Kelihatan tersergam indah Masjidil Haram
Hari ini merupakan aturcara bebas. Tidak ada program ziarah. Aku dan isteri sudah berpakat yang sebelah paginya selepas solat subuh kami berdua akan shopping. Selepas mengambil sarapan pagi kami berdua mulalah tawaf ke kedai. Dari satu kedai ke kedai yang lain kami masuk. Kebanyakkannya pekerja merupakan warga Bangladesh. Mereka pernah bekerja di Malaysia. Mereka amat kenal dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Begitu banyak jubah yang dijual. Bermacam - macam jenis. Akhirnya isteriku membeli sehelai jubah. katanya nak guna semasa pulang ke Malaysia.
Depan pintu masuk Masjidil Haram
Ketika dalam perjalanan pulang ke hotel kami diulurkan bungkusan gandum dari seoran wanita arab. " Hajjah 2 riyal. Kasi makan burung ". Kata wanita arab tersebut. Namun kami tidak membelinya sebab makanan sudah banyak diatas jalanraya manakala burung merpati pun begitu asyik mematuk tanpa menghiraukan mereka yang lalu lalang. Aku berkata pada isteriku yang kalau aku membawa jala sudah tentu banyak burung boleh diperolehi. Tertawa isteriku bila aku menyebut jala. Katanya dah sampai Mekah dok ingat jala lagi. Hee he aku turut sama tersenyum.
Memberi makan burung merpati
Kami bergegas pulang sebab hampir masuk waktu zohor. Selepas solat zohor kami bercadang akan melakukan tawaf sunat. Walaupun panas terik terik, tidak terasa ketika tawaf. Kalau dah pakai reben nak rasa macam mana. Satu perkara yang aku dapat rasa ialah nikmat kemesraan antara aku dan isteriku yang Allah anugerah kepada kami. Betapa seronoknya dapat bersama-sama pergi kemasjid, membeli belah dan ziarah. Yang paling aku tidak boleh lupa ialah kami makan ais krim arab sambil berjalan-jalan dan berbual-bual.
Aku semakin mengalah dengan doaku. Aku tahu mungkin Allah tidak izinkan aku berdoa demikian. Mungkin aku tersalah tafsir dalam melakukan ibadah. Aku lebih pentingkan keinginanku dari ibadah. Aku lebih utamakan perasaanku dari ibadah. Aku sudah tidak berdoa untuk melihat arwah Siti Aishah. Esok aku akan melakukan umrah untuk iti Aishah jadi aku terpaksa relax dan tenangkan hati. Badanku kini terasa panas dan keletihan. Isteriku menyarankan agar aku banyak berehat memandangkan esok kami akan melakukan umrah untuk arwah pasangan masing-masing. Dalam hati aku bertekad esok merupakan doa aku yang terakhir untuk melihat Siti ishah selepas solat dibelakang maqam ibrahim.
Aku berjalan pulang dengan melangkah perlahan akibat demam dan batuk yang melanda aku. Isteriku Rosnah pula kehilangan suaranya akibat batuk. kadang-kadang aku bergurau dengannya bercakap bisu. Katanya bergurau nanti di Mekah apa yang kita tiru akan dapat balik. Terus aku minta maaf cepat-cepat. Takut juga tak ada suara. Esok sebelum kami miqat di masjid Jaranah, kami akan melawat muzium dan ladang unta. Teringin nak minum susu unta......
No comments:
Post a Comment