Teman-teman

Monday, June 28, 2010

Akhirnya Ini yang Berkenan

Aku masih lagi dalam mood cerita tentang minat aku tapi dalam pelbagai cerita. Seperti biasa aku pulang dari kerja pasti aku akan singgah digerai tempat isteri aku meniaga roti canai. kelihatan beberapa rakan sekerja sedang menikmati sarapan pagi. Setelah bersalaman dengan mereka ada yang kehairanan mengapa aku berada di situ sedangkan rumahku di tempat lain. Akhirnya aku beritahu mereka yang aku telah berkahwin dan lalu aku tunjukkan isteriku kepada mereka. Tercengang mereka bila aku beritahu begitu. Selama ini mereka tidak tahu aku telah berkahwin selama setahun dengan Rosnah. Akhirnya seorang rakanku berkata yang aku bertuah dapat berkahwin dengannya.
Aku hanya tersenyum mendengar mereka memuji isteriku. Padaku memang aku bertuah sekali. Setelah selesai perniagaannya aku pulang kerumah. " Abang nak ronda-ronda ". Aku berkata kepada isteriku. " Abang jangan beli dah buah durian. Ada banyak lagi dalam peti ais ". Memang boleh dikatakan setiap hari aku membeli buah durian. Apa tidaknya bila aku sampai saja, dia akan memanggil aku. Buahnya memang elok sebab itu aku suka sangat beli dekat dia. Pagi ini aku sekali lagi kepadanya. Ditunjuknya buah kepadaku. Aku terus minta 2 biji. Nak bawa balik isteri dah tak bagi jadi aku sedekah kepada abang aku saja.

Nikon D3000 telah menawan hatiku

Aku terus pula ke Kompleks Bukit jambul untuk survey kamera. Aku bertanya Nikon D40. Kata penjual kamera tu dah lama. Dia tak jual. Aku terus kekedai lagi satu. Bila aku sebut Nikon D40 penjual itu tersenyum. katanya kamera D40 dan D60 dah lama. Yang paling bawah dan baru ialah D3000. Bila dibawa keluar dan minta aku cuba, apalagi gambarnya begitu tajam. Bila ditanya harga, penjual mengatakan yang harganya ialah RM1680. Eksesori tambahan sebanyak RM900. Aku begitu tergoda dengan D3000. Aku pulang kerumah isteri bertanya bila nak ke Komplehs Bukit Jambul nak survey kamera. Aku kata aku baru balik saja dari sana. " La abang ni tak sabar sungguh la ". Tersenyum aku mendengar kemarahannya. Bulan ini aku dah mula masuk RM200 kedalam tabung. Kata isteriku, " Nah ada juga masuk wang dalam tu tapi tak boleh bagitau ". La dia buat suspen pula dekat aku. " Nah abang rasa bulan depan nak ambil la kamera tu ". Geleng kepala dia melihat perangai aku yang tak sabar tu. Aku dah kemaruk sekarang.........


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...