Teman-teman

Friday, January 15, 2010

Dari Mana Datangnya

Aku bertugas malam. Ketika melalui satu kawasan yang gelap yang dikelilingi hutan aku melihat kain putih melayang lalu terjatuh diatas badanku. Terkejut aku dibuatnya. Walaupun tiada perasaan takut namun terkejut beruk juga aku dibuatnya. Datang sebuah motosikal menghampiriku. " Bang semalam saya kena. Kain putih ni melayang lalu jatuh didepan saya ". Aku mengambil kain putih untuk memastikan yang ini bukan dari kain mayat. Aii...bau cendananya kuat. Kainnya juga kasar seperti kain mayat. Aku meletakkan kembali kain diatas pokok. Aneh juga sebab tiada kelibat benda yang boleh dilihat. Pemuda itu terus menunggang pergi. Aku keseorangan. Akhirnya terjawab segala persoalan. Datang seorang wanita tua yang selalu aku melihat menjaga lembu dan kerbau.

" Makcik cari apa malam-malam ni ". Sengaja aku menegurnya. Berkerut aku melihat dahinya.
" Tadi angin kuat. Kain tudung makcik melayang tinggi. Tak tau jatuh dimana ". Terus aku tunjuk tempat aku meletakkan kainnya.
" Ha.. yang inilah kain makcik ". Terus diambilnya kain dan berlalu pergi. Aku merasa lega sebab apa yang aku fikir sebelum ini rupanya tidak benar. Kalau tidak macam mana agaknya aku harus melalui jalan ini. Kadang - kadang benda datang secara mengejut ni boleh membuat seseorang itu cepat melatah dan silap berfikir. Begitu juga aku apabila kerap didedah dengan benda-benda halus lalu setiap apa yang aku bertemu pasti aku akan kaitkan dengan benda itu. Sekurang-kurangnya ia menjadi iktibar kepada diriku agar tidak cepat melatah... Siapa tidak takut ooooo. Itulah naluri manusia.


2 comments:

maiyah said...

hehe.. kalo sy lari x cukup roda

ZOOL@TOD said...

Kak Maiyah kena upgrade, letak enjin turbo. Baru laju sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...