebih membakar!

Ariff Budiman said...

Terima kasih bloggers JIM Penang

Unknown said...

Sedapnye kurma fresh tu! Gunung Uhud tu dlm gambar mcm kecil pulak...tak dpt nak bygkan... Y Allah... berbunga2 hati sy membacanya :)

Ariff Budiman said...

MaryaYusof..Alhamdulillah. itu tandanya Allah telah membuka hati marya untuk kesana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...