Teman-teman

Thursday, April 28, 2011

Kerisauan Terhakis

Esok merupakan hari konvo anak gadisku Siti zinnirah. Dia akan menggenggam segulung Diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Katanya inilah hadiah untuk ayah dan arwah emak yang bertungkus lumus membesarkannya. Aku amat terasa sekali sebab ibunya tidak merasai semua ini. Namun satu yang cukup aku pasti ialah kejayaan anak-anakku adalah berkat dari doa ibu yang mengandungkan mereka di samping ayah yang turut sama mencari nafkah berkorban tenaga dan wang ringgit.

Aku dikejutkan dengan panggilan dari anak gadisku yang mengatakan bahawa dia mengalami demam campak dan batuk-batuk. Aduh..besok nak konvo dan hari ini demam. Aku mengajaknya ke klinik panel. Sebelum kesana aku mengajak anakku ke pusara ibunya. Melangkah saja ke kawasan perkuburan terasa begitu senang sekali airmata mengalir. Kami mendoakan Al-Fatehah. Semoga Allah menempatkan ruh isteriku bersama para solihin. Kalau aku datang keseorangan sudah tentu aku berkata-kata seoalah-olahnya Siti Aishah berada di hadapanku. Ketika aku menghadiri kuliah maghrib, seorang ustaz yang bergelar al-hafiz berkata bahawa ruh mendengar dan melihat tatkala seseorang itu menziarahi mereka. Katanya lagi kalau ada anak-anak kita yang nakal kita boleh minta nenek mereka yang berada di alam akhirat tolong berdoa. Mereka melihat dan mendengar.

Setelah berjumpa doktor dan akhirnya kerisauanku terhakis bila doktor mengatakan itu bukan campak tapi kesan gigitan nyamuk atau serangga. Akhirnya nampak sekali kegembiraan pada wajah anakku. Pada mulanya tidak lalu makan sebab risau keadaan dirinya. Akhirnya kami ke Supermarket Giant. katanya lapar. Last sekali kami order mee claypot. Esok pagi aku, isteriku dan anak lelakiku akan ke Shah Alam menghadiri hari konvokesyen anak gadisku. Semoga Allah memelihara kami sewaktu dalam perjalanan. Berkali-kali aku berpesan kepada anak gadisku yang akan berkonvoi bersama rakan-rakannya yang lain. Sebelum bertolak amalkan kesemua orang membaca doa dan meminta agar Allah melindungi mereka sewaktu dalam perjalanan ke sana.

6 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Tahniah atas kejayaan anak..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Ya tahniah juga kepada ibu yang melahirkannya.

Kakcik Seroja said...

Tahniah.. semoga segalanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...harap2 begitulah. Terima kasih

Guru said...

tahniah untuk en ariff sekeluarga

hentian said...

kalau kena campak alamat tak boleh makan mee claypot tu. takut bekas campak jadi warna hitam!

betul ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...