Teman-teman

Thursday, March 17, 2011

Tersilap Andaian

Aku telah diarah bertugas untuk tunggusedia di suatu tempat yang terkenal kesesakkannya. Kalau di Penang sebut saja Farlim semua orang sudah sedia maklum. Tugas aku bermula jam 8 pagi hingga 12 malam sehingga hujung minggu ini. Jadi laptoplah sahabat setiaku yang menjadi penghubung disamping talipon bimbitku. Kalau kedua-duanya tiada sudah pasti aku kesepian. Pada sebelah petang aku begitu gemar berada diluar sebab di pokok yang rendang ini akan menjadi tempat persinggahan burung sebelum pulang kesarang mereka.

Sedang asyik berada didalam aku terdengar bunyi siulan burung.
" Dah sampai dah depa ni '. Bisik hati kecilku.
Bila aku keluar memang betul sangkaanku. Siulan burung merbah begitu merdu. Aku mengajuk siulan tersebut. Melawan burung tu. Diajuknya kembali sambil ekornya mengembang. Apalagi pengalaman aku mengajuk burung merbah sewaktu remaja aku gunakan. Kalau dulu aku akan memanggil burung merbah dengan bersiul dan aku akan memasang perangkap diatas pokok yang dipanggil jebak. Kini siulanku hanya untuk bermain saja.

Semakin banyak burung merbah yang hinggap dipokok ini. Sedang asyik mengajuk aku melihat dua orang wanita sedang berjalan. Tanpa memperdulikan mereka aku terus memanggil burung. Malang kali ini bukan burung yang datang kepadaku tetapi seorang wanita menunjuk penumbuk kearah aku sambil berkata,
" Buat kerjalah. Pantang tengok perempuan, mulalah nak menggatal. Sorrylah silap orang '.
Apahal pula dua orang wanita ni. Bila masa aku menggatal dengan mereka. Mereka menyangka yang aku bersiul untuk mengganggu mereka. Memang timing aku pun silap.
" Kak oiii, saya bukan nak kacau kakak. Saya panggil burung yang ada atas pokok. Jangan sangka buruk '. Aku membetulkan keadaan. Bukan semua orang miang hu hu...

Akhirnya barulah mereka perasan yang mereka telah tersalah sangka. Tanpa memohon maaf mereka berdua lari sambil ketawa malu. Aku hanya memerhati gelagat mereka sambil tersenyum. Terus aku menalipon isteriku menceritakan kisah tadi. Tertawa dia.
" Betul ka abang panggil burung ni. Entah-entah panggil burung lain tak ". Aku tahu dia bergurau.
" Tak tak abang setia pada yang satu ". Sambil ketawa aku yakinkan isteriku.
" Dimana saja abang bertugas, wajah Nah tetap dihatiku ". ketawa dia dengan gurauanku......

8 comments:

siti murni said...

Hehehehe....kelakar. kalau saya malu ooo...mana mau tutup itu muka..ekeke

kakcik said...

Selepas ini agaknya mahu mereka menyimpang seribu batu kalau melihat Ariff ada di situ. :)

Insan Marhaen said...

sekali lagi hang silap timing. ada ka pi repot kat orang rumah...ho..ho.. depa punya imiginasi lagi yang bukan-bukan..

Ariff Budiman said...

Siti murni...ya la cakap pandang-pandang no.

Ariff Budiman said...

Kakcik..Entah-entah kali ni saya yang betul-betul usik. Aii..minta simpang le

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Imaginasi positif tak apa. Sangka biak juga dengan depa

bearcat said...

hehe betui ka panggil burung? burung pakai tudung pa :-P

Ariff Budiman said...

bearcat..dak aihh..pkjang baik. Cintaku pada yang satu iaitu Allah. kasihku pada nabi dan sayangku pada Mkjang he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...