Teman-teman

Monday, July 30, 2012

Menjadi Duta

Aku telah menerima email dari seorang kawan.Katanya ketika dia berjalan di Seremban dia ternampak gambar aku dan isteri di butik ini. Terus dia ambil gambar dan hantar kepadaku. Aku terkejut dan nak tertawa pun ada juga bila gambar kami dijadikan sebagai model. Kalau mengikut akhlak islam tuan punya butik ini tidak berakhlak sebab meletakkan gambar kami tanpa meminta izin.


Bila aku fikirkan kembali yang gambar ini tidaklah menjadi fitnah kepada kami, maka sebab itu aku diamkan diri. Isteriku tertawa bil aku tunjukkan gambar ni. Mungkin tuan punya butik ini mengambil gambar kami di dalam blogku. Apa pendapat pembaca sekelian....

12 comments:

kakcik said...

Agaknya dia fikir, perkara mengambil gambar itu tidak akan sampai ke pengetahuan Ariff!

InsyaAllah, pada 6/8 nanti Dr Danial akan datang memberi ceramah di Kementerian tempat kakcik bekerja. :)

insan marhaen said...

Kalau IM, terkilan juga rasanya. Tapi apa yang boleh kita buat. Biar dan redhakan saja.

Mudah-mudahan berkat keindahan foto itu ramai orang membeli pakaian Haji dari butiknya.

Patutnya WN akan diberi imbuhan setimpal oleh tuanpunya butik.

Shahrizat said...

ini kira mencuri jugak ni...kena bagitahu dia yang perbuatannya telah diketahui. setiap perkara kita buat ni kena mintak kebenaran...minta kebenaran tu tak susah kan....kalau bangsa lain ni dia mungkin dah disaman berjuta-juta nii....harap tuan punya butik ni lebih peka di masa hadapan. ini pendapat saya sahaja.

Bearcat said...

Tak patut sungguh. Guna gambar orang tanpa izin. Boleh saman ja. Mesti pemilik butik ni salah seorang pembaca blog Paknjang.

Nasib baik dia buat modal jual pakaian ibadat, kalau letak gambar untuk ubat tenaga batin ke apa, tak ke malu dibuatnya huhuhu.

radziah AR said...

cdgn saya, en. arif boleh berhubung dgn tuan empunya butik. just nak bagitau, itu gambar saya. harap minta izin. tak elok buat cam tu. jual benda baik. jgn takut, tak minta bayaran pun. cuma, perlulah berhemah...takut duit kurang berkat.

nadinezuharra said...

emm,terkejut juga kalau gambar kita digunakan orang sewenang2nya..lagi2 atas tiket berniaga.
patut sdr Ariff Budiman contact tuan punya butik tu minta penjelasan.. : )

Ariff Budiman said...

kakcik..Selalunya kalau org boleh bertindak macam tu memang dia tak terfikir jauh

Ariff Budiman said...

insan marhein...Mudah-mudahan dapat ler

Ariff Budiman said...

shahrizat...Memang betul. Ini kes mencuri..

Ariff Budiman said...

Bearcat...Mungkin dia ambil dari blog ni

Ariff Budiman said...

radziah AR..Nanti saya fikirkan bagaimana ya

Ariff Budiman said...

nadinezuharra...Insyaallah sedang mencari alamatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...