Teman-teman

Sunday, April 24, 2011

Ahad Pun Kena Ambil Cuti


Aku melihat isteriku merenung-renung roaster kerjaku. " Hari Ahad 24 April ni abang boleh tak ambil cuti. Lama kita tak jalan-jalan ". Memang benar. Sudah lama kami tidak berjalan bersama. Masing-masing sibuk. Tapi akulah yang paling sibuk sekali. keluar pagi dan pulangnya jauh malam. Nak buat macam mana. Sudah arahan kerja begitu. Pagi ini seperti biasa selepas solat subuh aku hendak keluar mencari kuih namun isteriku berkata yang dia hendak buat cucur bawang. Sedap juga dengar cucur bawang. Siap dia buat dengan sos cili sekali. Ditumbuknya cabai merah lalu dicampur cuka dan gula sedikit. Memang aku cukup suka. Kenyang sudah makan pagi.


Jam 11 pagi kami keluar dari rumah menuju ke destinasi pertama iaitu Lorong Kulit. Begitu ramai orang dan sesak. Maklumlah cuti minggu. Aku hanya membeli perfume saja. Isteriku hari ini memborong sakan dia dengan buah. Dia beli buah pear, buah lai dan mempelam. Peniaga kata buah semua special terutama buah mempelam. Gred A. Dia beri rasa fulamak manisnya. Bawa pulang kerumah hampeh, Buah mempelam busuk. Rupanya isteriku di tipu oleh penjual buah. Sungguh tidak amanah langsung peniaga. Kata isteriku melayu tipu melayu.

Setelah selesai berjalan di Lorong Kulit kami menuju pula ke Komtar. Katanya nak mencari beg tangan offer. Nak pakai meniaga. Akhirnya kami ke Pacific. Di belek-beleknya beg. Tertulis harga asal RM199. Bila offer dapat RM50. Boleh percaya ke. Tak pa la isteriku beli juga.

Aku berlegar-legar mencari GPS. Harganya boleh tahan juga. Paling kurang pun RM499 jenama PapaGo. Nampak ok juga GPS tu. Tapi aku tak jadi beli. Nak survey tempat lain pula. Setelah berlegar-legar perut pun terasa lapar. Kami terus ke Kapitan untuk merasai Tandoori dan inilah matlamat utama aku. Lama juga tak rasa tandoori. Ramai juga customer makan. Makanan siap pun cepat. Itu yang bestnya. Tak perlu tunggu lama. Akhirnya perut pun kenyang badan menjadi letih dan mengantuk. Alhamdulillah tak sia-sia aku mengambil cuti hari ini. Puas berjalan bersama isteriku.

6 comments:

hentian said...

cucur udang? huuu... kegemaran IM tu. bila makan, mertua lalu di belakang pun tak nampak. he..he..he..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff, Wah..bejalan, makan2 dan menyoping..seronok tuh..Alhamdulillah
Berdosa si peniaga tuh jual buah busuk..jawaplah di akhirat besok. Akak pun suka tandori makan dgn roti nan..bak kata IM mertua lalu pun tak perasan..he he he

hrusli61 said...

Cucur Bawang WoW samale kite, tak boleh tengok, sejuk-sejik pun bedal.

Kira OKla itu sesekali kelauar dengan yang tersayang.

Jiman jangan lupa ambil cuti, kenduri anak Abuya kita jadi Double DJ kasi riuh satu taman.

Ariff Budiman said...

Insan marhein..Saya pula kalau mak mertua lalu belakang boleh nampak sebab cermin ada di depan saya. He he

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Akak pun peminat cucur bawang no.

Ariff Budiman said...

hrusli61..Kalau IM tak jemput saya. Boleh jadi macam 13 Mei ooo. Jadi siap kita jadi DJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...