Baru-baru ni di dalam Metro telah hebuh tentang cerita bagaimana seseorang yang telah menerima sms yang mengatakan ayahnya berada di balai polis dan minta di masukkkan kredit RM30 ke dalam nombor talipon yang diberikan. Bila aku baca kisah ini aku teringat pula kisah anak saudaraku sebelah arwah Siti Aishah. Baru-baru ni isterinya menerima sms,
" Ini pakcik. Pakcik ada di balai polis. Pakcik ada masalah. Minta tolong masukkan kredit 30 dalam nombor ini. Jangan talipon pakcik. Nanti pakcik talipon balik '.
Apalagi isterinya pun panik. Apa kena dengan pakcik. Dahlah makcik meninggal. Ni pakcik pula ada masalah. Timing memang cantik sekali. Kebetulan anak saudara sebelah arwah isteriku memanggil aku pakcik.
Tak tahu nak buat macam mana, si isteri menalipon suaminya suruh topup 30 dekat pakcik. Nasib baik si suami cerdik juga. Dalam hati kalau pakcik tukar nombor talipon sudah tentu dia beritahu. Akhirnya si suami menalipon aku. "
" Pakcik sihat ke. Pakcik ada dimana ". Tanya anak saudaraku.
" Pakcik di rumah dok tidur. Baru pulang dari kerja ". Kataku separuh sedar. Maklumlah kerja malam. Selepas bangun dari tidur aku menalipon semula anak saudaraku. Mereka menceritakan kepadaku apa yang terjadi. Aku terus kerumah mereka lalu aku mengambil nombor yang diberikan.
Aku talipon nombor tersebut namun tiada jawapan. Hanya pesanan peti suara. Aku taip mesej.
" Orang Malaysia bukannya bodoh macam negara you orang. Kanak-kanak dalam perut you boleh tipu la. Lebih baik awak minta sedekah di tepi jalan lagi bagus ". Aku send ke nombor tersebut. Dalam 3 jam kemudian aku menerima sms dari nombor tersebut
" F..k you ". Ringkas saja tapi cukup bermakna yang mereka hangat dengan sms yang aku hantar.
Jadi kepada pembaca sekelian kalau anda terima sms begini jangan cepat-cepat terpedaya. Selidik dulu kesahihannya. Jangan main percaya bulat. Serupalah juga dengan kes tuduhan zina. Jangan percaya bulat-bulat bila orang fasik sampaikan. Ada mata lihat. Ada telinga dengar. Jangan main terima macam upin dan ipin betul betul betul.
4 comments:
Hai, kes sms terus sampai kes zina ni hehehe.
bearcat...Itulah wartawan. Sering mengaitkan yang lain.
IM pun pernah tengok sms yang sama di skrin phone kawan IM. mujur IM tak terima sms macam tu.
tapi makcik yang jual barang pernah datang rumah IM lebih kurang macam tu la rayunya...
Insan Marhein..Lagi satu depa call kata celcom nak bagi hadiah tapi kena masuk dulu RM1000 dalam bank sebelum dapat Rm30 0000. Boleg percaya ka
Post a Comment