Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang sahabat lama. Jalannya longlai. Tidak ceria. Dari jauh dapat di bayangkan bahawa lelaki ini ada masalah. Saya juga mengerti bahawa lelaki ini mengidap kencing manis yang terkawal. Saya memberi salam dan dijawabnya dengan perlahan. Senyumnya amat tawar. Setelah berjabat salam saya bertanyakan tentang kesihatannya. Jawabnya inilah bahananya bila ingkar cakap doktor. Saya bertanya kenapa. Katanya doktor nasihat agar kawal pemakanan kalau tidak penyakit kencing manis akan melarat. Semalam beliau ketagih sangat pesembur dan satay lalu di bedalnya dengan lahap di Padang Kota. Keesokkan harinya beliau kena checkup dengan doktor tahap kencing manis. Apa lagi terkejut beruk si doktor ini bila bacaan paras gula meningkat dari sebelumnya. Beliau terus menambah dos ubat. Kata saya itu tidak apa. Makanlah ubat seperti biasa dan kawal pemakanan insyaallah kencing manis akan terkawal. Dia berkata tak boleh ini arahan doktor dan ia tak boleh di ingkari. Sambil bergurau saya berkata alangkah baiknya kalau ayat ini kita gunakan untuk Allah. Kita jangan langgar arahan Allah sebab jika berlaku demikian tahap paras gejala sosial akan meningkat. Terkebil-kebil biji mata kawan saya bila mendengar kata saya. Saya pun hairan bagaimana saya boleh mengeluarkan ayat seperti itu.
Sebuah persatuan lewat mengadakan mesyuarat AJK disebabkan Setiausaha dimana isterinya dimasukkan ke dalam wad. Isterinya mengadu sakit pinggang. Setelah berada di wad selama seminggu doktor suspect isterinya kena cancer. Setelah di beritahu kepada isteri apalagi terus saja air muka berubah. Makan tidak lalu. Senyum tak mahu. Hari-hari mesti bercakap bab kematian. Ia menasihat anak-anaknya dan suami. Seisi rumah berada dalam duka. Bisnes tak jalan.; Nak jalan macam mana kata suami jika asyik teringat masalah isteri yang asyik menangis. Setelah dua minggu berduka. Isterinya dibawa untuk rawatan lanjut oleh pakar. Ujian dijalankan dan jawapannya akan diketahui selama 3 hari. Cukup 3 hari mereka kehospital. Dalam hati si isteri beliau berkeyakinan jawapan yang sama oleh doktor. Nama isteri dipanggil oleh jururawat. Doktor pakar merenung muka siisteri. Katanya isteri encik memang kena cancer tapi cancer yang kecil. Jika di translet ke bahasa malaysia cancer yang yang terdapat pada tubuh isterinya ialah bisul yang berantai. Pembedahan kecil perlu dilakukan. Keesokkan harinya siisteri bangun dari tidur lalu diajaknya si suami dan anak-anak makan di luar dan shopping di Giant. Katanya lama dah bermuram. Kata sisuami kepada saya, Budiman memang lidah dokmat amat power kerana ia boleh merubah segalanya-galanya. Kata pula saya ini semua kuasa Allah yang lebih power. Allah kata Kun Fayakun maka jadilah. Beliau menyesal sebab selama ini melupai kuasa Allah mengatasi segalanya.
Ini bener-bener bukan olok-olok.
Sekian Ariman
No comments:
Post a Comment