Teman-teman

Sunday, June 27, 2010

Begitu Asyik Dengan Kamera

Ketika aku pulang dari kerja malam tibia-tiba mesej berbunyi. Aku menatap mesej yang berbunyi, " Salam bang. Bila pulang kerja cuba tengok atas almari. Ada sesuatu ". Berdebar-debar aku diatas motor memikirkan apa yang diletaknya diatas almari. Sampainya saja aku dirumah terus aku meluru masuk kedalam bilik. Kelihatan sebuah tabung berbentuk tong gas diletakkan diatas almari. Tertawa aku bila membaca tulisan dikertas bertajuk Tabung Digital kamera. Aku terus menalipon isteriku mengucapkan terima kasih. Tak sangka pula aku dia begitu bersungguh-sungguh memberi semangat kepadaku. Katanya dia beli di Pasaraya Tesco. Tak elok nampak tabung tin. Bertambah semangat lagi aku untuk mengumpul wang nak membeli tabung. Biar lambat asalkan berbaloi. Walaupun aku boleh membeli terus tanpa mengumpul tapi bila mengumpul boleh beli yang lain sama.


Nikon D4o dalam harga RM1750

Hari ini walaupun aku keletihan setelah pulang dari kerja aku masih sempat mengajak isteriku ke Kompleks Bukit Jambul. Saja aku nak survey kamera. " Abang ni dah asyik dengan kamera pula dah ". Teguran isteriku membuat aku tersenyum padanya. " Tak pa jangan abang asyik yang lain sudah no ". Aku pula jawab. " Yang itu please no jangan dok buat main ". Walaupun katanya dalam senyum tapi idghamnya lain macam. " Ala abang tak cari lain dah. Buat apa la abang kahwin dengan Nah kalau niat nak cari lain ". Senyum dia bila aku bergurau begitu. Padaku cukup la Rosnah sebagai pengganti Aishah. Dia amat baik. Tak sanggup aku melukakan hati dan perasaan orang baik terhadap aku dan anak-anak.

Ok kita berbalik kepada kamera. Ramai yang kata dekat aku supaya pakai D40 pun dah ok. Entah aku pun tak pandai bab kamera ni. Yang aku tahu ialah kamera yang auto fokus. Jadi ini merupakan benda baru kepadaku walaupun aku melanggan majalah kamera. Memang teruja melihat foto-foto yang di snap. Boleh buat air terjun seperti buih-buih. Itu yang buat aku nak pakai sangat kamera jenis ni. Kira nak upgrade la. Mudah-mudahan tercapai hasrat aku...

8 comments:

a kl citizen said...

saya masih pakai kamera cap ayam.. senang masuk dalam handbag

Ariff Budiman said...

Betul cikgu. Kamera cap ayam senang dibawa dan mudah disimpan

pB said...

salam



aBear pB memang dah terjebak dengan kamera nie ...

Anonymous said...

sy brdoa, mudah2an trcapai...

muhdabdrazak said...

Bertemu kembali Budiman. D40 tu agak lama sikit tapi dia antara yg berkualiti. Mudah di guna dan tak rumit sangat. Jika pakar kamera yg hebat pun recomend tentu la baik. Cuba baca website ni. www.kenrockwell.com utk lihat reciomendation seorang pakar dan juga tips photography. Apa yg menarik ialah bg beliau bukan kamera yg penting tetapi pengguna tu. Selamat menabung utk dslr, hehehe.

muhdabdrazak said...

Bertemu kembali Budiman. D40 tu agak lama sikit tapi dia antara yg berkualiti. Mudah di guna dan tak rumit sangat. Jika pakar kamera yg hebat pun recomend tentu la baik. Cuba baca website ni. www.kenrockwell.com utk lihat reciomendation seorang pakar dan juga tips photography. Apa yg menarik ialah bg beliau bukan kamera yg penting tetapi pengguna tu. Selamat menabung utk dslr, hehehe.

Insan Marhaen said...

Im cukup dengan kamera yang melekat kat handphone. senang nak snap foto. tengah drive pun boleh.

Ariff Budiman said...

PB... Boleh bagi tips sikit

Anonymous..Terima kasih tolong berdoa sama.

muhdabrazak...Dah buat keputusan. saya akan beli D3000

Insan marhein..Kena ada juga kamera tu. Senang nak bawa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...