Teman-teman

Saturday, March 05, 2011

Scanner Rosak

Hebuh juga dikalangan family aku bila mengetahui yang aku kemalangan. Nasib baik emak aku tak tahu apa yang terjadi kepada anaknya. kalau dia tahu sudah tentu bertambah risau dibuatnya. Baru-baru ini kakak ipar menalipon isteriku minta aku kerumah mereka. kata mereka seperti ada sesuatu didalam rumah. " kak scanner Budiman rosak ". Kata isteriku dalam talipon. Aku tertawa gelihati bila mendengar perkataan scanner. " Ya la bang. Kan abang dok scan rumah orang. Maknanya abang ni scanner la '. Ini istilah baru yang aku dapat. Frust kakak ipar kerana aku tidak lagi dapat membantu mereka.

Padaku apa yang berlaku terhadapku baru-baru ini terlalu banyak hikmahnya. Kadang-kadang masyarakat mengharapkan lebih bila kita berhadapan dengan makhluk halus. Mereka merasakan yang aku ini adalah pakar dalam ilmu perubatan padahal aku hanya dapat melihat benda-benda yang orang lain tak nampak. Selebih dari itu aku hanya menggunakan ayat-ayat quran. Itu pun kadang-kadang berjaya dan ada juga yang memerlukan kepakaran dari mereka yang benar-benar pakar. Hanya keberanian saja yang ada padaku tatkala berhadapan dengan benda itu. Aku lakukan begitu disebabkan nak membantu mengurangkan tekanan kepada mereka yang terkena gangguan. Takut usah dicakap bila aku diugut oleh makhluk halus untuk mengganggu keluargaku.

Kadang-kadang walaupun aku sudah bebas dari gangguan. Itu istilah rakanku yang mengatakan bahawa aku terkena gangguan apabila dapat melihat benda-benda halus. Aku masih sudi menolong tetapi untuk mententeramkan keadaan sambil meminta mereka mencari orang yang benar-benar pakar dalam bidang ini. Yang paling meyakinkan aku ialah perubatan islam yang menggunakan kaedah rawatan Al-Quran. Kalau setakat menyeru supaya ia keluar dari badan tak banyak yang boleh selesai. Kadang-kadang iblis cukup pandai menipu. Dia akan menangis minta simpati dan akhirnya dia akan tertawa bila melihat kita telah tertipu.

Sekarang aku merasa lega sedikit. Bila ada orang panggil untuk scan rumah aku akan bercakap terus terang yang aku tidak dapat lagi melihat benda-benda ghaib seperti dahulu. Aku akan berkata yang Scanner Aku Telah Rosak....... Entah la aku juga sekarang semakin kerap terlupa. Bila selesai buat sesuatu kerja aku dah lupa apa yang aku buat. Bila aku mengambil bacaan aku mudah terlupa berapa bacaannya sehingga terpaksa mengulanginya sekali lagi. Hatiku semakin resah apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan kepala atau otak aku. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala dosaku Ya Allah.

4 comments:

hentian said...

rujuk pada doktor mungkin perlu bla sampai masanya.

scanner rosak tu ada baik dan tidaknya.

namun yang lebih penting, WN masih sihat dan boleh berblogging dengan IM dan dengan tuhan...

Bearcat said...

Paknjang pasai apa?
Tak tau cerita pun...ish ish.

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Alhamdulillah setakat ni sihat.

Ariff Budiman said...

bearcat...Apalagi G. Pakjang accident dengan teksi. Tu yang scanner rosak terus. He he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...