Teman-teman

Sunday, June 01, 2008

ADIKKU SUDAH TIADA

Hermantika. Itulah nama yang ayah berikan kepada kehadiran seorang keluarga baru kami yang bergelar adik. Adik ku tatang penuh. Aku amat menyayanginya. Ia membesar dengan ilmu yang ayah curahkan kepada adik. adik dalam masa 3 tahun sudah pandai mengenal huruf. Ayat-ayat quran juga sedikit sebanyak dapat dihafalnya. Adik pula pandai buat lawak. jiran dan sahabat handai amat senang sekali dengan adik. Adik berkata kepadaku. Abang bila adik besar nak ikut macam abg Nian nak jadi doktor. Walau tubuh abangku tidak pernah ditatap adik tapi cukuplah dengan menatap gambar abang terus menjadi idola. Tak mau ikut abang Diman ka. Kata adik, abg Diman suka menyanyi tapi adik suka juga. Memang aku suka sangat menyanyi. teringat bila cikgu tanya kepada semua pelajar, semua mempunyai visi yang baik. Aku cuma mampu berkata bahawa aku ingin menjadi penyanyi. Terkejut cik gu mendengar.

Suatu pagi hujan turun renyai-renyai. Entah kenapa pagi ini adik buat perangai. Semua orang di marahi. Emak nak ke pasar pun adik tak kasi. Adik marah dekat mak dan berkata " Adik tak mau kawan dengan mak. Adik nak pergi jauh-jauh". Adik meminta aku memainkan lagu Broery Marantika. Lagu RinduKu RinduMu. Lagu tu memang kesukaanku. Suara Broery begitu memukau. Bila hari-hari asyik mendengarnya adik juga terikut. Berkali-kali adik minta diulang lagu itu. Aku hanya akur saja sebab diluar hujan masih turun.

Hujan dah pun berhenti. Aku mengajak adik ke tandas untuk mandi. Kami berlari-lari menuju keluar. Tiba-tiba aku terpandang pintu jelapang tempat simpanan beras terbuka. Aku menyuruh adik masuk dulu ke tandas sementara aku pergi menutup pintu. Dari jauh adik mencari ku. Terdengar suara nyaring memanggilku. " Abang, abang dimana." Abang di belakang dik". Selesai saja menutup pintu aku terus ketandas. Aiii mana adik. Tadi dia ada. Aku memanggil namanya. Namu tiada jawapan. Aku bertanya kakak dan adik-adikku yang lain. Mereka kata tidak nampak akan adik. Panik juga mencari.

Segenap rumah kami semua mencari namun tidak berjumpa atau terdengar suara adik. Adik yang perempuan menangis-nangis mencari adik. Aku pusing segenap ceruk kampung mencari adik. Namun tidak berjumpa. Aku melalui satu tempat iaitu telaga dimana aku kerap bersama adik ketika selesai mencari ikan akan membasuh kaki di telaga itu. Seorang kawan sedang mandi distu. Beliau menegurku apa yang sedang aku cari. Aku menceritakan tentang kehilangan adik dan bertanya samada melihat adik. Kawanku hanya berkata tak nampak. Kami berborak disitu. Tiba-tiba mataku terpanah akan satu kasut selipar yang mirip adik aku. Aku berkata kepada kawanku, " Dali tu kasut adik aku, jangan-jangan adik aku ada didalam tak".

Tanpa berlengah aku terus terjun ke dalam telaga. Pengalaman mandi dan menyelam di dasar sungai Datuk Keramat membuat aku tidak ada masalah. Aku terus menyelam dan aku terkejut bila melihat sekujur tubuh sedang tersangkut dibawak lekukan telaga. Dalam hati aku berkata itu adik. Aku maraung dalam telaga namun air mata tidak kelaur. Hampir aku lemas bersama adik. Aku merangkul adik dan dengan sekali nafas aku melonjak keatas bersama adik. Kawanku tergamam melihat aku membawa adik keatas.

Aku mengangkat adik keatas lalu menekan perutnya. Aku tak tahu melakukan pertolongan cemas. Aku hanya menekan perut adik untuk mengeluarkan air dan menekap mouth to mouth seperti apa yang aku lihat di TV. Terdengar suara adik menyebut " Mak". Keadaan di situ menjadi kelam kabut dengan jiran. Sebentar saja ambulan dan datang. Aku terus naik bersama adik ke hospital. Aku menyuruh kawanku memberitahu kaum keluargaKu.

Di hospital aku menanti akan berita dari doktor. Doktor datang kearahku. Katanya adikku tidak dapat diselamatkan lagi. Aku menangis sesungguh hati. Polis, press dari surat khabar cina datang mengambil statement dari aku. Polis mendesak aku tentang kenmatian adik seolah-olahnya aku yang membunuh adik. Ayah datang kearahku. Aku meraung mengatakan aku tidak membunuh adik. Orang ramai memberi tumpuan kepadaku. Ayah minta aku bertenang dan mengingati Allah. Kata ayah semua itu Allah yang atur.

Aku membawa adik pulang selepas selesai bedah siasat. Dirumah kaum keluarga sedang menanti akan berita adik. Van mayat memasuki jalan kampung. Aku takut macam mana nak bagitau mak. Ramai orang sudah berada di perkarangan rumah. Bila mayat dikeluarkan adik perempuanku meraung dan merangkul mayat adik. Jiran-jiran tidak dapat menahan sedih. Bagi mereka apa yang telah kami sekeluarga alami dapat dirasai mereka. Press dengan gambar terus mengikuti aku. Macam-macam soalan diajukan kepadaku. Seluruh kampung bersedih. Mak lagi sedih sehingga terjelopok duduk. Kata-kata dari adik nak tinggalkan mak masih terngiang ditelinga mak.

Adik dikebumikan pada hari itu juga. Aku tinggal sendirian di kubur menemani adik. Aku tak boleh berpisah langsung dengan adik. Akibatnya aku gagal dalam peperiksaan LCE. Ayah memberi semangat kepadaku. Semenjak hari itu dan sehingga kini wajah adik tak ku hilangkan dari fikiran ini. Dan lagu Rinduku Rindumu amat terasa sekali bila aku mendengarnya. itulah lagu terakhir aku bersama adik. Adik diatas riba aku dan aku menciumnya dan itulah ciuman terakhir dari seorang abang.

Sekian
ARIMAN

2 comments:

Unknown said...

Semoga Allah merahmati pemergian pak su hermantika,InsyaAllah,tempat baginya telah ditentukan Allah di syurga,sedang kita mengenangkan pemergiaan nya,padahal dirinya paling beruntung di sisi Allah kerana dijanjikan syurga sebagai penyambut kehadiran kaum keluarga..kita yang hidup nie harus bersedih,belum tahu arah tuju kehidupan dunia akhirat..moga kita ditempatkan di bersama2 orang2 yg soleh dan solehah,moga kita bertemu dgn pak su hermantika di sana..insyaAllah..Al-Fatihah

bearcat said...

G tak boleh teringat pasal Pakcik Man....air mata mesti mengalir. Teringat masa mayat di bawak balik dan diletakkan di tingkat atas utk disolat.

Teringat masa kami selalu main2 bersama. Air mata mengalir lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...