Teman-teman

Monday, April 04, 2011

Sakit Gout Ke.....

Ketika bangun untuk mengerjakan solat subuh, terasa kesakitan pada lututku. Entah kenapa aku tidak dapat berjalan. Isteriku memimpin ketandas dan setelah itu dia pula bergegas ke gerai. katanya sudah lewat. Walaupun kesakitan aku tidak sanggup tinggal dirumah sendirian. Akhirnya aku menyusuri isteriku kegerai. dalam keadaan terhincut-hincut aku memacu motosikal. Setibanya aku digerai kelihatan sudah ramai yang berada digerai isteriku memesan roti canai. Setelah aku berjalan dengan terhincut-hincut maka banyaklah mata yang memandang maklumlah suami tauke roti canai. Terasa malu pula ketika itu. isteriku terkejut juga melihat aku datang tapi tak terkata apa-apa.

Buah cermai biasa

" Sakit gout ke ". Tanya customer kepadaku. Aku hanya tersenyum saja. Malas nak cerita banyak-banyak dengan sakit yang aku rasa. Sebelum aku sampai kegerai aku rasa sudah 4 orang bertanya soalan yang sama. Isteriku hanya menngelengkan kepala diatas kesanggupan aku datang ke gerai walaupun dalam keadaan kesakitan.
" Abang nak ke klinik dan nak ambil surat untuk masuk wad. Tak tahan sangat sakitnya ". Kataku kepada isteri yang hanya terdiam sehingga roti canainya juga menjadi hitam akibat memikirkan kesihatan aku. Kesian dekat isteriku.

Setelah sampai di klinik pesakit sudah ramai. Jadi terpaksalah aku menunggu. Datang seorang makcik kearahku. Diberinya aku merasa buah yang merah. Katanya buah cermai burung. Ini pertama kalinya aku melihat cermai ini, Selalunya dirumah sewa isteriku buahnya warna kuning. Aku merasa seperti makan buah strawberry. "
" Banyak lagi di runah makcik. Kalau nak datanglah ambil ". Katanya sambil menunjuk kepadaku buah timun yang sebesar jari kelinkingku. Setelah namaku dipanggil baru teringat sebab lupa bertanya makcik tadi dimana rumahnya.

Setelah aku diberi ubat dan cuti sakit aku pun keluar. " Encik Ariff. Makcik tadi beri buah kepada encik Ariff ". Sambil menghulurkan bungkusan buah tersebut. " Makcik tu dari mana ". Tanyaku kepada jururawat yang bertugas. " La kami ingat en Ariff kenal makcik tu ". Aku berkata yang aku sendiri tidak mengenali makcik tersebut. Mukanya lembut bertudung cokelat. Setelah aku pulang aku ceritakan perkara yang terjadi sambil memberi buah cermai burung yang diberi oleh seorang makcik. Aku simpan bijinya untuk dibuat benih. Tapi aneh siapa makcik itu dan dari mana dia datang.
" Biar betul abang ni. Siapa pula yang abang jumpa ni ". Gurau isteriku sambil makan buah cermai burung. Ya siapa makcik tadi. sambil makan sambil aku berfikir....


8 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ariff, moga cepat semboh..apa kata doktor? confirm ke gaut? Jaga pemakanan yea..
Nama buah tuh 'surinam cherry' besar pokok nya..akak pun baru jer tanam benih nya, emm..bila tahun nak dpt hasil..he he he..

siti murni said...

as-salam..
first time jugak tengok buah cermai warna merah..yang biasa warna kuning tu pun dah semakin jarang jumpa pokok nya....cermai kalau buat 'bincok' sedap woo...:)

Insan Marhaen said...

IM pun tumpang musykil nih!

kakcik said...

Cantik buah tu. :)

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Masa masuk hospital doktor cakap memang gout. Tapi dah ok uric asid dah turun. Tapi yang ini mungkin salah makan atau kesan dari kemalangan tempuh hari kata doktor. Saya baru nak semai buah ni

Ariff Budiman said...

siti murni...Memang betul. Tumbuk cabai hidup capur belacan. Masuk kicap dan gula fullamak touching habis

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Ala mungkin makcik tu teman anaknya cuma WN saja yang tak perasan. Jangan terlampau musykil

Ariff Budiman said...

kakcik..Memang unik buah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...