Teman-teman

Sunday, July 15, 2012

Pagi-Pagi Sudah Di Uji

Gambar hiasan saja
Hari ini aku bertugas pagi. Seperti biasa aku akan keluar mencari juadah makanan untuk aku bawa ke tempat kerja. Aku tahu kalau hari minggu di kawasan tempat kerjaku banyak kedai yang tutup. Pagi ini aku beli mee goreng. Fuhh nampak sedap sewaktu mamak menggoreng mee. Setelah siap terus aku pecut motosikal menuju tempat kerjaku. Bila hari minggu kereta pun tidak banyak jadi tenang saja aku menyusuri jalan raya. Ketika dalam perjalanan di depanku ada sebiji motosikal yang di pandu oleh seorang lelaki india. Dengan selamba saja dia mendongak keatas lalu meludah. Sudah tentu air ludah jatuh dibelakang dan aku dapat melihat air ludah betul berhadapan dengan aku. Cepat-cepat aku mengelak sambil membunyikan hon motosikal. Aku melihat di cermin motosikal yang di pandu oleh lelaki india itu memerhati aku. Terus dia meludah lagi sebelah kiri dan kali ini air ludah itu terkena aku. Aku terus hilang sabar dan memecut mendapatkan lelaki india tersebut. Aku memarahinya sebab sikapnya yang pengotor. Aku katakan kepadanya kalau nak meludah berhentilah motosikal itu dahulu. Bila aku kata begini lelaki tersebut pula yang marah
" Apa yang you tak puas hati ". Tanya lelaki tersebut padaku.
" Lain kali kalau nak ludah you berhenti dulu. Tengok air ludah sudah kena saya punya baju ". Sambil menunjuk baju uniform aku yang terkena air ludahnya
" &*(#>>(O ". Marah dia terus memaki hamun dan menyebut nama mak dan ayah aku.

Apalagi aku bengang lalu aku hayun karate cop di tempat yang aku pasti sasaran baik. Aku karate terus ke mukanya. Apalagi sudah pasti bila terkena karate tersebut mata akan berpinau akhirnya lelaki tersebut bersama motosikalnya menggelungsur di atas jalan. Kena pula masa tu tidak ada penunggang lain. Hanya aku dan dia saja. Aku terus pergi dan hanya menoleh ke belakang lelaki tersebut terguling sebelah longkang. Aku biarkan saja lau pergi. Aku singgah di gerai makan untuk membasuh bajuku yang terkena air ludah pemuda tersebut. Bila aku tiba di traffic light aku terdengar perbualan dari motosikal sebelah yang mengatakan lelaki tersebut mengamuk mencari siapa yang memukulnya. Kalau aku masih berada di sana sudah tentu akan panjang cerita. Lagi pun aku dengan berpakaian uniform. Padaku biarlah ia menjadi pengajaran buat lelaki tersebut. Jangan suka-suka ludah tak tentu arah. Bila tiba di tempat kerja aku beli sebungkus Breeze yang berharga RM1 dan aku basuh bajuku di tempat kerja. Barulah terasa confident untuk menggunakannya ketika solat nanti.

16 comments:

Thirah said...

eee...xde rasa bersalah pn...xsenonoh punya perangai..blh plk nk marah2 orang..xde kesedaran sivik langsung..

kakcik said...

Ish... gelinya!

Ariff Budiman said...

Thirah...Tu yang saya marah

Ariff Budiman said...

Kakcik...Saya tak lalu nak makan ni

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Maaflah saya baca sambil tergelak...hehee... sabaq no... rs mcm najis pulak air liur indian man tu ek... geli pulak...yuck!

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Gelak perlahan no. Jangan kuat-kuat

insan_marhaen said...

huh... sejak bila pulak belajar karate cop nih!

bila dah naik syeh tu, lupa sat kaki yang tempang yer...

Ariff Budiman said...

insan marhein
Karate cop tu macam istilah pancung ler. Kalau kaki tak boleh angkat ler.He he

Maiyah said...

salam..

mmg angin le mcmni
dah tu rsa x brslh plak
haiii.. mmg mnguji kesabaran

Ariff Budiman said...

Maiyah Waalaikumussalam
Memang angin satu badan bila kena kes macam ni

makchaq said...

Salam kenal..
Wah.. Beraninya..
Masti dia ingat &tak buat dah sampai bila2..kalau dia cerita kat org pun, mesti org tu tak berani buat takut kena karate jugak...

Ariff Budiman said...

Salam makchaq..Terima kasih sudi baca. Bukan berani sangat tapi spontan bila mai geram

Anonymous said...

salam bang,

abg tak payah siarkanlah komen saya ni. ini untuk tatapan abg shj. saya rasa elok abg hati-hati sikit lepas ni. mana tau kes yang abg tulis dlm blog ni sampai pulak ke pengetahuan orang tu pasti dia tahu orang yang pukul dia ialah abg dan tak mustahil dia akan cari balik abg. bangsa ni memang pakar dalam pukul curi. Pada pandangan saya, bangsa ni memang akhir akhir ni naik tocang sikit. jadi saya harap abg sentiasa berwaspada.

Zuluzulu

pB said...

pB pernah terkena macam nie.
Pemandu treller ...

Ariff Budiman said...

Anonymous...Terima kasih di atas nasihat ini. Insyaallah saya akan berhati-hat

Ariff Budiman said...

pB...ramai yg kena kes macam ini kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...