Teman-teman

Saturday, March 26, 2011

Gulai Jantung Pisang

Isteriku meminta aku mencari jantung pisang. Katanya nak buat gulai jantung pisang. Dengar saja gulai jantung pisang perut sudah mula meragam. Aku terus ke kampong ibu mertuaku. Masih banyak pokok pisang dan jantungnya. Setelah mengambil beberapa biji aku terus ke pasar untuk mencari daging cincang. Cukuplah sebanyak RM3 untuk daging. Makan daging banyak-banyak pun tak elok untuk kesihatan. Setelah isteriku pulang dari gerai semuanya telah pun kusediakan. Hanya menanti masa untuk isteriku membuat gulai. Tersenyum isteriku bila melihat semua peralatan telah aku sediakan didapur. Nasib baik aku tak berapa pandai buat gulai. Kalau tidak sudah tentu sudah beres semua.

Setelah selesai berehat akibat keletihan berniaga isteriku pun mulalah kedapur manakala aku bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat. Bau tumisan cili membuatkan perutku memberontak. Aku terus kemasjid dengan harapan agar khutbah yang akan aku dengar memberi sedikit kekuatan kepadaku. Malangnya tatkala khutbah disampaikan mikrofon berada jauh dari mulut. Akhirnya ramai para jemaah mengambil kesempatan untuk menunduk kepala tanda setuju. Akhirnya selesai juga solat Jumaat.


Hujan turun dengan lebatnya. Di Pulau Pinang boleh dikatakan musim hujan. Kalau kerap hujan disebelah petang maka isteriku tak dapat berniaga di pasar malam. Sambil menanti hujan aku bercadang untuk menziarahi pusara isteriku. Selepas hujan telah reda aku ke pusara isteriku lalu aku bersihkan rumput-rumput yang begitu cepat tumbuh akibat hujan. Selepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan doa, aku bergegas pulang. Terasa begitu lapar sekali. Bila sampai dirumah aku menghidu sesuatu yang wangi. Isteriku tersenyum bila melihat aku sambil menggoreng ikan talang kering. Wah bertambah selera aku.

Setelah dihidangkan aku tidak menolak nasi yang banyak. Selalunya aku akan buang sedikit tapi kali ini tidak. Aku begitu berselera. Aku picit-picitkan cabai kering yang di goreng kedalam nasi. " Waduh...ibu.... sedapnya ". kataku kepada isteri.
Selesai sudah sarapan untuk tengahari. Yang pastinya untuk sarapan malam aku tidak lagi menjamah nasi. Cukuplah dengan makan roti dicicah dengan kuah gulai. Itulah yang aku amalkan selalu. Hanya makan nasi sekali sehari. Kesihatan perlu ku jaga dengan baik. Kepada pembaca selamat menjamu mata....

Aku berehat sambil menyelak akhbar yang memaparkan bagaimana kotornya politik melayu. Demi untuk kuasa seseorang sanggup melakukan fitnah. Aku berdoa agar Allah fitnahkan kepada keluarga mereka pula. Biar mereka tahu bagaimana malunya di aibkan. Mungkin suatu hari akibat jijiknya politik di negara tercinta ini tidak mustahil Allah turunkan bala. Jangan sangka kita berada di zon yang tiada bencana. Kalau fitnah bermaharaja lela tidak mustahil perkara ini berlaku

4 comments:

hentian said...

Arrghh... IM kat sini balik balik sayur kobis, bayam, kangkung, terung... Kekadang merungut IM, macamlah dunia ni dah kekurangan sayur...

Nak buat camna, jenis lauk tunjuk-tunjuk ni, gitulah...

Untung WN ya....

Ariff Budiman said...

Ha ha saja WN nak test IM. Melatah tak. Termakan umpan juga ya. Sayur pun rezeki juga. WN pun tak lah selalu makan sodap. Kadang-kadang sayur juga makan.

hrusli61 said...

JH tak boleh makan sayur sesuka hati. Taugeh, kacang panjang, pucuk ubi kayu dan seangkatan JH cuba elak. Sebab Mak Guru di rumah tak bagi makan.

Ariff Budiman said...

hrusli.. Betoi la cikgu. Kalau depa tak control kita pakai kita main hentam saja. Sayur2 yang cikgu sebut WN pun tak boleh makan juga. he he kita seangkatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...