Teman-teman

Friday, June 25, 2010

Pulut Durian ka..Atau Kari Ikan

Pulau Pinang kini dibanjiri musim buah durian. Telah banyak kelihatan di pasar malam dan di tepi-tepi jalan. Membeli buah durian ni kalau tidak pandai pilih pasti kadang kala mendapat isi yang keras. Ada setengah penjual begitu pandai mencari isi yang lembut. Bila ditebuk isi akan didapati elok. Bila pula dibuka pangsa lain ada yang keras. Itu kira nasib la. Ini diberitahu sendiri oleh rakanku yang menjual buah durian. katanya banyak penjual yang menipu. Sebab itu aku tidak mahu membeli ditempat lain. Aku akan mencari rakanku walaupun buahnya mahal sedikit tapi isinya berbaloi. Ini ibarat seperti kita membeli kereta. kalau nak yang elok sikit terpaksa la bayar mahal. Pagi tadi aku ke gerai isteriku. Aku berkata kepadanya yang aku nak beli durian untuk dimakan bersama pulut dan santan. Aku punya favourite ni. Isteriku tersenyum saja.

Durian ni bijinya kecil tapi isinya masyaallah padat la

Bila dia pulang dari gerai perlahan-lahan dia bercakap dengan aku, " Bang hari ini abang jangan makan pulut la. Dua hari lepas abang dah makan. Nah takut abang sakit lutut pula ". Dia atur ayat begitu cantik dan lembut. Takut aku merajuk la tu tak bagi makan pulut durian. Aku pula kalau dah sedap kira nak up selalu macam kata orang tua-tua la dah boleh makan tak sedar diri. Terdiam aku sambil berfikir yang betul juga kata isteriku. Kalau sakit aku juga yang kena tanggung. Melihat aku diam dia dah gelabah. " Abang marah ka Nah tak bagi makan ". Cepat-cepat aku potong dan berkata yang aku tak marah aihhhh.

Kari ikan bawal

" Macam ni bang. Nah dah beli ikan bawal di pasar tadi. Ingat nak buat gulai ikan dan cincaluk ". Dengar saja cincaluk aku dah ternganga. Pembaca semua tahu tak cincaluk. Kalau pergi ke melaka pasti banyak dijual. Kini cincaluk dah ada di merata tempat. Aku dari remaja sampai la dah kahwin amat suka dengan cincaluk. Alhamdulillah kedua-dua isteri aku boleh buat ramuan cincaluk memang melegakan aku. Kalau pembaca yang baru melawat WN jangan ingat aku ada 2 orang isteri. Isteri pertama meninggal dan ini yang isteri yang baru. Tulis biar teghang.

Cincaluk. Kalau tak suka makan memang rugi la

Ramuan cincaluk yang selalu aku dok makan ialah cincaluk, cili padi, bawang merah dan perahan buah limau. Itu saja. Makan dengan nasi saja pun bertambah. Hari ini pula aku makan time hujan tengah lebat diluar jadi bertambah la selera aku. Senyum isteri aku melihat aku menambah nasi sebab selalunya aku makan hanya sepnggan saja. Kata isteriku, " Selalu abang makan sepinggan saja. Dah tentu Nah masak tak sedap. Nah tak pandai Macam Aishah ". Aiseyman dia dah feeling pula. Cepat - cepat pula aku pujuk, " Bukan tak sedap tapi perut ini pun tengah lapar sebab pagi tadi abang makan roti bakar saja ". Nampak dia rasa lega sebab memang tadi pagi aku makan roti bakar digerai. Tapi time cari buah durian aku kena mee kari. Hee he pembaca jangan repot dekat isteri aku nooo. Siapa tak sayang bini oiiii....

3 comments:

Luth Textile said...

salam encik.. saya hantu durian. cencalok tak pernah makan lagi seumur hidup, sama la dgn air asam. hahahha

Ariff Budiman said...

Luth Textile..Cuba try cincaluk. Pasti menjilat jari sebab pedas

hentian said...

Dak.. IM tak repot. IM habaq ja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...