Teman-teman

Tuesday, June 01, 2010

Catatan Umrah Hari - 01

sebelum subuh lagi aku dan isteri bangun dari tidur. Setelah kami solat subuh berjemaah, aku memberi sedikit tazkirah dimana semasa dibumi Makkah kita akan diuji dan terus diuji. Aku mengharapkan agar kami berdua dapat menghadapinya dengan tenang dan saling berlapang dada. Setelah menunaikan solat sunat musafir dan solat zhuha, kami keluar menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. kelihatan rakan-rakanku dan Jawatankuasa surau sudah berada di lapangan terbang. Setelah berjabat salam dan sesi bergambar kami diberi taklimat oleh wakil Tabung haji dari Penang. Setelah membaca doa, kami diarah masuk untuk check in. Kami sempat berpelukan dengan rakan-rakan yang mendoakan agar kami selamat mengerjakan ibadat umrah. Seramai 70 orang jemaah dari TH Travel yang ikut serta. Bersama aku ialah dua orang sahabat iaitu Zabri dan isterinya Noor Haslinda dan Mohd Rizal yang merupakan seorang sahabat yang kurang upaya.


Anakku Siti Zinnirah tidak ketinggalan menghantar kami di airport

Jam 1115 pagi kapal terbang MAS meluncur laju meninggalkan bumi Pulau Pinang menuju ke KLIA. Penerbangan mengambil masa selama 45 minit. Ketika berada diudara itulah aku terkenang sewaktu aku membawa arwah isteriku Siti Aishah berubat di Kelantan menaiki pesawat Firefly. Jam 1245 tengahari kami sudah tiba di KLIA. Setelah menaiki keretapi, kami menuju ke terminal. Inilah pertama kali aku menjejak kakiku di KLIA. Memang canggih. Laju sungguh keretapi bergerak. Begitu kagum aku melihat lapangan terbang KLIA. Setelah mendengar taklimat dari TH Travel dari KL kami dibenarkan untuk solat zohor dijamak waktu asar dan makan tengahari.


Aku dan isteri bergambar bersama Jawatankuasa surau wanita.

Kemana saja kami pergi kami akan menolak sahabat kami yang dipertanggung jawabkan untuk menjaganya. Jam 2 petang kami siarah check in sebab kapal terbang akan bertolak ke Jeddah pada jam 3.30 petang. Setelah berada didalam pesawat MAS, kami diberi headphone oleh pramugari. Isteriku menyarung ke telinga. " Bang depa pasang lagu Lady gaga ". Aku bertanya bagaimana dia tahu lagu tu. Katanya bersebelahan gerai setiap hari memasang lagu tu. Aku terus tak minat nak mendengarnya. Ingatkan lagu nasyid maklumlah nak mengerjakan umrah.

Bersama rakan - rakan yang sudi datang mengucap selamat semasa dalam perjalanan

Juruterbang memohon maaf berlaku kelewatan penerbangan akibat penyelenggaraan pesawat. Sekejap terdengar enjin pesawat dihidupkan. nak berlepas agaknya pesawat ini. Bisik hati kecilku. Kemudian pilot membuat sekali lagi pengumuman akan kelewatan penerbangan. Dah berbunyi suara dalam pesawat seperti bunyi sekumpulan tebuan. Tiba-tiba pesawat menjadi gelap seketika, Penumpang dah mula resah. Akhirnya pilot membuat pengumuman agar penumpang menukar ke pesawat yang baru akibat berlaku masalah teknikal. Pada kami ini merupakan dugaan yang pertama terpaksa kami hadapi.

Urusan pemberian paspot di KLIA

Pihak MAS telah memberi kupon kepada jemaah akibat kelewatan penerbangan. Disitulah kami makan Burger King. Memang namanya pun king tentulah burgernya besar. Alhamdulillah kenyang juga kami. Memang pihak MAS sudah menjangka andaikata berlaku kelewatan maka kupon akan diagihkan. Akhirnya kami diarah masuk kedalam pesawat sebab dijangkakan akan bertolak ke Jeddah pada jam 6.30 petang dan ini bermakna kami akan solat jamak Maghrib dan Isyak didalam pesawat.

Taklimat dari TH Travel sebelum jemaah berangkat ke Jeddah. Dikatakan cuaca di Makkah panas

Akhirnya padan jam 6.30 petang pesawat MAS meluncur meninggalkan bumi Malaysia menuju ke Jeddah. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 8 jam. Didepan kerusi diletakkan skrin yang menunjukkan dimana berada dan ditahap berapa ketinggian pesawat. Akhirnya secara tidak disedari aku melihat di skrin yang kami berada diparas 35000 kaki. Semasa berada diruang angkasa Oman pesawat bergegar akibat cuaca buruk. Pilot membuat pengumuman agar penumpang kembali ketempat duduk dan memakai seat belt. Bergegar pesawat bila terkena awan tebal. Aku membaca ayat suci al-Quran dan berdoa agar kami selamat dalam perjalanan.

Penumpang sebelahku tidak purtus-putus membaca surah yasin. Akhirnya pesawat dinaikkan ke paras ketinggian 37998 kaki. Dalam masa itulah aku sudah merasa keletihan setelah beberapa jam berada didalam pesawat. kami dihidangkan dengan nasi ayam dan juice orange dan jus jambu. layanan dari pramugari amat memuaskan. Sekurang-kurangnya kami terlupa seketika masalah cuaca diluar sana. Kelihatan diluar masih lagi cerah sedangkan kalau waktu di Malaysia sudah lama masuk waktu maghrib. Kata ustaz kena ikut waktu yang berada didalam pesawat. Bila melihat gelap diluar kami pun melakukan solat jamak maghrib dan isyak. Selepas selesai solat mata pun dah naik layu akibat kekenyangan. Aku dan isteri terlena sambil terdengar deruman enjin pesawat dan akhirnya tidak kedengaran langsung.......

6 comments:

kapten said...

Saya doakan semoga selamat sampai dan pulang.. ameen

hentian said...

Aku ingatkan KTM je yang selalu lewat. Rupanya MAS pun sama.

Entahlah kalau roket....!

Ariff Budiman said...

Kapten..Alhamdulillah dah selamat sampai ke Malaysia

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Manusia yang cipta macam tu lah. Apa yang Allah cipta dan kehendaki tidak pernah tersasar atau terlewat

Unknown said...

Saya rasa teruja baca cerita ni :)
Ingat nak update blog, tangguhlah dulu...cerita detail mcm ni mmg best :) Nak baca yg lain pulak...

Ariff Budiman said...

MaryaYusof..Terima kasih kerana sudi baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...