Teman-teman

Tuesday, December 23, 2008

Aktivitiku bermula

Hari ini aku telah memulakan tugas harianku. Bangun dari tidur dok fikir apa nak buat hari ini. Ahh kini aku tiada lagi pembantu peribadiku. Sunyi sepi dapur tidak berbunyi. Periuk belanga yang isteriku basuh sebelum sakit masih lagi disitu. Nak masak apa hari ini untuk aku membawa bekalan ketempat kerja petang ini. Teringat pesanan mak angkat kami kalau ada apa-apa masalah talipon. Aku pun angkat gagang talipon dan terus dial nombor mak angkat. Aku terus bertanya bagaimana nak buat kari ikan. Apalagi meraung mak angkat mendengar aku nak masak kari. Sebak juga aku tapi aku kawal perasaanku. Kata mak angkat tak payah masak la. Kalau nak makan datanglah kerumah. Akhir sekali aku ambil keputusan tak makan apa tengahari. Biskut kering masih banyak lagi.

Dalam hati berkata petang ini nak buat nasi goreng. Seperti biasa aku tidur dulu. Bila bangun terus kedapur nak buat nasi goreng. Ya Allah aku tak letak nasi. Aku terus mandi dan pakai uniform terus turun kebawah. Apabila nak bertolak aku selalu automatik akan mendongak keatas sebab selalunya isteriku akan melambai tangan. Katanya abang kerja jauh, Siti berdoa moga abang dilindungi Allah. Sejuk aku ketempat kerja.

Kini tiada lagi lambaian dari seorang isteri. Aku lesu ketempat kerja dalam kelaparan. Aku singgah membeli goreng pisang untuk aku makan semasa diatas motor. Sebak juga hati. Nak buat macam mana. Aku kena belajar dari A hingga ke Z. Baju tak usah kata. Anak perempuan berada di Sungai Petani. Kalau dia tahu keadaan aku tentu dia risau. Apa tidaknya uniform sudah 3 hari tidak bertukar sebab aku tidak pandai gosok sendiri. Sewaktu isteriku bergurau dengan anak-anak dia berkata. " Ayah first class dalam basuh baju kemudian kutip baju dan akhirnya letak diatas katil". Kata isteriku lagi. " Abang kena belajar serika baju, kalau Siti mati sapa nak buat semua ini". Aku hanya tersenyum depan anak-anak yang ketawa berdekah-dekah bila emak mereka perli aku. Ya Allah bahagianya aku waktu itu.

Kini anak-anak sudah besar-besar. Masing-masing membawa diri. Aku yang keseorangan dirumah. Aku bila kepekan berjumpa saja orang mereka akan menahan aku dan bertanya isteri sakit apa sehingga meninggal. Ni yang aku malas nak layan. Ia akan membuat hati aku bertambah hiba. Sambil mengucap terima kasih aku berkata dah janji Allah. Satu lagi yang memeningkan kepala aku ialah tahlil. Bila nak buat tahlil aku pasti kena ada sehinggakan kadang-kadang tiap-tiap hari ada saja tahlil untuk arwah. Aku amat letih sekali tetapi demi menjaga hati orang yang menyayangi isteriku ku langkahi juga.

Kepada adikku Masteja dan suaminya Zaabar. Abang ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjaga Kak Aishah semasa di Kelantan. Sesungguhnya memori Kelantan tidak dapat abang lupakan. Itulah saat genting Kak Aishah bertarung dengan kesakitan siang dan malam. Semoga Allah memberikan kebahgiaan rumah tangga dan kesihatan yang baik kepada Mas sekeluarga.

4 comments:

hafinah said...

Aku bab gosok baju first class. Hinggakan ibu_suri selalu suruh aku gosok bajunya kalau dia nak berjalan. Aku la nanti pening. Sekali tebar baju dia atas meja penggosok, dengan meja dengan sterika kena serkop dek bajunya.

Tapi bab masak kari, anak sulong aku terel. Aku...ehem....maggie kari boleh la...

rosidi hussain said...

Aku pun sama jugak ..bab masak memasak ni `zero entry cost` `null and void`.. masak nasik boleh tu pun kadang2 jadi buboq..Tapi sejak 2 menjak ni dok berkawan dgn cina.. pagi2 dok makan buah2an dan kopi Radix atau kopi `ari-ari mau` saja.. tghari baru makan berat sikit... nak kena jaga prut ni.. banyak penyakit berpunca daripada perut..penyakit pun macam2 style

Abu Marwan said...

Insya Allah jika saya ke Utagha,saya mai singgah flet delima Sg Ara.Teringat zaman bujang di penang dulu.

pak anjang said...

Salam,alhamdulillah aku boleh masak sbb anak tukang masak - mak & ayah dua2 pandai masak...meniaga sejak aku belum lahir.aku tengok depa masak, tolong2 siang sayur/ikan dll...tanya2 mak & cuba2 try sendiri bila mak ayah pi keja...aku kena jaga adik2 dulu. Tu lah, akupun la ni dok ajaq semua (7 org=4L+ 3P)& pastikan depa boleh masak & survive,insyaAllah.
I suggest semua org-tak kira L/P wajib belajaq masak...sejak awai2 lg. Selamait...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...