Teman-teman

Thursday, March 31, 2011

Keow Teow Kungfu

Ketika aku baru pulang dari tugas, isteriku begitu sibuk didapur. Bila ditanya apa yang sedang dibuat. Katanya untuk makan malam. Bila ditanya apa dia menu makan malam. Katanya tunggu. Ni yang tak best. Lepas solat maghrib aku pun sudah bersedia didepan meja. Isteriku membawa juadah makan malam sambil tersenyum. Tak sabar aku nak tahu apa dia.

" Ha...inilah dia yang dinamakan keow teow kungfu ". Kata isteriku
Seumur hidup aku inilah kali pertama aku makan keow teow kungfu. Koew Teow yang dibalut oleh telor. Ketika makan airmataku mengalir. Bukannya sedih tetapi aku tergigit cili padi yang aku sangkakan sayur. Terpaksa pula isteriku menjadi tukang mengelap peluh dan airmata. Memang berselera. Akhirnya aku menalipon anak lelakiku ajak makan bersama. Kata anakku mak da boleh berniaga ni. Pembaca semua jemputlah lihat. Nak ajak makan koew teow dah habis......Esoak buat pula.

5 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
TAK PERNAH DENGAR ! MANA DAPAT RESEPI NI? BUATLAH MAJLIS MAKAN2 DAN LF AKAN DATANG !

kakcik said...

Oh! kuey teow kungfu tu rupanya dibalut dengan telur macam nasi goreng pattaya, tapi berkuah ya? :)

Ariff Budiman said...

luahfikiran...Saya pun tak pernah dengar sebelum ini. Baru pertama kali merasainya. Sedap bang...

Ariff Budiman said...

kakcik...Yang balut tu rekaan isteri saya. Kalau di jual diletakkan terus kuey teow. Kata isteri nak bagi nampak creative sikit. Itulah kaum wanita memang creative.

Anonymous said...

WN,minta resepi..kongsi2 ler sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...