Teman-teman

Thursday, March 31, 2011

Keow Teow Kungfu

Ketika aku baru pulang dari tugas, isteriku begitu sibuk didapur. Bila ditanya apa yang sedang dibuat. Katanya untuk makan malam. Bila ditanya apa dia menu makan malam. Katanya tunggu. Ni yang tak best. Lepas solat maghrib aku pun sudah bersedia didepan meja. Isteriku membawa juadah makan malam sambil tersenyum. Tak sabar aku nak tahu apa dia.

" Ha...inilah dia yang dinamakan keow teow kungfu ". Kata isteriku
Seumur hidup aku inilah kali pertama aku makan keow teow kungfu. Koew Teow yang dibalut oleh telor. Ketika makan airmataku mengalir. Bukannya sedih tetapi aku tergigit cili padi yang aku sangkakan sayur. Terpaksa pula isteriku menjadi tukang mengelap peluh dan airmata. Memang berselera. Akhirnya aku menalipon anak lelakiku ajak makan bersama. Kata anakku mak da boleh berniaga ni. Pembaca semua jemputlah lihat. Nak ajak makan koew teow dah habis......Esoak buat pula.

Goblok...Minggir....

Aku bertugas pagi. Tiba-tiba aku mendapat panggilan talipon.
" Encik Ariff boleh datang ke pondok kawalan. Rakan saya pengsan ".
Aku dan rakanku bergegas kepondok kawalan. Apa-apa yang berlaku dalam kawasan kami bermakna kami akan bertanggungjawab. Setibanya kami disana aku melihat seorang pak guard sudah terlantar tidak sedarkan diri. Kadang-kadang dia bersilat. Gayanya seperti harimau. Sah ler ini kes menuntut ilmu.

Rakan setugasnya menalipon isteri pak guard sebab hanya isterinya saja yang tahu mengubat suaminya. Tapi isterinya tidak dapat datang sebab anak kecil mereka masih disekolah. Dia meminta tolong kami merawat suaminya. Caranya ialah pegang tasbih. Lepas itu beri salam dan benda yang berada didalam badan suaminya akan bertanya siapa. Beri nama orang yang bagi salam dan kemudian zikir. Rakannya tidak berani buat lalu dia bertanya diantara aku dan rakanku siapa yang berani.


" Ariff..hang buat ler. Aku tak sembahyang dan aku tak pandai zikir ". Kata rakanku selamber saja. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kalau aku buat bermakna aku kena khusyuk berzikir dan kalau ini terjadi bermakna silat seru secara berzikir yang tidak lagi aku amalkan setelah mempelajarinya ketika aku di alam remaja akan mengalir kembali. Pernah aku bertanya guru silat untuk membuang ilmu itu. kata guru silat ilmu itu tidak boleh dibuang sebab dia amalan zikir yang sudah mengalir melalui saluran darah. Pernah suatu ketika aku terlalu marah aku akan menjadi orang yang hilang kawalan. Kini aku hanya boleh mengawal saja. Alhamdulillah setelah aku rapat dengan Allah aku dapat mengawal emosi marahku. Ketika mendengar kuliah banyak diceritakan tentang mengawal kemarahan. Tapi itulah sampai isteriku meninggal akibat perbuatan sihir pun aku terlalu cool untuk membalas dendam.
" Kalau hang tengok aku buka langkah nak bersilat. Hang tarik badan aku keluar ". Aku pesan pada rakanku.

Aku diberi tasbih lalu menghampiri pak guard. Aku beristighfar agar aku dapat mengawal emosi. Takut pula kalau aku hilang kawalan siapa pula yang akan mengubat aku.
" Assalamualaikum ". Aku memberi salam. Suara aku terketar-ketar.
" Waalaikumussalam. Siapa kamu ". Tanya pak guard. Suaranya dalam. Bahasanya lebih kepada Indonesia atau sedikit Jawa.
" Saya bernama Ariff Budiman. Kamu dari mana ". Tanya aku.
" Hamba dari Gunung Jerai datang melawat kekanda yang punyai masalah ". Kata benda yang berada didalam badan pak guard.

" Kamu mahu bermain ya '. Tanya pak guard sambil tangannya seperti cakar harimau bersilat didepanku. Rakanku dan rakan pak guard dah nampak lain macam. Aku juga takut tapi aku harus meneruskan juga apa yang telah aku lakukan.
" Enggak mahu main. Hamba tidak pandai bermain ". Aku berkata
' Goblok kamu. kalau enggak tahu bermain minggir kamu. Ayuh.... ". Sambil membuka langkah silatnya. Bila melihat silatnya tiba-tiba tanganku pula yang bergerak. Cepat-cepat aku beri isyarat kepada rakanku agar menarik aku keluar. setelah aku ditarik keluar aku meminta rakan pak guard menalipon isterinya yang tahu mengubat. Aku tidak mahu menanggung risikonya.

Setelah isterinya datang lalu isterinya memakaikan suaminya selendang kuning macam pendekar. Aku terkenang kembali saat aku bertemu dengan lembaga berpakaian hitam dengan selendang kuningnya. Setelah dijampi dan baca mentera akhirnya suaminya sedar kembali. Kata isterinya suaminya tidak boleh ada masalah. Mereka kena keluar dari rumah sewa. Disebabkan terlalu memikir untuk mencari rumah maka jatuh pengsan. Yang datang adalah datuk dari gunung jerai untuk melawat.

" Tapi kak pasai apa dia ajak saya bermain dan buka bunga silat '. Tanyaku kepada wanita tersebut.
" Datuk tau orang yang berada didepan ada ilmu tapi tak mau buat ". Sambil tersenyum wanita tersebut mengerling kearahku.
" Patut la dia panggil saya goblok dan halau saya kebelakang ". Merungut aku didepan wanita tersebut.
" Sampai bila encik nak simpan ilmu tu. Gunalah ". Tegas wanita isteri pak guard.
Aku terdiam seketika. Ilmu apa yang aku ada sehingga aku diajak untuk bermain. Bertambah musykil dan takut aku. Entah ilmu itu diragui atau tidak. Aku tidak berani mencuba. Kalau ada pun aku akan ikhtiarkan untuk dibuang. Takut bila dipenghujung nyawa ilmu itu begitu susah untuk dikeluarkan

Tuesday, March 29, 2011

Rindu Sangat....Tengok Puas-Puas

28 Mac 2011.....Aku akan bertugas malam tetapi entah kenapa badanku terasa macam cuaca di Pulau Pinang. Kejap hujan dan kejap panas. Begitu juga badan aku. Akibat keletihan kerja yang tidak menentu badan mulai merasa panas sedikit.
" Badan abang panas la. Macam mana abang nak kerja malam ni ". Kata isteri bila tersentuh badanku.
" Nanti selepas isyak ni abang telan panadol dan tidur dahulu. Nanti Nah kejutkan jam 11 malam ". Baiknya isteriku. Sanggup tak tidur hanya nak kejutkan aku untuk bertugas malam.
Apalagi tarik selimutlah sehingga tak nampak apa-apa.
" Macam ini baru berpeluh badan abang. Insyaallah nanti segar ke tempat kerja ". Itulah setiausaha peribadiku merangkap sebagai jururawat kadang-kadang. Sambil membetulkan selimutku agar menutupi seluruh badanku supaya berpeluh.

Disnilah bermula episod sedikit demi sedikit dia muncul disebelah kiriku

Tiba-tiba aku terkejut dari tidur. Terasa lama benar aku tidur. Terkejut aku bila melihat jam didinding menunjukkan pukul 11.45 malam. Masyaallah bila masa isteriku tertidur disebelah. Kesian aku dengan isteri. Dia juga keletihan berniaga namun semangatnya yang tinggi untuk mengejutkan aku dan akhirnya dia juga tertidur. Aku mengejutkannya sambil tertawa.
" Masyaallah. Setiausaha abang boleh terlena ". Sengaja aku mengusiknya. Tak sanggup aku nak memarahinya bila melihat dia tertidur. Jam 4 pagi dia harus bangun untuk masak.
" Hah...Nah minta maaf abang sebab tertidur ". Muka dia berlainan takut aku marah.
" Tak apa. Small matter. Nanti abang talipon rakan beritahu terlewat sedikit ". Pujuk aku takut dia rasa bersalah pula.

Disinilah aku hampir dilanggar kereta yang datang arah selekoh depan. Pemandu itu juga terkejut

Setelah siap aku pun keluar sambil melambai tangan kepada isteriku. Bila buat begini barulah terasa akan kemesraan. Semasa hidup dengan arwah Siti Aishah aku lakukan begini juga. Terbayang wajah isteri melambaikan tangan menghantar aku untuk bertugas. Jam sudah pukul 12 tengah malam. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas dari jalan yang selalu aku lalui. Kalau sebelumnya aku mengambil 40 minit untuk ketempat kerjaku. Jalan pintas ini hanya memakan masa selama 15 minit saja. Cepat kan kan....

Aku terus memecut motosikal menaiki jalan berbukit yang dipenuhi pokok dan hutan. Hujan mulai turun renyai-renyai. Nak guna kereta anak lelaki dan pinjam nak ronda dengan kawan-kawan katanya. Terpaksa la guna motosikal. Aku terus memecut membelah bukit. Tiba-tiba aku sedari ada sesuatu yang tidak kena. Terasa ada kain melayang disebelah kiriku. Lama kelamaan kain itu makin banyak. Ya Allah lansuir berada betul-betul disebelahku. Mukanya menoleh kearahku sambil menyeringai senyum. Kalau dulu aku boleh namapak mereka tak menjadi hal. Aku boleh bersedia. Kini dia muncul tiba-tiba disebelahku pula.

Perlahan-lahan aku menoleh melihat wajahnya. Pipinya dipenuhi dengan bedak sejuk tapi sudah kering. Mungkin dah lama dah tak tukar...Rambutnya panjang mengurai. Lama kelamaan sudah menjadi biasa. Pengalaman dapat melihat benda halus membuatkan aku tidak terlalu gentar menghadapinya. Aku biarkan dia terbang mengikutku. Yang anehnya bila aku belok dia pun belok padahal dia bukan tengok depan. Asyik lihat muka aku saja sambil garu merata. Terasa gatallah tu akibat tak mandi lama. GPS dia mungkin orait juga. Didepan selekoh aku melihat cahaya lampu kereta. Lega rasanya mungkin bila lampu kereta menyuluhnya dia akan terbang. Bila kereta membelok dan lampunya menyuluh depan, kereta itu terus melelong dan hampir-hampir melanggar aku. Aku turut melelong. Mungkin pemandu tersebut pun dapat melihat akan langsuir. Terus kereta itu menghilang.

Diatas pokok inilah langsuir terbang sambil mengilai nyaring he he he.....

Akhirnya aku membaca ayat kursi lalu aku hembus pada langsuir. Terus dia terbang diatas pokok sambil mengilai nyaring. Kalah suara Ziana Zain. Bila sampai di tempat kerja tangan aku dan menggeletar. Nasib baik dalam beg ada Al Mathurat lalu aku baca untuk menghilangkan gugupku. Pagi tadi ketika aku pulang aku singgah digerai isteriku lalu aku ceritakan apa yang berlaku semalam.
" Nah dah pesan dekat abang jangan lalu ikut bukit tu tengah-tengah malam. Tu la abang dok rindu sangat kata nak jumpa, dia bagi jumpa la ". Gurau isteriku. Pernah aku berkata dekat isteri antara kebaikan aku dapat melihat dan tidak baiknya aku tidak dapat melihat. Kataku yang baiknya ialah aku tahu dimana mereka berada dan aku bersedia. Yang tak baiknya ialah macam yang aku jumpa la. dia muncul secara tiba-tiba. Siapa yang tidak terkejut beruk.
" Abang rindu la nak tengok balik ". Pernah aku berkata kepada isteri.
Rindu sangat tengok puas-puas............

Monday, March 28, 2011

Aku Dan Pemuda Itu Adakah Sama

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Aku dan isteri masih belum dapat menutup mata, Hujan sudah mulai turun dengan lebatnya. Dalam keheningan malam tiba-tiba isteriku bersuara,
" Bang semalam Nah mimpi tsunami. Takut sungguh ".
Aku tertawa gelihati sebab semenjak aku berkahwin dengannya sudah menghampiri 2 tahun inilah pertama kali dia menceritakan kisah mimpinya. Sebelumnya aku yang banyak bercerita dan isteriku merupakan seorang pendengar yang setia.

" Bang dalam mimpi abang yang sebelum ini, mimpi apa yang abang tak boleh lupa ". Tanya isteriku. Beria-ia benar untuki mengetahui.
" Yang abang tak boleh lupa ialah 2 mimpi. Mimpi pertama ialah seminggu sebelum arwah Aishah meninggal. Dia datang kepada abang dengan memakai telekung. katanya dia akan pergi jauh. Aishah berpesan agar abang meneruskan kehidupan ini. Pada saat itu tahulah abang yang Allah akan menjemput Aishah walaupun abang berdoa kepada Allah agar janagn dipisahkan kami. Mimpi kedua ialah abang dan anak-anak berada disebatang anak sungai. Banyak ikan yang cantik-cantik tapi tidak menarik minat abang dan anak-anak hingga tiba di hulu sungai dimana abang dan anak-anak berkenan dengan sekumpulan ikan dan ikan itu seolah memberi kebenaran untuk ditangkap. Apalagi abang pun menyuruh anak-anak menyauk ikan tersebut. keesokan harinya seorang sahabat Aishah meminta kebenaran abang untuk merisik Nah walaupun abang tahu sebelum ini amat sukar Nah menerima seseorang. Alhamdulillah setelah Nah memberi tempuh akhirnya nah sudi menerima abang . Bertuahnya abang ". Tersenyum isteriku mendengar ceritaku.

" Baru-baru ni Nah abang ada terbaca satu blog kisah penderitaan seorang wanita menghadapi penyakit kanser. Betapa sabarnya dia mengharungi stage demi stage. Suaminya begitu mengambil berat terhadap isteri dan memberi sokongan. Akhirnya wanita itu meninggal dan suaminya pula mengambil alih tugas menulis ". Diam isteriku dan khusyuk mendengar.
" Satu lagi kisah Nah...seorang pemuda menghadapi dugaan bila isterinya sakit. Semua organ dalaman isterinya rosak. Isterinya berkata kepada suami andaikata Allah panjangkan umurnya, isterinya mengizinkan suaminya berkahwin lain. kata suaminya pula kepada isterinya, Semasa berkahwin kita amat gembira dan kegembiraan itu kita nikmati bersama. Kini biarlah dugaan ini kita harungi bersama. Biarlah airmata kita jatuh berderai namun jangan ditarik kegembiraan itu dengan meminta agar abang kahwin lain ". Aku begitu sebak bercerita sebab kisah yang kedua adalah kisahku. Sengaja aku mengubah plot cerita agar isteriku tidak dapat meneka itu merupakan kisah sejarahku bersama arwah Siti Aishah. Tapi dengan ini sajalah aku dapat menenangkan perasaanku kerana aku tidak tahu pada siapa harus aku mengadu selain Allah.

Aku melihat airmata isteriku jatuh berderai. Dia mengambil bantal lalu menekup mukanya.
" La kenapa Nah menangis. Abang cerita macam ni pun dah menangis ". Aku cuba mententeramkan isteriku padahal aku sendiri yang sebak sewaktu bercerita.
" Abang cerita dengan penuh perasaan. Airmata abang mengalir itu yang membuat Nah tak tahan lagi. Nah kagum dengan pemuda itu bang. Sungguh sabar dan sayang dia dengan isterinya. Kalau orang lain sudah tentu mengambil kesempatan dari keizinan isterinya ".
Rupanya isteriku kagum dengan pemuda yang diceritakan padahal pemuda itulah yang sering berada disisinya setiap hari.

" Kalau dibandingkan abang dengan pemuda itu siapa yang baik Nah " Tanyaku dengan nada bergurau.
" Abang baik terhadap Nah dan anak-anak tapi Nah respect dengan pemuda itu. Payah cari lelaki sebegitu. Bagaimana pemuda sekarang bang ". Tanya isteriku.
" Apa yang abang baca isterinya meninggal dan pemuda itu telah berumahtangga lain macam kes abang juga ". Aku berkata sambil tersenyum
" Eloklah begitu. Bertuah isterinya yang baru mendapat suami yang baik ". Kata isteriku
" Kira Nah tak bertuah la dapat kahwin dengan abang ". Sengaja aku mengusik menanti jawapan.
" Nah bertuah dapat abang. Pasal apa ni. Abang jeolous ka dengan pemuda itu ". Kata-kata isteriku membuat aku berfikir sejenak adakah aku dan pemuda itu sama. Sudah hilangkan semangatku berbanding pemuda itu. Kadang-kadang aku merupakan director yang mengarah watak berbeza sedangkan aku dan pemuda itu adalah orang yang sama

Sebelum melelapkan mata aku mengajak isteriku makan ais kacang di Tesco pada esok hari. Sudah lama tak merasai. Ketika menikmati ais kacang barulah isteriku teringat yang aku kena jumpa doktor pada hari Isnin (hari ini ). Dan ketika hari ini aku melangkah masuk ke bilik doktor, doktor tersenyum sambil berkata yang tahap kesihatan aku amat baik. Syukur kepada Allah.....

Saturday, March 26, 2011

Gulai Jantung Pisang

Isteriku meminta aku mencari jantung pisang. Katanya nak buat gulai jantung pisang. Dengar saja gulai jantung pisang perut sudah mula meragam. Aku terus ke kampong ibu mertuaku. Masih banyak pokok pisang dan jantungnya. Setelah mengambil beberapa biji aku terus ke pasar untuk mencari daging cincang. Cukuplah sebanyak RM3 untuk daging. Makan daging banyak-banyak pun tak elok untuk kesihatan. Setelah isteriku pulang dari gerai semuanya telah pun kusediakan. Hanya menanti masa untuk isteriku membuat gulai. Tersenyum isteriku bila melihat semua peralatan telah aku sediakan didapur. Nasib baik aku tak berapa pandai buat gulai. Kalau tidak sudah tentu sudah beres semua.

Setelah selesai berehat akibat keletihan berniaga isteriku pun mulalah kedapur manakala aku bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat. Bau tumisan cili membuatkan perutku memberontak. Aku terus kemasjid dengan harapan agar khutbah yang akan aku dengar memberi sedikit kekuatan kepadaku. Malangnya tatkala khutbah disampaikan mikrofon berada jauh dari mulut. Akhirnya ramai para jemaah mengambil kesempatan untuk menunduk kepala tanda setuju. Akhirnya selesai juga solat Jumaat.


Hujan turun dengan lebatnya. Di Pulau Pinang boleh dikatakan musim hujan. Kalau kerap hujan disebelah petang maka isteriku tak dapat berniaga di pasar malam. Sambil menanti hujan aku bercadang untuk menziarahi pusara isteriku. Selepas hujan telah reda aku ke pusara isteriku lalu aku bersihkan rumput-rumput yang begitu cepat tumbuh akibat hujan. Selepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan doa, aku bergegas pulang. Terasa begitu lapar sekali. Bila sampai dirumah aku menghidu sesuatu yang wangi. Isteriku tersenyum bila melihat aku sambil menggoreng ikan talang kering. Wah bertambah selera aku.

Setelah dihidangkan aku tidak menolak nasi yang banyak. Selalunya aku akan buang sedikit tapi kali ini tidak. Aku begitu berselera. Aku picit-picitkan cabai kering yang di goreng kedalam nasi. " Waduh...ibu.... sedapnya ". kataku kepada isteri.
Selesai sudah sarapan untuk tengahari. Yang pastinya untuk sarapan malam aku tidak lagi menjamah nasi. Cukuplah dengan makan roti dicicah dengan kuah gulai. Itulah yang aku amalkan selalu. Hanya makan nasi sekali sehari. Kesihatan perlu ku jaga dengan baik. Kepada pembaca selamat menjamu mata....

Aku berehat sambil menyelak akhbar yang memaparkan bagaimana kotornya politik melayu. Demi untuk kuasa seseorang sanggup melakukan fitnah. Aku berdoa agar Allah fitnahkan kepada keluarga mereka pula. Biar mereka tahu bagaimana malunya di aibkan. Mungkin suatu hari akibat jijiknya politik di negara tercinta ini tidak mustahil Allah turunkan bala. Jangan sangka kita berada di zon yang tiada bencana. Kalau fitnah bermaharaja lela tidak mustahil perkara ini berlaku

Thursday, March 24, 2011

Bila Anak Buat Temu Janji

Aku menerima panggilan talipon dari anak gadisku bertanyakan bila aku free. Faham benar aku yang mereka benar-benar merindui aku. Jarak rumah lamaku dengan rumah baruku hanyalah 2 kilometer sahaja. Mereka dua beradik mengambil keputusan untuk berdikari selepas kematian ibu mereka. Aku pernah berkata kepada kedua-dua anakku yang kami semua harus pandai berdikari dan menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

" Kakak, adik walaupun ayah begitu sedih dengan dugaan ini tapi kita tak dapat melawan takdir. Kita harus terus melangkah dan menongkah arus dugaan ini walaupun dalam masa yang sama memori silam sering mengikuti kita. Walaupun kita berjauhan ayah tidak sekali-kali melupakan anak-anak ayah. Biar jauh dimata namun dekat dihati ". Itulah saja perkataan yang dapat aku luahkan kepada kedua-dua anakku sewaktu melangkah kerumah isteriku selama setahun setengah.

Alhamdulillah kedua-dua anakku dapat menerima dugaan ini. Isteriku amat memahami andaikata aku hendak berjumpa dengan anak-anakku. Dia tidak pernah menggangu atau menalipon kenapa masih belum pulang lagi. Setelah berjanji selepas solat maghrib ayah akan mengambil mereka tapi mereka yang datang mengambil ayah mereka. Seperti selalu aku membawa mereka ke Restoran Ahh Basri yang terkenal dengan Satay. Rakanku merupakan seorang saudara baru. Setelah mendapat pengalaman beliau telah membuka restoran satay. Yang bagusnya satay ini ialah dia telah detoxified atau membuang dahulu klorin yang terdapat pada ayam. Sataynya begitu lembut. Kini bermacam-macam jenis satay dikeluarkan. Malam itu kami order satay biasa dan kalamari atau sotong.

Isteriku sengaja tidak mahu mengikut. Aku faham benar yang dia tidak mahu mengganggu aku dan anak-anak berjumpa. Sebelum aku bersama dengan anak-anakku, aku bawa dia makan dahulu disini. Bila anak-anak berjumpa ayah maka banyaklah cerita yang ingin dikongsikan bersama. Aku memberi cadangan next perjumpaan aku nak ajak mereka makan di restoran cina muslim.
" Sebagai orang islam, kita kena tolong mereka ". Aku berkata kepada kedua-dua anakku dan sebulat suara bersetuju yang next perjumpaan kami ialah di restoran cina muslim. Tapi sebelum aku dan anak-anak kesana sudah pastinya aku terlebih dahulu membawa isteriku kesana.
" Nanti bila-bila Nah kita makan di restoran cina muslim pula ". Isteriku tidak menolak permintaanku.

Bila selesai kami pulang kerumah. Aku menghantar anak-anakku pulang kerumah.

" Terima kasih ayah kerana sudi meluangkan masa ". Kata kedua-dua anakku sambil bersalaman denganku. Dalam kereta aku mengalir airmata betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap aku.

"Kalaulah emak masih ada sudah tentu hidup kita tidak begini ". Pernah aku berkata kepada ank gadisku.
" Nak buat macam mana ayah. Allah lebih sayang dekat emak. Ini semua dugaan buat kita semua ". Begitu cekal anak gadisku berbanding ayahnya yang kadang-kadang dibuai perasaan bersalah terhadap anak-anak.
" Insyaallah suatu hari kita akan bertemu dengan emak...ayah ". Itulah kata-kata azimat dari anak gadisku yang cukup memberi kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan sebelum bertemu pencipta.
" Ya Allah kau sejahteralah kedua-dua anakku. Hanya kepadamu saja aku menyerah keselamatan mereka. jauhkan mereka dari fitnah dan hasad dengki manusia. Amin ya Allah ".

Wednesday, March 23, 2011

Rumah Di Naiki Air

Sekitar jam 6 petang aku melihat awan tebal yang gelap berada di atas bumbung rumahku. Suasana seperti masuknya waktu maghrib.

" Nah nampak gayanya hari ini hujan akan turun lebat. Nasib baik kita dah repair diluar. Kalau tidak sudah tentu air akan masuk kedalam rumah bila hujan ". Kataku kepada isteri. Satu demi satu aku makan cucur udang yang digoreng isteri sambil menanti waktu maghrib. Ketika azan berkumandang hujan lebat sudah mulai turun. Cepat-cepat aku menunaikan solat maghrib. Jam 8 nanti aku akan mengetahui apa berita tentang pengebomam tentera bersekutu keatas libya

Begitu tebal awan menutupi ruang angkasa

Selesai solat maghrib aku sudah berada didepan tv. Belum pukul 8 lagi. Aku membuka laptop untuk membaca email-email terbaru. Tiba-tiba isteriku meluru keluar

" Bang air masuk dalam rumah bang ".
Apalagi bergegas aku kedapur dan betul begitu cepat air masuk kedalam. Aku membuka pintu dapur. Terbukanya pintu memudahkan lagi air menerpa. Panik isteriku. Tiba-tiba...isteriku menjerit

" Bang lipas bang. Gelinya..... " Sambil berlari mencari sheltox.
Aku tertawa gelihati melihat kelemahan isteriku dengan lipas. Disemburnya lipas yang dibawa arus. Kalau ada yang masuk kecelah-celah periuk tiada maaf bagimu. Isteriku cukup pantas bertindak.

Air melimpah masuk keruang dapur rumah. Macam air pasang da..

Dalam keriuhan isteriku dengan lipas, jiran sebelahku pula riuh dengan pertengkaran mereka. Sisuami memarahi isteri kerana membiarkan rumput panjang dan longkang tersumbat yang menyebabkan rumah mereka dan kami dimasuki air. Sambil mencekak pinggang si suami mengarahkan si isteri membuang rumput diluar dalam keadaan hujan lebat. Aku sudah mula geram dengan gelagat si suami yang hanya tahu mengarah tetapi tidak mahu menolong. Dia rasa dia seorang yang mencari nafkah manakala si isteri yang tidak bekerja dianggap sebagai duduk saja dirumah.

" Sudah la bang. Jangan ditambah lagi ketegangan dengan menegur mereka. kejap lagi berhenti lah ". Isteriku menenangkan aku setelah melihat aku meluru keluar untuk menuju kerumah jiran sebelah. Hujan semakin lebat. Rumah-rumah jiranku yang lain turut dinaiki air. Akhirnya aku sendiri keluar dalam keadaan hujan lebat membersih longkang yang tersumbat dan akhirnya alhamdulillah barulah air dapat mengalir dengan laju. Jiranku masih lagi bertengkar. Si isteri pula naik sheikh bila asyik dimarahi suami depan orang ramai. Mungkin malu juga dia diperlakukan begitu. Begitu dayus sekali si suami. Si isteri bertungkus lumus dengan air memenuhi rumah, si suami pula tak habis-habis menengking macam orang mabuk. Dalam keadaan hujan lebat juga si suami menaiki motosikal pergi entah kemana. Tinggal si isteri sendirian memncuci rumah.

Kasut siapa pula yang dibawa masuk kedalam rumah aku ni...

" Nah...nanti bila kita dah tua janganlah jadi macam mereka. Asyik bertengkar dan bergaduh sesama sendiri ". Aku berkata kepada isteriku. Sedih juga bila melihat jiran sebelah. Waktu muda mereka mungkin bercinta macam nak rak. Bila tua asyik bergaduh.
" Depa tak ada perasan cinta lagi kut no ". Kataku pada isteri yang hanya mendiamkan diri. Setelah air mulai reda aku dan isteri mulalah mengemas kembali barangan yang diangkat. Dalam pada itu masih ada terselit seekor dua lipas yang menyebabkan isteriku melenting giler.....

Syukur sebab air masuk tak lah banyak sangat. Nasib baik tepung roti canai, aku angkat naik keatas meja. Kalau tidak rosaklah ia. Sewaktu berehat setelah letih selama sejam air memasuki rumah, aku pun bersuara kepada isteriku.
" Nah tau dak tadi...semasa abang ada dekat luar. Abang dengar satu suara ". Aku memulakan cerita.
" Abang dengar suara apa. Hantu ka ". Sampai kesitu pula sangkaan isteriku.
" Tak tak bukan hantu tapi entah la. Suara tu berkata, Wahai anak-anakku waspadalah rumah itu. Penghuninya amat bahaya. Pantang melihat kita sudah pasti mereka akan membunuh. Jangan masuk kedalam rumah mereka sebab mereka akan menjejaki kita sampai kelubang cacing. Ibu pesan ini sebab ibu sayangkan anak-anak semua ". Aku menghabiskan ceritaku sambil isteriku ketawa akan maksud ceritaku ini.
" Abang ni suka sangat menyakat Nah la ". Sambil mencubit lenganku. Kepada pembaca semua, apakah maksud ceritaku. Cuba terangkan.....

Tuesday, March 22, 2011

RumahKu Banjir

Hujan turun dengan lebatnya. Ruamh aku dinaiki air....... Isteriku menjerit minta tolong tapi why why. Tunggu esok no. Jangan tak baca

Haruskah Aku Berbohong Demi Bangsa

Cuaca kelihatan mendung. Awan tebal sedang bergerak menutupi bukit. Ini menandakan yang hujan akan turun pada bila-bila masa. Entah kenapa perut pula terasa lapar. Baru aku menyedari tengahari tadi aku menjamah nasi begitu sedikit sekali. kadang-kadang isteriku menegur kerana aku makan terlalu sedikit. Kalau dulu memang aku makan sungguh berselera. Aku sendiri pun tidak mengerti mengapa aku jadi begini. Aku makan hanya bila terasa lapar dan aku berhenti sebelum kenyang. Berat badan aku menurun sehinggakan seluar terpaksa diperkecilkan

" Abang nampak slim berbanding dulu masa kita kahwin ". Puji isteriku.
" Ya ka. Nah nak makan apa abang nak belanja. Hari ini ada pasar malam ". Aku sudah termakan dek pujian isteriku.
" Abang beli nasi kerabu dan kita share dua orang ". Begitulah selalu kalau dibeli nasi kami beli hanya sebungkus saja dan ditambah lebih nasi. Dalam bungkusan itulah juga kami makan bersama. Kadang-kadang terasa semacam ada perebutan. Memang indah sekali.

Terasa hujan sudah menyapa tanganku ketika aku keluar kepasar malam. Harap-harap sempat aku beli memandangkan pasar malam berada dibelakang rumahku. Kenderaan bergerak perlahan menyebabkan jalan kepasar malam sedikit sesak. Sebuah kereta Kembara memberi lampu signal ingin membelok kekiri. Sebuah kereta proton Wira yang dipandu seorang wanita cina mengikuti dari belakang dan aku berada di belakang kereta wira tersebut.

Kereta wira terus membelok kekanan memandangkan kembara telah memberi lampu signal kekiri. Tiba-tiba kereta kembara terus masuk kekanan dan apalagi berlakulah perlanggaran. Sambil tergesa-gesa keluar dari kereta kembara, seorang wanita melayu bertudung terus menyanggah wanita cina yang kelihatan tenang.

" You tak nampak ke i nak masuk kanan. Sabar la sikit ". Sambil bercekak pinggang memarahi wanita cina yang kelihatan tenang. Mungkin wanita cina itu risau juga sebab kawasan itu adalah kawasan penempatan orang melayu.

" Sorry..you bagi signal kekiri tadi jadi i masuk kekanan le. Kenapa you masuk kanan ". lembut saja wanita cina memberi penjelasan. Aku hanya memerhati saja gelagat mereka.

" Sepatutnya you kena perlahan kenderaan dan biar i masuk dulu baru you masuk. You yang salah tau ". Garang sungguh wanita melayu bertudung seolah-olahnya dia yang betul.

" Kakak..sebenarnya kakak yang salah. Kakak yang bagi signal kekiri. Saya pun nampak ".
Aku membetulkan keadaan walaupun aku tahu yang aku tolong itu bukan orang melayu tetapi bangsa cina.

" So how kakak. You nak settle ke atau nak repot polis ". Tanya wanita cina tersebut.
" Ala settle la kakak. Kakak yang salah lagipun kereta dia kena bukanlah teruk sangat ". Aku seolah-olahnya pegawai polis yang memberi arahan. Akhirnya wanita melayu tersebut akur dan memberi contact number untuk urusan claim. Setelah wanita cina mengucapkan terima kasih kepadaku kerana menolongnya dia berlalu pergi. Aku terus memandang wanita melayu pula. Masam mukanya memandang aku.

" Ingatkan nak tolong bangsa sendiri. Ni pi tolong cina pula ". Marah betul dia padaku.
" Sebenarnya kak..Islam itu bukan untuk melayu. Ia merupakan rahmat untuk semua orang. Kalaulah dinegara kita mengamalkan undang-undang islam, orang bukan islam tidak akan merasa takut berada dibawah undang-undang islam. Orang bukan islam akan mendapat pembelaan yang adil ". Aku menjelaskan pada orang yang sedang kemaruk marahnya.

" Pergi mampus dengan undang-undang awak ". Semakin marah dia padaku yang memberi tazkirah.

" Kak..sebenarnya undang-undang islam tidak pernah mampus. Yang akan mampus ialah kakak sendiri. Kakak sedar tak kakak mempersendakan siapa hanya kerana saya tolong orang cina. Kalau kakak tak sedar apa yang kakak cakap semoga Allah maafkan. Kalau kakak sengaja cakap harap-harapnya semasa memandu kakak tak masuk longkang ".

Akhirnya dalam lembut aku hentam dia. Apalagi berdentum bunyi pintu ditutup dan terus pergi. Akhirnya dia juga yang tak ke pasar malam. Seperti biasa aku memilih ikan goreng dan cabai yang disumbat ikan. Memang sedaplah. Ketika aku pulang hujan turun dengan lebatnya. Sambil makan sambil aku cerita insiden yang terjadi.

" Abang ni bagi tazkirah salah tempat ler. Orang tengah marah mana nak dengar. Abang ni selalu ada saja cerita lucu ". ". Ketawa isteriku mendengar cerita aku. Ya la sambil makan kalau tak berborak mana ada seronoknya kan kan...

Saturday, March 19, 2011

Bila Allah beri Sedikit Kesakitan

Sudah beberapa hari aku bertugas dari jam 8 pagi 12 tengahmalam. letih usah di cakap le. Kadang-kadang istreriku berpesan, " Kalau abang pulang tolong kejutkan Nah tau ". Aku tak sampai hati bila pulang kerumah menghampiri jam 1 pagi dan nak kejutkan isteriku. Pukul 4 pagi dia sudah bangun untuk memasak dan jam 6.30 pagi bertolak kegerai. Aku hanya dapat berjumpa dengannya seketika sebelum aku ketempat kerja. Akibat keletihan makan pun tiada selera. Pagi semalam seperti selalu sebelum ketempat kerjaku, pasti aku singgah di gerai isteriku. Sempat juga berborak walaupun seketika. ' Abang nak makan roti canai ka ". tanya isteriku. Aku hanya menggelengkan kepala dan akhirnya aku meminta agar dibakar roti hanya sekeping sahaja. Disapunya planta dan sekaya. itupun nak makan roti macam nak makan ubat. selera makanku tiada. Setelah selesai makan roti aku mengambil ubat sebab terasa bisa benar lututkun akibat kerap menaikai tangga ditempat kerja.

Ubat pula sudah habis. Yang ada hanya ponstan. Aku menelan ponstan dan pergi kerja. Akhirnya baru aku perasan yang aku ini alah kepada postan tetapi sudah terlewat. Dalam sekitar jam 11 pagi aku terasa pening dan meloya. Akhirnya perutku tidak dapat ditahan lagi. Aku muntah sehingga tiada apa lagi yang keluar. Mata jadi berpinar. Allah baru memberi sedikit kesakitan tapi rupanya aku tidak dapat menahannya lagi. Akhirnya setelah aku mencari pengganti aku pulang kerumah. Akibat keletihan aku tertidur. kalau sebelum ini aku merupakan raja mimpi tetapi kali ini aku rasa aku tak mimpi. Mimpi pun kasian dekat aku.

Alhamdulillah pagi ini aku bangun dengan badan terasa segar. Sebelum ketempat kerja aku singgah digerai isteriku. Nampak wajahnya tersenyum bila melihat aku tidak lagi berjalan terhencut-hencut seperti sebelum ini. " Puan roti telur satu makan ". Tersenyum isteriku bila dipanggil puan. Dengan sekejap saja aku dah bypass pesanan pelanggan lain. Aku dapat dahulu. maklum isteri sendiri yang buat. " Terima kasih Nah. Abang pergi kerja dulu '. Sambil aku melambai tangan kepadaku. Biar pelangan melihat aku melambai tangan kepada isteri sebab aku bukan melakukan kerja yang haram. Sebab apa aku buat begitu. Sebab isteriku layak dilayan begitu.....Dia anugerahku kali yang yang kedua dan aku harus mensyukurinya.

Thursday, March 17, 2011

Tersilap Andaian

Aku telah diarah bertugas untuk tunggusedia di suatu tempat yang terkenal kesesakkannya. Kalau di Penang sebut saja Farlim semua orang sudah sedia maklum. Tugas aku bermula jam 8 pagi hingga 12 malam sehingga hujung minggu ini. Jadi laptoplah sahabat setiaku yang menjadi penghubung disamping talipon bimbitku. Kalau kedua-duanya tiada sudah pasti aku kesepian. Pada sebelah petang aku begitu gemar berada diluar sebab di pokok yang rendang ini akan menjadi tempat persinggahan burung sebelum pulang kesarang mereka.

Sedang asyik berada didalam aku terdengar bunyi siulan burung.
" Dah sampai dah depa ni '. Bisik hati kecilku.
Bila aku keluar memang betul sangkaanku. Siulan burung merbah begitu merdu. Aku mengajuk siulan tersebut. Melawan burung tu. Diajuknya kembali sambil ekornya mengembang. Apalagi pengalaman aku mengajuk burung merbah sewaktu remaja aku gunakan. Kalau dulu aku akan memanggil burung merbah dengan bersiul dan aku akan memasang perangkap diatas pokok yang dipanggil jebak. Kini siulanku hanya untuk bermain saja.

Semakin banyak burung merbah yang hinggap dipokok ini. Sedang asyik mengajuk aku melihat dua orang wanita sedang berjalan. Tanpa memperdulikan mereka aku terus memanggil burung. Malang kali ini bukan burung yang datang kepadaku tetapi seorang wanita menunjuk penumbuk kearah aku sambil berkata,
" Buat kerjalah. Pantang tengok perempuan, mulalah nak menggatal. Sorrylah silap orang '.
Apahal pula dua orang wanita ni. Bila masa aku menggatal dengan mereka. Mereka menyangka yang aku bersiul untuk mengganggu mereka. Memang timing aku pun silap.
" Kak oiii, saya bukan nak kacau kakak. Saya panggil burung yang ada atas pokok. Jangan sangka buruk '. Aku membetulkan keadaan. Bukan semua orang miang hu hu...

Akhirnya barulah mereka perasan yang mereka telah tersalah sangka. Tanpa memohon maaf mereka berdua lari sambil ketawa malu. Aku hanya memerhati gelagat mereka sambil tersenyum. Terus aku menalipon isteriku menceritakan kisah tadi. Tertawa dia.
" Betul ka abang panggil burung ni. Entah-entah panggil burung lain tak ". Aku tahu dia bergurau.
" Tak tak abang setia pada yang satu ". Sambil ketawa aku yakinkan isteriku.
" Dimana saja abang bertugas, wajah Nah tetap dihatiku ". ketawa dia dengan gurauanku......

Wednesday, March 16, 2011

Nasi Goreng Ikan Masin

Akibat keletihan setelah pulang dari Changlun kedah menziarahi jenazah ibu mertua isteriku, dia mengambil keputusan untuk tidak berniaga. Akulah insan yang paling seronok sebab dia ada dirumah. Bolehlah ke pasar cari apa yang patut. Entah kenapa mulalah tekak ini mengidam itu dan ini. Maklumlah isteri tak kerja.

" Bang Nah ingat hari ni tak mau masak la. Badan jadi letih sangat. Nah nak rehat. Kita makan diluar nak tak ". Alamak... terkedu aku bila mendengar rintihannya.

" Ingat nak minta Nah buat gulai ayam kampong la. Macam nilah, kita tak payah makan diluar. Biar abang yang masak. Macam mana ". Meleret senyumnya sambil mengucap terima kasih kerana sudi kedapur. Aku ni cukup lemah kalau isteri puji. Kembang ni tok sah cakap ler..



Aku ke pasar mencari ikan tenggiri masin, sayur kailan, cili padi dan ikan. Aku punya planning nak menggemparkan isteriku. Nak buat nasi goreng ikan masin. Memang dia juga minat nasi ni.

" Abang tak letih ke memandu seharian. Ni nak masak pula. Kita beli la bang '. Pujuk isteriku.

Namun aku walaupun letih tapi amat susah sekali aku nak berehat. Kadang-kadang anak aku marah juga.

" Ayah ni pantang tak kerja. Mulalah ronda dengan motor ". Kalau dulu semasa bersama arwah Siti Aishah kalau tak kerja pasti aku berada dirumah dan tak kemana. Kini trend hidup aku sudah berubah. Aku terpaksa membuat pusingan jam agar aku tidak terlalu memikirkan memori silam. Alhamdulillah aku berjaya menyesuaikan diri.

Setelah ready semua diatas dapur, aku pun mulalah menumbuk cili padi. Tum tam tum tam aku menumbuk cili. Tiba-tiba entah macamana cili terkeluar dari sasaran lesung lalu hinggap di mataku. Apalagi lagi menonong aku ke tandas dalam keadaan pedih mata. Aku langgar apa yang ada didepan. Isteriku terkejut melihat mataku yang sudah merah. Setelah dibasuhkan air baru rasa reda sedikit kepedihannya.

" Kesian dekat abang. Tak apalah biar Nah tolong buat ". Cepat-cepat aku tak beri.

Aku sambung kembali menggoreng nasi. Sekejap isteriku datang.

" Abang buat nasi goreng ikan masih ke. Wanginya bang ". Sambil goreng sambil kembang hidung aku bila isteri aku puji wangi.

Kalau jiran pula puji siapa yang masak pasti meletup aku dibuatnya. Tapi jiran aku cina dan tak pernah ada dirumah. Kalau ada sudah pasti riuh kerana asyik bergaduh suami isteri. Tak ada feeling dah lah tu kan kan...

Akhirnya siap juga nasi goreng ikan masin yang aku buat. Berselera kami makan berdua. Aku buat jus asam boi pula tu. Geleng kepala isteriku melihat apa yang aku buat. Bukan aku tak letih, tapi aku cukup seronok buat kerja ini.

" Nah inilah kerja-kerja amal abang untuk hari ini. Kalau ia mendatang kebaikan kepada kita, abang sedekahkan pahala kebaikan itu untuk arwah suami Nah dan isteri abang '. " Amin..amin ". Tersenyum dia sambil mengaminkannya

Tuesday, March 15, 2011

Baik Ini Mayat

Aku mendapat panggilan talipon dari biras isteriku mengatakan yang ibu mertua kepada isteriku Rosnah telah meninggal dunia dan akan disemadikan di Changlun Kedah. Setelah aku mencari pengganti ditempat kerjaku kami bertolak ke Changlun dan alhamdulillah sampai disana sebelum asar. Setelah selesai solat asar maka solat jenazah pula diadakan. Selepas selesai solat Tok Imam bertanya kepada makmum, " Apa yang akan kita katakan kepada ini mayat ". " Baik ". Kata makmum dan diulangi sebanyak 3 kali. Aku hanya mendiamkan diri.

Selesai solat jenazah isteriku mendapatkan aku. Ditanya apa yang dia dengar tentang makmum berkata " Baik ". Aku menceritakan tentang recomendation yang diberikan imam dan makmum mengenai kebaikan jenazah kepada Allah. " Ada ka bang dalil tentang recomendation ini '. Tanya isteriku minta kepastian. " Ini semua amalan orang kampong dan tiada dalil tentang perkara ini. hanya 3 saja yang akan ikut kita semasa kekubur. 1. Ahli keluarga kita. Selesai semua maka pulanglah ahli keluarga kita. 2. Harta kita. kereta, pangkat kita dan harta benda dibawa pulang selepas selesai pengkebumian. 3. Amalan kita. Inilah yang akan menemani kita untuk bersoal jawab dengan mungkar dan nakir. Kalau semasa hidup dipenuhi dengan maksiat, tiada gunanya recomendation dari semua orang. Recomendation yang paling baik ialah dari anak-anak yang soleh. Itulah harta kita Nah. Doa dari merekalah yang kita sebagai ibu bapa harapkan. kalau kain yang putih kita corakkan warna hitam susahlah kita nanti ". Aku mematikan perbualan sambil melangkah ke kubur.

Selesai upacara pengkebumian maka sanak saudara semuanya pulang seperti yang aku katakan. Sepanjang perjalanan pulang ke Penang hujan turun dengan lebatnya. Namun aku masih boleh singgah membeli buah limau. " Abang ni pantang sungguh tengok buah. Pasti berhenti ". Aku hanya tersengih memandang isteriku yang tahu akan kelemahanku bila bertembung dengan gerai buah. Nasib baik hampir maghrib. kalau masih awal lagi sudah tentu aku ke Bukit kayu Hitam yang hanya beberap km dari rumah ibu mertua isteriku.

Sunday, March 13, 2011

Al-Muhajjir Bersama Maher Zain

Rumah baruku telah dikunjungi oleh adik dan kakak yang datang dari Kelantan. Isteriku begitu sibuk menggoreng bihun untuk santapan kaum keluarga. Aku pula ke pasar malam mencari kuih tradisional. Dapatlah kuih serabai dan cucur peniram sebagai juadah tambahan. Selepas maghrib sampailah mereka kerumahku. Dalam semua-semua yang datang terselitlah seorang anak kecil yang bergelar cucu saudara. Eh eh betul ka perkataan ni.

Sianak kecil yang di panggil Iman ini amat suka mendengar lagu Maher Zain. Kalau didalam kereta dipasang lagu lain maka marah la dia. Bila si ayah menyanyi juga dimarahi sebab suara tak sedap. Maka aku pun mulalah menyanyi lagu Insyaallah dan Barakallah. Berhenti dia bila mendengar suara tok anjang dia menyanyi. Kira sedap sangat lah tu. Setelah puas berborak maka tibalah masanya mereka pulang. Aku cukup gembira sebab sejak kami berpindah kesini selama sebulan setengah inilah pertama kalinya rumah kami dilawati kaum keluarga.

Setelah mengemas dapur dan solat isyak, badan dan mata pun tidak dapat ditahan lagi. Dengan sekejap saja tidak sedarkan diri. Maka bermulalah episod pengembaraanku. Aku membawa isteriku ke konsert kumpulan nasyidku iaitu Al-Muhajjir bersama Maher Zain. Maher Zain mendendangkan lagu Insyaallah dan Barakallah. Selesai dua lagu maka berkata Maher Zain. " Tuan-tuan dan puan-puan. Bersama dengan saya ialah kumpulan yang tidak asing lagi. Dijemput kumpulan Al Muhajjir. Maka aku pun keluar sambil mengalunkan lagu, " Bila nur melimpah di hati. Manusia itu bangun. Dari alam kegelapan ibarat mata yang berseri..... ". Lagu dari Nadamurni

Penonton menepuk tangan bila mendengar dendangan aku. Betapa bangganya aku bila mendapat tepukan begitu. Aku turun dari pentas mendapatkan isteriku sambil menyanyi. Nak tunjuk romantiklah tu. Tiba-tiba isteriku menampar pipiku. Terkejut aku bila ditampar. Bila aku membuka mata, aku berada diatas katil sambil terduduk. Tanganku mengangkat seperti membuat showmanship. " Apa abang ni duk ooo oooo seperti dok nyanyi. Abang lawan dengan jin ka ". Tanya isteriku.

Akhirnya aku cerita kepada isteriku yang aku bermimpi kumpulan nasyid kami membuat persembahan bersama Maher Zain. Apalagi isteriku tidak dapat menahan ketawa lagi. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Setelah puas ketawa dan mata pun sudah hilang mengantuknya kami terus mengerjakan solat tahajjud. Kira buat qiamullail lah. Aku sempat membaca hadis 40 sambil menanti waktu subuh. Itulah pengembaraanku walaupun sementara tapi penuh erti. Bukan senang dapat membuat persembahan begini. Pembaca semua sorry la bila melihat ke tajuk tu nampak power. Tapi itulah aku raja segala mimpi. Layanlah he he

Saturday, March 12, 2011

Buka la Blog Abang

Aku bersama isteriku sedang melihat Al Jazeera live tentang apa yang berlaku di Jepun. Takut juga melihat ombak melanggar apa saja tanpa dapat dikawal. Sedang asyik bersembang tentang tsunami yang melanda Jepun, tiba-tiba isteriku menukar topik perbincangan. " Abang bukalah blog abang. Nah nak baca. Ramai yang bila berjumpa dengan Nah menceritakan tentang blog abang. Bagi la Nah baca bang. Baru ni pergi kenduri pun ada yang menceritakan tentang blog abang ". Merayu dia minta simpati aku. Tergamam aku mendengar permintaan dari isteriku.

" Nah tak payah baca la blog abang. Abang cerita kisah hidup abang yang lampau. Tentu Nah tak suka membacanya. Itu kisah nostalgia abang ". Aku cuba berdalih. Ternyata dia faham akan kata-kataku tentang kisah lampauku. Sudah tentu dengan arwah Siti Aishah. Aku merayu bebenor kepada pembaca yang cukup baik hati. Kalau berjumpa dengan isteriku janganlah diceritakan kisah blog. Bukan apa aku takut kalau dia terbaca tentang apa yang berlaku terhadap aku dan cerita arwah isteriku , sudah tentu dia akan bersedih. Bak kata kakak ipar aku, " Orang wanita ni akan terasa jika dia telah memberi yang terbaik tetapi suami masih mengingati isteri yang telah tiada ".

Terus terang aku katakan yang aku amat menyayangi isteriku Rosnah cuma dalam masa yang sama aku masih lagi tidak dapat melupakan tergedi ( Bukan tragedi Oktober nyanyian Awie no ) yang berlaku terhadap isteriku. Masih terbayang kesakitannya. Masih terbayang orang yang menyihirnya. Bukan aku tidak meredhoi pemergiannya. Bukan aku tidak mahu melepaskannya tetapi aku tidak mampu memadam memori yang masih terpahat dimindaku. Cuma bila nyawa aku dicabut maka dengan serta merta memoriku akan terpadam. kalau dia dapat membaca blog aku maka aku akan melupakan terus menjadi penulis blog. Itulah yang aku akan lakukan demi menjaga hati isteriku Rosnah. Terima kasih kepada yang banyak memberi semangat kepadaku sewaktu aku betul-betul memerlukannya. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan kepada pembaca yang budiman.

Friday, March 11, 2011

Usaha Menyelamat

Setelah aku pulang dari gerai isteri aku, aku melalui perkuburan cina. Kelihatan begitu ramai orang sedang menyakikan sesuatu. Apalagi bergegas aku kesana untuk mendapatkan berita. Blogger katakan. Seekor lembu telah terjatuh didalam longkang. Pasukan dari Pertahanan Awam akhirnya terpaksa memanggil pasukan bomba.

Entah lembu siapa yang terjatuh. masing-masing geleng kepala bila ditanya. tak berani la tu

Orang ramai memnuhi ditempat kejadian untuk menyaksikan usaha menyelamat. bas dan kereta memperlahankan kenderaan masing untuk memastikan apa sebenarnya berlaku. begitu ramai wartawan seperti aku mengambil gambar. Aku bagaikan seorang wartawan professional berdiri diatas beam longkang untuk mengambil gambar yang baik. Kalaulah aku juga terjatuh entahlah. Terpaksa bertembung dengan lembu yang panik.

Datang pasukan Bomba untuk membantu

Pasukan bomba terpaksa menggunakan penyedut air untuk mengikat lembu. Selepas penyedut diikat kebadan lembu akhirnya lembu ditarik dengan menggunakan kekuatan tenaga manusia. Ramai yang membantu. Tercungap-cungap lembu.

Terpaksa menggunakan penyedut air untuk menarik lembu

Akhirnya berjaya juga lembu ditarik keatas. Terkangkang lembu kepenatan. Setelah mendapat kembali tenaga terus dengan bingkas dia berlari tanpa menoleh kiri dan kanan menyeberangi jalan. kereta terpaksa brek kecemasan. pasukan bomba mengejar lembu tadi. Tapi kenapa. Lembu ka dah selamat. Ya la betul tapi dilehernya masih lagi tersangkut tali penyedut air sewaktu melarikan diri.

lembu sedang ditarik naik keatas

Orang ramai gelihati melihat lembu membawa lari tali terus keatas bukit perkuburan cina. Hairan juga tali itu pun masih tersangkut dan tidak jatuh. Semasa aku pulang pasukan bomba masih lagi mendaki bukit untuk mendapatkan kembali tali mereka. Tahniah kepada pasukan Bomba kerana tugas anda begitu mulia. Mungkin lembu pun berdoa cara dia kerana terselamat. Aku terus pulang dan upload berita terkini untuk tatapan pembaca sekelian. layan saja lah. Berita fresh lagi. Surat khabar tak masuk lagi ni.

Akhirnya berjaya juga misi menyelamat lembu yang terjatuh

Tuesday, March 08, 2011

Dah Buat Checkup Tapi Kenapa Masih Sakit

" Abang jangan lupa ke gerai nanti selepas checkup. Nah dah buat roti canai kacang dal dekat abang ". Sebelum kegerai aku sudah diingatkan. Selalunya aku kerap membeli roti canai kacal dal. Kini tiada sebab lagi aku nak beli. Dia dah buat. Jam 8.30 pagi aku sudah berada di hospital untuk membuat checkup di kepalaku. Walaupun sakitnya sudah hilang namun atas saranan kaum keluarga aku tetap juga buat checkup. Biar puas hati. Namun satu saja kelemahanku ialah penantian result yang membuat aku kecut. Aku takut akan result yang akan aku terima. Ok ke. Tak ok ka. Setelah hampir sejam menunggu maka jururawat memanggil nama aku. Jantung aku bergerak begitu kencang. " En Ariff, kami sudah periksa kepala encik dan kami dapati resultnya ok. Tiada kecederaan akibat kemalangan tempuh hari ". Aku cukup bersyukur. Masalah yang alami bukan dari kecederaan kepala. Selesai checkup aku ke bank untuk mengambil roadtax. " Encik kena saman. Roadtax boleh renew 6 bulan saja. Tinggal 2 hari lagi encik untuk menjelaskan saman ". kata pegawai bank sambil menghulurkan roadtax kepadaku.

Dengan serta merta sakit kepala dibuatnya. " Pukul berapa abang nak datang kegerai ". Tanya isteriku. " Nah simpan dulu roti canai tu. Abang kena saman ni. Abang nak ke balai polis ". Bergegas aku kebalai polis. Tinggal 2hari lagi untuk menjelaskan saman. Kalau tidak sudah tentu menjadi kes mahkamah. Ini yang leceh. Bila sampai kelihatan orang ramai saedang beratur. " Nak bayar saman line ini. Nak check saman line ini ". Pegawai polis memberi arahan. Nak check saman taklah seteruk nak membayar. Setelah mendapat resit saman, aku terus keline sebelah beratur untuk membayar saman. Aku meneliti saman. Pandu laju 150 km/j di Slim River. Aku cuba imbas tarikh tersebut. Hah.. aku ke Kuala Lumpur. Time tu anak aku yang bawa. Ingat lagi kata-katanya, " Tak apalah ayah tidur biar adik bawa ". Memang aku tidur sungguh sehingga dia bawa laju pun tak perasan sebab mata dah pejam. Sedar-sedar dah masuk KL.

Setelah sampai kekaunter aku menyerahkan surat cinta. " Encik kena RM150 kes pandu laju ". kata pegawai polis. Aku menjelaskan saman tersebut. Seorang wanita merungut dia kena sebanyak 20 saman. " Itulah masa lu tekan minyak talak ingat. Bila kena saman baru mau pening kepala ". kata seorang pemuda kepada perempuan cina tersebut. " Aiya...bukan wa bawak. Ini wa punya anak tarak guna yang bawak. kasi susah punya anak ". Marah sungguh wanita cina itu sambil membayar saman sebanyak RM800 lebih. Rata-rata yang aku dengar ketika beratur sebelum membayar ialah kes anak yang bawa. Ayah guna motor. Anak yang pakai kereta. Aku sempat juga check kereta isteriku. Tak ada saman. Anak aku pula talipon minta check keretanya. Ni sorang lagi pun bukan calang-calang tekan minyak. Walaupun kereta kancil dia tekan samapi 100 km/j. Nasib baik tak ada saman.

Akhirnya tak dapat juga aku merasa roti canai kacang dal. Nak makan dak masuk tengahari. Waktu time makan nasi. Akhirnya aku talipon isteri. " Nah hari ni abang beli lauk sudah. Nasi abang masak dirumah ". Malas rasa nak menjelaskan bil-bil rumah. Rasa macam nak tercabut kepala lutut akibat berdiri selama hampir 2 jam untuk menjelaskan saman. Ketika sampai giliran aku barulah pegawai polis menghulurkan nombor dan meminta yang baki dibelakang agar berehat dulu dan nombor akan dipanggil. Sudah terlewat.....Aku rasa macam tak boleh nak langkah parit ketika pulang walaupun parit itu amat kecil. Teruk.....

Monday, March 07, 2011

Alhamdulillah Udah Sihat

Apabila aku bangun dari duduk sudah pasti kepala terasa berdenyut yang amat sangat di kepala. Terpaksa aku memegang kepalaku. Tak pernah aku merasai kesakitan seperti ini. " Ayah pergi checkup di hospital la ". Kata anakku dan turut disokong oleh keluarga sebelah arwah isteriku. Aku hanya diam membisu sambil memegang kepala. Bila pulang kerumah aku berbincang dengan isteriku. " Cuba abang try buat air dengan Al Mathurat seperti yang abang buat dekat anak saudara abang ". Isteriku memberi cadangan sambil menyokong sepenuhnya aku buat checkup di hospital.

Aku masih ingat ketika anak saudaraku demam selama 3 hari. Badan menjadi lesu. Sakit kepala dan tidak ada selera nak makan. Aku pun berusaha sebelum mereka ke klinik. Aku baca wirid Rasulullah iaitu Al Mathurat lalu aku menyuruh anak saudaraku minum dan sapu dibelakang tengkuk. Keesokkan harinya aku mendapat berita dari anak saudaraku mengatakan yang dia telah pulih sepenuhnya. " Pakcik... seperti dicabut buang sakitnya ". Kata anak saudaraku.

Kini mengapa kaedah ini aku tidak guna pada diri sendiri. Jadi selepas solat maghrib aku pun mulalah mengisi air didalam baldi dan botol. Air didalam baldi untuk aku mandi dan air dalam botol untuk aku minum. Itu harapan terakhir sebelum aku nak buat checkup esok. Aku pun mula membaca Al Mathurat sebanyak 3 kali. Selesai baca aku terus mengambil air yang didalam baldi lalu aku mandi sambil bermohon kepada Allah agar air yang mengalir dibadanku akan mengeluarkan sakit-sakit serta bisa dibadanku.

Selepas mandi aku minum air yang dijampi dengan Al Mathurat. Selepas itu aku pun tidur. Malamnya aku bermimpi 2 ekor makhluk halus datang untuk menyerang aku. Aku menendang mereka sehingga terperosok dicelah pokok. Seekor makhluk memegang tengkok aku. Aku baca ayat kursi lalu terpelanting makhluk itu. Bila aku bangun pagi aku dapat merasai yang badan serta kepala aku tidak lagi berasa denyutan. Leher aku dapat berpusing seperti sediakala. Terdiam aku berfikir apakan yang terjadi kepadaku. Sakit kemalangan atau ada benda lain yang menumpang aku.

" Semalam mesti abang berlawan dengan hantu ni. Abang baca ayat kursi punya kuat ". Kata isteriku. Cepat-cepat aku potong percakapan isteriku. " Nah kepala abang tak sakit dah selepas buat air. Abang tak payah pergi hospital lah ". Aku seolah-olahnya merayu kepada isteri agar memahaminya. Kata isteriku sambil meggelengkan kepalanya, " Walaupun kepala abang tak sakit dah, abang kena juga buat checkup di hospital. Lebih baik kita buat dari confident yang tiada result ". Fulamak macam pakar motivasi pula. " Baiklah isteriku. Abang samiaqna Wa atoqna ". Tersenyum bila aku menerima pendapatnya. Esok aku nak ke hospital untuk buat checkup. Pembaca semua tolong doakan agar tidak ada perkara yang tak diingini berlaku. Risau juga..........

Saturday, March 05, 2011

Scanner Rosak

Hebuh juga dikalangan family aku bila mengetahui yang aku kemalangan. Nasib baik emak aku tak tahu apa yang terjadi kepada anaknya. kalau dia tahu sudah tentu bertambah risau dibuatnya. Baru-baru ini kakak ipar menalipon isteriku minta aku kerumah mereka. kata mereka seperti ada sesuatu didalam rumah. " kak scanner Budiman rosak ". Kata isteriku dalam talipon. Aku tertawa gelihati bila mendengar perkataan scanner. " Ya la bang. Kan abang dok scan rumah orang. Maknanya abang ni scanner la '. Ini istilah baru yang aku dapat. Frust kakak ipar kerana aku tidak lagi dapat membantu mereka.

Padaku apa yang berlaku terhadapku baru-baru ini terlalu banyak hikmahnya. Kadang-kadang masyarakat mengharapkan lebih bila kita berhadapan dengan makhluk halus. Mereka merasakan yang aku ini adalah pakar dalam ilmu perubatan padahal aku hanya dapat melihat benda-benda yang orang lain tak nampak. Selebih dari itu aku hanya menggunakan ayat-ayat quran. Itu pun kadang-kadang berjaya dan ada juga yang memerlukan kepakaran dari mereka yang benar-benar pakar. Hanya keberanian saja yang ada padaku tatkala berhadapan dengan benda itu. Aku lakukan begitu disebabkan nak membantu mengurangkan tekanan kepada mereka yang terkena gangguan. Takut usah dicakap bila aku diugut oleh makhluk halus untuk mengganggu keluargaku.

Kadang-kadang walaupun aku sudah bebas dari gangguan. Itu istilah rakanku yang mengatakan bahawa aku terkena gangguan apabila dapat melihat benda-benda halus. Aku masih sudi menolong tetapi untuk mententeramkan keadaan sambil meminta mereka mencari orang yang benar-benar pakar dalam bidang ini. Yang paling meyakinkan aku ialah perubatan islam yang menggunakan kaedah rawatan Al-Quran. Kalau setakat menyeru supaya ia keluar dari badan tak banyak yang boleh selesai. Kadang-kadang iblis cukup pandai menipu. Dia akan menangis minta simpati dan akhirnya dia akan tertawa bila melihat kita telah tertipu.

Sekarang aku merasa lega sedikit. Bila ada orang panggil untuk scan rumah aku akan bercakap terus terang yang aku tidak dapat lagi melihat benda-benda ghaib seperti dahulu. Aku akan berkata yang Scanner Aku Telah Rosak....... Entah la aku juga sekarang semakin kerap terlupa. Bila selesai buat sesuatu kerja aku dah lupa apa yang aku buat. Bila aku mengambil bacaan aku mudah terlupa berapa bacaannya sehingga terpaksa mengulanginya sekali lagi. Hatiku semakin resah apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan kepala atau otak aku. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala dosaku Ya Allah.

Dia Bawa Balik Ketam Lagi

Tatkala melalui lorong disebatang jalan kampong, isteriku bertembung dengan seorang anak kecil. Anak kecil itu menangis sambil memegang 2 bungkusan. Panas terik pula hari itu. Kata sianak kecil dia takut pulang kerumah membawa baki 2 bungkus ketam yang belum terjual. " Nanti ayah pukul ". kata sianak kecil sambil menyapu airmata. isteriku merasa kasihan lalu membeli kedua-dua bungkusan ketam berharga RM10 setiap satu.

Bila sampai dirumah tersenyum dia sambil berkata padaku, " Abang teka Nah bawa balik apa hari ini ". Kalau soalan cepu mas begitu aku dah agak sudah tentu bukan yang lain. " Bawa balik ketam kegemaran abang la tu ". Senyum dia bila aku meneka dengan tepat. " Nah ingat nak buat gulai ketam lagi. Abang pun nampak alhamdulillah tak sakit tangan dah. Ini sebungkus lagi abang beri kepada ibu mertua abang ". Itu yang aku respect dekat isteriku. Tak pernah lupa pada ibu mertuaku iaitu ibu kepada arwah Siti Aishah. Aku sudah berangan-angan selepas solat Jumaat aku akan makan nasi gulai ketam lagi.

Sebelum masuk waktu Jumaat aku menerima panggilan dari ibu mertua menyuruh aku datang mengambil ketam yang diamasak olehnya. Aku dah dapat agak kalau ibu mertuaku masak sudah tentu dia buat sambal tumis ketam. Tepat sangkaanku. Memang benar ibu mertuaku masak sambal tumis ketam yang juga merupakan kegemaranku. Ternganga isteriku bila aku membawa pulang sambal tumis ketam. Jadi hari Jumaat merupakan hari yang bertuah padaku sebab dapat merasa 2 jenis masakan. Harap - harap aku tidak lagi mengalami kesakitan setelah selesai makan.

Yang merisaukan aku ialah terasa denyutan yang amat sakit dikepalaku setelah berlaku kemalangan tempuh hari. Ibu mertua menasihat agar aku buat checkup. Kini ia semakin sakit pada belakang kepala dan rongga mataku. Ya Allah semoga aku selamat dalam apa jua keadaan. Masih banyak perkara yang belum dibereskan. Aku pula mendapat berita dari pejabat yang aku kena kursus kenaikan pangkat di bangi selama setahun setengah. Lagi pening kepala. Semoga Allah permudahkan.

Thursday, March 03, 2011

Anugerah Yang Diambil Kembali

Jam 9.30 pagi aku keluar untuk melangsaikan bayaran bulanan keretaku di sebuah bank. Setelah selesai aku keluar dan terus memecut motosikal. Tanpa aku sedari sebuah teksi telah melintas laju dihadapanku lalu tanpa dapat mengawalnya aku terus menghentam teksi tersebut. Akibat hentaman kuat aku seperti seorang ahli gusti dilambung melayang diatas teksi. Aku jatuh terhempas diatas batu-batu besar. Sempat juga aku bangun dan terus kearah teksi tersebut. Masing-masing bertegas bahawa jalan itu ialah yang betul kami tujui. Akhirnya aku terasa melayang dan terus gelap.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Ayahku, ayah mertuaku, sepupuku serta ipar duai semuanya berada disisiku. Tetapi mereka semua sudah meninggal dunia dan aku berada dimana. Disebelahku sambil memegang tanganku ialah adikku Hermantika yang meninggal dunia ketika berusia 3 tahun akibat terjatuh didalam perigi. Ceritanya boleh dibaca disini. Aku memerhati adikku. Terasa rindu padanya. Rambutnya tetap sama iaitu pendek dan tercacak. Disekelilingku dipagari dengan tembok yang tinggi. Aku dimana ni.

Tiba-tiba pintu tembok terbuka. Aku dapat rasai semasa pintu dibuka angin lembut menyentuh tubuhku. Terasa tenang sekali. Wanginya sukar untuk kugambarkan. Terdengar gelak ketawa disebalik tembok tersebut. Aku turut mendengar seolah bunyi deruan sungai dan kicauan burung. Aku masih khayal dan bertanya diri sendiri diamana aku dan mengapa keluarga yang berada disebelahku semuanya sudah meninggal dunia.

Aku terpandang dua susuk tubuh meluru kearahku. Itulah isteri kesayanganku Siti Aishah dan kakak aku yang memelihara aku semenjak kecil iaitu kakak Asiah. Siti Aishah terus memeluk aku sambil menangis. Aku hanya mampu mengalir airmata tanpa dapat mengeluarkan suara. " Hang tau Budiman Aishah punya hias rumah dok tunggu hang mai. Dia tau hari ni hang nak mai dia punya seronok nak jumpa dengan hang. Cantik rumah hangpa '. kata kakak Asiah. Siti Aishah menghulur tangannya kearahku, " Bang Siti nak tunjuk rumah baru kita dekat abang. Tentu abang seronok dan abang tak mau balik dah ". Aku menyambut tangan isteriku. Sejuk dan lembut tangannya namun aku tidak dapat bangun sebab masih lagi kesakitan. Kakak Asiah pula menghulur tangannya kepadaku lalu aku menyambutnya dan berjalan bersama mereka kearah pintu tersebut.

" Abang.... ". Aku menoleh kebelakang dan aku melihat isteriku Rosnah menghulurkan tangannya kearahku dengan perasaan sayu. Entah kenapa aku melepaskan pegangan tangan Siti Aishah dan Kak Asiah. Aku berjalan kearah isteriku Rosnah. Aku sempat menoleh kearah Siti Aishah. Wajahnya begitu muram sebab aku tidak mengikutnya. Sayu juga hatiku meninggalkan Siti Aishah namun aku seperti tidak berdaya melawan semua itu. lama kelamaan suasana tersebut hilang dari pandanganku. Aku melihat disebelahku 2 orang pemuda cina sedang memangku aku. " Tauke lu ok ka ". Tanya pemuda cina tersebut. " Apa jadi sama saya ". Tanya aku kehairanan. " Lu sudah hentam itu teksi. Itu teksi cilaka pun sudah pergi ". Akhirnya aku meminta mereka menarik aku bangun.

Setelah memeriksa motosikal, aku membawanya perlahan-lahan lalu aku duduk disebelah jalan bertentangan masjid. Aku memegang talipon namun aku tidak tahu pada siapa harus aku talipon. Taliponku berbunyi, " Abang macam mana. Abang ada dekat mana. Abang call Nah kata accident ". Aku bertambah pening bilamasa aku talipon isteriku. Ramai juga yang talipon aku mencari. Akhirnya aku sendiri yang ke klinik panel dalam keadaan pening dan khayal. kaum keluarga tidak tahu aku dimana sebab talipon bimbitku kadang-kadang rosak. Doktor bertanya samada aku pitam atau. Aku berkata tidak. " Kalau pitam encik kena pergi hospital ". Kata doktor. Aku mengiakan saja padahal memang aku dah pitam pun. Setelah diberi injection aku pulang kerumahku.

Sedar-sedar isteriku Rosnah sudah berada disiku. Aku memerhati sekeliling. Hairan juga mengapa aku boleh berada diatas katil sedangkan tadi aku membawa motosikal. Isteriku Rosnah menceritakan segalanya apa yang berlaku dan sanak saudara menaliponnya mencari aku. Barulah aku tahu yang aku kemalangan. Aku terus menceritakan pengalaman berjumpa dengan arwah Siti Aishah padanya. Ya Allah baru aku sedar mengapa aku cerita kepadanya. Aku melihat wajahnya sugul mendengar ceritaku. " Tapi Nah kalaulah abang tak sayang dan cinta dekat Nah sudah tentu abang akan ikut Aishah ". Cepat-cepat aku tarik balik ceritaku walaupun pada hakikatnya aku begitu sayang dan mencintai isteriku Rosnah. Senyum isteriku mendengar jawapanku. " Abang nak makan apa. Nah nak masak ". Tanya isteriku. Apalagi buat-buat manjalah. " Abang teringin nak makan gulai ayam dan kacang buncis digoreng bersama lobak dan telor ". Setelah semuanya siap begitu selera aku makan. Sambil makan sambil ingatanku melayang tentang peristiwa yang berlaku.

Kalau aku rindu dan asyik terkenang Siti Aishah kenapa aku tak ikutnya. Inilah peluangku. Mengapa aku melepaskan tangannya dan mengikut isteriku Rosnah. Apakah sudah hilang kasihku padanya. Inilah persoalan yang semakin kerap aku berfikir... Pembaca macam mana. Semalam setelah aku pulang dari surau aku sedari yang aku tidak lagi melihat makhluk-makhluk halus. Kalau dulu sewaktu melintasi jirat cina kelihatan beterbangan disegenap penjuru. Kini ia kelihatan sepi. Tempat-tempat lain kini nampak seperti biasa. Baru aku sedari yang anugerah yang Allah berikan kepadaku selama 2 tahun telah diambil kembali. Padaku memang terasa lega dan rindu. lega sebab aku tidak lagi melihat darah-darah pada lembaga sewaktu berada dihospital. Rindu sudah pasti sebab aku tidak tahu lagi dimana makhluk itu berada. Kalau dulu aku tahu dimana ia berada dan aku dapat mengelak darinya. Kini aku akan redah kembali apa saja tanpa mengetahui apa yang aku redah. Redho sajalah. Inilah akibat hentaman yang kuat.

Wednesday, March 02, 2011

Berbanggalah Dengan Islam

Pagi-pagi lagi sebelum isteriku ke gerai sempat juga dia berpesan. " Nanti abang tolong belikan Nah Mee Kari. Teringin pula rasa ". Aku tersentak bila mendengar perkataan teringin. " Abang jangan dok ingat macam-macam. Nah tak ada apa-apa la ". Aik..aku belum berkata apa-apa dan hanya terkejut saja dia sudah memahaminya. Selepas bersiap aku terus ke gerai Mee Kari dan memesan 2 bungkus. Satu untuk dia dan satu lagi sudah pasti untuk aku juga walaupun dia tetap menjadi penasihat yang baik kepadaku. " Abang jangan kerap makan mee. Badan abang tak ok lagi ". Namun itulah aku tak pernah serik-serik. " Tak apa lepas makan mee kari abang akan kuarantin tak makan mee selama 3 bulan ". Pembaca semua boleh percaya ka.

Sambil membungkus mee untuk aku, peniaga tersebut sembat beritahu. " Kemarin bang MPPP datang nak roboh gerai. Depa tak jadi dan bagi surat untuk kami roboh gerai. Pening juga bang asyik dok cari tapak gerai ". Kesian aku dengan peniaga melayu di Penang. Kalau melayu meniaga akan beginilah nasibnya. Aku hairan juga ditempat aku sudah berpuluh tahun bangsa mereka berniaga dan selama itulah berlakulah kesesakan namun tiada apa tindakan yang diambil. Mereka bebas berniaga. Who cares....

Pernah aku melihat dalam tv beberapa NGO menghantar memorandum kepada Ketua Menteri mempersoalkan tentang nasib orang melayu. Muka itu suatu ketika dahulu begitu mewah dengan projek. Kini bila orang lain menguasai mereka bangun nak berjuang. Tapi perjuangan mereka kali ini disebabkan mereka tiada lagi projek-projek. Maka bangunlah mereka kononya untuk memperjuangkan nasib orang melayu. Dimana mereka suatu ketika dahulu tatkala dalam surat khabar Utusan Malaysia berkata nasib orang melayu Pulau Pinang tak ubah seperti negara Palestin.

Di tempat gerai isteriku pula orang melayu memainkan peranan untuk menghancurkan melayu. Ada mata yang akan buat laporan jika gerai ditutup. Ada mata yang akan memerhati kalau peniaga menjual barangan lain untuk meningkatkan ekonomi mereka. Kalau meniaga roti canai tak boleh meniaga makanan yang lain. Memang benar kata pepatah kalau tak dengki bukan melayu. Kini apa yang melayu ada di Pulau Pinang. Apa benar kita boleh berbangga dengan melayu. Dalam tv asyik menghentam melayu demi meraih undi. Melayu juga yang berpecah. Kepada pemimpin-pemimpin di Pulau Pinang, cuba fikir kembali apa yang boleh dilakukan untuk orang melayu dan bukan saling menuding jari menuduh orang ini tidak betul dan orang itu tidak betul. Dimana anda bila orang melayu memerlukan anda...... Kepada pembaca semua berbanggalah kita menjadi seorang islam sebab ialam itu bersaudara. Rasulullah berketurunan arab tapi rasulullah berbangga dengan islam........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...