Teman-teman

Friday, April 01, 2011

April Fool

Pagi-pagi lagi aku ke gerai isteri. kebetulan hari ini aku bertugas petang jadi aku nak ambil peluang sebelum solat jumaat untuk meronda dengan motosikal. Sudah seminggu aku tak meronda. Sewaktu menghampiri gerai ada beberapa kumpulan anak muda sedang bergurau dan bergelak ketawa sambil menyebut April Fool setelah mengenakan kawan mereka. Suasana menjadi riuh dengan menjerit dan ketawa yang kuat.

Rupanya hari ini sudah April dan fool pula. Itulah mentaliti rakyat Malaysia yang entah siapa mendidik mengatakan April ialah bulan yang fool manakala islam mengatakan bahawa setiap hari adalah baik. kita yang meletakkan bulan ini sial. Bulan itu fool dan macam-macam lagi yang orang melayu cipta. Hari ini aku ke gerai nak minta dia buat kuey teow kungfu lagi untuk dibawa ketempat kerja. Bila malam boleh diletakkan didalam microwave.

" Abang beli udang dan sotong. Baru kuey teow tu rasa manis sikit ". kata isteriku. Aku terus ke pasar mencari udang. Aku beli sebanyak RM10. Aku hulurkan RM 50 kepada tauke kedai. Diberinya aku baki RM10.
" Tauke i kasi you RM50. Balance sepatutnya RM40. You beri i RM10 ". kataku kepada tauke kedai'
" April Fool ". Ketawa tauke kedai menghulurkan baki lagi RM30. Rakan-rakannya yang lain pun terut tertawa setelah aku dikenakan.
" Tauke...tuhan kasi hari-hari semua baik. Mana ada hari yang fool. Yang fool itu kita bukan hari ". Marah juga aku bila menjelang saja bulan April maka riuhlah foolnya.
" Aiya...gurau sikit pun tak boleh ka. Jangan anbil serius la ". Kata tauke cina tersebut bila melihat aku dah marah sedikit.
" Tak tak saya tak marah sama you. Saya pun bergurau tadi. You pun jangan ambil serius no ". Aku pula memulangkan paku buah keras kepada tauke cina sambil tersenyum.
" Bagus bagus kalau you tak marah. Kita 1 Malaysia mana boleh marah. April fool ". Semangat betul tauke cina bila menyebut April Fool. Macam menyambut merdeka.

Aku berlalu pergi setelah membeli apa yang isteriku pesan. Bila berada diluar pula, aku ternganga bila melihat begitu banyak lunggukan buah durian yang telah menyerang Penang.
" Bang sekilo RM5 saja. Tempat lain tak dapat harga ni ". Kata penjual buah.
Aku membelek-belek dulu buah tersebut. Akhirnya aku beli sebanyak 3 biji dengan harga RM15. Aku singgah kedai beli pulut dan santan. Nanti bila isteri aku pulang dari gerai sudah pasti aku kena berleter sebab semalam aku mengadu sakit lutut yang amat sangat. Lega sedikit aku beli pulut pula. Sure kena punya aku.......

4 comments:

hrusli61 said...

Jiman saya memang pantang jika ada yang permainkan saya dengan april fool ini. Di tempat kerja depa tak berani kacau saya.

Jika ada yang persendakan saya dengan april fool ini tentu kena ceramah panjang nanti.

Kita kena basmi amalan tak elok ini ikut kemampuan diri.

hentian said...

IM pun teringin nak makan durian tapi terpaksa pekin sebab nak jaga kesihatan ibu_suri...

nak makan sendiri-sendiri tak sampai hati pulak..

Ariff Budiman said...

hrusli61...Betoi cikgu. Kita kena basmi amalan khurafat ini

Ariff Budiman said...

Insan Marhein... Saya pernah sekali beli satay. Time nak makan tak boleh sebab teringat dekat isteri ( arwah masa tu ). Terus tak makan. Balik baru makan. kesian dekat depa no.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...