Teman-teman
Monday, April 25, 2011
Artis Makan Roti Nan
Aku pulang dari tempat kerja lalu singgah di gerai isteriku. Lama tak makan roti bakor. Sampainya di gerai pekerja isteriku terus beritahu yang baru tadi artis Mubarak Majid datang makan roti nan. Selepas makan dia puji roti nan sedap. Isteriku tersenyum mendengar pekerjanya cerita dekat aku. Riuh juga di gerai-gerai bila artis datang makan. Kata isteriku kalaulah aku ada sudah tentu aku bergambar dengan Mubarak Majid. Customer isteriku pun ramai yang berkata yang isteriku beruntung sebab artis datang makan. Itu baru artis. Kalaulah menteri datang makan, aku tak tahu macam mana punya riuhnya. Kata pekerja isteriku, " Kak kita tukar nama roti nan kepada roti Nan Mubarak ". Tertawa isteriku bila dengar nama itu. Bila ler silent reader aku nak datang makan. Datang ler. Aku belanja. Just email me. Ok.... Aku akan sambut kalian semua gaya Yusuf Wilcha. Kalau habis roti canai dan roti nan aku akan berkata kepada isteriku, " Nah kita bakor ler saje roti tu ". Sila-sila tapi time WN ader ler.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Kedainya tu kat mana? Cer kabo cer kabo... :)
kakcik..kedainya sebelah pesta.Nama tempat gerai makan Medan Suri. Gerai no. 45 Buka isnin sampai sabtu. Jam 7 - 11.30 pagi. Kalau lewat roti canai dan nan habis. Tinggal roti bakor sajer.
Salam Ariff, akak tak sampai lah kesana nak makan roti nan isteri Ariff..kalau lah akak ke utara pasti akak nak singgah especially nak jumpa Ariff dan isteri, walaupun kita kawan berblogging rasa dah kenal lama..InshaAllah
salam
leh pergi nih...awok nak makan roti canai..hahah
Marina Monroe..Tak pa insyaallah suatu hari kita akan di pertemukan
jinkamen...Sila ler datang. Beritahu saya dulu ok.
Abg diman....buka kedai kat area mana? mana tau saya p penang ka nanti...
kapten..Gerai nombor 45 terletak di Medan Suri Sungai Nibong.berdekatan dengan tapak pesta. kalau tak tau boleh tanya orang. Semua sudah maklum. Di buka dari jam 7 - 11 pagi. Isnin hingga sabtu
Post a Comment