Teman-teman

Saturday, December 27, 2008

Seminggu sudah berlalu

Pejam celik pejam celik seminggu telah berlalu isteri tercinta telah meninggalkan kami semua. Dalam kerinduan aku bermunajat kepada Allah agar dipertemukan aku dengan isteri didalam mimpi. Namun sehingga kini setelah seminggu, Allah tidak mengizinkan aku bermimpikan arwah. Begitu jiga dengan kedua-dua anakku. Bila aku bertanya pernahkah mereka mimpikan emak. Jawapan mereka seperti aku juga.

Memang hidup tanpa isteri begitu menyiksakan. Setiap aktiviti yang dilalui bersama bukan senang untuk dipadamkan. Kadang-kadang bila pulang kerumah masih terasa isteri sedang memasak. Bila memetik komputer terasa isteri berada disebelah sambil menjahit baju. Aklhirnya aku sendiri yang akan keluar dari rumah. Ramai yang menasihat agar aku melupakan peristiwa lama dan membina hidup baru. Aku hanya mendiamkan diri.

Aku bukanlah jenis kaki yang suka merayau tak tentu hala. Jika tiada program aku selalu berada dirumah bersama isteri. Kini kemana lagi harus aku tuju kalau tidak dirumahku sendiri. Blog inilah tempat aku meluahkan segala isi hati.Kadang-kadang aku merasakan betapa indahnya andaikata peristiwa yang berlaku ini hanya sebuah mimpi. Namun aku perlu sedar yang aku berpijak dibumi yang nyata. Cuma aku tidak berani berhadapan dengan orang yang ingin tahu sebab musabab kematian isteriku. Sedikit demi sedikit kami membiasakan diri. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami semua insyallah.

4 comments:

Zahpp said...

Salam,
Budiman, Allah Penentu segala2nya. Memang tidak mungkin kita dapat melupakan orang yang terlalu akrab dalam hidup, namun hidup ini harus diteruskan. Budiman sendiri perlu jaga kesihatan. Yg pergi tetap pergi. Kita yg tinggal perlu meneruskan perjuangan. Memang berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. KZah doakan Budiman akan terus cekal menjalani kehidupan seterusnya.

Anonymous said...

Salam
diantara banyak cara utk menyibukan diri ialah dgn terlibatkan diri dgn jamaah.Mungkin salah satunya dgn ikuti usrah mingguan..kalau dah ada perkembangkan dgn menjadi naqib..bawa usrah le..tentu budiman akan sibuk dgn perkara yg manfaat..selamat berjuang

Admin said...

Teringat gelagat abang budiman di program2 jim bersama masyarakat. pasti semua rindukan anda di situ.

mek yusz said...

sampai hari ini saya masih blum mimpikan arwah...saya pun nk sgt dia singgah dlm mimpi sy w/pun skjp..mmg btol kata saudara,setiap hari2 yg kita lalui, terbygkan arwah..sukar nk diluputkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...