Teman-teman

Thursday, March 03, 2011

Anugerah Yang Diambil Kembali

Jam 9.30 pagi aku keluar untuk melangsaikan bayaran bulanan keretaku di sebuah bank. Setelah selesai aku keluar dan terus memecut motosikal. Tanpa aku sedari sebuah teksi telah melintas laju dihadapanku lalu tanpa dapat mengawalnya aku terus menghentam teksi tersebut. Akibat hentaman kuat aku seperti seorang ahli gusti dilambung melayang diatas teksi. Aku jatuh terhempas diatas batu-batu besar. Sempat juga aku bangun dan terus kearah teksi tersebut. Masing-masing bertegas bahawa jalan itu ialah yang betul kami tujui. Akhirnya aku terasa melayang dan terus gelap.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Ayahku, ayah mertuaku, sepupuku serta ipar duai semuanya berada disisiku. Tetapi mereka semua sudah meninggal dunia dan aku berada dimana. Disebelahku sambil memegang tanganku ialah adikku Hermantika yang meninggal dunia ketika berusia 3 tahun akibat terjatuh didalam perigi. Ceritanya boleh dibaca disini. Aku memerhati adikku. Terasa rindu padanya. Rambutnya tetap sama iaitu pendek dan tercacak. Disekelilingku dipagari dengan tembok yang tinggi. Aku dimana ni.

Tiba-tiba pintu tembok terbuka. Aku dapat rasai semasa pintu dibuka angin lembut menyentuh tubuhku. Terasa tenang sekali. Wanginya sukar untuk kugambarkan. Terdengar gelak ketawa disebalik tembok tersebut. Aku turut mendengar seolah bunyi deruan sungai dan kicauan burung. Aku masih khayal dan bertanya diri sendiri diamana aku dan mengapa keluarga yang berada disebelahku semuanya sudah meninggal dunia.

Aku terpandang dua susuk tubuh meluru kearahku. Itulah isteri kesayanganku Siti Aishah dan kakak aku yang memelihara aku semenjak kecil iaitu kakak Asiah. Siti Aishah terus memeluk aku sambil menangis. Aku hanya mampu mengalir airmata tanpa dapat mengeluarkan suara. " Hang tau Budiman Aishah punya hias rumah dok tunggu hang mai. Dia tau hari ni hang nak mai dia punya seronok nak jumpa dengan hang. Cantik rumah hangpa '. kata kakak Asiah. Siti Aishah menghulur tangannya kearahku, " Bang Siti nak tunjuk rumah baru kita dekat abang. Tentu abang seronok dan abang tak mau balik dah ". Aku menyambut tangan isteriku. Sejuk dan lembut tangannya namun aku tidak dapat bangun sebab masih lagi kesakitan. Kakak Asiah pula menghulur tangannya kepadaku lalu aku menyambutnya dan berjalan bersama mereka kearah pintu tersebut.

" Abang.... ". Aku menoleh kebelakang dan aku melihat isteriku Rosnah menghulurkan tangannya kearahku dengan perasaan sayu. Entah kenapa aku melepaskan pegangan tangan Siti Aishah dan Kak Asiah. Aku berjalan kearah isteriku Rosnah. Aku sempat menoleh kearah Siti Aishah. Wajahnya begitu muram sebab aku tidak mengikutnya. Sayu juga hatiku meninggalkan Siti Aishah namun aku seperti tidak berdaya melawan semua itu. lama kelamaan suasana tersebut hilang dari pandanganku. Aku melihat disebelahku 2 orang pemuda cina sedang memangku aku. " Tauke lu ok ka ". Tanya pemuda cina tersebut. " Apa jadi sama saya ". Tanya aku kehairanan. " Lu sudah hentam itu teksi. Itu teksi cilaka pun sudah pergi ". Akhirnya aku meminta mereka menarik aku bangun.

Setelah memeriksa motosikal, aku membawanya perlahan-lahan lalu aku duduk disebelah jalan bertentangan masjid. Aku memegang talipon namun aku tidak tahu pada siapa harus aku talipon. Taliponku berbunyi, " Abang macam mana. Abang ada dekat mana. Abang call Nah kata accident ". Aku bertambah pening bilamasa aku talipon isteriku. Ramai juga yang talipon aku mencari. Akhirnya aku sendiri yang ke klinik panel dalam keadaan pening dan khayal. kaum keluarga tidak tahu aku dimana sebab talipon bimbitku kadang-kadang rosak. Doktor bertanya samada aku pitam atau. Aku berkata tidak. " Kalau pitam encik kena pergi hospital ". Kata doktor. Aku mengiakan saja padahal memang aku dah pitam pun. Setelah diberi injection aku pulang kerumahku.

Sedar-sedar isteriku Rosnah sudah berada disiku. Aku memerhati sekeliling. Hairan juga mengapa aku boleh berada diatas katil sedangkan tadi aku membawa motosikal. Isteriku Rosnah menceritakan segalanya apa yang berlaku dan sanak saudara menaliponnya mencari aku. Barulah aku tahu yang aku kemalangan. Aku terus menceritakan pengalaman berjumpa dengan arwah Siti Aishah padanya. Ya Allah baru aku sedar mengapa aku cerita kepadanya. Aku melihat wajahnya sugul mendengar ceritaku. " Tapi Nah kalaulah abang tak sayang dan cinta dekat Nah sudah tentu abang akan ikut Aishah ". Cepat-cepat aku tarik balik ceritaku walaupun pada hakikatnya aku begitu sayang dan mencintai isteriku Rosnah. Senyum isteriku mendengar jawapanku. " Abang nak makan apa. Nah nak masak ". Tanya isteriku. Apalagi buat-buat manjalah. " Abang teringin nak makan gulai ayam dan kacang buncis digoreng bersama lobak dan telor ". Setelah semuanya siap begitu selera aku makan. Sambil makan sambil ingatanku melayang tentang peristiwa yang berlaku.

Kalau aku rindu dan asyik terkenang Siti Aishah kenapa aku tak ikutnya. Inilah peluangku. Mengapa aku melepaskan tangannya dan mengikut isteriku Rosnah. Apakah sudah hilang kasihku padanya. Inilah persoalan yang semakin kerap aku berfikir... Pembaca macam mana. Semalam setelah aku pulang dari surau aku sedari yang aku tidak lagi melihat makhluk-makhluk halus. Kalau dulu sewaktu melintasi jirat cina kelihatan beterbangan disegenap penjuru. Kini ia kelihatan sepi. Tempat-tempat lain kini nampak seperti biasa. Baru aku sedari yang anugerah yang Allah berikan kepadaku selama 2 tahun telah diambil kembali. Padaku memang terasa lega dan rindu. lega sebab aku tidak lagi melihat darah-darah pada lembaga sewaktu berada dihospital. Rindu sudah pasti sebab aku tidak tahu lagi dimana makhluk itu berada. Kalau dulu aku tahu dimana ia berada dan aku dapat mengelak darinya. Kini aku akan redah kembali apa saja tanpa mengetahui apa yang aku redah. Redho sajalah. Inilah akibat hentaman yang kuat.

12 comments:

Insan Marhaen said...

memang kehidupan ini abstrak. kit asneidir kekadang tidak memahami apa yang telah berlaku apatah lagi untyuk menjangka apa yang akan berlaku.

cuma apa yang ada itu, redhailah. yang pergi biarkan ia pergi. lepaskanlah. yang ada di sisi kita hargai kerana esok lusa kita kan memerlukan dia menemani kita.

Marina Monroe said...

Pengalaman yang aneh..
Alhamdulillah..umur masih panjang..

hrusli61 said...

Allahu Akhbar.
Bersyukur kau selamat Jiman.
Semuanya Allah yang punya dan kita sebenarnya tidak punya apa-apa.

almuna said...

Alhamdulillah semuanya ok. Allah Maha Berkuasa.mungkin kena check lagi kat doktor tu untuk pastikan betul2 ok sebab dah pitam sekejap masa accident...doa saya en budiman takde apa2 dan terus sihat.

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Redho memang saya telah meredhoinya dan mengakui yang dia telah pergi. Saya juga telah melepaskannya cuma saya tak mampu untuk membuang perasaan rindu padanya. Itu saja

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Entahlah puan. Mungkin mainan perasaan kut. alhamdulillah Allah masih sayang

Ariff Budiman said...

hrusli61..Cikgu memang benar semua itu milik Allah. Diberinya dan diambilnya kembali

Ariff Budiman said...

almuna..Terima kasih diatas doa cikgu. Mudah2an saya akan sihat sentiasa. Jadi gunakanlah nikmat sihat sebelum sakit

kapten said...

Semoga abg diman cepat sembuh...ameen...

Ariff Budiman said...

kapten..Terima kasih banyak-banyak

MaryaYusof said...

Kadang-kala bila kita dpt sesuatu kita akan kehilangan sesuatu juga...Sy doa kan En Budiman sihat & kembali seperti sediakala...

Ariff Budiman said...

Marya yusof...Terima kasih diatas doa yang diberikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...