Teman-teman

Monday, April 18, 2011

Boring Gller

Aku diambang penyakit boring. Apa tidaknya sudah 4 hari aku keluar pagi dan pulang kerumah pukul 1 pagi. Isteri dah tidur awal sebab esok nak berniaga. Sembang sekejap saja sebelum dia bertolak ke gerai dan aku ketempat kerja. Jadi semasa kerja aku luangkan masa jika terdapat laluan bergambar yang canatik. Nasib baik aku bawa laptop dan beruk band ( broadband la )

Senja melabuhkan tirainya. kedengaran azan maghrib berkumandang

Disuatu tempat pula bila saja aku sampai pasti aku diintai. Ini dia 3 ekor anak kucing. Bila aku panggil DO RE MI maka keluarlah mereka dari longkang cable menanti makanan yang akan aku beri kepada mereka. Aku kalau beli nasi, aku beli 2 bungkus. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Do Re Mi. Begitu lahap mereka makan sambil sekali sekala memandang dekat aku. Nak menghampiri mereka sorrylah. Kucing liar katakan. Bila sampai sudah menyeringai gigi ketiga-tiga ekor.

Align Left3 ekor anak kucing. Aku panggil DO RE MI

Aku kirim mms gambar dekat peminat kucing siapa lagi kalau bukan my darling la. Cepat-cepat dia call. " Abang comelnya anak kucing. Bawa pulang la ". kata isteriku. macam la senang sangat nak tangkapnya.
" Ok nanti abang tangkap bawa balik ". kataku bergurau.
" Abang nak letak dalam apa anak-anak kucing tu ". Confident sungguh isteriku.
" Abang letak dalam poket seluar abang ". kataku ketawa
" Apa...jangan cari pasal bang nanti dia ngap ....... naya ". ketawa isteriku bagai nak rak dalam talipon. Tak sangka sungguh semenjak dia kahwin dengan aku, sudah pandai dia menyakat aku
Pembaca fikir sendiri apa maksud isteriku. He he tak sanggup aku.........

6 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Apa yg kucing tuh nak ngapp..cuba citer lebih lanjut..ha ha ha
Akak senyum tersipu2 nih!..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Ha ha plesse. Malunya. Saya lagi tersipu-sipu bila ditanya

Kakcik Seroja said...

Suami kakcik pun rajin beri makanan pada kucing yang asalnya 'menumpang' di rumah kami. Tapi sekarang kucing itu dihantar ke tempat lain kerana sesuatu sebab. Kalau tidak setiap hari pun, selang sehari suami kakcik pergi memberi makanan kepada kucing itu dan anak2nya.

Ariff Budiman said...

kakcik...ooo sudah tentu banyak sebabnya kan.

hentian said...

huu... kelmarin dulu IM ternampak bangkai kucing kena langgar tengah jalan...

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Ini sudah tentu kes langgar lari ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...