Teman-teman

Thursday, March 24, 2011

Bila Anak Buat Temu Janji

Aku menerima panggilan talipon dari anak gadisku bertanyakan bila aku free. Faham benar aku yang mereka benar-benar merindui aku. Jarak rumah lamaku dengan rumah baruku hanyalah 2 kilometer sahaja. Mereka dua beradik mengambil keputusan untuk berdikari selepas kematian ibu mereka. Aku pernah berkata kepada kedua-dua anakku yang kami semua harus pandai berdikari dan menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

" Kakak, adik walaupun ayah begitu sedih dengan dugaan ini tapi kita tak dapat melawan takdir. Kita harus terus melangkah dan menongkah arus dugaan ini walaupun dalam masa yang sama memori silam sering mengikuti kita. Walaupun kita berjauhan ayah tidak sekali-kali melupakan anak-anak ayah. Biar jauh dimata namun dekat dihati ". Itulah saja perkataan yang dapat aku luahkan kepada kedua-dua anakku sewaktu melangkah kerumah isteriku selama setahun setengah.

Alhamdulillah kedua-dua anakku dapat menerima dugaan ini. Isteriku amat memahami andaikata aku hendak berjumpa dengan anak-anakku. Dia tidak pernah menggangu atau menalipon kenapa masih belum pulang lagi. Setelah berjanji selepas solat maghrib ayah akan mengambil mereka tapi mereka yang datang mengambil ayah mereka. Seperti selalu aku membawa mereka ke Restoran Ahh Basri yang terkenal dengan Satay. Rakanku merupakan seorang saudara baru. Setelah mendapat pengalaman beliau telah membuka restoran satay. Yang bagusnya satay ini ialah dia telah detoxified atau membuang dahulu klorin yang terdapat pada ayam. Sataynya begitu lembut. Kini bermacam-macam jenis satay dikeluarkan. Malam itu kami order satay biasa dan kalamari atau sotong.

Isteriku sengaja tidak mahu mengikut. Aku faham benar yang dia tidak mahu mengganggu aku dan anak-anak berjumpa. Sebelum aku bersama dengan anak-anakku, aku bawa dia makan dahulu disini. Bila anak-anak berjumpa ayah maka banyaklah cerita yang ingin dikongsikan bersama. Aku memberi cadangan next perjumpaan aku nak ajak mereka makan di restoran cina muslim.
" Sebagai orang islam, kita kena tolong mereka ". Aku berkata kepada kedua-dua anakku dan sebulat suara bersetuju yang next perjumpaan kami ialah di restoran cina muslim. Tapi sebelum aku dan anak-anak kesana sudah pastinya aku terlebih dahulu membawa isteriku kesana.
" Nanti bila-bila Nah kita makan di restoran cina muslim pula ". Isteriku tidak menolak permintaanku.

Bila selesai kami pulang kerumah. Aku menghantar anak-anakku pulang kerumah.

" Terima kasih ayah kerana sudi meluangkan masa ". Kata kedua-dua anakku sambil bersalaman denganku. Dalam kereta aku mengalir airmata betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap aku.

"Kalaulah emak masih ada sudah tentu hidup kita tidak begini ". Pernah aku berkata kepada ank gadisku.
" Nak buat macam mana ayah. Allah lebih sayang dekat emak. Ini semua dugaan buat kita semua ". Begitu cekal anak gadisku berbanding ayahnya yang kadang-kadang dibuai perasaan bersalah terhadap anak-anak.
" Insyaallah suatu hari kita akan bertemu dengan emak...ayah ". Itulah kata-kata azimat dari anak gadisku yang cukup memberi kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan sebelum bertemu pencipta.
" Ya Allah kau sejahteralah kedua-dua anakku. Hanya kepadamu saja aku menyerah keselamatan mereka. jauhkan mereka dari fitnah dan hasad dengki manusia. Amin ya Allah ".

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Pertalian darah antara anak dan ayah tak akan putus byat selamanya. Semoga kasih juga tetap begitu...

Ariff Budiman said...

Kakcik...Insyaallah dan terima kasih

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff, lain orang lain ujian..
Allah SWT lebih mengetahui..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Benar setiap orang pasti di uji dan ujiannya bermacam-macam

hentian said...

satu hari nanti nak bawa ibu_suri makan satay kat situ ler...

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Elok benar sekali sekala tukar tempat.

hrusli61 said...

Allahu Akhbar ! Tiada ungkapan yang mampu saya uncapkan. Semoga Jiman dan anak-anak tabah menghadapi perjalanan hidup ini.

Masing-masing kita Allah uji mengikut kadar yang Allah sahaja tahu sebabnya.

Istiqamah dengan perjuangan agar keadaan lebih diberkati.

Murni Alfathunnisa said...

kat mana ya restoran satay tu, nampak menarik je..

Ariff Budiman said...

hrusli61..Terima kasih cikgu diatas kata-kata perangsang

Ariff Budiman said...

Siti Murni..Restorannya terletak di Bayan Baru berdekatan dengan hotel seri Malaysia. Ia disebelah belakang hotel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...