Dalam beribu-ribu pengguna Jambatan Pulau Pinang, aku merupakan salah seorang yang setiap hari pasti melalui jambatan ini. Sudah banyak kisah serta tragedi yang menyayat hati telah aku saksikan di atas jambatan. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah bila kemalangan motosikal bertembung dengan kereta. Si isteri menggerakkan si suami yang telah pun kaku. Memang sayu.
Sambil aku melaui jambatan ini andaikata terlihat pemandangan yang indah, akan aku ambil gambar untuk disimpan. Isteriku kadang-kadang menggelengkan kepala bila aku memperlihatkan gambar kepadanya. Dengan kamera yang tidak canggih iaitu kamera talipon bimbit saja aku telah merakamkan banyak gambar.
Jadi hari ini tiada cerita yang hendak aku kogsikan padahal memang ada cuma agak sibuk dengan kerja jadi aku hanya paparkan gambar saja. Inilah gambar Pulau Pinang dari atas jambatan. Selamat melihat dengan cerita yang akan di updatekan
Kepada pembaca yang belum datang lagi ke Penang. Silalah datang. Banyak tempat menarik yang boleh di lawati. Eh wah...macam pemandu pelancung pula....
8 comments:
jangan-jangan ada orang penang yang tak pernah sampai ke pulau jerjak.
pamtai jerjak adalah... macam IM!
Salam Ariff, memang dah lama benar akak tak ke Penang, last visit was year 2007, tu pun pergi sebab dihantar oleh syarikat utk monthly meeting.
Akak duduk di Hotel Gurney dekat Gurney Drive. Malam2 stroll di sidewalk pantai..tapi sayang sunyi tak macam kat Bali..he he he
Betul IM. Saya pernah sekali saja ke pulau jerjak untuk memancing. Banyak ikan dapat.
Marina Monroe..Gurney drive waktu malam memang tak ramai orang sebab tak ada apa2 yang menarik disana. Tapi boleh kita pejamkan mata bayangkan baling. Bukan Bali. he he
Kakcik pun ada ambil gambar dari atas jambatan tu... cantik pemandangannya. :)
kakcik..Memang cantik kan Penang.
sama la kita...hehe..sekerap mana pun lalu bridge tu kalau suasana nya menarik dan kebetulan tak memandu..mesti nak snap gambar....
siti murni..Benar sebenar benarnya
Post a Comment