Teman-teman

Thursday, April 07, 2011

Makan Roti Saja Bang

Aku keluar menyusuri isteriku kegerai. Tapi lencunganku kearah yang berbeza. Aku terlebih dahulu kewarung berdekatan rumahku untuk mencari sarapan pagi. Entah kenapa bau nasi kandar begitu wangi sehingga aku hilang pertimbangan dan akhirnya aku beli juga nasi kandar.
" Pagi ni abang makan nasi kandar ke ". Tanya isteriku kehairanan sebab belum pernah aku makan nasi kandar sebelah pagi. Aku hanya terdiam sambil menikmati nasi kandar. " Tengahari ni abang nak makan nasi ke ". Tanya pula isteriku. Aku tahu dia sengaja nak menguji aku ke ni. Aku hanya menggelengkan kepala bermakna tidak. " Cukuplah makan nasi sekali sehari ". Kataku membuatkan isteriku tersenyum. Dia umpama jururawat kepadaku dan aku begitu senang kalau ada orang yang tolong control tabiat pemakanan aku. Siti Aishah dan Rosnah mempunyai perwatakan yang hampir serupa.

" Haa.. Nah tahu apa kita nak makan tengahari ini ". Terfikir juga apa hidangan istimewa dari isteriku tengahari ini. Akhirnya terjawab juga bila dia hangatkan kuah durian. Baunya begitu harum sekali. Akhirnya kami berdua cicah roti benggali dengan kuah durian. Itupun berebut sebab sedap dan panas lagi. Kuag durian juga merupakan makanan kesukaanku semenjak kecil lagi. Mak mertuaku rajin juga membuat lempuk durian dan disimpan didalam peti sejuk. Kalau musiam durian dah habis, aku masih lagi dapat menikmati kuah durian hasil dari lempuk yang dibuat. Sebab itu kadang-kadang aku suka borong buah yang terhem[pas diatas batu. Sebakul besar baru berharga RM10. Adalah dalam 20 biji. Buah itulah yang dibuat lempuk dan disimpan untuk bekalan masa depan. Pandai tak

Kadang-kadang aku ajak rakan-rakan kerumah. Aku order roti jala dan dicicah dengan kuah durian. Berebut beb. Selamat makan semua dan selamat mencuba juga kepada pembaca semua. Orang Singapore kalau teringin datanglah Penang.

10 comments:

kakcik said...

Semawa org S'pore je? Orang KL? :)

Ariff Budiman said...

kakcik...Dak aih...kakcik kira semua sekali. Sorry asyik ingat orang singapore saja

Khahar said...

Insya'allah kalau saya mai Penang saya cari Abang Budiman. Boleh jugak rasa buah cermai merah.

Ariff Budiman said...

Khahar...Insyaallah kalau nak datang Penang beritahu ya. Kalau tak ada cermai merah kitra makan cermai kuning. Lagi power.

siti murni said...

fuyoo..sedap tu..kuah durian..;) tambah2 kalau dengan roti jala..memang kena gu lah!

hrusli61 said...

Itulah kita, ada makanan tak boleh makan. Orang lain pula, boleh makan tiada makanan.

Mari kita fikir-fikirkan

Ariff Budiman said...

siti murni...sehingga menjilat mangkuk.

Ariff Budiman said...

hrusli61...Tiada makanan puasa le. Ikut cara Rasulullah. Kalau makanan tak sedap tu jangan mengeluh le. Bersyukur sebab masih diberi rezeki

kapten said...

Abg Diman, roti jala memang org cicah dengan kuah durian erk??

Ariff Budiman said...

kapten...kalau musim durian memang confirm la cicah dengan kuah durian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...